Aku byk makan hati lepas kahwin, suami suka lepak sampai ke pagi dan panas baran. Masa aku alahan mengandung pun dia cakap aku ‘layan’ sgt. Dugaan paling berat lepas bersalin, sambil munt4h keluar kat mulut, sambil tu juga aku buang air besar habis satu bilik. Aku dah ready nak kena marah dgn suami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau tulisan ni disiarkan. Tujuan aku berkongsi cerita di sini supaya aku terus dapat megingati setiap inci kebaikan yang ditaburkan dan setiap tanggungjawab yang dilaksanakan tanpa rasa mengeluh.
Sedikit ringkasan hubungan aku dan suami. Kami kenal di facebook bulan May 2013. Dia mula approached. Aku ingat malas nak layan sebab aku dalam fasa br0ken heart. Tapi cara dia pancing untuk berborak membuatkan aku rasa selesa dan sudahnya beberapa bulan kemudian aku jadi tersuka dekat dia.
Aku jenis straight forward. Kalau aku suka, aku mengaku suka. Jadinya aku confess dekat dia yang aku sukakan dia. Hahaha. Tapi dia reject. Cakap dia anggap aku tak lebih dari kawan. Tak apa. Hidup mesti diteruskan. Jadinya aku dan dia bawa haluan masing – masing.
Dah tak kerap berhubung. Dalam tempoh tu, ada juga aku cuba kenal – kenal dengan orang lain. Tapi tak jalan sebab kebanyakan jenis mem4ksa dan merimaskan. Bila aku dah start malas nak pikir, tiba – tiba dia datang balik.
Aku syak dia baru lepas kena reject dengan orang dia suka. Padan muka kau. Kami kawan balik. Tapi layanan aku kat dia macam betul – betul sorang kawan. Aku ni jenis kasar. Dah terbiasa ramai kawan laki nak huha huha.
Ada satu hari tu dia mintak tolong aku nak pinjam duit. Sebab pikir kawan dan dia pun time tu student lagi tapi aku dah start keje, aku pun bagi la. Bila dia cakap terima kasih, aku just jawab takde apa. Kawan – kawan kan apa ada hal.
Dia reply cakap dia nak lebih dari kawan. Hah!!! Kalau ikutkan memang dah berbunga dah. Tapi sebab ingat balik dia pernah reject aku, aku buat dekk je. Bulan 3 tahun 2014. Ni first time aku jumpa tentang mata dengan dia.
Selama ni contact pakai mesengger fb, wechat, bbm. Kalau rajin sikit dan banyak masa pakai skype. Pasal masa tu aku ada interview kerja dekat KL dan dia offer hospitaIity tinggal kat rumah family dia. Aku pun on je. Masa jumpa tu aku dah set dalam otak dia cuma anggap aku kawan, so apa – apa hal kena rilek je.
Jangan nampak terhegeh – hegeh sangat. Dia pun bawak la aku round – round KL. petang tu dia ada game bola, pun dia ajak aku teman. Aku ikut je la sebab interview aku tu esok. Bila aku makan dengan dia, dia tegur
“Kau memang jalan macam tu ke?”
“Macam mana?”
“Kengkang macam s4mseng nak pukuI orang.”
Hah!!! Benda tu memang semula jadi. Sebab tu orang nampak aku kasar. Cara jalan aku macam jantan. Yang dia pun boleh pulak pergi sound direct kat aku. Lepas tu gelak – gelak macam s3tan. Aku bahan dia balik perut dia buncit macam mengandung 3 bulan.
Sampai lah ke malam akhirnya dia confess dekat aku, dia cakap dia suka aku. Ringkaskan cerita dari hari tu selamatlah aku couple dengan dia secara jarak jauh selama setahun lebih sebab aku fail interview esok tu!
Sampailah aku dapat interview kedua kerja bank and alhamdullilah dapat. Bila aku dapat kerja kat KL kitorang tak juga selalu jumpa. Masing – masing dengan hal sendiri. Contact pakai whatsapp. Dia banyak tanya – tanya aku pasal hantaran kawin, kursus kawin dan yang paling penting bila nak settle down.
Aku rasa macam awal lagi. Tapi takdelah aku cakap kat dia. Aku jenis suka ikut flow. Cepat ke lambat ke bukan urusan aku. Akhirnya aku tunang dengan dia dan setahun lepas tu kita nikah. Lepas kahwin pun takde apa yang berubah sangat.
Aku dengan kerja aku, dia dengan kerja dia. Aktiviti dia. Kadang – kadang lepak sampai ke pagi. Adalah jugak aku terasa. Tapi malas dah la nak bermasam muka. Asal kau bahagia sudah. Dari couple sampai ke tunang sampai lah setahun nikah, tipu lah kalau aku tak pernah rasa betul ke dia ni takdir aku.
Banyak kali dah makan hati. Dia boleh try nak usha pompuan lain masa tengah couple dengan aku lepas tu kant0i sebab dia sendiri termengaku tanpa aku perlu susah payah siasat! Lepas tu dia selalu baran. Salah cakap sikit tu dia jaga dah harimau yang sedang tidor. Sampai kawan dia tegur. Asyik nak marah je.
Rambut dah la kembang macam singa, per4ngai pun nak macam singa juga. Lepas tu dia kant0i spend beratus ringgit kat ex dia. Ya. Ex. Bukan masih awek. Tapi dah ex dah pun. Pompuan tu nak mintak dia belanja baju, dia boleh pejam mata bagi. Ehh kau.
Dengan aku, kemain kau paw aku mintak itu ini. Tapi alhamdullilah lah, part yang dia dengan pompuan lain tu masa couple je. Lepas nikah tak de pulak aku tengok benda yang mencurigakan. Tak tahu la kalau aku yang easy going sangat tak nampak. Hahaha!
Lepas setahun nikah, aku pregnant. Time ni rasa happy giIa sebab yelah one of common goals in marriage sebab nak ada zuriat sendiri. Nampak lah dia berubah lebih beri perhatian nak – nak bila aku hampir miscarriage sebab spotting dengan banyak.
Aku mabuk tak kuat sangat tapi still lunyai. Dia selalu cakap jangan layankan sangat. Tak rasa memang la senang cakap. Dalam proses aku mengandung semua ok takde banyak masalah sangat. Sampai dah sarat pun aku gigih check up kIinik sorang sebab dia tengah busy dengan project dia.
Aku perasan aku lebih banyak spend duit untuk preparation sambut orang baru berbanding dia. Tapi aku takde la cakap depan dia sebab dalam mind set dia gaji aku lagi banyak so aku boleh spend tanpa perlu pikir panjang.
Tu belum lagi aktiviti dia paw aku mintak beli itu ini. Nak kasut la nak motor la. Nyaris aku nak bagi pen4mpar je kat dia. Dari sini memang nampak dia tak ubah macam sampah kan. Tapi lepas aku bersalin, semua persepsi semua prasangka aku kat dia hilang.
Yang aku nampak lelaki kiriman tuhan ecehhh. Tak tapi yang ni serious. Pagi aku masuk labor room. Dia tunggu tepi katil. Dia teman aku dari awal pukuI 9.30pagi tu sampai pukuI 3.04 petang anak kami lahir. Dia nampak s4kit aku.
Dia siap bagi semangat masa nak teran. Tapi aku tak reti teran last – last koyak teruk part bawah tu sampai ke b0ntot. Bila dah siap jahit dan kena tolak masuk wad, dia datang kat aku, dia civm pipi aku cakap terima kasih. Ni benda ni jarang – jarang berlaku.
Dia tengok anak dia dukung budak tu macam tak nak lepas. Dugaan aku datang lepas bersalin. Serba serbi blur nak uruskan anak. Dengan Iuka kat bawah teruk, nak tukar pad, nak cuci ber4k baby semuanya kena uruskan seorang sebab bersalin kat government.
Sampai tahap aku rasa nak pitam. Tapi boleh tahan lagi. Esoknya boleh discharge dia yang uruskan semua dari start kemas beg, rapikan baby, bayar bil. Dah dekat rumah, susu badan aku still kurang, meIalak la anak apa lagi.
Dia yang uruskan semua. Mandikan, pakaikan baju, minyak, dodoikan anak. Buatkan makanan pantang untuk aku. Suapkan lagi. Aku rasa kalau dia boleh br3astfeed anak, tu pun dia dah buat. Aku cuma betul – betul jaga diri aku je.
Sehari kat rumah, esoknya nurse datang buat site visit. Check Iuka. Check kuning. Dia minta bawak baby ke kIinik. Kitorang pun siap – siap lah terketar – ketar aku jalan sebab parking kat kIinik penuh pulak. Check – check, anak kuning tinggi terus kena refer hospitaI bahagian em3rgency.
Bayangkan dah la melaIak kuat nak susu, susu aku pun belum banyak lagi. Str3ss oii waktu tu. Anak kena warded sebab suspected G6PD. Hanya ibu je yang boleh bermalam sebab nak supply susu. Dah la Iuka aku baru lagi, anak pulak meragam taknak duduk bawah lampu biru tu.
Doktor hospitaI cakap base on ujian d4rah, kuning anak aku tak tinggi mana. Tak payah masuk wad pun tak apa. Cuma anak aku ada significant weight loss and selagi berat tak naik, dia kena admit je. Sepanjang 3 hari aku kat hospitaI, aku memang tak baring atas katil.
Aku duduk je kat kerusi sebab Iuka bawah tu limitedkan pergerakan aku. Sampai last – last kaki aku bengk4k teruk. Menangis aku kat wad sebab str3ss dengan baby tak cukup susu, tak nak duduk bawah lampu sikit – sikit menangis.
Aku nak pergi toilet pun pikir sepuluh kali. Masa tengah hari time melawat ni, suami aku memang betul – betul main peranan. Dia picitkan kaki bengk4k. Dia jagakan anak. Dia suapkan makanan. Tolong angkat aku sebab pinggang aku memang dah out.
Macam orang Iumpuh separuh badan. Esoknya pun sama tapi dah boleh discharge tu pun lepas dia tanya nurse bila aku boleh balik sebab aku dah nangis teruk tak tahan. MentaIIy dr0wned. Disebabkan susu aku tak cukup, nippIes jadi melecet masa baby nak menyusu.
Timing dia bangun pulak start 12 malam sampai ke subuh. Aku kena keep menyusu dia sampai dia lena. Suami aku cuma boleh dodoikan dia bila dia dah kenyang. KIimaksnya, lepas seharian discharge sebab kuning anak, aku coIIapse.
Start dengan munt4h sambil c1rit b1rit. Sambil munt4h keluar kat mulut, sambil tu juga c1rit keluar kat b0ntot macam paip pecah tu. habis toilet rumah. Aku dah berpaut kat besi penyangkut dengan mata dah blank dan sesak nafas teruk.
Anak pulak masa tu dah melalak nak susu sebab baru je lepas dimandikan. Aku pikir suami aku nak marah sebab aku dah busuk teruk. Dah la petang sebelum tu, aku k3ncing atas karpet dalam bilik. Betul – betul rasa loser sebab tak dapat nak tahan.
Dia basuhkan punggvng aku urutkan tengkuk sampai rasa lega. Sikit pun dia tak cakap apa. Dah siap tu, dia suruh masuk bilik susukan anak. Mess yang aku buat tu dia tolong settlekan. Dia bawak masuk air segelas. Aku waktu tu rasa dah macam dekat je waktu nak habis, aku pesan kat dia belikan susu formula kat anak.
Sebab aku dah dr0wned. Lepas je macam tu aku dah tak sedar apa. Aku cuma dengar orang panggil nama aku. Suruh aku kuat. M4kin lama m4kin ramai aku dengar suara tu. yang paling aku tersentuh, aku nampak suami aku satu tangan dok pegang anak melalak lapar susu, satu lagi dok panggil – panggil aku.
Aku cuma rasa time tu aku nak rehat. 5 min pun jadi. Tapi aku tak boleh nak response. Aku dengar dia dah menangis sikit – sikit. Aku nak suruh dia rilek tapi mulut aku berat. Sedar – sedar je aku dah kat hospitaI. Baru suami aku cerita balik apa jadi.
Dia cakap masa tu aku asyik cakap aku sejuk. Tangan aku macam orang kena s4wan. Nurse yang datang melawat tu pun suspect aku dah hampir terkena s4wan. Patutlah aku dengar macam ramai orang panggil – panggil nama aku tadi.
Lepas tu sambil aku baring kat katil hospitaI aku rasa aku ber4k lagi. Yes!! Memang betul. Bau dia perghhh. Kena sound laki aku dengan nurse tu. Tapi dia buat dekk aja, dia tolak aku dengan kerusi roda masuk bilik air bersihkan ber4k.
Tolak lagi masuk bilik mandi. Kat situ paip aku pecah lagi. Pakej munt4h dengan c1rit tahap 10 tahun tak membuang. Sambil berdiri pulak tu. Aku dah menangis. Time ni dia dah tinggikan suara, jangan nangis. Kuat untuk anak. Aku diam.
Dia jiruskan ber4k aku. Bersihkan bilik mandi tu. Lepas tu bersihkan sekali baju aku yang terkena t4hi. Nurse yang marah tadi cakap tak payah bersihkan, tapi suami aku baIas balik tak apa isteri saya dah kotorkan. Allahu!
Sebak betul aku dengar dia cakap macam ni. Ni lelaki yang aku rasa tak pernah buat benda romantik langsung last – last sanggup cuci ber4k aku. Tak ada pun dia cakap apa. Aku pandang dia dengan rasa sebak. Aku nak peIuk dia kuat – kuat.
Aku tak tahu apa kebaikan yang pernah aku buat sampai aku dapat lelaki sebaik ni. Prasangka aku semua hilang. Aku jadi ingat dengan semua kebaikan yang ada dalam diri dia. Simpanan kitorang yang dia sorang je konsisten masukkan, insurans anak yang dia sendiri mintak nak buat and bayarkan, loan rumah yang dia beli yang dia letakkan nama kami berdua padahal dia sorang je bayar.
Motor buruk dia pergi kerja dekat sepang sedangkan kita tinggal dengan KL. setiap nafkah yang dia masukkan dalam akaun aku tak banyak tapi ada setiap bulan. Setiap RM10 yang dia bagi pada aku waktu aku mula – mula tukar kerja tahun lepas.
Gaji kena hold dari company lama. Sedangkan dia pun hujung – hujung bulan dah tu. Tapi part ni lepas aku dapat gaji dari tempat kerja baru, dia paw aku kasut lagi. Semoga aku tidak lupa dengan setiap kebaikan dia. Semoga aku tidak lupa mendoakan dia.
Semoga aku tak akan ada lagi persepsi buruk terhadap suami sendiri. Tapi aku yakin, cerita aku ber4k macam paip pecah ni, sampai 7 keturunan dia angkat ungkit cerita kat anak cucu. Hahahaha!!!! – Teratai
Komen Netizen :
Akissha Laila’sha : One of the best confessions this year. Realiti suami yang nampak macam tak setia, tak kisahkan perasaan isteri tapi bila si suami jadi saksi zuriat sendiri lahir, Allahuakhbar semuanya berubah. Allah dah jentikkan perasaan kasih itu. Alhamdulillah.
Semua lelaki yang dah berkahwin jadilah suami dan ayah yang baik. Ini sesungguhnya suatu “harapan” bila si gadis yang baik memilih untuk bernikah dengan kamu.
Huda Taj : Hihi! Teringat masa bersalin anak 1st. Sampai pengsan kat hospitaI. Lvka jahit yang panjang. Part bersalin tu macam sama je cerita dia. Huhu. Kenangan sangat. Time anak kedua pon kitaorg dah ready kat hospitaI.
Suhaila Zain : Huhu. saya beranak anak 2nd teruk cam confessor la keadaan cuma takde sampai munt4h dan c1rit. Baby masuk 2 bulan lebih, kakak, baby dan mama plak kene chicken p0x berjemaah. Suamilah main peranan jaga dari a-z sampaikan terp4ksa working from home sebab dah terIampau banyak cuti (private tak banyak cuti), nasib baik tak kene termin4te.
Syukur dikurniakan suami yang betul – betul bertanggungjawab, pandai jaga anak kalah mamanya. Cuma aku dah tr4uma nak beranak lagi, oh tidakkk.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.