Ayah suka marah ibu depan anak – anak. Kalau ayah marahkan ibu lupa jahit seluar ayah yang koyak, abang pun sama, mulalah tunjuk pada ayah baju mereka pun koyak ibu tak jahit. Dan ayah tak marah bila anak – anak lelakinya jerkah ibu. Semua salah arw4h ayah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca dan admin. Pada pandangan saya apa yang ingin saya bicarakan hari ini ada berlaku dalam masyarakat kita sekarang, walaupun tidak banyak.
Terutama di kalangan generasi berusia antara 30 hingga 40-an yang kurang kesed4ran dan mungkin juga kurang mendapat didikan agama, hingga ada kalangan mereka kurang menghorm4ti ibu bapa.
Akibatnya ada antara mereka menyusahkan hati dan hidup ibu bapa mereka. Inilah yang berlaku dalam keluarga saya, kerana itu saya ingin katakan di sini bahawa saya redha malah bersyukur dengan pemergian ibu saya.
Pemergiannya telah mengurangkan bebanan, tekanan jiwa dan perasaan yang selama ini ditanggungnya. Mungkin pembaca cop saya keterlaluan, tetapi inilah kebenaran.
Saya amat sedih dan kesian dengan nasib ibu sejak muda hingga tuanya sentiasa dilingkari masalah. Semasa ayah ada dahulu, ibu terp4ksa memberi sepenuh perhatian kepada ayah. Tetapi ayah buat tak nampak kehadiran ibu.
Ibu siapkan makan minum, pakaian, mengurus anak – anak, urus rumahtangga sebaik mungkin, tetapi ayah tidak pernah berpuas hati ada sahaja yang tak kena dihatinya. Pada ayah, ibu tak lebih daripada tukang rumah rumah tangga dan pengurus anak – anak.
Masa kecil dulu memang saya tak tahu, saya hanya lihat ibu sering menangis, duduk sendirian dan kurang bergaul dengan jiran, kalau bercakap pun cuma di luar pagar, ibu tak berapa suka keluar rumah apa lagi bertandang ke rumah jiran, rumah itulah dunianya dan sentiasa sibuk mengemas rumah, memasak dan anak – anak.
Pergaulan dan percampuran ibu agak terbatas. Sudahlah tidak berbual dengan jiran, dengan ayah sendiri pun ibu kurang bercakap. Sebab ayah tak suka bercakap dengan ibu. Sebabnya saya tak tahu. Kalau ibu cuba bertanya pun ayah payah nak jawab. Dia buat tak dengar.
Tetapi kalau berbual dengan jiran, rakan pejabat dan anak – anak lelakinya, ayah memang ramah, ada saja ceritanya. Bila ibu cuba bertanya ayah contoh, “ayah hendak ke kedai ke? saya nak minta belikan barang dapur yang sudah habis!”
Ayah akan buat macam orang pek4k. Bila tak masak ayah marahkan ibu kenapa tak beritahu lebih awal. Menyusahkan ayah kena keluar lagi pergi kedai, sedangkan dia balik rumah nak makan.
Ayah dalam seminggu 2 kali balik rumah, dulu memang saya tak tahu, bila dah besar baru saya tahu ayah ada isteri baru. Sebab itu dia jarang balik. Bila ada dua rumah, gaji kecil memang hidup kami susah, semuanya kena berjimat.
Untuk pengetahuan pembaca, ibu tak dibenarkan keluar rumah membeli keperluan dapor sendiri, semua ayah siapkan. Memang ayah suami bertanggungjawab, tetapi bila ada 2 rumah budjet ciput tentu makan selalu tak cukup.
Tapi satu per4ngai ayah saya tak suka, ayah suka marah ibu depan anak – anak, hinggakan abang – abang saya pun turut marah ibu. Contoh kalau ayah marahkan ibu lupa jahit seluar ayah yang koyak, abang pun sama, mulalah tunjuk pada ayah baju mereka pun koyak ibu tak jahit.
Dan ayah tak marah bila anak – anak lelakinya jerkah ibu. Tetapi ayah kahwin dengan isteri kedua tak lama, 10 tahun agaknya mereka bercerai, puncanya kami tak tahu. Tetapi kami sukalah hidup kami tak sesusah dulu lagi.
Bila saya dah besar saya terdengar jiran bercerita pada ibu, ayah bercerai sebab isteri barunya tak mahu hidup macam ibu. Kerana dia bekerja, maka dia sendiri minta diceraikan. Dia tak mahu duit dan hidupnya ayah control.
Kembali kepada masalah ibu, menguruskan 3 orang anak lelaki bukan mudah, mereka banyak ragam, kecuali kakak. Kakak macam ibu lebih banyak duduk di rumah habis tingkatan lima terus kahwin, kini ada 3 orang anak.
Abang K dan J juga sudah kahwin, kecuali abang S yang keempat, sementara saya berkahwin 4 tahun lalu, kini ada seorang anak. Masalah hidup ibu bertambah p4rah selepas ayah meninggaI dunia.
Puncanya abang – abang saya sentiasa meminta pinjam duit, lepas sorang, sorang, seolah – olah mereka bergilir. Boleh dik4takan hampir setiap bulan, ada saja yang datang minta pinjam duit.
Ayah meninggaI lima tahun setelah pencen. Setelah ibu dapat pencen ayah mulalah mereka datang merayu nak pinjam duit. Kata nak pinjam. Tapi kata pepatah orang tua – tua ‘pinjam kayu api, habis bulan tahun berganti, pinjam tak pernah berganti.’
Selain dapat pencen setiap bulan, rupanya ayah semasa hayatnya ada simpanan dalam bank. Dalam diam banyak juga simpanan duitnya. Abang tak tahu fikirnya ayah tak ada duit dalam bank.
Sebenarnya buku bank ayah ibu sorokkan setelah ayah meninggaI 3 tahun ketika itu saya hendak kahwin barulah ibu tunjukkan pada abang K dia jumpa buku bank ayah. Setelah berurusan dengan pejabat harta pusaka kecil barulah bank luluskan permohonan keluarkan duit.
Bukan main gembira mereka tengok ayah ada duit simpanan. Susah payah abang K uruskan sebab ayah dah lama meninggaI. Tetapi ibu tau, lambat laun dapat juga. Sebenarnya niat ibu nak selamatkan duit ayah kerana dia faham sangat per4ngai anak lelakinya.
Setelah dibuat pembahagian memanglah anak lelaki dapat banyak, kami yang perempuan dan ibu dapat sikit saja. Lepas dapat duit masing – masing sibuk dengan keluarga. Macam – macam yang mereka beli.
Ada yang cantikkan rumah dan ada yang cantikkan kereta. Agaknya ada 5 enam bulan mereka jarang – jarang jumpa ibu. Tetapi bila duit dah habis, mereka datang lagi. Mulalah meminjam lagi. Sebab mereka tahu duit ibu ada lagi.
Kerana ibu faham per4ngai anak – anaknya, ibu minta kakak simpankan sedikit duitnya. Dan kakak minta dia simpankan buku bank ibu. Ibu setuju. Setiap bulan kakak keluarkan sedikit duit untuk ibu buat belanja dapur.
Oleh kerana saya belum kahwin ketika itu, maka sayalah yang bawa ibu keluar membeli barang makan. Bakinya ibu simpan. Bertahun – tahun kakak simpankan buku bank ibu semuanya aman, cuma sedikit baki di tangan ibu yang abang K dan J minta nak pinjam.
Tetapi entah apa berlaku, satu hari mereka datang jumpa ibu katanya kakak tak ada hak nak simpan buku bank ibu. Kata ibu dia lebih percayakan kakak daripada mereka. Tetapi mereka berkeras tetap nak tengok buku bank ibu.
Mereka mulalah tuduh kakak dah habiskan duit ibu sebab kakak tak kerja. Kakak bertahan walaupun hatinya s4kit. Tetapi satu hari nak jadikan cerita, kakak datang ke rumah ibu, abang pun datang kemudian.
Abang terus tanya kakak mana buku bank ibu. Kerana kakak cuba bertahan. Mereka terus tuduh kakak dah habiskan duit ibu. Bila abang ipar cuba terangkan keadaan. Berlakulah bertengk4ran.
Akhirnya kerana marah, kakak serahkan buku kepada ibu semula. Ketika ibu cuba tenangkan keadaan mereka salahkan ibu kerana menyebeIahi anak perempuan, sedangkan anak lelaki lebih berhak.
Sebelum ibu tunjukkan buku kepada abang – abang, ibu minta saya bawa ibu ke bank keluarkan sedikit lagi duit. Kata ibu dia bimbang semua duit itu akan dihabiskan oleh abang K dan J. Sebenarnya mereka bekerja, tetapi lulus SPM apalah sangat pendapatan mereka.
Sebab itu mereka selalu pinjam duit ibu. Semasa ayah ada dulu, mereka tak berani sebut nak pinjam pada ayah sebab mereka takutkan ayah. Mulanya memang saya enggan simpan duit ibu.
Kata ibu duit ini bakal digunakan untuk kenduri kahwin saya nanti. Jadi terp4ksalah saya simpan. Yang tinggal memang tak sampai pun 5K. Bila abang tengok duit banyak sudah dikeluarkan. Abang tanya siapa pinjam duit ibu.
Saya menggeIetar kat dapur. Saya takut kena pukuI. Tapi bila disoal, ibu jadi berani, katanya duit dia, dia dah gunakan sesiapa tak boleh soal. Kata ibu selama ini merekalah habiskan duit ibu.
Hinggakan barang kemas ibu pemberian arw4h nenek pun terp4ksa ibu gadai semata – mata nak tolong mereka. Tetapi sem4kin ditolong sem4kin susah, mereka tak mahu berusaha cari duit sendiri.
Tamat sementara kes duit yang ibu suruh saya simpan, tetapi mereka tetap tak puas hati, boleh dik4takan setiap bulan mereka akan datang minta pinjam duit pencen ibu silih berganti. Dulu memang mereka terp4ksa bawa ibu ke bank suruh keluarkan duit.
Tetapi bila zaman berubah, bank dah pakai kad boleh keluarkan duit. Maka kad itu pulak mereka pinjam. Ketika itulah berlaku berg4duhan antara 3 orang anak lelaki ibu. Untung ketika itu saya dah kahwin dan dah pindah, saya tak masuk campur.
Mereka berebut nak pegang kad bank ibu. Yang kelakarnya abang J bawa ibu ke bank minta kad baru alasannya kad dah hilang. Ibu terp4ksa ikut sebab tak kuasa dengar mereka berg4duh.
Bila duit pencen dah keluar macam biasa abang K nak keluarkan duit ibu setengah bagi ibu setengah lagi dia nak ambil. Tapi pada bulan itu tak boleh. Dia jumpa ibu, dan ibu beritahu abang J buat kad baru sebab kad dah hilang.
Abang K suruh abang J pulangkan tapi dah terlewat, Abang J dah keluarkan duit. Akhirnya abang S pulak pegang kad bank, berlaku juga perbaIahan, tapi abang S tak peduli, asalkan dia beri ibu duit dia ok aja.
Demikianlah hidup ibu hatinya sentiasa dirundung dalam kesedihan kepada saya dan kakak tempat dia mencurahkan perasaan. Akhirnya bila ibu s4kit mereka tak pedulikan pun, mereka cuma mahu duit.
Tak sampai setahun ibu meninggaI dunia. Berakhirlah pend3ritaan yang ibu tanggung selama ini. Saya memang sedih, pada saya inilah kesilapan ayah tidak ajar anak – anak lelaki hormat ibu. Ayah suka marah ibu depan anak – anak.
Sebab itu anak – anak jadi kurang ajar pada ibu. Namun saya redha ibu tidak lagi mend3rita dengan kerenah anak – anak lelakinya yang sentiasa laparkan duit.
Komen Warganet :
Fadzli Ahmad : Ibu bapa kena ingat, setiap perlakuan dan pertuturan kita dipertonton oleh anak – anak. Kalau nak anak layan kita dengan baik, didiklah anak, tunjukkan contoh yang baik. Tapi kalau dalam kes TT ni, nak salahkan ibu memang tak boleh la, ayah plak dah meninggaI dunia, jadi dia tak sempat merasa per4ngai kurang ajar dari anak – anak lelaki kesayangan. Semoga abang – abang awak tu dapat baIasan.
Munirah Munir : Mesti pengakhiran hidup ibu sangat sedih, dari muda nak kena hadap per4ngai suami, dah tua hadap per4ngai anak – anak lelaki yang tak sedar diri.