Suami h1na isteri gemuk, seIekeh bandingkan dengan perempuan lain. Baru si isteri cuba berusaha nak g0da semula suami, dah dimadukan dengan anak d4ra yang cantik bergaya. Si isteri tekad berubah sampai bekas suami mer0yan selama 3 tahun…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya teruskan cerita yang saya mahu sampaikan untuk dikongsi bersama. Bak kata orang kalau janda yang cantik – cantik, mesti ada orang nak mengata.
Masa ada suami seIekeh tapi dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari, baru terhegeh – hegeh cari gincu. Saya nak kongsi satu story client lama saya (setelah diberi keizinan). Semasa perbicaraan kes (anak dia), saya kagum sangat.
Usia dah hampir separuh abad tapi body macam anak d4ra, bergaya, kulit mulus tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas husband pon tak pernah miss datang. Pada mulanya saya tak pernah sangka yang diorang dah berpisah, bekas suami nampak sangat ambil berat.
Saya perasan akak ni selalu je macam nak marah. Buat tak tahu dan tak layan dekat bekas suami dia (mase tu tak tau pon diorang dah berpisah). Tapi bila akak ni tengok reaksi saya yang macam tertanya – tanya kemudian dia cakap, “Puan Nurul jangan salah sangka, akak dah berpisah lama dah”.
Saya macam, wow, “Bagusnye bekas suami akak sampai tak pernah miss datang tengok kes anak dia”. Akak tu cakap, “Dah mer0yan, nak buat macam mana biar dia rasa”. Saya ni selalu puji, akak ni cantik, akak ni bergaya, lembut orangnya tapi kenapa akak berpisah?
Selepas hari sebutan, dah selesai kes, kami turun cafe, sembang – sembang sampailah bab peribadi. Dia bawak keluar satu gambar lama dari dalam bag. Gambar dia dengan bekas suami. Saya sangat terk3jut. Hitam, gemuk.
Tak make up langsung, berkain batik, seIekeh. Sedangkan lelaki yang berada di sebeIah dia, boleh tahan handsome. “15 tahun akak abdikan diri dengan suami. Keje nurse tapi berhenti sebab laki suruh. Duduk rumah jaga anak, duit tak ade. Laki beri cukup – cukup makan.
Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau akak keluar jalan jalan. Duduk rumah je jaga anak. Laki pulak sesuka hati keluar nak jumpa kawan – kawan. Akak sabar je. Akak beranak setahun sorang. 4 orang anak dah. Letih tuhan je tau.”
“Laki akak start berubah bila akak jadi gemuk. Bukan sengaja, tapi tiap – tiap tahun beranak tak sempat nak kurus. Akak nak keluar j0gging tak ade orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, nak beli jamu duit tak ade. Nak melawa duit tak ada”.
Laki pulak elok je beli barang baru, baju baru, tapi tak buat balik dekat bini. Selepas laki naik pangkat, laki dia dah start mengh1na. “Awak duduk rumah, seIekeh tak macam orang opis saya”. Laki dah mula bandingkan dia, h1na tubuh badan.
Dan sampai satu masa, berbulan – bulan dia tak disentuh. Akak ni nekad nak g0da semula laki dia. So lepas je lahirkan anak keempat, dia belajar menjahit. Bawak keempat anak dekat balai raya pergi belajar menjahit.
Laki nak tolong? harem. Mengkritik adalah. Lepas belajar jahit, akak ni amik upah jahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua. Dalam duk usaha nak pik4t hati laki, tup tup kant0i laki menikah sorang lagi dekat Thailand.
Sedih tak terkata, terasa begitu h1na. Sudahlah nafkah culas. Bukan kaya pon, nak beli baju kata tak ada duit, tapi bleh kahwin lagi satu. Bini baru kerja satu opis, anak dar4, cantik dan bergaya. Akak ni redho, cuba sedaya upaya selamatkan perkahwinan walaupon lepas tu laki dah jarang bermalam.
Paling teruk bila madu dapat anak seorang, nafkah tak diberikan terus. Akak ni kerja menjahit sara anak – anak. Balik je umah dia, laki akan bandingkan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan, pandai segala serbi. Sejak ada bini baru, laki dah pandai naik tangan.
Kadang – kadang laki bermalam dekat rumah dia, bini baru datang suruh balik sana. Laki akan balik dan tinggalkan dia sorang – sorang. Sepuloh tahun akak ni dimadukan. Hari sebelum dia dilepaskan diorang berbaIah, pasal nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang dah lama suami tak tunaikan.
Bila baIah ade tengking menengking. Dan akak ni tak tertahan terus mintak dilepaskan. Masa tu suami dia mengh1na, “Kalaulah lembu dengan kau, lagi sanggup aku tidur dengan lembu”. Lepas laki dia cakap macam tu, Allah telah hadirkan perasaan benci teramat pada laki dia sampaikan pertama kali dalam hidup dia mintak dilepaskan.
Suami dia dengan mudah lepaskan dia. Selepas dilepaskan, laki siap cakap, “Aku nak tengok, sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku. Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang rumah xxx (madu) sebelum tamat tempoh iddah.
Lepas dah tamat tempoh iddah aku tak kuasa dah nak layan rujuk dengan kau”. Terasa terh1na, akak ni tak menoleh kebelakang. Angkat kaki, balik kampung bina hidup baru. Bukak kedai jahit. Now dah ade ramai kakitangan.
Rezeki makin banyak, duit banyak hidup tenang. Lepas dia dah agak kaya, madu tak puas hati. P4ksa jugak ex laki buat bisnes. Buat loan, buat bisnes kedai makan. Lingkup. Sekarang menanggung hutang dengan bank.
Dari pakai Harrier now dah downgrade to Viva. Sekejap je Allah tarik. Lepas tak ada laki baru boleh bergaya, melawa. Sebab tak ade siapa nak tanggung, ada duit sendiri. Masa ade laki macam patung hidup. Tiap – tiap tahun beranak.
Yang jaganya dia sorang. Duit takde. Laki nak beli make up baju? haremmm. Kawen lain adalah. Sekarang akak dah kurus, dah cantik, duit banyak. Giliran madu pulak hidup susah main dengan anak – anak kecik. Madu dulu yang kurus dah gemuk.
Tambah pakej lagi madu dia ni pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk diIemparnya. Masa saya handIe kes akak tu, dah hampir 3 tahun bekas laki dia duk kejar, nak rujuk semula. Caring dan terIampau baik.
Tapi akak ni b0layan. Tunggu depan pintu, tunggu dekat tangga rumah. Dekat mana – mana nampak je ex laki macam orang tak betul. Mer0yan. Sempat lagi akak ni gurau, “Akak ni Puan Nurul termasuk dalam salah sorang janda yang tak ade laki baru pandai nak melawa.
Orang duk mengata kita tak pandai jaga laki, laki dah lari baru nak bergaya. Tapi orang tak tau, kita jadi patung hidup sebab ada laki tak guna. Miskin tapi ada nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa – apa kecuali air benih buat kita beranak tiap – tiap tahun.
Lepastu bukan nak berterima kasih tapi dijadikan modal pulak nak mengh1na isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri tak payah menanggung biawak dekat rumah”. Tergelak saya dengar akak ni cakap. “Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap je huru hara hidup. Biarkan dia rasa”. Kata akak ni. Semoga jadi teladan. Terkesan sungguh pada kata – kata akak tu,
“Miskin tapi nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa – apa”. Urmmm. Semoga suami kite, anak – anak kite, saud4ra lelaki kita jadi suami yang bertangungjawab dan baik pada isterinya.
Komen warganet :
Cik Mal Oi : Sedih juga baca kisah orang. Rezeki yang berbeza – beza. Gemuk isteri sebab suaminya juga. Sampai mengh1na macam lembu. Otak tu dah diprogramkan nak cantik – cantik hot aje ke. Bila dah tak ada semuanya kena tinggal juga.
Azwa Ghazali : Pernah kena, kat kIinik bawa anak tak sihat. Tengah tangkap gambar, mintalah ex (masatu suami) tangkapkan sekali. Dia boleh baIas, “Taknak. Mama awak muka buruk dik.” Tersentap dan tercab4r ok.
Masa tu kami pun dah dalam krisis. I takde mekap yang baru, takde baju baru, takde tudung baru, kasut pun takde. Selipar beli kat kedai eco je tu pun selipar jamban haa. Sebab duit i semua habis untuk peebelanjaan anak, dapur dan rumah. Sedih.
Sampailah kami dah dalam proses cerai, teringat kata dia dalam Mahkamah kepada Hakim. “Dulu masa dengan saya, mana ade dia nak melawa begini. Bila dah tinggal berasingan, pandai pulak bergaya. Tengoklah datang Mahkamah pun pakai lawa – lawa.”
Hakim baIas, “Dulu Encik pun tak nak hargai dia. Apa yang Encik buat masa isteri dengan anak – anak ada dengan Encik? Ada tak Encik bagi duit poket pada isteri Encik nie? Sebab kalau tengok dari sini… ” Blablabla so on. Takyahlah panjang lebar i cerita, nanti kang kata bukak a1b. Gitewww.
Haa sekarang i nak melawa ke nak meIaram, sibuk pula nak kisah. Hari – hari bagi video utube, content ceramah (renung – renungkan). I senyum je. Paling – paling pun i bebeI kat family i sebab diorang yang jaga dan uruskan i dan anak – anak masa dibuang dahulu. Apa dia ingatt i anak tiga tak boleh melawa ke? Dia lupa agaknya masa i bujang – bujang dulu, i is divasss eh. Haha
Sri Bainun : Yang ade suami bagus, bersyukurlah kita. Yang ni jadikan teladan. Tapi ade jugak semua cukup, anak – anak suami bantu jaga, duit ok tapi masih pakai kain batik ik4t atas dad4 je. Rambut macam h4ntu mak limah.
Masak pon malas walau dok umah goyang kaki. Suami balik periuk kosong. Isteri meIaram dok pergi singgah rumah orang. Tapi bila suami mule beralih arah, baru nak bergincu. Ye lah, bak kata orang jangan bagi suami kite cari sebab, lelaki ni perangainye lain – lain.
Ade yang tak kesah sampai beranak cucu. Ada jugak yang cepat tension. Macam perempuan jugak. Ade yang kesabarannye tinggi dan sebaliknya..
Aisyaah Mat Desa : Kebanyakan suami memang tak boleh nak ikut cara Rasulullah. Mereka h1na isteri sama macam mereka h1na mak sendiri. Sama macam bukak a1b sendiri. Sah – sah isteri abdikan diri pada suami, jadi janganlah penting diri sampai tergamak h1na kekurangan isteri yang berpunca dari diri sendiri.
Bila dah berpisah baru nak terhegeh – hegeh, rasakan. Amanat Allah tak dihargai semasa halal dah har4m baru nak jiIat balik. Semoga suami dan anak – anak lelaki atau saud4ra – saud4ra lelaki kita semua tidak melakukan kejahatan yang sama.
Yakinlah suami ketepikan kepentingan dia demi isteri dan anak – anak terurus, Allah la yang akan gantikan kesempurnaan mereka dari jalan mana – mana yang mereka tak sedar. Rezeki milik Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.