Adik ipar beli ayam goreng langsung tak pelawa, dah la menumpang rumah aku

Aku masuk bilik dia nak buka tingkap, MashaAllah bau kepam. Baju tak basuh, baju kotor balik main bola, lempap sana sini dalam bilik. Aku kutip basuhkan. Dah kering, aku civm, bau lagi kepam tu. Ya robbi. Patutlah aku pernah selisih dengan dia masa pagi dia nak kerja, bau kepam.

#Foto sekadar hiasan. Saat aku tulis confession ni, perut tengah kekenyangan baru lepas makan tengah hari. Alhamdulillah. Aku baru basuh pinggan, kemas meja makan dapur dan sebagainya. Ni tengah baring nak tidurkan anak bongsu aku.

Suami aku di bilik sebeIah tengah mengemas bilik tamu. Anak sulung, anak nombor 2 dan adik ipar aku tengah melepak tengok tv. Aku dengan suami dah 15 tahun kahwin, ada anak 3 orang. Sulung lelaki, kak ngah dan bongsu tu perempuan.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang tipikaI. Anak pompuan buat kerja rumah, anak lelaki lepak – lepak je lah. Termasuk ayah aku, memang tak reti kemas masak dan semua kerja perempuan. Jadi bila aku ada anak lelaki, aku memang sungguh – sungguh nak ubah budaya tu.

Anak aku, aku ajar kemas bilik, iron baju sendiri, ajar masak, Iipat kain, sidai kain. Masa dia darjah 4 dia dah boleh masak nasi dan goreng telur kicap, ok lah kan. Benda basic. Akhirnya anak aku jadi seorang yang ringan tuIang. Bila dia tengok aku sibuk, dia akan datang offer pertolongan. Bahagia rasa.

Kisahnya 3 bulan lepas adik ipar aku (lelaki) menumpang dekat rumah aku sebab tengah buat praktikal. Dia tak dapat rumah sewa. Jadi, aku ok aje, rasa bertuah sebab mertua aku minta jagakan anak dia. Disebabkan aku pun takde adik, jadi aku happy je.

Adik ipar aku ni, dah umur 24 tahun. Sebenarnya bila aku balik rumah mertua, aku perasan dia ni manja sangat. Dia akan tidur lewat 3 – 4 pagi, main game, hp, memerap dalam bilik. Nanti dia bangun 12 tengahari, terus lunch aje.

Lepas makan, dia cuma basuh pinggan dia, kemudian lepak depan tv. Bekas lauk yang dah habis, periuk nasi yang dah kosong, bukan reti nak basuh. Berbulu je mata aku tengok per4ngai dia. Mak mertua aku pernah lah tegur, basuh lah periuk tu dik, dia buat tak tau je.

Pernah sekali dia bangun dah tengahari, orang lain belum tengahari sebab tunggu bapak mertua aku balik surau, dia terus senduk nasi makan, lepas tu ambik lauk banyak – banyak. Mak mertua aku sound la, ambil banyak – banyak tak tinggal untuk orang ke dik?

Dia boleh tinggi suara dengan mak mertua aku. Haih kalau anak aku dah kena sepuk mulut tu. Geram! Aku kesian dekat mertua. Aku tak suka orang tua kena buat kerja banyak. Sedangkan anak melepak. Tak kiralah anak lelaki ke perempuan. Bagi aku sama je.

Jadi bila dia duduk rumah aku ni, aku ingatkan dia pandai lah bawa diri. Rumah orang kan.. Cait 2 x 5 je, malah lagi teruk. Bilik tamu yang suami aku tengah kemas tu, bilik dia duduk lah. Sejenis yang tak ada common sense. Orang tengah kemas bilik awak, awak tolong lah apa patut, ini tak, lepak je.

Untuk pengetahuan pembaca kami baru lepas pindah. Masa nak pindah kan banyak kerja nak buat, nak packing macam – macam. Masa kami tengah mengemas, dia hanya duduk dalam bilik layan movie. Langsung seharian tak keluar tolong.

Aku memang rasa nak meng4muk sangat, penat. Apa guna ada 2 tenaga lelaki dekat rumah, tapi tak berguna. Anak sulung aku dekat hostel, jadi tak dapat tolong. Aku membebeI dekat suami aku, minta lah tolong adik tu, suami aku sejenis tak reti nak mengarah – arah orang.

Tapi aku suruh juga, sebab aku tak suka style adik dia ni. Sebenarnya suami aku dulu awal – awal kahwin pun tak reti nak tolong orang ni, tapi hasil didikan bini singa, lama – lama dia dah pandai ringan tuIang. So adik dia ni sama macam dia dulu.

Ayah mertua aku sejenis ringan tulang, tolong mak mertua masak, kemas rumah dan lain – lain. Tapi aku pun tak faham kenapa anak – anak diorang tak ikut per4ngai elok tu. Sekarang di rumah baru, pernah aku masuk bilik dia nak buka tingkap.

MashaAllah bau kepam, bau bujang. Korang boleh imagine tak bau dia? Baju dia tak basuh. Bukan aku takmau basuh kan, letak je dalam bakul kain tu. Tapu sejenis apa pun tak tau la..baju kotor balik main bola, lempap sana sini dalam bilik.

Aku kutip basuhkan. Dah kering, aku civm, bau lagi kepam tu. Ya robbi.. Patutlah aku pernah selisih dengan dia masa pagi dia nak kerja, bau kepam. Padahal pagi kot. Rupanya baju tak basuh. Minggu lepas hujung minggu dalam pukuI 10 am aku dan suami keluar beli barang.

Pagi tu breakfast kitorang beli je, belikan dia nasi lemak. So dia bangun nanti boleh makan. Petang tu 4 pm kitorang balik, dia belum bangun tidur lagi gais. Aku tak tau lah. Dia tak lapar ke. Nasi lemak atas meja tak berusik, basi. Suami aku campak dalam tong sampah.

Lain kali dia tak nak beli dah katanya. Ha lagi satu. Ada satu petang tu, dia balik kerja, aku nampak dia bawa plastik dalam tu ayam goreng. Aku suspek dia baru balik dari pasar malam. Dia lalu tepi aku kat dapur ambik pinggan. Aku m4ti – m4ti ingatkan dia nak isi dalam pinggan half ke, kemudian pelawa aku.

Tidak sesekali. Dia bawa pinggan masuk bilik, ngap sorang – sorang. Kejap lepas tu dia keluar bawa plastik dah kosong, buang depan aku. Serius pelik sunggguh. Aku bukan lah nak sangat ayam tu, sebab aku pun lepas makan. Tapi pelik, duduk rumah orang, beli makanan, makan sendiri – sendiri?

Kalau dia makan, dia hanya akan basuh pinggan dia sahaja. Meja tak kemas. lauk, kicap, gelas biar je atas meja. Meja tak lap. Aku ni pulak sejenis perfectionist. Aku tak boleh tengok macam tu. Kalau kerusi tak masukkan balik bawah meja, mata aku rimas.

Aku suruh suami aku tegur, lepas tu dia improve lah sikit. Yelah, aku bukan maid. Tak kuasa aku nak buat kerja extra. Kadang – kadang aku fikir, aku ni over ke? Tapi tulah, dah aku macam tu. Kalau anak aku yang buat macam tu, setaman ni boleh dengar aku jerit suruh kemas.

Aku bukan pilih bulu, anak aku lagi teruk kena mengemas. Ada banyak kali, aku malas masak. Aku ajak suami makan luar. Sure lah ajak dia, dah nama sekeluarga kan. Maka. restoran best lah juga. Ada chinese, ada western. Sepinggan 40 – 50 ringgit juga.

Aku belanja, aku memang tak kisah. Aku suka belanja dia makan, yelah adik kan. Aku kan takde adik. Seronok tengok dia makan. Tapi satu ucapan thank you pun tak pernah dia ucap. Dekat abang dia tak, dekat aku lagi lah. Rasa macam, entah. Tak dihargainya.

Gais, camtulah. Kehidupan ni kadang – kadang, bukanlah menuntut kita banyak duit, rupa hensem ke apa. Cukup lah kita ada adab. Dalam kes aku ni, adab menumpang. Duduk rumah orang, kau ringan lah tuIang, ucaplah terima kasih. Bergaul lah, jangan memerap je. Tolonglah mak bapak kat rumah.

Tu jelah aku nak bebeI. Aku sikit lagi nak naik meluat bela RAJA MISKIN dalam rumah. Kau nak jadi raja boleh je, make sure kaya. Kau tak tolong takpe, kau sediakan semua benda. Dalam ni ramai anak muda baca kan, ini pesanan untuk korang. Common sense wajib ada untuk hidup gembira. – Kak Long Kartini

Komen Warganet :

Hafiz Aiman : Aku tak pernah duk rumah abang aku kerana bini dia golongan bukan mahram bagi aku. Nanti hidupnya sebagai tuan rumah terbatas (aurat). Tapi banyak kali aku duk rumah abang ipar aku kerana bini dia golongan mahram aku (adik beradik).

Tapi tulah berdirinya aku sebagai lelaki yang supportive disebabkan adanya wanita seperti mereka. Arw4h Mak aku dan akak aku. Sebenarnya dalam hal ini. Suami confessor tidak berfungsi sebagai seorang abang kepada adik lelaki dan seorang suami kepada seorang isteri.

Wan Faizah Ahmad : Saya pernah kena macam ni. Beli tapau makan sorang – sorang. Sorok dalam bag takut anak – anak saya mintak. Moral of the story, anak orang tetap anak orang. Silap haribulan g4duh laki bini. Pesan berbakul – bakul dengan anak – anak.

Pandai – pandai bawak diri bila terp4ksa menumpang rumah orang. Jangan berkira tenaga. Jangan berIagak macam mem besar. Tumpang buat cara menumpang.

Athein Lyaa : Aku tak faham kenapa ramai bagi alasan ‘mak bapak tak ajar buat kerja rumah, jadi sampai bila – bila tak nak buat’. Ramai je yang membesar dimanjakan tak buat kerja rumah, ada bibik tapi elok je bila ke dunia luar rajin tolong orang, ada common sense tak suka menyusahkan orang. Alasan tak biasa dan refuse buat kerja alasan orang PEMALAS.

Shah Rizal : Aku ni suami anak 3. Takde istilah kerja rumah orang ni kena buat tu, orang tu kena buat ni. Kena time ada mood aku masak. Mood bini aku baik dia masak. Dua – dua takde mood nak masak, kitorang makan luar.

Mandi anak siap anak. Kemas rumah semua sama – sama buat. Aku pun jenis p4ntang jenis pemalas ni tak kira laki ke perempuan. Nasihat kepada confessor ko tuba je la adik ipar ko tu senang.

Nurul Emma : Pertama sekali, ko dan suami yang bagi orang menumpang. Kalau orang menumpang, memang kita tahu kebanyakannya per4ngai akan tak semegah macam ni. Kedua, kita takkan boleh terima per4ngai ni, sebab dia bukan d4rah daging kita.

Cuba kalau tu adik kita, kita terima je, paling teruk pon kita mengadu kat mak kita per4ngai adik tu last – last mak backup adik dan kata ko tak ikhlas tolong dan berkira dengan adik sendiri (aku rasa la). Ketiga, redha je la sebab ko yang terima dia pon. Keempat halau pon takpa, ko tak berdosa, bukan muhrim ko. Selesa ke ko duduk skali ngn laki lain selain suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.