Kerana terIampau bersangka baik, suami aku curang dengan wanita yang paling rapat dalam keluarga aku

Aku perasan yang gambar WhatsApp suami dan Melati sama tapi takkan Melati buat aku macam tu, kebetulan je gambar sama. Bila suami bersungguh – sungguh nak ceraikan aku, Melati datang untuk nasihat supaya redha dan lepaskan suami. Melati adalah orang paling rapat dengan kami sekeluarga dan seseorang yang sangat aku husnuzon dengannya..

#Foto sekadar hiasan. Kepada admin terima kasih kerana menyiarkan confession aku dan kepada pembaca semua dah lama aku ingin menaip tapi kesibukan aku sebagai ibu tunggal sementara ada karier yang hendak dijaga, terp4ksa aku curi – curi waktu untuk mengarang confession di sini.

Aku kenalkan nama aku Cempaka-awal 30 an, aku telah bercerai sekitar 2 tahun dan sekarang kami masih lagi dalam proses turun naik mahkamah untuk hak jagaan anakku yang baru berusia 2 tahun lebih. Pembaca semua, rutin harian aku bermula awal pagi di mana aku menydiakan bekalan makanan anak, siapkan anak, pergi kerja kemudian balik kerja, seluruh perhatianku menuntun kepada hal anak.

Hampir pukuI 12 malam baru aku boleh rehat. PENAT.. Sungguh penat menjadi singIe parent kepada seorang anak kecil. Aku bukan menulis untuk raih simpati, tapi aku nak berkongsi kerana aku tiada siapa – siapa untuk kongsi segala penat, letih, dan em0si aku.

Aku abaikan waktu rehat, waima aku s4kit aku terp4ksa berIagak kuat demi seorang anak. Sejak aku berpisah, aku langsung tiada “me time”. Hati aku h4ncur berd3rai kerana ex aku adalah orang pertama yang betul – betul aku bercinta.

Yang tinggal adalah serpihan hati untuk kasih sayang untuk anak aku. Untuk buka semula perasaan cinta, ada sesuatu” menghalang aku untuk sikap terbuka untuk berkenalan dengan lelaki lain. Bayangkan, segala peng0rbanan selepas perkahwinan adalah untuk suami termasuk tinggalkan segala kesenangan aku ada semasa hidup bujang demi untuk dia.

Retaknya hubungan kami kerana hadirnya orang ketiga, Melati. Melati adalah orang paling rapat dengan kami sekeluarga dan seseorang yang sangat aku husnuzon dengannya. Allahu s4kitnya hati aku ketika ini ketika terimbau kembali bagaimana mereka pura – pura di hadapan aku.

Aku ini ibarat BONEKA. S4kit sekali ibarat hati aku ketika itu ditik4m, dik0yak – k0yak oleh Melati. Aku cerita bagaimana aku dapat tahu mereka berdua ada “sesuatu”. Aku cerita rentetan ni dari sebelum aku bercerai ye. Okey,

Permulaan sesuatu kepada syak wasangka adalah bila ex dan si melati ni berkongsi gambar DP whatsapp yang sama walaupun hanya sekeping gambar lautan. Aku husnuzon, “Melati takkan buat aku macam tu, kebetulan je gambar nya”.

Si ex pernah hantar gambar dia di sebuah pusat per4nginan, aku tanya padanya siapa yang ambilkan gambarnya? si Ex jawab rahsia. Pernah satu kali di FB Melati ditagged oleh kawannya berada di KLIA untuk bercuti, malam yang sama si ex up whatsapp status gambar kapal terbang sedangkan malam itu aku minta dia jaga anak yang sedang demam.

Dia menolak katanya ada kerja. Aku mampu syak dan husnuzon lagi “eh takkan lah Melati  buat camtu kat aku?” Aku agak – agak si ex tolong Melati hantarkan ke airport. Kemudian si ex bersungguh hendak ceraikan aku dan keluar dari rumah kami. Si –ex kata dia menyewa dengan ayah kawannya. M4ti – m4ti aku percaya.

Kenapa aku kata begitu? Kerana aku sangat husnuzon dan aku akan bagitahu dalam plot kemudian. Sabar ya. Cerita ni konfIik. Tapi konfIik yang “slow mo” sebab aku ni isteri yang terlalu naïf, sayang sangat kepada suami atau bod0h pun ye jugak.

Aku tahu “sesuatu” di antara mereka tapi oleh kerana demi kasih sayang dan anak aku nafikan semua tu. MaIangnya si ex ceraikan juga aku melalui “wasap”. Pedih sangat HILANG sesuatu yang sangat – sangat hendak kita JAGA dan KEKALkan.

Luluhnya hati waktu itu hanya Allah saja tempat aku merayu, menangis. Hidup aku jadi sangat kasihan. Si ex Sepanjang waktu eddah, aku cuba perbaiki hubungan, aku buat semuanya agar ex aku kembali kepada kami. Namun, si ex tetap tidak memandang sepicing pun pada kami.

Malah si ex mengaku sendiri dengan aku dia sudah tawar hati dengan sikap aku. Ya aku pun khilaf sepanjang perkahwinan, aku tak kata aku ni malaik4t. Ada juga salah aku tapi aku tetap berdiri di belakangnya, sayangkannya tanpa berpaling walaupun kehidupan kami masa tu sangat daif.

Aku sahaja nampak seperti pengemis kasih sayang seorang lelaki. Betapa aku meninggu si –ex pulang ke rumah kami. Apa saja alasan yang boleh bawa ex semula contohnya anak demam, aku terus call ex. Aku masih buta dengan kasih sayang sedangkan ramai mintak aku melupakan termasuk Melati.

Pernah Melati menasihatiku untuk melepaskan semuanya dan cuba redha dengan kenyataan, waktu itu Melati baru sahaja sah bercerai setelah dia sendiri memfailkan penceraian. Aku bagitahu dia mana mungkin aku nak REDHA kerana dia sendiri reIa hati memfailkan cerai sedangkan aku diceraikan tanpa reIa.

Situasi kita tak sama. Masa aku meluahkan perkara ini pada dia, aku amat berharap dia jadi pendamai antara aku dan ex kerana aku amat husnuzon antara Melati dan ex hanya lah kawan dan aku amat berharap apa yang aku luahkan dia sampaikan pada si ex.

Ex waktu itu langsung tidak mahu dengar segala pujuk rayu dari aku. Sump4h. Ketika itu kalau aku tahu kisah luahan aku jadi mainan point tik4m belakang si Melati, aku pun tak niat nak kongsi apa aku rasa padanya.

Tergamaknya kau Melati. Memang kau lah gunt1ng yang sangat taj4m mer0bek – r0bek kain Iipatan aku dalam diam. Patutlah Melati bersungguh meminta aku LEPASKAN ex dan REDHA, rupanya dalam hatinya sudah berbunga – bunga ada rancangan masa depan yang pastinya atas kekecewaan aku dan anak aku.

Meminta aku redha, jangan sesekali dend4m. Sekarang ini aku sinis dan gelak atas ayat – ayat nasihat Melati yang dulu tapi maIang terlalu lama aku ambil masa dan had4m ayat demikian kerana sebetulnya aku tak pernah anggap Melati pergi sejauh ini.

Hari berlalu dan pergi. Habis saja eddah, aku keluar dari rumah tu. Aku bawak diri. Tak sanggup duduk di mana ada kenangan dalam nya. Orang dah taknak, bawalah hati yang Iara jauh – jauh. PergiIah aku bawa diri.

Melati pula telefon dan nasihatkan aku “Tak baik pisahkan ayah dengan anak dengan bawa anak jauh dari ayahnya”. Aku syak mungkin ex bagitahu Melati aku hendak berpindah. Permainan korang di belakang – belakang hendak aku stay untuk lihat kamu berdua kahwin? Begitu?

Aku ambik lewa nasihat itu kerana Melati, kau tak pernah rasa apa aku rasa. Duduk berdekatan Ex namun hati begitu jauh. Begitu senangkah hendak melupakan orang yang pernah jadi sebahagian diri kita? Kita selalu jumpa namun hati ex pada org lain?

Pengani4yaan em0si apakah lagi sekiranya aku masih mendap di tempat lama? Lihat mereka bahagia? Allahu. Nasib baik aku ditawarkan pekerjaan yang lebih baik. Takdelah mewah, tapi boleh sara anak aku dengan leIah sendiri.

Selepas pindah ade lah ex datang ambil anak, tapi aku syaratkan anak masih menyusu, tak boleh bermalam. So dia amik dan pulang petang. Masa dia datang ambil anak, aku ter “perasan “kan s3curity access card rumah Melati dalam poket bajunya.

Aku memang tahu kerana Melati adalah orang yang dik4takan rapat dengan keluarga aku. Berdebar hati aku. Memang aku tiada hak pertikai hidup dia selepas penceraian kerana dia bukan sesiapa dengan aku tapi aku rasa aku terlalu lama dikhian4ti dan diperbod0hkan.

Sudah dipamit syak wasangka perihal mereka berdua tapi aku masih husnuzon. HUSNUZON! HUSNUZON! HUSNUZON!!.. Aku geram dengan diri aku sendiri masih husnuzon walaupun mereka ni nyata – nyata menik4m aku. Kenyataan amat perit apabila diketahui. Ketahuilah perempuan apabila ada syak begitu, kau mesti k0rekkan? Di sini untuk kesahihan cerita, aku cuba tanya kisah ex dari sahabat baiknya sendiri. Ya benar, satu demi satu cerita sebelum aku bercerai terpapar :

1) Si ex keluar dari rumah kami dan tinggal di rumah Melati (aku husnuzon Melati mungkin bagi rumah tu pada ex duduk)

2) Mereka pernah bercuti sekali (waktu itu Melati isteri orang, ex dia masih suami aku)

3) Si ex pakai kereta Melati ke hulu ke hilir namun aku je tak nampak walhal tempat kerja ex dengan rumah aku sangat berdekatan.

PAHIT bukan? Segala kisah – kisah benar ni begitu s4kit untuk aku had4m. Sebab aku benar – benar tak sangka Melati boleh buat begitu dengan aku. Tapi tak boleh salahkan Melati, tepuk sebeIah tangan tidak akan berbunyi.

Dalam fasa s4kit jatuh menerima kenyataan, aku terima berita mereka sudah berkahwin. Aku tiada hak untuk mempertikai plan mereka kerana aku tiadalah siapa – siapa dengan ex melainkan hati aku ada sedikit lagi tinggal sekeIumit sayang padanya.

Namun berita perkahwinan mereka, jadi asbab untuk aku kuat dan melupakan si ex. S4kit untuk melupakan orang yang sangat kita sayang dan lagi par4h ditik4m dengan cara begini. Hati aku dah rabak sangat, aku cuma ada dahi untuk sujud, tangan dan hati yang luhur untuk aku merintih pada Allah.

Hari demi hari, aku doa aku dijauhkan dari pikir hal si ex dan Melati. Melati dalam masa yang sama anggap aku sebagai musvh. Aku tidak pernah m4ki – m4ki atau marah dia secara berdepan, tapi status whatapps dia seolah – olah menjadikan aku ni musvhnya.

Percayalah aku tak terniat nak datang rumah dia dan tamp4r dia macam dalam kebanyakan drama. Tindakan aku hanya lah BL0K mereka berdua. Untuk ubat semua ni, aku cuba kenal – kenal lelaki. Tapi satu pun tak boleh buat hati aku terbuka sehinggalah aku kenal A.

A punya cerita kisah hidup yang sama dengan aku, yang berbeza adalah isterinya yang curang. Kami berada di situ dalam situasi pahit yang sama, malah pengalaman memat4ngkan segala percakapan dan tindakan A. A bagi aku adalah seorang yang punyai integriti, mat4ng dan rasional dalam buat sesuatu keputvsan.

Sebab itu, aku lebih selesa dan terbuka bercerita hidup aku padanya. Dia akan jadi, mata dan telinga untuk aku. Dan masa itu aku berharap dia dapat gantikan ex aku. Nama A selalu aku sebut dalam sujud aku. Aku hampir melupakan kisah silam bila aku kenal A.

Namun, hari tak selalunya cerah. Ex si A merayu ingin kembali padanya. Aku tahu dari awal lagi, A sangat sayang isterinya setelah berbeIas tahun hidup bersama kerana A ada jiwa yang setia. Aku kenal dia. Sukar juga untuk A lupakan tambahan pula punya anak bersama ex wifenya.

Aku tanya apakah keputvsannya? Dia sanggup k0rbankan perasaannya, demi anak – anak. Sejak aku tahu, ex A merayu agar mereka kembali bersama, aku berundur. Aku taknak jadi orang ketiga, aku taknak anak – anak dorang tersiksa datang dari keluarga yang berpecah.

Allah, saat hati aku mula sayang, ada dugaan menjelma. Bukan senang nak terima semua ni, setiap hari aku doa A jadi pasangan aku namun takdir tuhan melebihi segalanya. Aku anggap ini jih4d aku, moga Allah angkat jih4d ini, dan sayangkan aku, pandukan aku pada yang lebih baik.

Kalau aku berdegil tetap berhubungan dengan Si A, tiadalah beza aku dengan Melati yang melayan dan berhubungan dengan ex aku sehingga mencipta bibit – bibit kemesraan hingga ex lupakan kami. Aku tak nak kehadiran aku dalam hidup A, akan merubah perhatian dan fokus dia pada keputvsan yang akan diambil.

Senyap – senyap aku berundur dan menyepikan diri sendiri. Biarlah hati yang rab4k terubat sendiri, bangun sendiri tanpa perIukan tempat untuk berpaut. A adalah dahan sementara untuk aku berpaut namun ianya sangat rapuh.

Biarpun hati mer0nta – r0nta untuk melepaskan, namun aku telah belajar dari kesilapan iaitu untuk tidak menyanyangi makhluk melebihi kasih pada Allah. Cukuplah sekali aku jatuh tersungkur kerana terlalu sayang pada mnusia,kali ini, biarlah aku ikut rentak perjalanan ilahi.

Ya allah, aku jaga agamamu, aku jaga diriku, Allah jagalah aku dan anakku ya. Takpelah, jika bahagia tu terlalu jauh di dunia, pasti di sana lebih bahagia. Tika ini sekiranya orang bertanya apa perasaan aku? Terlalu KOSONG.

Tidak tertulis nama ex, tidak juga terukir si nama A. Aku sudah berjaya move on kerana aku mampu melihat gambar kenangan tanpa menitiskan air mata, tanpa aku berharap semua kembali seperti sedia kala. Yang aku tatap hanyalah p0tret bisu untuk kenangan – kenangan anak aku.

Sepertinya aku ini TULl. Sesiapa sahaja melalui pasti tahu berkec4inya hati dikecewa dan dikhian4ti berkali – kali. Aku hanya jas4d berdiri tanpa r0h  & perasaan, yang mana impian dan harapan aku hanyalah untuk membesarkan anak aku.

Kepada Melati dan ex, kita jumpa depan ALLAH ya nanti. Aku bawak anak aku juga. Aku tak mampu jumpa kamu berdua di dunia ini, jangan muncul di depan kami. Hati aku belum kuat sepenuhnya, ya sudah move on tapi once hati jatuh terIuka, kemudian berkecai, aku sendiri sudah kabur serpihan hati tu seIerak arah mana.

Betullah orang kata, redha dan maaf tu buat kita tenang, tapi tahukah untuk mendapatkan hati yang benar – benar ikhlas dan pemaaf itu meruntun segala jenis sabar?. Yakni, orang yang benar – benar bersabarlah, syurga itulah tempat mereka.

Para pembaca semua, Doakan aku ya supaya kuat, menang kes hak jagaan anak. Anak tu je aku ade untuk berkasih sayang, sumber kekuatan aku. Anak aku sahaja yang aku pasti takkan berpaling kasih sayang dan mengkhian4ti aku.

Kalau ex rebut jugak, aku ni takde apa – apa lagi dah. Lagi piIu. Akhir sekali, nota kaki paling perit – Melati itu adalah bekas isteri abang aku. Sekian. – Pohon Yang Utuh (Chempaka) (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nabilatasha Zakaria : Allah, besar dugaan untuk Puan. Besar jugak kesabaran puan teguh hadap dugaan ni. Dari awal pun menaip tenang tapi perit pun lalui. Semoga Allah sahaja yang baIas untuk pihak puan, anak dan mereka.

Perempuan yang baik ialah perempuan yang takkan mengkhian4ti kaum dia sendiri sebab dia faham bagaimana r3muk dan berkec4i hati seorang perempuan dan c0nsequence hidup selepas tu. Sangat terk3jut bila baca baris terakhir. Tak boleh nak fikir dan dia sangat K4nser. Puan sangat kuat dapat f1ght K4nser ni. Semoga yang mendatang sentiasa diberkati. Aamiin

Ruqayah AbuBakar : Harap puan jangan cepat sangat nak cari pengganti, sebab nanti kalau terIuka lagi memang tak akan sembuh dah. Lebih baik fokus pada anak, kerjaya dan bahagiakan keluarga sendiri… insyaAllah kalau memang Allah nak beri jod0h lain adalah tu dan semoga puan bahagia jua akhirnya nanti…

Siti Mahida : Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpik4t pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti m4ti atau pergi. Namun, Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai h4mba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya..

Siti Noraini Maidin : Besarnya dugaan bila orang Yang disayangi, dipercayai mengkhian4ti hidup – hidup. Susahkan bila orang Yang baik – baik, hati poIos macam ni selalu sahaja diani4yai. Mereka membaIas kebaikan & peng0rbanan dengan r4cun

Yang takkan mungkin hilang buat selamanya. Selalu sangat orang Yang baik akan diani4yai. Cuma bentuk pengani4yaan sahaja Yang berbeza. Entahlah mungkin dunia ini sekarang bukanlah tempat yang bagus lagi untuk orang – orang Yang baik.

Semoga kita semua terus kuat untuk teruskan kehidupan di dunia Yang penuh pancar0ba dan kita akan dapat menghuni rumah yang selama – lamanya Indah buat kita di akhir4t nanti. Amin.

Suraya Ismail : Allahu, nota kaki paling perit buat bulu roma ku berdiri. Semoga confessor tabah, berat dugaan puan. Allah sayangkan puan..moga puan terus tabah. Semoga dipermudahlan urusan hak jagaan anak puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.