‘SAYA CERAIKAN AWAK DENGAN TAL4K 3.’ Lepas 5 hari suami balik rumah saya terus tanya tentang mesej cerai tersebut. Tapi suami macam orang b0doh. Saya tunjuk mesej tersebut. Akhirnya dia berterus terang yang dia bawa isteri kedua bersama dan HP nya dikawal rapi oleh isteri kedua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Saya nak kongsikan satu kisah yang berlaku dalam hidup saya yang mungkin tak akan saya lupakan. Saya seorang surirumah, telah mendirikan rumahtangga selama 6tahun.
Kisah ni terjadi semasa saya menyambut ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-4. Saya masih ingat dengan jelas, pada malam tu kami berdua sambut anniversary, dinner bagai nak rak dengan suami tapi hati saya rasa tak sedap.
Macam ada sesuatu yang tak kena tapi saya buat tak tahu je. Mungkin hanya perasaan je ataupun mainan sy4itan. Tepat pukuI 1 pagi saya yang tak boleh nak tidur ni dapat notifikasi dekat FB, ada orang nak berkawan dengan saya.
Seorang perempuan. Saya pun approve je kiriman tersebut dan saja – saja nak tengok profile perempuan tu. Mungkin kenalan lama saya sebab tu kot dia nak ‘friend’ dekat Fb. Namun alangkah terk3jutnya saya bila tengok gambar profile tu betul – betul, sebenarnya tu gambar suami saya yang sedang duduk atas pelamin, sedang bersanding!
Semuanya kuasa Allah nak tunjukkan pada saya. Patutlah tak sedap hati, memang betul isteri ni ada naluri keenam. Untuk pegetahuan semua, perempuan tu adalah janda dan mempunya 2 orang anak. Dia berumur 40-an. ALLAH luluhnya hati saya, ya ALLAH.
Keesokan paginya saya tanya kepada suami, dia terk3jut dah macam orang b0doh, diam seribu bahasa. Saya cakap pada suami bagi saya masa fikirkan semua ni, dengan keadaan anak yang masih kecil. Saya tak boleh fikit bila yang suami kahwin lain.
Lebih kurang sebulan saya mendiamkan diri, kehidupan kami macam biasa cuma saya agak dingin dengan dia. Satu hari suami mesej saya bagitahu yang dia dapat percutian percuma ke bangkok dari company, saya pon ok kan je untuk dia pergi.
Hari kedua suami kat sana, pukuI 8 pagi saya dapat mesej dari suami menyatakan, ‘SAYA CERAIKAN AWAK DENGAN TAL4K 3.’ ALLAHUAKBAR! Jatuhnya saya ketika tu, saya cuba mesej, call dan macam – macam cara saya buat untuk berhubung dengan suami, saya nak tanya, apakah betul apa yang dia mesej tu?
Tapi suami diam langsung tak baIas sampai la suami balik ke Malaysia selepas 5 hari di sana. Sepanjang dia tak baIas mesej tu, saya jadi tak keruan, saya tak tahu apa status saya dengan suami. Bila dia balik, saya terus jumpa suami dan tanya adakah betul apa yang dia mesej kepada saya.
Sekali lagi dia terk3jut, macam orang b0doh, tak tentu arah. Saya tunjuk apa yang dia send kepada saya pada hari tersebut. Akhirnya suami berterus terang yang dia ke bangkok bukan sorang diri, rupanya dia bawak isteri barunya bersama.
Dia memberitahu HP nya dipegang rapi oleh isteri baru dan dia tak sangka yang isteri barunya mesej pada saya macam tu sekali. Barulah saya faham, per4mpas tu yang nak sangat kami suami isteri berpisah. Hal cerai tu saya ada bertanya kepada pihak berwajib dan mereka menyatakan hal tersebut tidak sah disebabkan bukan dari suami.
Saya pon lapang d4da mendengar sebab saya masih sayangkan suami dan suami masih sayangkan saya. Sebulan selepas kejadian tu, isteri kedua ni hamil 6 minggu. Nak dijadikan cerita kehamilan si per4mpas ni mengalami masalah hamil luar rahim dan dia terp4ksa gugurkan kandungan tersebut melalui permbedahan.
Masa operation tu suami mesej saya ajak berjumpa. Masa berjumpa tu suami menangis dan menyesal dengan apa yang terjadi. Suami cakap dia sedar tak sedar dengan apa yang terjadi pada dia. Masa saya dengar pon dah lain macam, saya berbincang dengan suami untuk bawanya berjumpa ustaz kalau – kalau suami diguna – gunakan.
Sangkaan saya betul, tak sangka si per4mpas tu gunakan suami untuk ambil segala hak saya, segala hak suami. Kenapa saya percaya suami kena sih1r. Sebabnya, suami ada sedikit harta, gaji bulanan pon tinggi, itu yang di pandang perempuan per4mpas tu.
Habis je perempuan tu berpantang, suami ajak kami bertiga berjumpa katanya mahu berbincang. Sampai sahaja per4mpas tu di meja untuk berbincang, suami saya melafazkan taIak 3 kepada si per4mpas. Ya Allah tak tahu la saya nak cakap, memang saya gembira sangat tapi sedih pun ada.
Saya langsung tak suruh suami ceraikan perempuan tu tapi saya bersyukur yang suami sedar dari apa yang terjadi. Kepada per4mpas, terima kasih awak r4mpas kebahgiaan saya dan anak. Terima kasih juga sebab awak pulangkan balik suami saya.
Saya rindukan rumahtangga yang saya bina bersama suami, susah senang bersamanya. Hikmahnya Allah tarik segala yang awak ada. Saya harap awak bertaubat dan minta pengampunan darinya. Saya tahu mungkin ada di antara pembaca yang tak percaya tentang sih1r – sih1r ni, tapi benda ni memang wujud.
Saya sendiri pun tak sangka kena dekat diri sendiri. Maaf ye sahabat semua, disebabkan cerita saya tunggang langgang. Pertama kali saya meluah di sini.
Komen Warganet :
Queensha Aqilla : Tak payah nak terima kasih dengan per4mpas tu sis.. Suami Sis yang pilih sis bukan dia sengaja nak tinggalkan hubungan tu.. dan lagi satu dia memang nak pisahkan sis dengan suami tu pasal dia mesej cerai tu. Tapi apa apa pun hal dah jadi dan sis dah bahagia balik dengan suami dan anak. Semoga Allah selalu memberikan rahmatnya untuk sis sekeluarga.
Mastura Zainudin : Alhamdulillah. Saya doakan moga rumahtangga puan kekal bahagia hingga akhir hayat. Aku tak paham kenapa pompuan sanggup r4mpas suami orang. Orang bujang kan ramai.
Mungkin juga lelaki sekarang minat lelaki, kalau ade minat pompuan pun jenis yang pemalas dan mintak pompuan tanggung dia. Pun ramai yang acah – acah drama tv3 pukuI 7. Yang kaya – kaya. Baik fikir kerja dan besarkan anak je ler pada single mom. Bebas je nak wat apapun.
Khairul Panglima : Benda – benda macam ni la yang paling ditakuti.. Iaitu mandrem. Kadang – kadang laki ni takde la giIa perempuan sangat pon tapi bila dah kena guna – guna macam ni. Kena orang lain yang bantu baru boleh selesai. Nasihat aku, jaga la makanan yang diberi oleh insan – insan yang cuba rapatkan diri dengan anda. Selalunya dalam makanan yang orang suka letak. Sebab orang melayu tak pernah tolak rezeki.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.