Bekas isteri sangat baik tapi tak cantik, tak boleh bagi anak. Aku kahwin lain untuk dapat anak, sekali mak aku mogok

Aku tau aku salah sebab nak pasang dua konon kahwin takda zuriat. Ingatkan kahwin yang kedua ni dapatlah anak padahal sampai sekarang pun takde. Rupanya lepas aku kahwin lain, baru aku tahu tinggi rendah langit. Nah ko! Aku dapat isteri penyegan pemalas yakmat..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin, aku nak mengadu sikit. Ko tolonglah siar kisah aku ni ek. Aku ni dapat dulu bini yang ok tapi aku plak yang tak ok. Sekarang aku dapat bini yang tak ok, baru padan muka aku. Aku bukan nak aibkan diri aku sendiri atau bini – bini aku tapi aku pun nak tengok jugak kalau – kalau ada yang nasib lebih kurang.

Kalau bini aku yang dulu rajin sangat dia. Bangun pagi awal je, anak takde jadi kami ni bahagialah hidup. Bangun pagi, dia akan siapkan sarapan. Makan pakai semua dijaga, aku ibarat macam raja je tak payah nak buat apa – apa kalau dekat rumah.

Dia punya kerja memang tip top pandai serba baik memasak, menjahit, mengait, buat kek dan macam – macam lagi lah.. Kalau sekadar rosak sikit – sikit tu lampu kami dia boleh baiki kira isteri aku yang lama ni memang pandai serba serbi.

Cuma dia kurang lawa sajaIah dan tidak bekerja. Duduk rumah saja. Kalau mak adik beradik aku datang rumah memang tip top dia layan sampai tak mau balik orang tua tu, sayang menantu punya pasal. Kalau isteri aku s4kit memang dengan teksi pun dia boleh sampai nak melawat menantu punya pasal.

Dengan adik beradik aku pun sama rapat. Sebab tu akak dan adik – adik aku sayang sangat dengan dia jenis sekepala. Silap aku jugalah dulu kalau tidak mesti aku dah bahagia sekarang, ada isteri ok serba serbi tapi aku sia – siakan.

Aku tau aku salah sebab gatai nak pasang dua konon – konon kahwin takda zuriat aku ingatkan aku kahwin, kedua ni dapatlah zuriat padahal tak jugak sampai sekarang pun tak. Bini aku yang dulu tu walaupun dia baik pandai serba serbi tapi dia tak nak bermadu, dia rela aku ceraikan dia.

Aku ni jenis angin gak kadang – kadang. Sampailah satu tahap aku ceraikan isteri pertama dengan alasan aku harap kalau isteri kedua ni sama macam dia lah.. Dan nanti aku beruntung aku boleh dapat anak.. Kahwin tapi tak dapat anak siapa yang boleh tahan kan?

Rupanya lepas aku kahwin lain, baru aku tahu tinggi rendah langit. Nah ko! Aku dapat isteri penyegan pemalas yakmat! Teruk sangat weh nak dibanding dengan bekas isteri aku dulu. Sampai sekarang mak dan adik beradik aku mogok tak datang rumah aku pasal kes cerai tu dulu.

Pernah mak aku cakap takda anak macam aku ni, penaya anak orang tapi masa tu mak aku tak faham jiwa aku.. Jadi ni la baIasan aku terima kot sebab perbuatan aku kepada bekas isteri. Dia plak dah kahwin lain pun kalau tidak boleh la aku ajak dia bersama semula

Isteri yang sekarang? Memang tak boleh diharap jangankan masak untuk aku untuk diri dia sendri pun jangan harap. Setiap kali aku balik kerja tak berasap langsung dapor. Siap diorder nasik goreng kampung dengan telor mata lagi ada lah.. Aku plak yang kena buat kerja untuk dia..

Ada mesin basuh autom4tik pun tunggu seminggu baru nak basuh, apa punya pemalas lah aku dapat bini gini.. Tapi aku redha saja mungkin ini kifarah, dulu aku tak pandai bersyukur. Ini lah aku nak pesankan buruk baik kita tetap yang lama jugak dapat bertahan dengan kita.

Cari yang baru tetap tak sama dengan yang lama sebab yang lama tu dah lama di samping kita, yang lama tu dah tahu selok belok pasal diri kita ni. Yang lama tu lah yang terbaik sebenarnya. Jangan kalut nak cari baru kalau bini dah sempurna, ada kurang sana sini sikit tu ko tampunglah sikit atau tutup sebeIah mata. Kalau la bini aku tak kahwin lagi takde aku menderita macam ni huhu.. Stalk fb dia bertambah s4kit hati aku ni min.

Komen Warganet :

Sheikh Halim Bin Sheikh Yaacob Sah : Tuan tak pernah cek ke pasal kesuburan? Tu yg saya takut nikah lagi macam mana pun mesti kita banding dengan yang pertama. Saya 8 tahun tiada anak. Lepas tu baru ada, sekarang 4 anak lelaki yang terakhir kembar.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?