Lelaki tu datang jumpa suami aku dekat ICU, dia dah maafkan suami aku yang bercinta dgn isteri dia

Sepasang suami isteri datang dari jauh untuk melawat suami. Aku tiba – tiba rasa tidak sedap hati. Aku beranikan diri tanya nama isterinya. Aku terk3jut yang amat. Rupa – rupanya dialah ‘perempuan’ itu. Suami perempuan tu datang hospitaI dengan rela hati untuk memaafkan suami aku sebelum dia ‘pergi’..

#Foto sekadar hiasan. Aku dan suami telah melayari hidup berumahtangga selama 20 tahun. Alhamdulillah, kami dikurniakan 7 orang anak. Suami seorang pendidik, ustaz lulusan agama. Seorang yang sangat menjaga solat malam dan solat sunat. Sangat dihorm4ti oleh masyarakat setempat.

Kiranya aku beruntung kerana memiliki dia. Aku pula bekerja dalam bidang professional. Kami pernah PJJ selama 2 tahun sebelum ini. Ditakdirkan Allah, kami dapat bersama semula. Kehidupan kami biasa sahaja. Sampailah suami dapat bertukar semula ke negeri kelahirannya. Kami berasal dari negeri yang sama.

Aku terkilan sangat kerana suami mohon tukar tanpa pengetahuan aku. Lebih – lebih lagi pada masa itu, aku sudah terasa ‘jauh’ dari suami. Pada fikiran aku, ini lagi menjauhkan lagi hubungan kami. Tapi rupa – rupanya, perancangan Allah itu lebih baik. Allah menjauhkan untuk mendekatkan.

Kerana jauhlah yang menghangatkan rasa rindu. Suami pulang setiap hujung minggu. Dan rezeki Allah, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman setahun kemudian. Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, aku terbaca mesej dalam handphone suami dari rakan tempat kerja lama suami.

Aku tahu dia rakan sekerja suami tapi aku tidak kenal. Ada mesej sayang, rindu, doa semoga disatukan juga. Ada gambar selfie berdua di dalam kereta juga. Jelas terpancar kebahagiaan di mata suami. Aku sangat terk3jut dan tidak sangka.

Malamnya, aku tanya pada suami. siapa perempuan itu. kenapa ada gambar selfie berdua, sedangkan dia tak pernah pun selfie dengan aku. Aku tanya, ke dah kawin dengan dia? Suami geleng. Katanya, bini orang tu. Lagi aku hairan. Bini orang???

Awak ada niat nak kawin dengan dia ke? Nak suruh dia bercerai dengan suami dia ke? Aku tanya bertalu – talu. Dia geleng. Katanya suka – suka je. Aku tidak percaya. Dipendekkan cerita lagi, setelah bermacam – macam kejadian meng4muk, menangis, berkurung dalam bilik dan sebagainya, ianya berlalu begitu sahaja selama beberapa tahun.

Tetapi em0si dan jiwa aku terganggu sejak dari hari itu. Hati aku h4ncur luluh, sangat terIuka. Kepercayaan aku runtuh. Rasa hormat juga hilang kerana mereka berdua adalah ustaz dan ustazah. Aku penuh dengan prasangka dan ada trust issue.

Sekejap aku rasa bahagia. Sekejap menangis apabila tertr1gger. Sikap aku juga dingin apabila tertr1gger. Suami aku bersikap seperti biasa. Seolah – olah tiada apa yang berlaku. Sehinggalah tiba – tiba suami aku s4kit meng3jut k0ma dan meninggaI dunia 3 minggu kemudian.

Semasa di hospitaI, ada kawan dari tempat kerja lama suami datang dari jauh untuk melawat. Mereka datang suami isteri. Esoknya, mereka datang lagi sebelum balik semula ke tempat asal. Aku tiba – tiba rasa tidak sedap hati.

Dengan memberanikan diri, aku tanya nama isterinya. Aku terk3jut yang amat. Rupa – rupanya dialah ‘perempuan’ itu. Kami bersembang panjang. Aku perIukan penjelasan. Macam – macam rahsia terbongkar. Dia mengaku dia sangat sayang suami aku.

Tapi dia sudah cuba untuk keluar dari hati suami aku, katanya. Hati aku bagai dihiiris – hiiris. Mujur ketika itu hati aku kuat (pretending). Dan aku tidak menangis pun semenjak suami aku s4kit meng3jut. Aku pun tidak tahu apa perasaan aku. Sedih? Takut? Risau? Tiada perasaan? Aku tidak tahu.

Orang tengok aku kuat. Aku tidak meng4muk, tidak marah dan tidak menangis pun masa bersembang dengan perempuan itu. Banyak persoalan dalam fikiran aku tapi aku tidak tahu nak cakap apa. Setelah sekian lama, aku berjaya buka password handphone arw4h suami secara tidak sengaja.

Hati aku h4ncur luluh berkali – kali. Luuka berd4rah kembali. Sebenarnya tidak pernah kering pun Iuka itu sejak peristiwa terbongkar rahsia itu. Terbuka segala cerita. Aku baca semua perbualan mereka. Aku jumpa banyak gambar dan video mereka berdua.

Rupa – rupanya selepas suami bertukar, cinta mereka m4kin erat. Berjanji untuk setia sehidup sem4ti. Takut kehilangan. Rupa – rupanya suami excited berulang hujung minggu semasa kami PJJ dulu sebenarnya untuk jumpa kekasih hatinya.

Dan semasa di kampung pun selalu cari peluang untuk ke sana berjumpa dengannya. Sanggup walaupun beratus – ratus kilometer. Sungguh dalam cinta mereka. Ini juga kata suaminya. Ya, suaminya juga tahu tentang mereka berdua.

Tetapi kerana cinta, suaminya yang menawarkan diri untuk membawa isterinya melawat arw4h suami aku semasa di hospitaI. Datang untuk beritahu sendiri pada arw4h suami yang dia sudah memaafkannya. Dan mereka datang sekali lagi semasa arw4h meninggaI.

Sepertinya mereka baru berjumpa cinta sejati masing – masing. Personaliti arw4h suami lain sungguh ketika bersama dengan dia. Aku sungguh tidak percaya. Aku sangat kecewa. Dan sehingga sekarang, setahun sudah berlalu, fikiran aku masih kacau.

Aku masih lagi marah pada mereka berdua. Aku rasa aku tidak diadili. Aku tidak diperlakukan seperti mana diperlakukan kepada perempuan itu. Aku tertanya – tanya. Kenapa arw4h suami tidak sebegitu dengan aku.

Sehinggakan rasa s4kit kerana orang ketiga mengatasi rasa sedih kerana kehilangan suami. Kadang – kadang ketika datang rasa marah, aku rasa padan muka pada arw4h suami. Ampunkan aku ya Allah. Tetapi kadang – kadang aku rasa sangat kasihan padanya.

Kerana arw4h sudah tidak berpeluang untuk memperbaiki kekhilafannya. Sedangkan arw4h sangat memerIukan doa dari kami yang ditinggalkan ini. Sesungguhnya rasa ini sangat s4kit dan sangat mengganggu kestabilan emosi dan kew4rasan fikiran aku.

Rasa s4kit kerana mengenangkan hati suami ada pada orang lain walaupun seharian dirinya berada di hadapan aku selama ini. Mohon kata – kata semangat dan doa dari pembaca sekalian. Kat a- kata yang boleh menjentik hati aku untuk ikhlas memaafkan dan bersyukur dengan ujian kecurangan dan kehilangan ini.

Aku tahu aku perlu maafkan arw4h suami. Aku tahu aku juga bersalah dan ada kurangnya. Aku tahu aku perlu lepaskan. Aku tahu aku perlu fokus pada diri dan pada apa yang aku ada sekarang. Semuanya aku tahu. Tapi hanya mengalaminya sahaja yang tahu rasanya. Aku berdoa semoga mereka yang seangkatan dengan aku dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih semua. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

نور هداية : Astaghfirullahalazim tak boleh brain la suami orang bercinta dengan isteri orang. Masalahnya yang isteri orang tu awat g*dik sangat dah ada suami pon boleh kemaruk cinta dengan jantan lain ishh3.. na’uzubillahi min zalik.

Suami dia plak boleh terima ja bini bercinta dengan suami orang?? Dayus betoi. Tt pun baik sangkanya dengan suami tak pernah cek langsung ka fon sepanjang 20 tahun kahwin hebat masyaAllah. Dalam cerita tt ni ada 3 jenis manusia suami dan isteri yang curang, isteri yang solehah, dan suami yang dayus.

Arw4h dengan anak – anak takda salah apa, kalau dia ayah yang baik pada anak – anak biarlah anak – anak menyangka ayah mereka orang baik – baik saja, tt simpanlah rahsia ayah mereka sampai masuk kubvr tak perlu dicerita pada anak – anak aib ayah mereka tu ya. Semoga tt lekas sembuh dari duka lara ini aminn.. Boleh nak marah, sedih, menangis sepuas hati tapi jangan berlama – lama sangat.

Cik Isabella : Kak kalau saya, saya akan melupakan tapi tak akan sesekali memaafkan. Saya nak dia berdepan dengan saya di akhir4t biarlah orang kata lama tunggu nak masuk syurga, saya nak masuk dengan bergaya di depan dia setelah semua pahala dia saya ambil. Pada waktu tu, saya nak dia faham apa rasa dikhi4nati oleh orang yang paling dipercayai, jahat tak saya? Saya tak balas saya nak tuhan baIas.

Amirah Razak : Berat rasa yang ditanggung puan. Semoga Allah berikan kelapangan hati untuk puan, Allah bersama dengan orang – orang yang sabar. Ini ujian puan.. moga puan berjaya harunginya. Kita yang membaca mungkin boleh bercakap, tapi hakik4tnya puan juga yang menanggung. Tapi insyaAllah, ketenangan itu milik puan bila puan lepaskan rasa berat tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.