Kali ke-6 aku kant0i curang dengan isteri, dia tiba2 berubah. Dia siap c4bar aku kahwin lain

Ni kali ke 6 aku kant0i, kali ni dengan wanita yang berlainan. Tapi yang ni aku kant0i teruk! Selama 12 tahun kahwin tak pernah aku tengok betapa garangnya isteri aku. Tiba – tiba isteri ungkit kisah curang aku dari awal sehingga sekrang. Apa yang buatkan aku terkilan, bila makwe aku cakap..

#Foto sekadar hiasan. Aku adalah suami dan bapa kepada 3 cahaya mata. Baru – baru ni kant0i aku curang. Wife aku dapat tahu aktiviti curang aku dengan seorang gadis remaja berumur 21 tahun. Menggelupur teruk aku sebabkan kant0i.

Kali ni aku tak dapat nak elak – elak sebab wife aku dah lama kumpul bukti. Ni kali ke 6 aku kant0i, kali ni dengan wanita yang berlainan. Tapi yang ni aku kant0i teruk!!! Speechless orang kata. Aku dah masuk umur 41 tahun dan wife aku baru 36 tahun.

Wife aku ni kalau nak ikutkan seorang yang pendiam dan tak banyak karenah. Tapi ini kali per4ngai dia dah berubah 360 darjah, lebih kepada menyinga. Pantang salah sikit. Aku tak nafikan semua ni berlaku disebabkan salah aku. Ye memang salah aku.

Sebab wife aku takde salah apa pun cuma aku ni mudah tertarik dengan wanita – wanita manis di luar sana. Wife aku tak mengongkong life aku. Dia jarang tanya aku kenapa lambat balik. Aku keluar dengan siapa. Masa PKP pun kan ada kerja dari rumah, aku keluar jumpa makwe aku, pun dia tak tanya.

Sekali sekala tu ada gak dia tanya, pandailah aku kelentong dia. Hp aku pun jarang dia cek. Fb aku pon dia tak add. Tu cita dia. Tapi bulan July hari tu aku kant0i, selama 12 tahun kahwin tak pernah aku tengok betapa garangnya isteri aku.

Dia boleh ungkit segala perbuatan curang aku dari episode pertama sampai episode ke 7. Wife aku bentangkan kron0logi episode ke 7 ni secara details. Ternganga aku sebab dah tertangkap lama sebenarnya cuma dia nak tengok game aku boleh pergi jauh mana.

Masa tu memang aku takut yang amat!! Sebab tak pernah aku tengok wife aku senekad begitu. Daring betul dengan evidence semua dia tebarkan kat aku. Dia siap call makwe aku soh kitorang nikah sebab dia kata dah penat nak melayan aku.

Aku rasa kaki macam tak jejak tanah masa dia cakap macam tu. Rasa macam apa teruk sangat nau aku ni di mata wife aku? Dan aku rasa aku takde function sebagai ketua keluarga. Sebab hal rumah tangga semua wife aku uruskan dari a to z.

Patut aku sahut je lah cab4ran wife aku suruh kawen baru ni kan? Tapi hati aku meronta – ronta tak nak sebab aku baru sedar yang aku sayang sangat wife aku dan anak – anak. Part yang paling sedih bila wife aku kata dia dah penat fizikal dan em0si sensorang melayari kehidupan berumah tangga.

Dia dah letih, bagiIah dia rehat puas – puas! Aku tersentak masa tu. Makwe aku macam goyang bila wife aku soh nikah dengan aku. Iya la wife aku cerita a to z apa yang do’s and don’t yang dia kena buat dari awal pagi sampai malam.

Komitmen hutang piutang aku. Wife aku siap cakap lepas ni nak pi dating pi naik muto nuuuu. Jangan naik kereta wife aku lagi. Addooiihhh!! Boleh makwe aku jawab dia takde keinginan pon nak kawen dengan aku. Dia saje je nak geIi – geIi dengan aku.

Siap cakap, ameklah laki u ni, i tak nak pon. Dah aku rasa diri aku ni dah macam bola, tend4ng sana sini!!! Wife aku cakap dia boleh maafkan tapi bersyarat. Dan dia tak janji yang dia takkan ungkit benda ni sebab hati dan perasaan dia ced3ra teruk!!!!

Bagi dia ruang bertenang dan masa. Itupun dia cakap kalau aku sayang lagi kat dialah. Wife aku cakap macam orang takde perasaan kalau dah tak sayang kat dia, dia suruh aku pi pejabat agama isi borang. Wife aku cakap dia malas nak layan drama aku lagi. Hati dia sangat s4kit!!!

Dah hampir 3 bulan berlalu, wife aku belum move on. Mood dia tak menentu, kadang – kadang dia menangis, kalau happy tersangatlah gembira. Kadang – kadang dia baran. Tak boleh salah sikit. Dia akan jeling aku. Dia cakap awal – awal kat aku, dia tak boleh tahan perasaan dia, sebab dah terlalu lama dia pendam dan dia akan luahkan perasaan dia bila dia teringat kelakuan buruk aku.

Dan sekarang giliran aku makan diri. Masa mula – mula kejadian wife aku tak lalu makan dan tak tido malam. Nangis bengkak – bengkak mata. Aku tengok dia isi masa ubat Iuka di hati dengan solat sunat, mengaji, baca buku. Dengan aku dia malas nak bercakap sangat.

Aku tengok sampai sekarang dia tak berapa nak selera makan. Dengan aku pun dia takde selera. Ada masa dia okay, ada masa tak okay. Wife aku tr4uma dengan per4ngai aku. Anak sulung aku pun beng4ng dengan aku sebab dia dah faham bahasa.

Dia bebeI kat aku. Sebab aku mama berubah kata dia. Korang tolonglah doakan untuk aku, supaya lembut hati isteri aku tu. Serik aku nak memboya dah. Aku insan biasa. Aku cuba ubah diri aku. Sebab wife aku ada kata, dia akan terima aku seadanya bila aku betul – betul berubah.

Pengajaran untuk aku, kita rasa dah cukup bagi semua keperluan kat anak isteri dan keluarga. Kita rasa dah cukup dengan beri duit belanja dan makan minum. Kita lupa kasih sayang tu tersangatlah penting dalam kehidupan berumah tangga.

PeIuk civmlah anak isteri selalu, kurangkan perhatian kita kat socmed yang melekakan. Tak kiralah suami ke, isteri ke masing – masing kena tahu peranan dan tanggungjawab. – Joe (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Aida Harun : Eh padan muka. Nasib la isteri penyabar. Kalau saya dah lama naik mahkamah. Habis semua akan dituntut sampai h4ng tinggai spenda ja. Tu pun kalau beli sendiri la. Curang naik kete bini takde maru4h ke. S4kit plak baca. Harap isteri h4ng jumpe orang lagi baik.

Iena Reefknot : Hahaha padan muka.. Sapa pun takkan tahan kot. Nak sangat kahwin gatal sana sini.. sila kan… Tapi kesan jangka panjang ko hadap lah sorang. Ingat anak tu tak faham ke? Budus punya jantan.. Ni buat confession nak suh orang doa lembut hati bini ko lak.. sorry bro.. hakak teramat setuju cara bini ko tu.. #em0lakakubaca

Nurul Hidayah : Cerita ni macam cerita saya tapi dari versi seorang isteri. Bila dah curang berkali – kali, dah maafkan tapi buat juga lagi akhirnya memang jadi tawar hati. Bukan jenis queen control, bukan jenis yang suka cek handphone suami.

Tapi bila tergerak hati nak cek pasti akan jumpa bukti. Yang last dia kant0i dekat 6 bulan saya nangis sendirian. Cuba nak maafkan tapi tetap tak boleh. Hati jadi kosong. Saya akhirnya buat pilihan untuk undur diri. Saya cuma minta kereta honda civic yang dia guna atas nama saya yang dia bayar bulan – bulan sebelum tu.. nasib baik dia pulangkan.

Nazuha Nana Nazmir : Kalau kau bagi segalanya cukup tak de la kau menumpang kereta isteri kau.. Trust me, hati dia dah terlalu kuat, takde ruang untuk kau baiki untuk lembutkan. Kau hadap la benda ni. Walaupun dia baik dengan kau, dia akan rasa tak selamat langsung dengan kau. Cuma aku leh suggest kerapkan solat berjemaah dengan keluarga, bantu isteri kau buat kerja umah. Bukan mudah nak rawat hati ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.