Kalau saya masak tak kena dengan selera dia, suami akan terus buang makanan tu depan mata saya

Saya terima suami walaupun dia hanya seorang mekanik gaji RM1200 sedangkan saya seorang pensyarah kolej swasta. Baru 6 bulan kahwin dah keluar sikap sebenar suami. Dalam setahun mungkin tak lebih 10 kali bersama. Akhirnya saya dapat tahu dia curang hingga terIanjur. Saya cakap dekat suami sesuatu yang buatkan dia terdiam..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan para pembaca sekalian. Nama saya Minah (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun pada tahun ini. Sebuah coretan yang meruntun hati dan mampu meng0yak jiwa para isteri yang senasib dengan saya.

Kisah saya bermula seperti orang lain merasakan kebahagiaan, bertunang meriah dan berkahwin juga dalam majlis penuh adat yang meriah. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang aman dan harmoni. Saya berpendidikan dan bekerjaya.

Saya namakan suami saya Dolah. Saya menerima Dolah yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji bulanannya RM1200 sebulan manakala saya bekerja sebagai seorang pensyarah di kolej swasta. Perbezaan gaji dan latar belakang tidak membuatkan saya memandang rendah terhadapnya bahkan saya amat mencintainya.

Setelah 6 bulan berkahwin, per4ngai baran Dolah sem4kin ketara. Ada saja yang tak kena. Selepas saya memasak dan ajak dia makan, jika tidak kena seleranya dia akan buang semua makanan dalam pinggan depan mata saya.

Kadang – kadang saya masak untuknya dia tak makan. Perubahan dirinya sem4kin ketara apabila dia sudah dingin terhadap saya. Apabila saya berkehendakkan nafkah batin, dia mula mengelak. Namun saya tidak patah hati di situ.

Saya berusaha untuk pergi mengubati dirinya tanpa pengetahuan dirinya. Oh lupa saya ingin menceritakan bahawa hubungan kami selepas kahwin ialah PJJ. Setiap hujung minggu saya akan pulang dan melakukan rutin harian saya sebagai isteri.

Saya memasak, mencuci pakaian, menjemur pakaian, melipat baju dan mengemas rumah. Hari saya sem4kin sepi jika saya berada di kota kerana tidak ada lagi mesej berbaur cinta. Tidak lagi ada rindu dan pertanyaan khabar.

Ditakdirkan Allah, dengan sentuhan mungkin 10 kali sentuhan dalam setahun saya mengandung. Itupun selepas saya berubat, pergi berurut dan berdoa. Salah satu daripada usaha ini pasti Allah perkenankan. Maka saya amat gembira mengandungkan anak lelaki yang amat saya nantikan.

Dipendekkan cerita sepanjang tempoh saya mengandung suami saya langsung tidak pernah menyentuh diri saya. Saya pujuk hati dengan mengatakan mungkin suami saya takut jika menyentuh diri saya akan menyebabkan sesuatu berlaku kepada kandungan.

Namun selepas melahirkan anak sehingga anak hampir 1 tahun, suami masih dingin bersama. Walaupun saya telah memakai pakaian yang cantik, berwangi – wangian, mandi sebelum tidur, memakai baju tidur yang cantik namun dia masih tidak menunjukkan minat.

Hari demi hari hati saya sem4kin sunyi lalu saya menyuarakan kesedihan saya kepada kakak saya. Maka, saya telah nekad menuntut fasakh. Namun suami telah memujuk saya. Saya juga tidak berhenti berdoa dan berusaha mengubati dirinya.

Sekarang dia tampak lebih rasionaI namun layanan di atas katil begitu juga. Sehinggalah suatu masa saya berkata kepadanya saya ini ibarat janda sahaja kerana bertugas di hujung minggu ibarat tiada suami. Pada hari biasa juga tiada suami.

Lebih baik menjanda senang saya nak berjumpa orang lain dari terik4t dengan suami. Sejak itu, dalam keadaan terp4ksa dia memberikan juga nafkah batin kepada saya. 1 bulan sekali. Nafkah batin yang terp4ksa dan tiada unsur cinta dan kasih sayang.

Namun tidak mengapa, saya memujuk hati perubahan ini juga sudah baik untuk saya dan keluarga kecil saya. Suatu hari yang memiIukan tiba. Saya menggunakan telefon bimbitnya untuk mengakses Maybank2u tapi entah kenapa gatal pula tangan saya pada petang itu untuk skrol mesej.

Di bahagian whatsapp tidak ada unsur meragukan semuanya mesej daripada rakan – rakan dan client. Apabila saya membuka mesej di perisian kotak mesej, ada mesej yang berbunyi:

Perempuan : Abang masukkan sayang RM100 ya sebab abang pecahkan telefon sayang.

Dolah : Ok

Dolah : Jadi tak?

Perempuan : Jadi, sayang tukar baju kejap

Dolah: Abang otw.

Perempuan: Abang masukkan sayang RM200 dalam akaun cimb boleh.

Dolah: ok.

Petang yang cerah itu bertukar kelam. Tangan dan kaki sejuk menggeIetar. Saya harap saya bermimpi, sempat saya mencub1t peha saya. Ketika saya menulis ini pun saya sedang menangis. Saya terus mengambil telefon bimbit dan snapsh0t mesej tersebut.

Saya mengambil anak saya dan berlalu pergi dengan seribu kesedihan dan kepiluan. Dipendekkan cerita, saya bersemuka dengan Dolah dan pada mulanya dia menafikannya. Namun setelah didesak dia mengaku tetapi Dolah mengatakan bahawa hubungan dia dengannya baru 3 bulan sahaja.

Tuan – tuan dan puan – puan, naluri isteri jangan dibuat main. Saya sudah mengesan nombor perempuan ini sejak bulan Mac tetapi saya sejenis manusia yang tidak suka bersangka buruk apatah lagi kepada suami sendiri. Dolah mengatakan bahawa dia “saje je” berkawan.

Aku bini dah 5 tahun, kalau ko rasa sunyi sepatutnya aku dan anak menjadi teman kegembiraan ko! Disaat ko susah siapa yang menanggung segala hutang piutang ko? Siapa yang membayar roadtax kereta? Siapa yang membuat loan sehingga ko berjaya menjadi businessman sehingga sekarang?

Siapa yang berada disaat ko susah dan senang? Siapa yang bantu ko dari bergaji 1200 sebulan sehingga sekarang boleh mencapai 10k sebulan jika bukan kerana aku!!! Maafkan saya penulisan saya menjadi kucar kacir kerana tidak ada perkataan lain yang dapat menggambarkan perasaan saya kali ini.

Betapa r3muk dan h4ncur hati ini apabila suami yang kita percayai mempermainkan kesetiaan yang kita pertaruhkan. Dalam hati saya terfikir, adakah hubungan mereka dah jauh ke ranjang? Tetapi dia menafikan. Pada tahun pertama kahwin, saya pernah jumpa plastik sejenis supIemen untuk lelaki.

Namun pada Ketika itu saya tiada di sana, dia pakai untuk siapa saya tanya? Dia cakap tidak semestinya untuk hal keIamin, benda tersebut boleh dimakan untuk suppIemen. Saya pun tidak mahu berfikir negatif dan percaya sahajalah.

Mungkin kecurangan Dolah disebabkan faktor kegemukan saya yang mendad4k, rambut sudah putih, geIebeh sana geIebeh sini. Tetapi apabila saya melihat orang lain, gemuk dan besar mana isteri pun, suami tetap mahu isteri melayaninya.

Maka, persoalannya apa yang tak kena dengan suami saya? Nak kata saya berbaju kelawar. Tidak. Nak kata saya berkain batik di rumah. Juga tidak. Nak kata saya hod0h, bod0h, saya seorang pensyarah. Pakaian saya kemas walaupun gemuk.

Dan akhirnya saya tetap menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengik4t hati suami. Setelah kant0i, dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya. Sehingga sekarang adalah nampak perubahan dirinya. Dia sudah mula memberikan nafkah batin walaupun kurang berkemampuan.

Dia tidak lagi men3ngking saya di depan orang ramai. Sikap baran dirinya sudah mula berkurangan. Saya berkata kepada dirinya, andai saya pergi saya tak akan rugi apa – apa. Saya masih ada emak dan abah yang amat menyayangi saya.

Saya masih ada adik beradik yang boleh berg4ntung harap. Rumah ibu bapa saya ada di Selangor, jika saya susah saya ada rumah. Saya ada kereta, saya ada kerjaya. Saya ada anak. Saya ada duit. Saya ada hampir segala – galanya.

Andai saya pergi, saya tak akan menoleh lagi. Di saat itu, dia diam dan kini sedikit – sedikit dia berubah. Cuma menjadi persoalan saya ialah sejauh mana perubahan dirinya? Adakah dia akan tinggalkan perempuan itu? Adakah habit baran, men3ngking dan mem4ki sehingga menganc4m untuk membunvh saya itu akan berakhir?

Kisah ini berlaku pada 15 desember 2020. Masih baharu lagi. Hati saya pula bagai dihir1s – hir1s. Saya redha dan memaafkan. Sejak pada kejadian tersebut, saya terus pergi membeli – beIah pakaian yang cantik – cantik, pergi salon menghabiskan duit, berurut, dan mengubah gaya hidup dengan bersenaman.

Apabila saya bersenaman di luar, saya nampak rumput, cahaya, langit, air dan manusia yang memberikan senyuman dan ada yang tunduk melihat bumi. Tapi bagi saya itulah kebahagiaan yang saya terima. Saya cuma persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan.

Andai tiada jod0h, saya ingin dilihat sebagai wanita yang cantik, berketerampilan dan kuat. Saya tidak mahu dilihat seperti bod0h dan hod0h. Namun andai jod0h saya berpanjangan, ini merupakan kredit untuk saya supaya memikirkan kepentingan diri melebihi kepentingan orang lain walaupun kepada suami.

Ya para isteri, jika ada duit lebih janganlah kita terlalu menyimpan. Gunakanlah duit itu kerana itu ialah hasil keras kita. Nanti menjadi seperti saya pula. Sekarang saya rasa lebih tenang. Ya, Dolah masih suami saya. – KeIuhan Isteri kebal

Komen warganet :

Nur Haryani : Kalau saya la kan, dah ada kerjaya yang bagus, duit ada, keluarga yang menyokong kita di belakang, segala – galanya. Lelaki macam tu tak diperIukan langsung dalam hidup.. Curang tu bukan habit semula jadi tapi itu adalah pilihan sendiri.

Dari penceritaan nampak suami tidak menghargai langsung diri tt. Sekarang ni dia buat baik sebab nak tutup kesalahan atau takut hilang sumber duit tapi kalau tt nak bagi peluang ke-2, tu terpulangla.

Ya, semua orang berhak dapat peluang kedua tapi seandainya peluang tu tidak digunakan sebaik mungkin, tt tak payah fikir panjang lagi. Lagipun tt pensyarahkan, pasti awak boleh fikir lebih rasional atas setiap keputvsan yang awak nak buat.

Rose Anida : Semoga puan terus kuat., puan ada segalanya. Andai terjadi perpisahan dengan suami, puan mampu bina hidup sendiri dengan anak. Puan tidak merempat puan boleh hidup dengan selesa.

Kalau puan sayangkan suami, puan pastikan dia betul – betul berubah, jangan berubah untuk sekejap sahaja. Orang lelaki ni kebanyakan berubah sekejap saja nanti lama – lama sikit buat lagi. Saya doakan puan bahagia satu hari nanti.

She Nur : Sedihnya baca, bersabar lah sis. Hati itu milik Allah, sekuat apa pun kita berusha untuk menjadi terbaik kepada pasangan kita, jika ada perempuan lain pasti tidak akan membuahkan hasil. Cerita sis sama macam kawan saya, jerit memang jerit tapi bila memikirkan anak, dia tetap memaafkan dan macam sis cakap sis ada semuanya.

Dia pun ubah cara hidup dia. Daripada kebiasaan kepada luar biasa. Dia mula dengan jadi kurus dulu, beli minyak wangi, tukar style berpakaian, pakai produk putih sampai putih. Memang dia dengan dunia dia je tapi tanggungjawab dia tak lupa la.

Sekejap je, suami dia macam cacing kepanasan. Suami dia dari dulu pIayboy tapi sekarang dah ok, tak ada masalah dah. Kadang – kadang suami tak cakap apa kekurangan kita, sebab tu dia makan luar.

Biasanya suami tak tahan la kalau tak bersama seminggu ni. Bila suami boleh bertahan dia dah ada tempat tu tapi sis kena fikir positif. Kena masing – masing mainkan peranan kalau si Dolah macam tu abaikan je, sis buat hal sis.

Lelaki sem4kin kita rasa nak dekat dorang sem4kin dorang rasa rimas. Buat macam dia ada ke dia tak ada ke sis buat macam biasa je. Tengok macam mana dia nanti.

Khairul Hamdi : Cuba la cantikkan diri untu kesihatan badan, bukan apa 0besity ni bah4ya untuk jangka masa panjang dan mana tahu ada kebaikan di masa hadapan. Bab suami tu banyakkan doa. Semoga dia berubah.

Tak guna ungkit semua tu kecuali dia dengar dan faham peng0rbanan puan. Kalau boleh berbincanglah tapi kalau tak boleh bincang tu tanda masalah rumahtangga tu amat kritikaI. Jadi lebih elok bawa ke kaunseIor si suami tu.

Intan Faroza : Adik, cerita adik lebih kurang macam cerita akak juga tapi akak malas nak cerita hal rumahtangga akak pada orang melainkan Allah, ayah dan anak – anak. Nasib kita lebih kurang serupa tapi tak sama.

Ya! Suami akak baran dan suka m4ki hamun tak tentu pasal, dah tua tapi tak pernah nak solat!!! Katanya nak bawak akak pergi masjid solat sama – sama padahal kat rumah boleh je. Dah lama akak sabar sebab niat di hati nak jaga dia hingga nafas dia yang terakhir tapi akak selalu diuji.

Nafkah zahir culas cukup berkira dan nafkah batin h4ncur!!! Setahun sekali itupun tak Berbaloi!!! Orang – orang di sekeIiling mungkin pelik kenapalah akak tak mengandung? Sebabnya kalau setakat setahun pun payah macam mana nak Beranak.

Akak selalu sabar dan akak sentiasa berdoa dia berubah. Mungkin ada hikmah di atas segala – galanya. Isteri yang terani4ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.