Pagi lepas subuh saya dah bagitahu mentua nak pergi klinik sebab bIeeding. Tapi dia cakap saya manja sangat. Sampai nak pengsan tahan s4kit barulah suami bawa ke klinik itu pun kena tunggu sampai mak mentua beri keizinan. Akhirnya doktor bagitahu anak saya keguguran…
#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim. Dekat sini saya nak rungkaikan sedikit sahaja tentang kisah perkahwinan saya sebagai pedoman dan panduan. Ambil dan baca dengan positif. Nak jaga a1b orang seboleh yang mampu.
Saya dengan bekas suami nikah atas pilihan bekas mentua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar jaga agama. Masa ni memang respect la kan. Jaga hubungan sebelum nikah. Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.
Saya tinggal di rumah mentua, (saya, bekas suami, mentua dan adik – adik ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yang akan taat apa mak dia suruh dan perintah tapi yang akhirnya makan diri. Minggu pertama ok. Start minggu kedua dan seterusnya dah lain.
Waktu ni mentua tambil alih dan kontrol semua urusan dalam rumah tu. Saya bersangka baik. Tapi bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dengan suami. Saya tak kisah ditegur tapi semua perkara dikawal termasuk pergauIan saya dengan suami sendiri.
Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salah la. Yang tu satu hal. Bincang lagi dengan suami, mak awak tak boleh buat macam nie. Kita dah suami isteri kan. Suami jawab, kita kena taat mak. Ok, jalan.
Sampai la saya kena masuk hospitaI sebab bIeeding. Subuh pagi tu dah bagitau mentua, nak pergi klinik. Dia tak bagi, cakap saya manja lagi. Sampai la tak tahan macam nak pengsan, baru la suami bawak pergi klinik. Tu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan mak dia dulu.
Saya dah nangis masa ni. Sempat lagi la telefon nak bagitau nak bawak saya ke klinik. Sampai klinik terus refer hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded saya dengan suami dah macam panas sebab doc cakap saya pregnant kemungkinan kembar tapi satu dah gugur (sekarang dua – dua dah tak ada dalam rahim).
Saya warded pun kena marah juga sebab menyusahkan anak dia nak kerja. Saya cakap cuti je la. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh kerja, cari duit. Mentua tak nak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentaIity hanya hidup untuk duit).
Discharged hari Jumaat, suami hantar balik rumah mak saya. Dia terus balik sebab mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi kerja. Hari terakhir jumpa suami. Malam tu last call dia cakap tension, str3ss sebab mak dia marah – marah saya balik rumah family.
Tak ada siapa nak buat keje rumah, iron baju – baju dia dan macam – macam lagi. Sampai la hari Ahad (19/6), saya call beratus kali, wasap, mesej suami. Langsung tak tanya khabar isteri dia macam mana. Sampai saya persoalkan jugak tanggungjwab dia sebagai suami.
Yelah, saya di bawah tanggungjawab dia. Last – last, dia langsung hantar mesej cerai atas sebab saya yang desak dia ceraikan saya (yang nie langsung tak wujud). Malam tu saya ke rumah dia sebab nak ambik barang – barang saya.
Maru4h dipijak – pijak. Nak salahkan saya atas semua nie. Barang – barang dihumb4n dalam kotak je. Saya angkut. Suami langsung tak turun. Langsung tak pertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Umpama kain buruk la.
Sebelum mintak jadi isteri, sangat beradab la ambik saya dekat mak abah. Tapi, bila tak nak buang macam tu je. Semua berakhirnya hanya dengan sms, call. Cerai pun buat main – main, urusan hidup mereka pun main – main agaknya.
Ustazah, mak mentua nie ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jangan sampai bercerai. Tapi, ustazah beria suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya tak ikut cakap ustazah. Tak ada siape nak iron baju – bajukan. Ustazah sedar saya pregnant tapi sengaja nak bunvh anak – anak saya. Tegarnya hati.
Suami, tak salah nak pertahankan mak sendiri. Awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Walaupun saya pregnant awak pun tak ambik tahu. Cuma persoalkan tanggungjawab saya terhadap awak.
Jadi, mana tanggungjawab awak selama nie. Nafkah langsung tak bagi sebab mak tak bagi beri pada saya. Bagusss! Sila buang title ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mentua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam h4mba.
Ya, dunia akhir zaman. Nie baru sikit ceritanya. Kadang – kadang, title tu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit – sikit ilmu agama. Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mentua.
Anak – anak saya pun dah selamat kat syurga. Moga jadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga jadi asbab untuk kalian kerana menzaIimi saya sebagai isteri, menantu. Maka, berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta lepas nikah ni.
Tak sempat bercinta pun. Honeymoon pun ramai – ramai. Ingatkan till jannah tapi till jahann4m dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal. Saya tak cakap bercinta lepas nikah ni tak kekal lama tapi berg4ntung atas pengemudi rumahtangga tu sendiri. Sebab itu nikah ni amanah yg berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.
Komen Warganet :
Ayra Irdina : Pelik la berkahwin atas pilihan mertua sendiri tapi bila da kawin mertua tu buat camtu pulak. Tak nak cucu. Adoii, pelik mertua macamtu, dah tau baik tak yah kawinkan anak tu, simpan je la. Buat siksa anak orang je, pasti sedih family awak terutama parents. Bertabah lah, ada hikmahnya tu.
Hamimah Mustaffa : Kita semua ada tanggungjawab, tanggungjawab sebagai mentua, sebagai menantu, sebagai anak. Keadilan mesti ada dan sesuai dengan keadaan. SayangiIah anak – anak dan menantu – menantu kita.
Elvy Kamil : Ya Allah smpai hati dia buat macam tu. Kalau boleh sebagai mentua jangan lah nak masuk campur hal rumahtangga anak. Melainkan perkara tu memang perIukan mereka untuk masuk campur. Contoh bagi nasihat yang positif.
Nurul Huda : Kisah awak sama dengan saya cuma mak ayah bukan ustazah cuma mereka mungkin kurang didikan agama. Saya dah 6 tahun kahwin anak dah dua orang, sekarang pregnant anak ke tiga. Suami tegar menceraikan saya kerana ibunya tiada nafkah dari bulan 4, dia hantar saya balik dan sekarang saya tunggu bersalin lepas pant4ng tuk masuk mahkhamah semula untuk bercerai.
Tak lama dia pun dah ada pengganti saya, orang tu bukan orang lain adik angkat saya sendiri orang yang anggap saya kakak dia dan ada affair dengan suami saya sekarang. Saya dah tak minta apa apa cuma mintak Allah permudahkan perjalanan saya di setiap sujud saya..
Atiqah Azmy : Memang la tanggungjawab suami tu pada ibu dia. Wajib taat pada ibu tapi dalam masa yang sama isteri juga ada hak yang perlu ditunaikan. Sepatutnya kene bersikap adil, bila perintah mak tu dah men1ndas hak isteri masih bole diguna pakai ke?
Masing – masing ada batas masing – masing. Isteri ada hak dia ada batas dia. Bila suami kena jaga mak kena beralah, yang ibu pun ada batas dia. Memang syurga bawah tapak kaki ibu tapi janganlah sampai buat zaIim kat orang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.