Suami saya jarang2b alik ke rumah seminggu mungkin sekali dua saja, alasannya pergi kerja. Saya ditinggalkan dengan sekilo beras dan sekilo ikan bilis. Dan dia kuncikan saya dari luar setiap kali dia keluar kerana tak benarkan saya keluar. Sehinggalah saya nak bersalin..
#Foto sekadar hiasan. Kisah hidup saya pada awalnya memang bahagia, boleh dik4takan keluarga bahagia, saya dididik dengan agama, khatam Al-quran semasa tadika, bukan saya seorang, malah semua adik – beradik saya demikian.
Malah kalau kami hendak masuk pertandingan membaca Al-Quraan ramai yang gentar, kami pernah jadi wakil peringkat daerah dan negeri. Ibu saya juga mendidik saya dengan baik, pergaulan terbatas, saya bersekolah perempuan sahaja.
Walaupun ayah bukan orang kaya, sederhana cukup makan pakai, tetapi kami semua bahagia. Dan lebih istimewa ayah disegani di kampung kerana sering ke masjid. Lebih menarik lagi saya boleh memuji diri dalam pelajaran, saya tak pernah dapat nombor atas daripada angka lima setiap kali peperiksaan.
Pendek kata memang ok jugaklah. Kerana itu setelah habis SPM saya terus di tawarkan menyambung belajar ke sebuah Universiti tempatan. Di situlah saya berkenalan dengan seorang lelaki, saya pun tak tahu mengapa saya boleh cepat percaya dengan lelaki.
Agaknya saya tak pernah ada teman lelaki, bila ada lelaki ajak berbual saya pun terima aja, waktu nak meng0rat kita tentulah dia tunjuk baik, saya pun fikir tentulah dia baik, di situlah kesilapan besar yang telah saya lakukan.
Tetapi dia bukanlah pelajar seperti saya cuma orang luar yang selalu nampak saya tunggu bas agaknya, terus ajak berkenalan kita pun fikir ok jugalah. Saya begitu naif tentang perangai lelaki, saya fikir tentu mereka semua berniat baik.
Setelah beberapa bulan berkenalan, ketika saya di ambang k3jutan budaya kerana tidak pernah ada teman lelaki dan memikirkan semua lelaki baik tanpa disedari saya telah dirogoI tempatnya paling h1na dia tolak saya dalam semak.
Puas saya meIawan, tetapi tidak berdaya, badannya dua kali ganda lebih besar dari saya. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup saya. Saya tak tahu apa harus saya buat, sebab saya masih belajar. Kalau beri tahu pihak U tentu kena buang.
Malu emak bapak, nak bincang dengan kawan – kawan, mereka pun tak tahu, malah saya takut lebih teruk lagi bila mereka hebahkan satu kampus, dan meIabelkan saya budak yang bermasalah. Setelah kebuntuan fikiran, saya cari dia di rumah sewanya, minta dia bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
Saya fikirkan dia tentu insaf dan mahu bertanggungjawab, tapi dengan kej4mnya dia rogoI saya sekali lagi. Bila meIawan saya dipukuI. Saya memang terk3jut. Malam itu saya dikurung beberapa kali saya dirogoI yang membuatkan saya begitu takut, nak minta tolong pun takut dan malu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan lagi.
Namun peperiksaan tetap saya lalui, semester pertama dan kedua memang saya mendapat result yang baik, semestar ketiga walaupun kejadian buruk itu telah berlaku, saya tetap mendapat dean list. Tetapi setelah saya tahu diri saya hamil, saya minta cuti semesta kerana masalah kesihatan saya rahsiakan diri saya, dan dibenarkan.
Waktu itu memang badan saya kurus kering, sebab banyak masalah di minda saya dan saya tak tahu bagaimana nak selesaikan. Saya pujuk dia supaya bertanggungjawab dia mesti kahwin dengan saya, tetapi dia mengelak, malah mendakwa saya berbuat jahat dengan orang lain.
Namun akhirnya dia setuju, dan saya beritahu ibu bapa saya tentang saya sudah hamil, sedang cuti semesta dan minta dinikahkan. Memanglah orang tua saya terk3jut besar. Tak pernah dia termimpi anak yang dididik dengan ajaran agama, bertudung, boleh jadi seperti ini.
Kerana mereka yakin saya tidak ada teman lelaki dan saya memang tak tahu bersosiaI. Pendek kata memang anak baik – baiklah. Kerana sayangkan anak juga, emak ayah buatkan kenduri kecil pernikahan saya. Saud4ra mara memang marah kerana saya kahwin dengan lelaki biad4p, pemboh0ng dan tidak beradat.
Sebabnya, dia datang dengan ibu bapa dan saud4ra mara tipu, hantaran nikah hutang, dan begitu kurang ajar waktu dinikah. Dia menganggap dia dip4ksa nikah dengan saya, kerana dia memang tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.
Seperti yang dijangka emak menangis tak berhenti – henti sehari semalam juga semasa saya nikah. Saya minta maaf dan ampun berkali – kali kepada emak, tetapi saya tahu maaf dan ampun saya tidak berjaya menyembuhkan Iuka yang telah saya lakukan dihatinya.
Saya terp4ksa beritahu emak saya dah hamil, dan terp4ksa memujuk lelaki ini menikahi saya sebab saya takut dia tinggalkan saya dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Dan pernikahan kami memang dalam keadaan yang amat memalukan, namun ramai saud4ra mara tak tahu saya sedang hamil waktu dinikahkan.
Selepas nikah kata ayah baiklah saya keluar rumah ikutlah suami saya, kata ayah dia sudah mendidik saya dengan baik, kini tanggungjawab suami saya pula. Suami saya pula meletakkan saya di sebuah rumah flat kosong yang di sewanya.
Saya tidur berlantaikan tilam saja. Di rumah itu cuma ada dapur dan periuk – periuk kecil, untuk masak nasi dan air. Lebih menyayat hati suami saya jarang – jarang balik ke rumah seminggu mungkin sekali dua saja, alasannya pergi kerja.
Saya ditinggalkan dengan sekilo beras dan sekilo ikan bilis. Kalau balik pun dia benci lihat muka saya, walaupun saya sudah berjanji padanya untuk menjadi isteri yang soleh. Saya sanggup k0rbankan diri saya demi dia, tetapi setiap kali saya bercakap, saya akan ditamp4r.
Bab tumbvk perut saya dah jadi perkara biasa padanya. Dia memang bencikan saya dan anak yang saya kandung. Dan dia kuncikan saya dari luar setiap kali dia keluar kerana tak benarkan saya keluar. Jadi masa yang terluang saya sentiasa bersembahyang, berzikir dan berdoa kepada Allah.
Saya mohon diseIamatkan dari bah4ya. Dan saya bersyukur walaupun setiap hari makan bubur nasi ikan bilis. Ketika sampai waktu melahirkan seperti biasa suami tiada di rumah, saya menjerit memanggil jiran minta tolong dihantarkan ke hospitaI, dan mereka terp4ksa pecahkan pintu bermangga untuk masuk.
Syukur saya seIamat melahirkan walaupun bayi saya begitu kecil. Dua hari lepas bersalin baru suami saya balik terus terang dia tidak mengaku bayi itu anaknya, dan mendakwa saya cuma menyusahkan hidupnya saja. Saya mendiamkan diri kerana takut dipukuI.
Malam itu dia pergi lagi tinggalkan saya susu bayi, botol susu dan napkin. Saya memang tak tahu macam mana nak menguruskan bayi, tapi saya nekad, saya ada Allah, keluarga suami saya pun tak pernah menjengok kerana mereka percaya saya memerangk4p anaknya.
Semasa dalam pant4ng dua kali saya tumpah dar4h, tetapi Allah tetap menyeIamatkan saya, saya tak tahu apa harus saya buat, selain berzikir dan memohon kepada Allah. Itu saja. Saya serahkan nyawa saya anak – beranak kepadaNya kerana Dia lebih mengetahui.
Satu malam ketika umur bayi dua minggu, suami saya balik, saya beritahunya saya akan menyambung pelajaran sebab saya ambil cuti semester. Sekali lagi dia meng4muk, dia mendakwa saya sengaja nak membebankan hidupnya.
Esoknya dia pulang dan beritahu saya dia nak serahkan anak saya kepada sepasang suami isteri dan sebagai ganjaran dia akan diberi sebidang tanah. Saya terk3jut, untuk pertama kali saya menjerit kerana marah. Dia lagi ber4ng kerana saya meIawan lantas membuang semua pakaian saya dan halau saya keluar.
Jiran membantu mengutip dan membungkus pakaian saya. Pada saya inilah penghujungnya. Dengan sebeIah tangan mengendong bayi sebeIah lagi memegang beg pakaian seberat 7 kilo saya tinggalkan flat empat tingkat itu.
Berbekalkan duit RM15 saya naik teksi ke Universiti terus ke bilik kawan saya untuk bermalam sebelum mendaftar. Nasib baik anak saya tak menangis malam tu. Esoknya atas nasihat kawan saya hubungi ayah dan doa saya dimakbulkan, ayah datang bawa bayi saya balik kampung.
Saya amat bersyukur emak dan ayah sanggup berk0rban maru4hnya menahan malu pada jiran – jiran kerana saya telah melahirkan anak. D0sa saya memang besar tetapi saya berjanji tidak akan melakukannya lagi. Untuk belajar dan ada anak bukan mudah saya terp4ksa bekerja sambilan untuk dapatkan duit.
Saya masih ingat pemandangan di hentian bas yang penuh berasap di situlah saya duduk menunggu bas ekspress sambil membaca buku, di belakang saya ada beg sandang berisi tin susu dan pampers di sisi. Its very hard, very sad and p4thetic. Yes, I called my self p4thetic at that age.
Habis belajar saya terus cari kerja sambilan demi menghidupkan anak. Macam – macam kerja saya buat, kerana saya ada bakat tersendiri disertai usaha, tidak susah dapat kerja. Dalam pada itu saya pun mulalah ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai takIik.
Bukan nak kahwin lagi, tetapi nak tahu kedudukan saya mengikut hukvm syarak. Saya iklankan dalam akhbar menuntut suami ke mahkamah, tapi tak dipedulikan, hampir dua tahun lamanya turun naik mahkamah dan dua kali bawa saksi berjumlah lapan orang, untuk mengesahkan saya telah berpisah dengan suami selama 6 tahun, akhirnya barulah disahkan dapat cerai takIik.
Selepas sah bercerai rezeki saya datang mencurah – curah. Walaupun buat kerja sambilan mulanya, tetapi kini ia telah membesar. Sekarang saya ada bisnes sendiri, walaupun kecil, saya tetap bangga saya ada dua orang pekerja.
Kini merancang nak buka cawangan lagi insya-Allah dan saya juga bersyukur saya mampu membelikan rumah dan kereta untuk emak ayah saya. Saya bangga bekerja keras untuk kesenangan emak ayah dan anak saya.
Pada saya kini cinta lelaki tak lagi menjadi agenda unggul dalam hidup saya. Saya percaya tak semua lelaki kej4m. Sebagai contoh ayah saya tak pernah makan tengahari di kedai walaupun ada kalanya emak tak masak.
Ayah sanggup balik dan masak apa yang ada. Ayah sentiasa berada di masjid sebelum azan berkumandang. Ayah akan pastikan rumah kami bersih, kami adik – beradik khatam Al-Quran setiap kali bulan ramadhan bertandang.
Dan ayah tak akan berkasar dengan emak walau pun ada ketikanya dia membebeI bila ada yang tak kena. D0sa saya tak terampun rasanya bila melihat ibu mengalirkan airmata kerana kesilapan saya yang memalukan mereka.
Begitu juga ayah yang tenang mengh4rung c3muhan dan pandangan buruk masyarakat kerana saya. Rasanya belum puas saya berikan mereka kesenangan. Walaupun perniagaan saya berjalan lancar tetapi saya masih lagi melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi distance learning program.
Harapan saya agar dapat graduate pada tahun yang sama anak saya mengambil UPSR. Semoga memberi perangsang kepadanya untuk berjaya. Ada kalanya hati terasa sunyi. Terasa alangkah baiknya jika ada seorang suami membeIai setelah teruk bekerja keras, memberi kasih dan sayang pada anak.
Tapi itu hanyalah harapan. Ada hikmahnya Allah jadikan saya masih single sekarang. Walaupun ramai yang menaruh hati, saya tetap tolak dengan baik. Dalam hati saya berdetik, “jika kamu boleh dapatkan 3 kali ganda dari jumlah kasar pendapatan saya, barulah saya akan fikirkan untuk kahwin”.
Sebenarnya hati saya dah keras, sekeras stainless steel. Cold and hard. Tahun lepas ada bekas suami saya mencari saya katanya dia nak kahwin dan nak ceraikan saya, saya katakan padanya, “tak payah susah – susah, saya dah lama ceraikan awak.”
Bila dia tanya khabar anaknya, saya katakan, dia tak ada anak, sebab dia tak mengaku itu anaknya. Tapi saya beritahu anak saya dah khatam Al-Quraan beberapa kali, johan pertandingan azan dan Al-Quraan, menitis air matanya.
Kepada gadis – gadis senasib, jangan p4ksa lelaki untuk berkahwin, kerana ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih menyuIitkan lagi. Kepada ibu bapa kita ambil iktibar dari kisah ini bukan semua keburukan itu berlaku kerana suka ada kalanya terp4ksa dan ujian dari Allah.
Kita terima dan bersabar, jangan buang anak kita, beri perangsang mungkin mereka boleh memperbaiki hidupnya menjadi lebih baik. Bimbing anak kita ceritakan yang buruk dan baik supaya mereka lebih faham.
Komen warganet :
Rara Oven : Sama macam saya. Anak 3 bulan, saya larikan diri sebab nak elak dipukuI lagi. Dic4mpaknya barang – barang saya dan anak – anak. Sayu sangat, tergamak. Takpe, next day saya datang r0mpak semula semua barang – barang saya.
Hambek ko, nak sangatkan, angkat kaki buat apa tunggu lagi. Sayangi diri, bahagia hidup saya dengan anak. Lepas segala beban.
Rosslina Hassan : Aduhhh.. menitis juga airmata membaca kisah sedih adik ni…!! Macam – macam dugaan yang dilalui namun dia pasrah dan redha dengan segala ujian kehidupannya..!! Alhamdulillah.. Kerana awak redha dik maka awak diberi kemudahan dalam mencari rezeki. Semoga awak terus kuat dan bertabah sebagai h4mba Allah… Aaamiiiinn…
Fauziahishak Fauziahishsk : Semua orang ada buat silap. Benda dah jadi. Bersyukur kerana awak cepat sedar dapat berfikir dan bertindak dengan waras sebab awak dididik dengan agama tambahan pula ibu bapa awak orang baik – baik.
Bersyukur kerana Allah masih sayangkan awak dapat membina hidup setelah jatuh. J0doh serahkan kepada Allah. Kalauu kita dah jadi baik insyallah akan bertemu orang yang baik juga.
Nasimah Liv : Di awal penceritaan, kalau saya di tempat tt, tak mampu rasenya nak meneruskan kehidupan terlalu berat dugaan. Tapi Allah tu ada kan. Adenya kekuatan untuk t.t. Alhamdulilah sekarang dah boleh menarik nafas lega. Bahagialah tt bersama anak, buat lah ibubapa mu ketawa kerana dia pernah menangis kerana mu.
Faridah Abd Aziz : Moga kehidupan awak terus cemerlang, In Shaa Allah. Tahniah atas kejayaan awak. Untuk lelaki di luar sana, terlalu mudah kalian mer0sakkan hidup orang. Ingatlah suatu hari pasti terima baIasan juga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.