Awal – awal konon bapa aku taknak letak hantaran tapi ibubapa aku rambang mata melihat satu set barang kemas, mas kahwin dan cek wang hantaran yang angkanya agak lumayan. Lepas kahwin secepat mungkin dorang suruh aku clearkan check, dan bagi dekat mereka alasan untuk balas jasa besarkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Ini kali pertama aku menulis di sini, aku kenalkan diri aku sebagai Ratu pernah bergelar ibu tunggal anak dua dan sekarang telah pun berkahwin baru dengan seorang lelaki budiman yang alhamdulillah baik pada aku dan juga anak – anak.
Sedikit cerita tentang bagaimana aku menjadi ibu tunggal sebelum ni. Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang berketurunan India Muslim a.k.a mamak ye. Aku diceraikan pada bulan ramadan tahun 2015 seminggu sebelum aku melahirkan anak aku menerusi electif c – section. Kerana apa? Mesti la kerana orang ketiga.
Namun, setelah hampir 7 tahun aku memegang title ibu tunggal ni. Aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang muda 3 tahun dari aku. Bukan kisah penceraian yang ingin aku ceritakan di sini. Tapi tentang buruk dan busuknya hati manusia yang penuh hasad dengki.
Melalui fasa – fasa penceraian yang mana belum lagi aku keluar dari ward di rumah sewa adik aku telah menerima surat dari Mahkamah Syariah. Di mana aku sebagai defendan dan bekas suami aku sebagai plaintif sedangkan aku la yang sepatutnya memfailkan penceraian tapi dia pula bertindak sebaliknya.
Liku – liku kehidupan membesarkan 2 anak tanpa bantuan keluarga (support system) aku lemah. Family t0ksik, merajakan anak lelaki dari anak perempuan. Anak perempuan kena pandai kena berdikari. Aku menyewa di rumah sewa adik aku dan aku mula keluar mencari kerja bersama anak- anak.
Mujur dapat pekerjaan yang memerIukan aku mencari pengasuh pula. Alhamdullillah all when smooth kecuali ex husband yang culas dengan nafkah. Bermula la hidup aku sebagai pekerja di sebuah company retail kerja tak menentu kadang – kadang balik pagi kadang – kadang balik malam.
Perlahan – lahan aku upgrade diri aku dan anak – anak. Bekas suami pula lepas cerai sibuk dengan persiapan perkahwinan dengan pemusn4h rumah tangga aku. Demi Allah aku kata kan, aku langsung tidak terfikir mencari penganti sebab aku serik menangis dan tidak diperdulikan di perkahwinan lepas.
Aku kerja pun kend3raan aku cuma la pengangkutan awam. Bermula la episode di mana aku di fitnah. Ini adalah kalangan ahli keluarga di sebeIah ibu aku. Hobi mereka cuma menjaga tepi kain aku bukan nak datang hulur bantuan atau sekampit beras ka apa tapi kerap menghubungi ibu bapa aku untuk mengadu bahawa aku bertukar – tukar naik kereta jantan pergi kerja dan balik kerja.
Sudah la tak membantu kerja asyik cari salah dan d0sa pula. Itu hanya lah uber / grab / kereta sapu. Ibubapa aku percaya bulat – bulat. Aku dimarahi diherdik dih1na sebagai anak janda jaIang tak guna. Aku dihalau keluar dari rumah sewa adik aku sedangkan aku membayar separuh dari harga sewaan ini.
Bayangkan ye readers sekalian, parent kita sendiri yang h1na kita janda. Sedihnya hati bukan kepalang. Aku bukanlah seorang anak yang menyusahkan parent aku dari kecil. Aku selalu please parent aku supaya aku tak dipukuI diter4jang.
Aku belajar pandai – pandai aku nak senangkan hati parent aku. Tapi bila aku nak sambung study parent aku termakan hasutan busuk hati supaya jangan la korang hantar Ratu ni pergi belajar tinggi – tinggi kelak nanti dia menconteng arang di muka kamu.
Maksud mereka nanti aku pulang bawak perut. Allahuakbar! Aku anak sulung dari 5 beradik, aku satu – satunya anak perempuan dalam keluarga. Dan satu – satunya pandai dan bijak dalam pelajaran. Adik – adik aku yang dibanggakan parent aku alhasil menjadi pen4gih d4dah, penjual k3tum dan piI khayaI, pemalas kerja makan hasil bini, dan pem4buk.
Aku berkerja membantu parent aku untuk kehidupan dan bagi makan 4 biawak di rumah kami. Aku di kongkong, tak boleh berkawan tak boleh bercinta tak boleh semua. Duduk dalam bilik pun dituduh pemalas. T0ksik kan?
Kad atm mak aku pegang. Hari gaji k3jut aku suruh keluarkan semua gaji. Bagi aku RM50. Kad pengenalan aku pun mak aku pegang. Umur dah 23 tapi masih hidup macam ni. Kemucaknya aku dipinang orang iaitu bekas suami aku.
Barulah hidup aku bebas dari cengkaman ibubapa aku. Tapi kan pembaca sekalian, memang fitrah orang hati suka berburuk sangka ni tak suka tengok orang lain happy. Duit hantaran berbentuk cek parent aku minta aku cair kan secepat mungkin.
Kata mereka, jika aku ingat mereka aku terhutang budi sebab mereka besarkan aku. Masa aku kahwin dulu. Parent aku tak mau keluarkan belanja walau 1 sen pun untuk aku alasan aku ada kerja sedangkan kad atm aku mak aku yang pegang.
Kiranya kos semua dikeluarkan oleh pihak suami. Masa proses merisik pun bapa aku memang tak mau tak minta wang hantaran. Tapi pada hari akad nikah semua tu mereka sediakan sebab mereka segan. Ibubapa aku memang rambang mata melihat satu set barang kemas, mas kahwin dan cek wang hantaran yang angkanya agak lumayan.
Disebabkan itu lah, aku didoakan bercerai dalam keadaan anak dua oleh ibu aku sendiri. Disebabkan mereka inilah.. aku sekarang disahkan menghidap Anx1ety di0rder dan maj0r depr3ssion oleh pakar psiik4tri hospitaI. Aku tidak bercerita pada siapa – siapa. Jenis memendam dan akhirnya memakan dalam.
Sepanjang beberapa tahun lalu, aku mula hidup tanpa cengkaman ibubapa aku. Aku enggan kembali ke rumah parent aku selepas aku bercerai. Aku lagi sanggup bersendirian membesarkan anak – anak. Itu pun aku disihiir, muka aku ni memang hampir dua tahun tak pulih.
Buruk busuk mengerutu bern4nah. Dengkinya manusia, dengkinya sanak saud4ra. Kata mereka aku sebenarnya bukan bekerja tapi menjual badan sebab tu la aku mewah boleh beli insurans untuk anak dan saving anak – anak, boleh beli iphone.
Bak kata semua hasil aku ni h4ram la. Memburukkan aku kepada ibubapa aku kepada keluarga di kampung. Yang tahu cuna Allah sahaja, aku keluar kerja pagi balik malam buat overtime public holiday dapat double pay itu la hasil aku membahagiakan anak – anak.
Semuanya dipertikaikan oleh manusia berhati hitam ini. Tapi kali ini aku tidak lagi seperti Ratu yang dulu. Aku Iawan aku hamun semua manusia yang kerjanya asyik mencari salah aku. Aku tegas dan lantang menegur ibubapa aku.
Seharusnya kalian la yang mendoakan kebahagian aku bukannya ikut sama menjatuhkan aku. Akhir ayat yang aku beri, jika kalian tidak mampu membantu aku tolong la jangan susahkan hati aku. Sejak dari itu, semua termasuk dengan parent aku memutuskan hubungan dengan aku.
D3ritanya semua aku telan, aku jalani aku hadapi. Masalah yang datang umpama angin sahaja. Hadapi lewati sendiri. Aku terbiasa menyelesaikan semua sendiri dengan cara aku. Aku tidak lagi meminta atau memerIukan bantuan.
Aku anggap saja aku yatim piatu. Tak guna minta tolong. Sia – sia.. pertolongan tak dapat cacian mereka beri. Penganiaayaan manusia yang tak gembira tengok aku gembira buat aku jadi seorang wanita yang pada dasarnya kelihatan kuat.
Tapi malamnya menangis seorang diri meratapi nasib sendiri. Perlu kuat perlu tegar seperti karang. Pandangan dan perspektif manusia dengan ibu tunggal hanya la JANDA. Sebaik mana pun aku menjaga maru4h menjaga diri.
Menutup aur4t sebaiknya keluar rumah hanya untuk mencari nafkah. Tetap juga la aku ini pada pandangan mereka perempuan murah. Pernah terfikir untuk lenyapkan diri dari muka bumi ni, tapi wajah anak – anak bermain di minda.
Tidak sanggup. Istighfar mengucap panjang aku bila diser4ng depr3si. Berat badan turun dari 80kg ke 39kg. Mer0yan diceraikan lepas bersalin, MentaIIy physicaIIy drain aku sorok malahan aku pamerkan senyuman. Dalam aku h4ncur – seh4ncurnya.
Aku memohon kepada Allah sebaik – baik tempar aku mengadu. Aku serahkan bulat – bulat kepadaNya semua penindasan fitnah – fitnah manusia. Terus kerja menafkahi membesarkan dan sekaligus menyekolahkan anak – anak.
Aku tidak sesekali membiarkan anak – anak aku merasai apa yang aku rasa. Aku jauhi mereka dari t0ksik – t0ksik ni. Tak suka aku dibanding – bandingkan anak aku dengan anak adik – adik aku dan sepupu – sepupu aku yang lain.
Kini aku berjumpa dengan suami yang baru dari perkahwinan kedua. Bertuahnya kami anak beranak dikurniakan keluarga mertua yang menerima kami seadanya. Menyayangi kami dan berkasih sayang. Benarlah kata orang.
Tak semua ujian itu berakhir dengan pend3ritaan. Akan hadir bersama pelangi yang dinantikan. Semoga menjadi iktibar kepada semua. Redha dan sabar tak semudah yang diperkatakan tapi inilah imbalan dari air mata yang tumpah. Sekian, – Ratu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Khairun Isa : Dalam banyak – banyak confession kisah TT ni paling saya terkesan. Moga TT sembuh dan berbahagia hingga ke akhirnya. Saya ada kenal bebrapa orang yang mengh1na title janda yang ahli keluarga sendiri. Bayangkan nak hadap masyarakat kita yang t0ksik yang suka memperolok – olok ibu tunggal. Tak terfikir ke mereka kalau benda ni jadi dekat diri sendiri.
Nurul Zulaikha Ismail : Tak boleh nak hadam wujudnya mak ayah macam mak ayah confessor ni. Ibubapa biasanya nature diorang nak tengok anak tu baik – baik je, nak anak bahagia, orang kata buruk pasal anak kita mesti kita takkan nak iyakan aje. Spesis apa keluarga tt ni. Yang jantan biawak, yang mak per4ngai macam sy4itan. Esok – esok merempat anak – anak jantan biawak tu belum tentu nak ambik tau.
Tok Nyang Tipah : Berkaca Mata mak membacanya. Semoga diberi kebahagiaan dunia akhir4t. Selalulah doa untuk ibu bapa dan keluarga agar diberi hidayah dan jalan Yang benar. Semoga tabah membesarkan anak. Yakinlah akan ada pelangi setelah hujan dan akan ada kebahagiaan setelah perjuaangan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.