Aku seorang wanita dan ibu yang memiliki Diploma dari Universiti Tempatan tapi aku hanya kerja kilang. Ada orang cakap teruknya kerja sampai 12 jam, mesti anak tak terurus. Nanti suami lari sebab kerja kilang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca sekali. Aku berusia 40 tahun. Perempuan, isteri dan ibu. Memiliki Diploma Elektrik (Elektronik) dari sebuah universiti tempatan. Aku seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik yang bekerja secara shift 12 jam sehari.
Tujuan aku menulis ni adalah untuk menjelaskan pada masyarakat tentang pekerjaan ini. Ramai yang seakan suka memandang seperti h1na pekerjaan ini. Seringkali aku berdepan dengan soalan. “Bila nak cari kerja lain?”.
“Eh, bila nak mohon kerja normal shift?”. “Teruknya kerja 12 jam, anak – anak mesti tak terurus”. “Suami lari nanti, kerja macam tu”. “Tua nanti nak makan apa, pencen tak ada?”. Jadual kerja aku seperti berikut, perlu bekerja 14 hari dan cuti 14 hari untuk 4 minggu.
Ada minggu yang perlu bekerja Ahad,Isnin dan Selasa. Cuti pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Ada minggu yang perlu bekerja Ahad, Isnin,Selasa dan Rabu. Cuti pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Jika kerja shift pagi, masuk kerja pukuI 7 pagi dan pulang 7 malam.
Jika kerja shift malam, masuk pukuI 7 malam dan pulang 7 pagi. Pening juga aku nak jelaskan pasal shift pattern ni untuk orang yang tidak pernah kerja kilang. Kalau aku cerita detail lagi, nanti jadi telenovela la pulak. Secara ringkasnya, aku perlu bekerja 12 jam sehari untuk 3 atau 4 hari seminggu, siang atau malam mengikut jadual.
Apabila usia dah mencecah 30-an aku tidak lagi bekerja shift malam. Hanya bekerja shift pagi sahaja, dah agak senior dan perlu berurusan dengan ramai orang yang bekerja normal shift. Sebenarnya aku suka hidup begini.
Tekanan kerja sangat rendah. Tak perlu fikir hal kerja di luar waktu bekerja. Aku akan ada banyak masa dengan anak – anak dan suami sebenarnya. Suami aku freelance. Kami bebas ke mana – mana pada hari bekerja. Aku juga dapat merasa menjadi ibu sepenuh masa untuk 3 atau 4 hari seminggu,
Boleh siapkan anak pagi – pagi dan hantar ke sekolah. Boleh siapkan makanan tengahari dan tunggu anak pulang. Kalau malas, aku beli saja di kedai. Dulu suami juga bekerja seperti aku, cuma kami decide salah seorang perlu kerja yang tidak terik4t dengan masa bekerja supaya lebih mudah nak uruskan anak.
Dia ada bakat, jadi dialah yang buat kerja freelance. Kami berk0rban sedikit supaya anak tidak perlu dijaga oleh orang lain. Sebenarnya dari segi pendapatan juga, pekerja kilang ni berpendapatan agak tinggi untuk kategori kelulusan akulah.
Jangan dibandingkan dengan pilot pulak ye. Aku mendapat gaji pokok 5k++ sebulan. Ada juga alaun lain juga. Jika aku bekerja lebih masa untuk 12 jam, aku akan dibayar RM 400++. Biasanya aku akan menerima gaji bersih sekitar 6k++ sebulan sekiranya ada membuat beberapa hari OT (overtime).
Jika mampu atau nak pakai duit, boleh saja OT untuk 14 hari. Sektor elektronik sangat tinggi order sekarang. (Aku tinggal di kawasan yang bukan bandaraya, jadi pendapatan sebegini bagi aku agak tinggi). Dengan pendapatan seperti itu aku mampu untuk menabung untuk rancangan persaraan kami kelak serta untuk pendidikan anak – anak.
Mampu juga untuk menyumbang untuk ibubapa kami. Mampu untuk membayar zakat serta bersedekah sedikit sebanyak. Tidaklah semuanya indah, ada sisi gelap jugak untuk perkerjaan ini. Di dunia ni mana ada tempat tak ada masalah.
Lain kali aku tulis tentang sisi gelap ya. Cuma aku direzekikan dengan boss dan rakan kerja yang sangat baik. Kesimpulannya, aku nak bagitau orang ramai. Cara menikm4ti kehidupan untuk setiap orang itu tidak sama. Tidak perlu menghakimi tengok orang atau kemukakan soalan seolah – olah mengh1na pekerjaan orang. Bye.. – Natasha Awanis (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Muhammad Khairul Nizam : Tak pernah rasa h1na pun keje kilang. Malah lepas je benti kilang, lagi respect dengan orang – orang yang kerja kilang dan sektor 3D ni. Tak pernah nak banding – bandingkan rezeki. Kilang puan keje ni memang seronok.
Tapi tak banyak kilang macam tu. Sebelum ni keje 12 jam sehari dan direct 6 hari. Kejar output. Sampai t4rget pun tetap production kena jalan. Kerusi pulak tak disediakan, kalau line stop duduk la atas lantai. Itulah realiti keje as operator.
Pernah sekali mesin tak jalan, borak – borak pun kena marah. Keje takde str3ss pun sebab buat benda yang sama berulang – ulang. Bab gaji as operator biasa la kena ot. Baru lah nampak senang sikit. Apa pun semoga mereka – mereka yang keje kilang ni ditambah – tambah rezeki. Respect pada jiwa – jiwa yang kentaI semata – mata mencari rezeki.
Satu Dimensi : Puan, saya lebih suka puan sibukkan diri bekerja jaga keluarga. Moga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki. Nasihat saya untuk puan dan pembaca sekalian adalah penting tumpu pada kehidupan pekerjaan dan keluarga soal orang h1na orang ejak sebenarnya tidak p3nting untuk puan dan semuanya.
Adalah lebih penting bancuh segelas teh hangat untuk suami dari fikirkan soal remeh temah. Sudah la. Kita dah 2022. Ada lagi ke sikit – sikit kata orang sikit sikit h1na orang. Sentiasa hormat pendirian orang lain. Kerana itu mak mereka.
Sentiasa syukur apa yang ada. Ingat kerja kilang ke baiki kasut ke hatta jual tissu selagi itu halal aku sokong kalian 1000% kerana aku tahu pasti ada sebab kenapa kalian memilih kerja itu. Banyak negara banyak manusia tidak berkesempatan untuk kerja dengan amam damai seperti kita.
Cerio Azul : Pengalaman yang sama dengan saya. Dulu lepas grad saya kerja technician juga di kilang elektronik di Penang, walaupun ada degree sebab gaji tech memang masyuk campur ot dan tak pening macam engineer.
Lepas waktu kerja, terus tak perlu fikir dah pasal kerja, esok lah pulak sambung. Keje cuma 3 atau 4 hari je seminggu, kalo rajin datang la ot untuk 4 hari tu. Lama jugak saya keje di kilang tu sebelum resign. Sekarang ni bila str3ss – stress dengan keje, rasa rindu balik dengan suasana keje dulu. Masa fleksibel dan kurang masalah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.