Adik bongsu, 1 tahun, makan nasi dengan telur setiap hari, duit sekolah pun dicatu tapi abah boleh menikah lain? Episod k3jam berterusan bila betina itu asyik merengek nak perhatian. Suatu malam, aku tengah baring dalam bilik, aku terdengar abah meng4muk. Aku keluar dan lihat, abah sedang c3kik mak. Ketika itulah aku rasa sinaran datang buat kami..
#Foto sekadar hiasan. Tak tahu nak mula dari mana sebab ia sudah berakhir. Tetapi aku rasa aku perlu kongsi sesuatu yang sehingga ke hari ini aku tak boleh hadam apa yang terjadi pada mak aku. Pada aku, mak masih muda, umur baru 43 tahun, ada 6 anak.
Dia selalu meluah perasaan pada aku sebab aku anak yang dah mula mengerti apa kesedihan yang mak aku hadapi. Umur aku? baru 18 tahun. Orang lain bergeIut soal pakwe makwe, kerja, study. Aku? BergeIut isu keluarga yang tak pernah sudah kerana jantan bernama ayah.
Hati aku dah keras asyik dihidangkan drama realiti playb0y tua tak sedar diri. Tambahan pula aku anak perempuan sulung. Pengajaran pada perempuan yang mungkin mengeluh belum bertemu j0doh, bersabarlah. Jangan jadi terdesak sehingga kita tak tahu dengan siapa yang kita akan tinggal serumah, sebantal dan segalanya.
Kedua, jangan jadi perempuan b4ngang dan percaya bulat – bulat pada lelaki yang sudah beristeri. Tambahan anak ramai pula kononnya dia tidak bahagia. BuIIsh1t itu semua. Maaf jika sepanjang perkongsian yang panjang berjela ini akan membuatkan korang ann0yed and bosan.
Mak, sekolah tak habis. Last Tingkatan 1. Erti kata lain, dia jenis yang memang tidak terbuka pergaulan. tak pandai cakap banyak – banyak. Apa yang ada, dia terima saja. Berkahwin pada usia yang muda dengan suami yang berasal dari kampung yang sama.
Rumah mak dan abah dekat, sampai boleh nampak bumbung rumah. Abah aku askar, yang jenis masuk hutan jarang balik. Maklah yang menguruskan anak dari A-Z dengan apa saja yang ada. Adik – adik aku Alhamdulillah, sangat memahami dan berdikari.
Semua bermula 7 tahun lepas semasa kami tinggal di utara Malaysia. Kami semua dapat tahu abah kahwin lain di Siam dengan anak d4ra. Entah mana dia kenal. Fuh, time itu aku rasa macam Wau! Adik bongsu, 1 tahun, makan nasi dengan telur setiap hari, duit sekolah pun dicatu.
“Kau boleh menikah lain? Duit elaun isteri yang tentera p0tong itu saja yang kau tinggalkan pada kami 7 beranak untuk hidup?” Abah dah mula angkat tangan dan kaki pada mak masa ini. Episod k3jam berterusan bila mana betina itu asyik merengek nak perhatian.
Biasalah, isteri muda. Bila abah keluar hutan, dia nak masa dengan abah. Huhu.. Dasar tua ganyut, lupa anak isteri yang ada di rumah. Aku rasa abah aku itu b0doh sampai level langit bila dia bawa perempuan itu datang rumah kami.
Rumah kami kecil saja, rumah sewa. Malam itu, masa aku nak tidur di ruang tamu (kami memang tidur di ruang tamu saja), bentang toto, dan abah beritahu mak suruh dia tidur dengan anak – anak. “Kau pergi tidur di luar dengan anak – anak. Madu kau nak tidur dalam bilik!”
Aku ingat sampai bila – bila keb0dohan jantan itu. Mak aku tidur luar bilik, aku dengar dia menangis. Sampainya hati, Ya Allah. Oh ya, sepanjang 17 tahun kahwin, katil tak pernah ada, kelengkapan rumah seadanya saja. Oh jantan, aku benci dia!
Isteri baru ini ada kereta dan bekerja. Mak selalu kata, “Dia nak tumpang senang dengan isteri itu kot, mak kan tak kerja” Fuh, aku sedih giIa time itu. Tempoh 2 tahun perkahwinan tersebut, kami selalu berhubung dan dikunjungi oleh madu dia.
Madu itu pun dah ada rumah sewa berdekatan dengan rumah kami. Cuma mama tak tahu dan tak pernah dibawa ke sana. Aku tak diizin campur hal tersebut. Nak pergi sana naik apa? Yelah, kami cuma ada motosikal buruk, lesen pun tak ada.
Naik moto angkut kami adik – beradik pergi balik sekolah sesi pagi dan sesi petang. Adik kecil aku selalu cakap yang madu itu selalu cakap anak – anak itu kotor dan pakai tak up to date. Sedihnya aku, pastinya mak hanya memendam rasa.
Budak nak membesar dan baju pakai yang mana ada ja. itu pun sebab dia bukan peduli keperluan kami. Suatu hari, entah ini satu sinaran baru atau ujian. Aku tengok abah balik tiap – tiap minggu pada dia, tak melekat dengan handphone seperti biasa, spent time dengan anak – anak.
Seolah – olah abah dah tak ada bersama dengan perempuan itu. Mak cakap perempuan itu pun dah tak datang rumah dah. Baiknya mak aku, siap cuba telefon madu itu pun tak dapat dihubungi. Jadi mak assume madu dia sudah diceraikan.
Aku buat hal aku, malas nak peduli. Janji aku jadi anak mak yang baik, tak susahkan dia. Dalam masa terdekat itu, datang satu lori perabot ke rumah kami. Mak tak berani tanya dari mana datang perabot itu sebab mak dah diajar kaki dan tangan.
Jadi sekali lagi, kami assume, perabot itu datang dari rumah bekas isteri kedua abah sebab ada bekas perabot yang digunakan. Meja makan, almari, katil, TV, kabinet dapur dan serba lengkap semuanya. Aku nampak mak happy bila dia dapat semua itu.
Suami yang selalu ada di depan mata dan kelengkapan rumah yang tak pernah ada. Walaupun perabut itu milik bekas madu dia punya yang berkahwin tak sampai 2 tahun. Tapi mak, dah hampir 20 tahun kahwin baru nak merasa.
Ya, benar. Ini bukan pengakhiran indah apabila lelaki itu katanya berkursus di selatan selama sebulan. Balik dari situ, mak cakap dia dapat rasa yang abah mula buat per4ngai lama. Entah kali ini kahwin atau tidak. Tapi mak aku dijauhi dan dib0ikot.
Perkara ini berlarutan sehingga mak dan abah tak bercakap selama 5 bulan. Dia hanya bercakap dengan adik – adik aku yang bongsu. Kami 4 beradik ke atas diabaikan sepenuhnya. Abah balik pada per4ngai lamanya, melekat pada handphone.
Di depan mata aku, mak tanya abah nak makan ke tak. Tapi abah diam saja. Mak sendukkan nasi dan letak di depan baah di depan TV. Kalau dia makan, dia akan makanlah. Kalau dia tak nak makan, nasi itu akan dibiar sepi. Mak akan angkat nasi itu dan disimpan di dapur.
Meluat aku tengok keadaan itu. Tapi aku takleh nak marah mak sebab dia memang macam itu. Mungkin aku panggil ini sinaran even ia adalah dugaan. Suatu malam, aku tengah baring di dalam bilik, aku terdengar abah meng4muk.
Aku keluar dan lihat, abah sedang c3kik mak. Adik bongsu aku menangis. Abah tak berhenti dan masih jelas ayat yang aku anggap pengakhiran semua d3rita kami selama ini. “Malam ini aku ceraikan kau!” Rumah sepi. Cengk4man tangan dilepaskan dan mak terbatuk – batuk, mungkin s4kit dic3kik.
Abah keluar dari rumah, mak bangun dan suruh kami semua tidur. Ayat tenang, tapi muka mak tak akan aku lupa. Kami menurut dan masuk ke bilik. Urusan penceraian sedang berjalan. Mak naik teksi saja pergi ke pejabat agama untuk buat aduan penceraian.
Aku rasa kosong, kami keluar dari rumah yang banyak membawa duka ini. Mulakan hidup di kampung mak sejak awal tahun ni. Aku nak bergerak pun rasa tak boleh. Nak sambung belajar, kasihan dengan mak, Akhirnya aku kerja di sebuah CC untuk aku mencari wang untuk adik – adik sekolah.
Mak jual nasi lemak. Dari aku kerja di sini, aku jumpa page ini. Tempat luahan para isteri khususnya. Aku rasa aku muda untuk h4rungi semua ini. Tapi aku tahu, mak aku lagi sedih. M4tilah lelaki dalam hidup aku, selain adik beradik aku.
Komen Warganet :
Khloe Benji : Sedihnya kehidupan mak awak. Dia wanita yang kuat namun betul lah malam tu adalah malam yang beri sinaran buat mak dan awak sebab dapat bebas dari suami yang mcam tu.
Awak jadilah seorang anak yang dapat menyejukkan hati mak awak. Belajar dan kerja untuk cari duit beri kesenangan pada mak. Dalam masa yang sama, ingatkan adik beradik yg lain tentang pengorbanan mak. Saya doakan awak sekeluarga terus diIindungi dan bahagia.
Wahida Amin : Geramnya dengan per4ngai jantan macam ni. Harap ada baIasan untuk bapak ko. Hidup tak tenteram dibuang keluarga. Nanti dah tua tak larat, masa tu baru terhegeh-hegeh nak cari anak – anak suruh ingat jasa seorang ayah konon.
Ini yang selalu jadi tapi nanti netizen kata kita anak tak kenang budi, sedangkan dorang tak tahu masa kecil apa yang kita lalui dengan per4ngai bapak tak serupa bapak ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.