Kawan baik hasut aku curang sampai aku dan isteri bercerai. Lepas 6 tahun, aku dapat tahu dia kahwin dengan bekas isteri

Isteri aku buka kedai menjahit dan ambil seorang pekerja. Dekat sini aku  jatuh cinta dengan pekerja isteri . Masa tu Amir cucuk aku suruh kahwin lagi, tak salah poligami. Satu – satu aku nampak kekurangan isteri. Badan berisi, takde anak. Aku ingat lagi aku jerit dia manduI. Sempat tangan aku sampai dekat muka dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku sebenarnya tak tahu la nak mula dari mana. Hidup aku mandi tak basah, makan tak luak pun. Berat aku turun 7 kg, tinggal tulang je. Macam tajuk dekat atas la kan. Aku dapat tahu kawan baik aku tengah buat persediaan nak kahwin dengan bekas isteri aku.

Aku dah bercerai 3 tahun lebih sebenarnya, 2019 aku cerai lepas 6 tahun berumah tangga. Aku pun tak reti nak cakap puncanya dari mana. Aku namakan bekas isteri aku ni Sue lah senang. Kami berkahwin atas dasar cinta, kenal 2 tahun lepas tu kahwin.

Bahagia sangat, lepas je kahwin memang aku minta Sue jadi surirumah je, sebab memang aku mampu pun nak tanggung. Bahagia sangatlah balik kerja ada isteri, ada makan minum, malam ada peneman. Sampai kawan aku semua agak kuat la memuji isteri aku, bekal makan siap, pergi kerja m4kin kemas.

Tak perlu kalut la nak uruskan hidup. Semua rasa aku orang bertuah lah sebab susah nak cari isteri sanggup la duduk rumah jaga makan pakai laki. Aku tak reti nak susun ayat sebenarnya, aku sekadar nak meluah je apa aku rasa.

Sue ni taat, kerja rumah setel, baju tersedia, makan minum semua lengkap dia sedia untuk aku. Manis pun manis, cantik la dekat mata aku walaupun dia chubby sikit la. Tapi still aku sayang dia. Lepas 3 tahun kahwin, mula lah orang tanya pasal anak, kenapa Sue tak kerja bukan dapat anak lagi.

Macam – macam.. Lepas tu dia mula kata nak belajar kemahiran menjahit, aku bagi lah dia masuk kelas tu belajar, beli mesin jahit. Melompat la dia seronok, dipeIuknya aku tak nak lepas. Lama – lama dia pandai la buat baju lelaki perempuan.

Start dia jana income sendiri lah kan, tak ada apa berubah pun. Layanan still tiptop pun. Lepas tu dia kata nak sewa kedai, pergi lah mohon Kedai majlis, dapat. Sampai kena amik pekerja la sorang. Sini lah mula nya kot. Kalau ingatkan balik, tak tau lah silap ke takdir Tuhan.

Aku pergi lah bermain main mata dengan pekerja baru tu, last – last tersangkut pulak. Kawan – kawan pulak support cakap kahwin je la, tak d0sa, mampu nanti boleh besar kan business la, rezeki masuk la. Penyokong tegar aku tu Amir la kawan baik aku.

Dia la tempat luahan aku, seronok bila ada kawan boleh faham naluri lelaki kau ni sebenarnya sebab tahu perempuan em0si sangat. Aku dengar cakap Amir ni sebab dia pun pernah kahwin, bercerai sebab isteri dia memang curang dengan dia.

Satu office tahu la pasal kisah Amir ni. Menduda dah 4 tahun. Aku berkasih lah dengan pekerja baru tu, lama jugak la. Sampai kant0i. Macam nak terbalik rumah aku tu masa kant0i, aku memang berniat nak kahwin pun dengan kekasih aku tu.

Aku tak pernah nampak dia meng4muk macam tu sekali. Ntah lah, masa tu aku nampak banyak sangat kekurangan Sue. Sue gemuk lah, tak ada anak, dah kerja tak nak dengar cakap aku jadi surirumah. Cepat je benda ni berlalu.

Mungkin kata – kata aku dan tangan hinggap kat muka dia tu sangat terkesan. Aku ingat lagi aku jerit dia manduI dan jangan halang aku nak nikah lagi. Sempat la jugak sampai tangan dekat muka dia tu. Lepas tu terus dia diam je, kedai pun berbulan tutup.

Nak dekat setahun jugak kami macam anjing dengan kucing sebenarnya, dia tak nak terima duit aku, dia dah tak buat apa yang dia buat dulu. M4kin menc4bar betul aku nampak, lepas tu dia minta izin nak balik kampung duduk dengan mak dia kejap.

Aku warning dia jangan nak cerita benda bukan – bukan, aku bagi la dia balik. Aku tak sangka lepas aku bagi dia balik tu dia tak balik – balik dah. Dia block semua nombor aku, semualah facebook, masa tu dah ada instagram semua hilang.

Aku rileks je lagi, nak risau apa ada girlfriend kan. Masa tu girlfriend aku pressure suruh masuk meminang lah apa lah. Pening giIa, aku rasa masa tu Sue tak layak jadi isteri dah. Amir kawan aku pun sokong je aku lepas kan, isteri tak elok lah tinggal laki.

Jenis tak redha tak bersyukur. Memang betul tekaan aku dia fail cerai. Aku pergi sebutan cerai tu hari tu jugak aku lepaskan dia. Nak tengok boleh hidup ke tak sebab selama ni aku yang banyak tolong dia kan. Lepas je selesai terus aku tak nampak mak mertua bapak mertua aku. Hilang.

Aku tak risau pun sebab baru taIak 1 bukan taIak 3. Mak aku tahu pun lepas semua selesai, berbulan juga mak aku str3ss bising dekat aku. Sue menghilang macam tu je, puas aku cari, aku cari dekat rumah mak mertua aku pun diorang halau je aku. Memang tak bagi kerjasama.

Girlfriend aku pulak pergi cari jantan lain sebab dia kata dia ingat gelang tangan Sue tu aku yang beli. Mana mampu aku nak beli gelang besar – besar, semua tu duit menjahit Sue la, bagi tekanan kuat dekat aku nak itu ini.

Hantaran nak RM15k, masak tak nak buat, kerja rumah awal – awal dah bagitau tak nak buat sebab bukan tugas dia katanya. Murung aku jadinya, sampai effect la kerja aku. Bos pun dah bising sebab banyak buat salah. Amir ni tak habis habis suruh aku sabar, kadang – kadang rasa nak tumbuuk pun ada, sebab dia lah kuat bagi nasihat.

Mungkin menangis air mata d4rah pun memang aku kena hadap. Tak lama lepas tu, Amir ni kata dia nak minta transfer, sebab kata mak s4kit nak balik kampung. Lagi la sedih aku ni, kawan baik tak ada, isteri pun dah cerai.

Aku lalui waktu PKP aku sorang – sorang. Sedih giIa. Rasa nak bakar je rumah dengan barang – barang Sue. Mesin Jahit aku dah bagi adik aku, kadang – kadang rasa nak jual je rumah ni. Aku memang tak sangka tekad betul dia.

Lama aku mengenang nasib, sampai la baru ni aku bawa lah mak aku dengan adik – adik jalan – jalan. Aku memang teringat Amir kata dia asal situ, dekat bertahun jugalah tak jumpa aku call dia kata aku nak jumpa dia singgah rumah.

Dia bagi alamat, datang minum – minum semua. Mak Amir bukak cerita Amir dah bertunang, nanti dah siap kad mak dia jemput la kami sekeluarga. Aku happy la masa tu, lama Amir ni menduda sebenarnya sampai dah jodoh.

Aku borak – borak tanya semua, berkawan dengan siapa, nama.. borak – borak kosong. Selamber dia cakap nanti tahu la. Okay la kan, aku balik macam biasa. Tapi Whatsapp yang aku dapat tu memang buat aku nak pukuI je Amir ni, dia minta maaf kalau terbagi nasihat bukan – bukan dulu.

Dia bagitau dia akan kahwin dengan Sue sebab dia rasa Sue baik. Dah penat dia jumpa perempuan tak elok je. Dia minta maaf sangat. Kalau korang tempat aku ntah la.. rasa nak pergi jumpa dia malam tu juga. Macam mana dia boleh nak aku doa dia bahagia dengan Sue?

Aku macam dah giIa dah hidup sekarang, tak tahu nak cari semangat dekat mana. Aku minta nak jumpa Sue sekali je, dia m4ti – m4ti tak bagi, salahkan aku balik kenapa pergi cerai, pergi pukuI. Macam tu je aku rasa aku kena game.

S3tan mula hasut aku ragu – ragu diorang bercinta masa Sue dengan aku lagi. Tapi Amir kata, tak pernah pun Sue tu curang apa masa kahwin dengan aku. Aku tak tahu la nak rasa apa dah, gelap nya dunia aku ni sekarang.

Memang lepas bercerai hari tu mak aku memang marah sangat dengan aku, aku nak bawak calon baru tu pun mak aku tak nak dia kata kalau kahwin jugak tak perlu lah bawak balik. Mungkin kasih sayang yang Sue bagi tu sangat terkesan dekat dia, dengan aku pun terkesan sebenarnya.

Tak ada pengajaran pun aku nak bagi.. aku sekadar meluah dan bawa beban penyesalan ni sampai bila – bila. Walaupun dah bertaubat, cari dia nak minta maaf. Memang tak tenang, mungkin sebab tu jugak Allah tak bagi aku ada anak dengan dia. Benda ni berlaku sekelip mata je.

Memang aku tak sangka. Sampai sekarang aku tak tahu macam mana Amir ni boleh jumpa dengan Sue, atau memang rancangan dia. Seingat aku masa raya dan beberapa kali je dia pernah nampak Sue, tak pernah bercakap pun… Setiap malam aku tidur lambat sebab berfikir. – Sekadar Meluah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Norain Noordin : Nasi dah menjadi bubur. Boleh encik fikir baru bercerai taIak 1 bukan taIak 3? Maksudnya bila – bila pun boleh kembali bersama ke? Encik tak fikir ke isteri tu nak ke kembali bersama semula? Encik tak fikir ke yang isteri tu boleh berkahwin lain lepas bercerai?

Encik memang ambil sambil lewa. Ambil mudah. Padanlah dengan muka encik. Lagipun encik kata tadi hanya nak meluah kan. Jadi saya tiada apa – apa nasihat selain redhalah. Lagipun encik dah naik tangan dekat isteri encik memang tak layak beristeri.

Memang betul tindakan bekas isteri untuk tidak beri peluang lagi pada encik. Pakej mengh1na lagi. Memang dia Iuka berd4rah. Kalau encik nak mend3ra anak orang lagi encik jangan kahwin lagi.

Haebalagi Sshi : Sebab tu penting cari kawan yang baik terutama orang laki yang jenis cepat ‘makan cakap kawan’. Cepat terpengaruh dan kita sebagai kawan pun janganlaa merosakkan kawan kita dok pi cucuk benda – benda d0sa.. awatlaa manusiaa.

Lebih – lebih bab yang smpai boleh meruntuuhkan rumahtangga orang. Jangan sebab kamu laki dahtu memanjang nak ‘naikkan semangat’ member suruh kawen / tambah lagi dan lagi. Lelaki kalau jalankan tanggungjawab / tugasdia semua tu (MENGEMAS, MEMASAK, JAGA ANAK dll).

Payahhh laa nak ada masa tambahan nak tambah isteri. Yang ramaii laki ada masa nak tambah bini tu sebab tugas dan tanggungjawab sendiri pi bagi kat isteri. Dahtu hati bini pun tak jaga. Terima kasih pun tak.. ntah laa…

Dalami ilmu Agama. Belajar betul – betul tanggungjawab suami (+Isteri) dalam ISLAM. Wallahualam. Harap sebagai kaum lelaki semua ni.. m4kin cakna benda ni. Isteri tu ada ibu bapa yang sayangkan dia. Kalau kita tak sayang dia betul – betul jangan ‘pedajaI’ anak orang.

Sama juga andai kita ada anak perempuan. Kita boleh ka tengok anak perempuan kita dilayan buruk oleh suami dia nanti?? Layan anak perempuan / anak lelaki orang lain sebagaimna kalau kita punya anak, kita nak anak kita dilayan elok. Wallahualam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?