Saleha telah kahwin lari ke Thailand atas sokongan keluarga lelaki. Selepas berkahwin, keadaan menjadi lebih teruk Saleha sering lari dari tugasnya di hospitaI hingga beberapa kali diberi surat amaran untuk dikenakan tindakan disiplin. Akhirnya ini yang terp4ksa saya buat supaya tidak mendengar lagi c4cian yang diIemparkan.
#Foto sekadar hiasan. Saya mempunyai 5 orang anak yang telah meningkat dewasa. Yang sulong sudah bekerja sebagai seorang berjawatan pr0fesional, anak yang kedua perempuan merupakan seorang doktor pelatih di HospitaI kerajaan, anak yang ketiga masih menuntut dalam bidang perubatan di luar negara, manakala anak keempat dan yang kelima masih di bangku sekolah. Saya dan suami adalah kakitangan kerajaan dan telah bertugas selama lebih 27 tahun.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah kelakuan anak kedua saya, Saleha yang bukan sahaja besar kepala, angkuh dan somb0ng setelah bekerja, malah berubah dari seorang anak yang baik kepada anak yang meIawan dan membantah setiap nasihat ibu bapanya. Malah dia menyifatkan kami ibu bapanya sebagai musvhnya nombor satu.
Beliau langsung tak ingat kesusahan kami membesarkannya dengan penuh kepayahan kerana pendapatan kami suami isteri yang kecil ketika itu. Saya tidak hairan kalau dulu dia tidak berpendidikan tinggi dan tidak mendapat didikan agama sejak kecil, mungkin dia boleh berkelakuan seperti itu, tapi sebaliknya dia dan juga 4 orang lagi adik beradiknya yang lain semuanya kami hantar belajar ke sekolah menengah agama dengan harapan menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia, tetapi semuanya amat mengecewakan kami.
Kami hantar anak – anak ke sekolah agama selepas mendapat keputvsan yang baik dalam peperiksaan UPSR. Saya hantar ke sekolah agama dengan harapan mereka menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Mereka sahajalah harta kami di dunia dan akhir4t nanti.
Apa yang saya rasa amat pelik mengapa kelakuan Saleha yang sebelum ini begitu baik, sopan santun, berbudi mulia dan patuh kepada kami ibu bapanya, taat dan patuh kepada agama, itulah ciri – ciri seorang anak yang kami kehendaki tetapi boleh berubah hanya dalam sekelip mata.
Kalau kita lihat raut wajahnya memang baik, tenang, sopan santun dan lemah lembut bak kata pepatah orang tua – tua `pijak semut pun tak m4ti’. Pendek kata saya begitu yakin dengan keputvsan kami menghantar dia belajar ke sekolah agama. Kami mahukan anak – anak yang soleh yang boleh mendoakan kami bila kami tiada kelak.
Setiap minggu saya jemput dia dari asrama pulang ke rumah. Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu padanya walaupun kadang – kadang saya terp4ksa berk0rban nasa, tenaga dan wang ringgit. Tetapi saya rela demi melihat anak – anak saya belajar dalam keadaan yang selesa dan berjaya satu hari nanti.
Saya gembira apabila melihat anak saya cemerlang dalam setiap peperiksaan yang didudukinya. Seterusnya, Saleha diterima untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di ibu kota dalam bidang perubatan. Harapan kami memanglah setinggi gunung padanya. Semasa di universiti pun dia tetap anak yang baik. Boleh dik4takan setiap minggu dia pulang ke rumah jika ada kelapangan.
Tetapi keadaan mula berubah apabila Saleha berada dalam tahun 3, setiap kali apabila saya hubunginya pada hujung minggu, memang tak pernah dapat. Balik rumah jauh sekali. Silapnya saya membiarkan perkara ini berlarutan. Saya dan suami tidak bertanya khabar dan kenapa tak balik. Kerana kami tidak mahu mengganggu konsentrasinya pada pelajaran. Pada kami mungkin dia sibuk menghabiskan tugasan pengajiannya.
Sebenarnya kami langsung tidak sedar pada waktu yang sama dia sudah berkawan dengan seorang lelaki juga penuntut IPTA yang sama tetapi dalam bidang kejuruteraan. Kisah ini terbongkar setelah keadaan anak saya sudah tidak dapat dikawal lagi.
Setelah kami tahu keadaan sebenarnya tentulah kami tidak merestuinya persahabatan mereka kerana latar belakang keluarga lelaki tersebut yang tidak menyenangkan tambahan pula teman lelakinya terlibat dalam aktiviti tabligh (aktiviti agama yang ekstrem). Temannya itu sanggup cuti kerja berbulan – bulan untuk keluar berdakwa sampai ke Pakistan dan ke Afghanistan. Saya tak tahulah berdakwah atau membuat benda lain.
Saleha pada awalnya memang pandai menyorokkan hubungannya dengan lelaki tersebut. Dia tidak langsung menunjukkan tanda – tanda mereka bersahabat.. Rupa – rupanya tanpa pengetahuan saya, dia selalu berkunjung ke rumah lelaki tersebut yang terletak setengah jam perjalanan dari rumah saya. Dan saya dapat tahu dia pernah beberapa kali bermalam di rumah lelaki tersebut.
Sebaik sahaja Saleha tamat pengajian, tiba – tiba sahaja keluarga teman lelakinya datang ke rumah untuk meminang. Kami didesak oleh keluarganya supaya menyegerakan perkahwinan mereka. Walaupun dah tamat belajar tetapi dia masih doktor pelatih. Kami tidak menolak pinangannya, tapi kami minta tangguh. Biarlah Saleha tamat latihan dulu. Saleha pun tidak memberitahu kami tentang hubungannya sebenar pada awalnya dulu.
Kerana kami minta tangguh pihak lelaki sengaja menyalah tafsirkan permintaan kami dia memberitahu Saleha kami menolak. Akibatnya Saleha jadi tak keharuan. Dia jadi dingin. Lebih maIang dia mula berkelakuan kasar dan kurang ajar. Perubahan kelakuannya sering berlaku pert3ngkaran, semuanya gara – gara Saleha tidak berpuas hati kerana mendakwa kami tidak benarkan dia berkahwin.
Bila ayahnya tiada dia rumah dia mula menyanyi menyindir saya, lagunya berseni kata seperti, `emak pemboh0ng, emak giIa, emak boh0ng macam orang tua.. di hujung kampung tu’. Bila ditegur oleh adiknya mengapa mengh1na emak, dia kata memang emak orang tua yang memang patut dih1na. Perbuatannya membuat saya jumpa pakar s4kit jiwa kerana tidak tertahan dengan tekanan perasaan. Dan terp4ksa makan ubat dan menerima rawatan. Sebagai orang Islam, saya berdoa kepada Allah supaya diberikan ketengangan. Lama juga baru saya dapat dipulihkan. Doa saya dimakbulkan Allah.
Bila kami berjaya menerangkan keadaan sebenar, saya lihat ada sedikit perubahan dalam diri Saleha dan bila dia memulakan tugasnya doktor pelatih kami memberinya sebuah kereta untuk memudahkan dia berulang – alik ke tempat kerjanya. Doa saya supaya dia cepat sedar dan berubah. Namun apa yang berlaku di belakang kami, Saleha menggunakan kereta tersebut memudahkan dia ke rumah ibu lelaki tersebut bertandang dan bermalam.
Kemuncak kepada peristiwa ini tanpa pengetahuan kami suami isteri, Saleha telah kahwin lari ke Thailand. Atas sokongan keluarga lelaki. Selepas berkahwin, keadaan menjadi lebih teruk Saleha sering lari dari tugasnya di hospitaI hingga beberapa kali diberi surat amaran untuk dikenakan tindakan disiplin. Pernah juga dia lari ke Sarawak semata – mata untuk bersama dengan suaminya yang bertugas dengan syarik4t gerg4si negara di sana. Sebenarnya, ketika itu, kami sekeluarga tidak tahu langsung dia telah berkahwin.
Nak jadikan cerita satu hari saya menghantar makanan kegemarannya ke asramanya pada hujung minggu, dia tidak ada di bilik. Bila di telefon katanya dia ada dalam dewan bedah dan meminta kami tinggalkan saja makanan itu di biliknya. Esokan harinya, saya datang lagi dan melihat makanan tidak berusik. Saya rasa pelik sangat saya tanya rakan, rakannya dengan sedih memberitahu anak saya sudah nikah di Thailand dan waktu itu berada di Sarawak bersama suaminya.
Ketika itu gelap pandangan saya, nyawa terasa dir4gut dan saya tidak mampu berdiri lagi, untung dapat dipulihkan. Malam itu saya kuatkan semangat kami pergi ke rumah ibu lelaki tersebut meminta penjelasan. Tetapi rumahnya kosong. Dengan bantuan adik beradik kami berjaya membawa Saleha pulang. Walaupun nasi sudah menjadi bubur, namun kami buangkan yang keruh ambil yang jernih, kami tunduk kepada kemahuan Saleha. Tetapi kami mahu dia bernikah semula di Malaysia dan kami mahu mengadakan majlis kenduri kahwin, demi menjaga maru4h kami di mata masyarakat walaupun hanya Allah yang tahu bagaimana r3muknya perasaan kami suami isteri.
Pihak lelaki tidak datang untuk berbincang, malah membantah kami adakan akad nikah sekali lagi, kata mereka, “dah sah nikah di Thailand, buat apa nak nikah lagi? Nikah mana – mana pun sama.’’ Memang sah, tapi kita duduk di Malaysia ikutlah peraturannya. Dalam pada itu macam – macam alasan diberikan hinggakan ke saat akhir saya terasa amat bimbang takut pihak lelaki tak datang nikah semula.
Lepas kahwin Saleha langsung tidak pulang ke rumah alasannya dia terasa terasing duduk di rumah emak sendiri, tempat dia dibesarkan. Tak selesa katanya! Kerana rindukan anak selepas empat bulan kami ke rumah besan tetapi alangkan sedihnya apabila menantu kami menghalau kami dan mengunci pintu pagar tidak membenarkan kami masuk. Kami terasa malu dan terh1na sungguh dengan perbuatannya. Dan kami bertambah sedih Saleha langsung tidak diizinkan keluar walaupun menemui kami di pintu pagar untuk melepaskan rasa rindu.
Cubalah pembaca bayangkan bagaimana perasaan kami suami isteri ketika itu? Hanya Allah sahaja tempat saya mengadu. Saleha memilih suami dan mertuanya sebagai ibunya daripada kami ibu bapanya yang sebenar.
Namun keadaan Saleha berubah – ubah ketika dia mula mengandung dia berbaik dengan saya meminta belikan dan memasak makanan kegemarannya, dan sebagai ibu walaupun hati terIuka tetapi tidak menyampai, saya tunaikan hajatnya, itupun bukan dia datang ke rumah, saya yang hantarkan ke tempat kerjanya. Sejak beberapa bulan ini dia mula lupakan kami semula, bukan nak berjumpa, telefon pun tak mahu.
Saya pernah menasihatinya supaya tidak tinggal di rumah mertuanya, sebab mertuanya suka keluar berjalan waktu malam dan meninggaIkan dia bersama abang iparnya yang belum kahwin itu sahaja di rumah berdua – duaan, sedangkan suaminya bertugas di Sarawak. Tentu tak manis. Carilah rumah lain itu lebih memudahkan. Tetapi ditolak cadangan saya.
Akhir kata, pesan saya kepada Saleha, anak saya jika kami tidak berjumpa lagi, ingatlah bahawa doa seorang ibu itu adalah keramat! Wallahu’alam.
Demikian cerita Sharifah tentang pend3ritaan hatinya akibat perbuatan anak kesayangannya Saleha. Kata Puan Sharifah, air matanya sudah setempayan kalau dikumpulkan, berat badannya susut 20 kilo, jiwanya tertekan hingga terp4ksa berjumpa doktor pakar sakit jiwa, semuanya gara – gara anaknya yang bukan sahaja sudah tidak makan nasihat malah menuduhnya bermacam – macam perkara buruk hingga sanggup mengata ibunya dah giIa. Semoga telinganya tidak mendengar lagi c4cian yang Iemparkan.
Mana ada ibu dalam dunia ini tak sayangkan anaknya, (kecuali dengan sebab tertentu ibu itu sendiri tak mahu jaga anak), hanya mereka yang telah menjadi ibu sahaja yang lebih memahami perasaan kasih ibu terhadap anaknya. Kasih ibu membawa ke syurga, doa ibu membawa barakah, padah jika dibantah.