Suami layan macam princess, setiap malam urut sampai aku tertidur. Akhirnya kontoi berskandal dengan isteri orang berbelas tahun

Suami terlalu baik sampai aku obses dekat dia. Korang boleh bayangkan sebelum tidur pun picit urut aku sampai aku tertido sampaikan nak pusingkan badan pun dia bagitau aku. Tak sangka walaupun dia layan aku macam ratu sebenarnya ada rahsia lain…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku berkahwin dengan Hariz disebabkan aku tertarik pada penampilan, luaran dan kuat agama dia. Bila bertutur tak kasar apa jua isi hati aku suarakan Hariz memahami tak kira walaupun cerita tu seb0doh – b0doh topik sekalipun.

Dia pernah cakap dia layan bekas isteri dia macam princess dan dia akan layan aku macam tu juga. Kami pun nikah.. Ya, layanan dia aku tak pernah dapat sebelum ni. Basuh baju, kemas rumah, aku teringin nak makan apa – apa pasti dia belikan.

Aku nak ke mana – mana dia temankan. Layanan zahir batin aku rasa sangat sempurna. Cuma material je la biasa – biasa sebab dia berpangkat cuma kurang sikit duit sebab hutang lapuk. Tapi tak apa itu aku ada, jadi tak perlu nak berkira sangat.

Aku ada bisnes ada duit walau takde lah kaya raya. Ada rumah, kereta, duit sikit cukup la orang nampak aku perempuan berdikari. Aku rasa dia memang sayang giIa kat aku, korang boleh bayangkan sebelum tidur pun picit urut aku sampai aku tertido sampaikan nak pusingkan badan pun dia bagitau aku. (terbalik kan?)

Teringin apa – apa bila aku bersuara je terus dapat, dia akan cepat – cepat tunaikan. Aku pernah mengandung dan gugur berulang – ulang sampai 3 kali sebab aktiviti suami isteri yang agak aktif. Dia memang caring dan jaga aku elok.

Ada juga g4duh teruk bila part isu bekas isteri dia je sebab aku rasa bekas isteri dia masih boleh gunakan dia guna point anak tanpa aku tahu rahsia besar dia. Bila g4duh aku sedih sangat sebab aku jadi overthinking kalau kami cerai aku tak boleh bayangkan macamana kalau dia tiba – tiba nikah orang lain dan layan orang lain tu macam layan aku.

Aku macam obses kat suami sendiri sebab dia sangat sempurna untuk aku. Dan,, sampai satu titik lepas 2 tahun nikah kant0ilah rupanya dalam melayan aku bagaikan ratu, rupanya ada satu nama yang disimpan kemas. Video call time yang aku tak jangka dan setiap conversation hilang jejak.

H4ncur kepercayaan aku. Mula – mula kantoi terus nak ceraikan aku sebab seolah – olah aku yang salah, tuduh dia semua. Aku korek cerita sampai keluar semua cerita. Aku beIasah dia, serius memang aku beIasah. Aku ni kecik je tinggi 155cm dan dia tu tinggi 175cm korang bayangkan aku betul – betul frust sampai aku beIasah dia. Bukan sekali, banyak kali.

Ada masa dia baIas balik ada masa aku je meng4muk. Masih.. dia tak ceraikan aku. Lafaz cerai tu sangat berat padahal aku pada titik sangat bencikan dia. Pompuan tu pun dengan tiket isteri orang melayan suami aku dari perkahwinan lama sampai ke perkahwinan baru.. maknanya dah wujud berbelas tahun.

Pompuan tu pon ada bahagian dia, aku cari sampai dapat tapi memang play v1ctim. Aku siap bagitahu suami dia, tak pasti kena cerai ke tak. Bila kantoi, Hariz sanggup buat apa je untuk selamatkan rumahtangga kami. Siap blok pompuan tu dan bertakIik.

Orang sekitar ada yang jadi nasi tambah nak bagi h4ncur hubungan kami siap burukkan per4ngai aku konon tak cukup solehah tangani isu rumahtangga. Lepas 4 bulan benda ni berlalu aku tengok cerita ni dah lenyap, dia tetap layan aku macam dulu. Cuma, yang h4ncur tu kepercayaan.

Talam – talam yang jadi nasi tambah masa masalah ni aku tak boleh lupa dan maafkan. Aku nampak true color bila kita tengah bermasalah. Apa yang buat hati aku sejuk? Dia bertaklik cakap kalau dia ada skandal dengan mana – mana perempuan jatuh talak.

Aku pegang benda tu selagi aku isteri. Aku dah set dalam kepala suami tu pinjaman.. Aku guna la dulu sebelum dipulangkan je. Aku tak obses macam dulu lagi cuma aku dah pandai guna duit dia untuk kepentingan aku. Point aku kat sini nak cakap lelaki yang melayan kita macam princess pun kalau ada peluang memang kita tak sangka sanggup buat.

Sebab tu ada sesetengah orang elok – elok romantik post kat media social tiba – tiba dah berpisah. Suami itu pinjaman. – NIDA (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nek Bu Comeyy : Aku nak cakap lah ..suami aku ni level – level ustaz lah. Kat rumah MEMANG caring. MACAM Cite di atas.. last – last kantoi layan janda kat FB. Dari mesengger sampai ke wasap sampai lah bervideo kol tayang semua benda.

Janda ni anak 2 kerja gomen. Dia tau laki aku ni anak berderet tapi tetap layan sebab laki aku per4ngkap dia dengan ceramah – ceramah agama. Bila kantoi.. laki aku ni MACAM tak bersalah jer. Mula lah ungkit kekurangan aku.

Padahal aku ni muda lagi kot. Pompuan tu bercerai dengan laki dia sebab laki dia ada pompuan lain dan dia pergi layan laki orang tu kenapa pulak. Sanggup pulak bermadu. Pelik lah.. dia tak pikir ker dia ni per0sak rumah tangga orang.

Sekarang saya ambil surah yasin saya suruh dia bersumpah kalau dia ulang lagi layan janda maka jatuh satu talak ke atas saya. Saya PON kena overthinking kadang – kadang manusia ni sumpah ayat suci PON boleh buat main 2 walaupun level 2 ustaz.

Zainatul Zahara : Allah yang pertama.. kedua diri sendiri.. kemudian baru letak yang lain – lain di bawah. Pokoknya sayang diri sendiri dulu melebihi apa pun yang ada di dunia ni InsyaAllah apa – apa jadi walau siapa buat onar kita boleh tenang hadap. Goodluck..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.