Waktu di Universiti, isteri saya yang datang melamar saya. Sebab kesian saya terima lamaran isteri. Selepas habis belajar isteri dapat kerja dan gaji dia lebih tinggi dari saya. Dia sanggup cuti tanpa gaji sebab nak jaga mak saya yang uzur. Setiap kali saya balik mak bau wangi je. Bila dah kenal hati budi dia, baru saya tahu, diri saya yang lebih kasihan sebenarnya, bukan dia.
#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca di facebook. Saya nak cerita sikit kisah rumahtangga saya. Saya kahwin masa tahun ketiga belajar dan isteri saya pun belajar di Univesiti yang sama. Tapi masa kahwin dia masih di tahun kedua.
Ni saya nak pesan kat lelaki terutamanya. Korang nak pik4t anak d4ra orang, biar ada matlamat. Jangan sekadar nak test market je ye. Kalau agak – agak tak ade niat nak peristerikan diorang, jangan sesekali mainkan perasaan diorang.
Saya pant4ng betul kalau orang main – mainkan perempuan ni Ok la berbalik kepada cerita saya, sekarang kami dah masuk 4 tahun kahwin. Kahwin masa belajar memang sangat mencab4r. Kalau iman tak kuat, sabar tak ada dalam diri, memang good bye je la pada pasangan masing – masing.
Kalau korang nak tau, isteri yang mula – mula lamar saya. Mula – mula lamar terima sebab kesian. Tapi bila dah 2 3 bulan saya kenal hati budi dia, baru saya tahu, diri saya yang lebih kasihan sebenarnya, bukan dia. Kami kahwin pun simple je beb.
Akad nikah, kenduri sikit. Sump4h saya kata, saya tak ade duit masa tu. Tapi isteri saya terima lebih daripada saya terima diri saya sendiri. Sedih kan! Saya hanya mampu bagi dia cincin belah rotan biasa je masa nikah. Itu lah mas kahwin, itulah hantaran.
Tapi bagusnya isteri saya tak pernah merungut langsung. Tak pernah sekali pun dia ungkit tentang hal tu. Masa belajar, kitorang duduk asing – asing. Duduk dalam k4mpus. Saya sibuk belajar sebab dah dekat final year. Punya taat isteri saya ni, tak pernah sekalipun dia miss jumpa saya tiap – tiap hari.
Setiap pagi kompem dia call saya, mintak saya doakan dia jadi isteri yang baik, mintak Allah seIamatkan dan rahm4ti rumahtangga kami. Waktu lunch, walaupun dia tak masak sebab duduk hostel tapi dia selalu belikan saya makanan.
Dia akan pastikan perut saya kenyang. Saya ni kadang – kadang mnyesal jugak, sebab waktu saya sibuk, saya tak tanya isteri pun dah makan ke belum. Tapi, isteri syurga ni, tiap – tiap malam call saya sebab nak mintak maaf atas kesalahan – kesalahan dia.
Sekarang isteri saya dah grad. Dah dapat kerja dan saya pun sama. Walaupun gaji isteri lagi besar daripada gaji saya, dia tak pernah nak rasa tinggi diri. Sekarang ni mak saya s4kit. Isteri saya sanggup ambik cuti tanpa gaji. Dia nak jaga mak saya.
Serius, saya menitis air mata nak citer kat korang ni. Saya tengok isteri semalam tido, Iesu badan dia. Mata dia penat sangat! Saya tengok dia betul – betul sabar jaga mak saya. K3ncing ber4k semua dia jaga. Mak saya dah uzur sangat.
Tapi tak pernah sekalipun bila saya balik kerja, saya tengok mak kot0r ke, bau hanc1ng ke.. Tak! Mak saya selalu bau wangi. Sebab isteri saya selalu mandikan mak. Saya tak tahu apa jadi kalau saya hilang isteri saya. Dia bagaikan nyawa saya.
Saya nak gi outstation, dia yang kemas semua barang – barang saya. Saya tak cukup seluar dalam masa kursus, saya nak gi beli baru, saya sendiri pun tak tahu saiz. GiIa kau nak tanya orang jual tu? Saya call isteri tanya saiz seluar dalam.
Lantak la korang nak gelak pun. Kalau korang kat tempat saya, korang tahu nilai isteri yang dinikahi dengan serendah rendah mahar nii. Isteri saya, yang saya terima kerana kasihan itulah yg buat saya insan paling bahagia atas dunia ni. Kalau diberi 1000 wanita lain, saya tak nak. Saya tak nak!
Apa – apa pun hari ni hari ulangtahun kelahiran isteri saya. Saya dapat bonus 3 bulan gaji. Saya tahu isteri jenis tak suka nak mewah – mewah, cincin emas apa semua. Walaupun isteri saya tu kuat berkerja, keluarga dia pun orang senang, dia tak pernah demand.
Jadi hari ni saya nak bawak dia balik ke tempat yang dia suka, iaitu universiti kami. Tempat kami mula – mula jumpa. Korang doakan saya dengan isteri saya terus kuat. Walaupun isteri saya dah kurus, tangan dah kasar, dah tak segebu dulu, dialah wanita paling cantik pernah saya jumpa.
Untuk pengetahuan, isteri saya ni orang terengganu. Dulu saya tak pandai cakak tranung. Leni, saya master tranung bohh. Panjang pulak crita saya. Ingat pesan saya ye. Jangan main – mainkan perasaan perempuan. Kalau ada mana – mana perempuan yang betul – betul sayang kau, dan kau main – mainkn dia, please la.
Nanti kau kahwin, isteri kau akan main – mainkan kau pulak. Nauzubillahiminzalik. Perkongsian yang dimuat naik oleh penulis ini telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata terharu dengan kisah yang dikongsikan, malah suka apabila penulis amat menghargai isterinya.
Sekurang – kurangnya kisah sebegini dapat memberikan panduan buat pasangan lain yang sudah berumahtangga ataupun yang masih bujang. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ia memerIukan persefahaman dan tolak ansur selain dari rasa sayang dan cinta.
Komen Warganet :
Intan Arshad : Alhamdullillah. Moga kalian berdua hingga ke jannah. Makcik nak cerita sikit, ada zaman sekarang belum apa – apa baru berkenalan dah suruh jaga b0dy jangan gemuk.
Apahal? Bukan ke kita terima seseorang itu kerana apa yang Allah jadikan. ControI ini tak boleh itu tak boleh, kena minta izin kalau nak gi mana. Subhanallah, belum sah suami isteri dah banyak syaratnya. Adakah itu CINTA? Wallaualam…
Imran Mj : Alhamdulillah, Tahniah dapat isteri macam tu. Ingat, isteri tu buat kebaikan dia dapat pahala tapi sebagai suami pun ada tanggungjawa pada isteri.. Nanti semua isteri buat kita terlupa sebab dah seronok. Tanggungjawabkan ditanya di akhir4t kelak.
Muhammad Farhan An : Ya Allah, alangkah beruntungnya awak dipertemukan dengan wanita itu.. Wanita yang ikhlas mencintai awak seadanya.. Yang boleh trima kekurangan awak, yang taat kepada awak sebagai isteri.. Tak nak cakap lebih, cuma nak kata awak seorang yang sangat – sangat beruntung. Syukur kepada Allah.
Sharif Danial : Allahurabbi, alhamdulillah abang dapat isteri yang solehah macam tu. Susah bang nak dapat macam tu la ni. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Saya doakan abang yang berkongsi pengalaman hidup ni sentiasa bahagia di dunia dan akhir4t. Amiin. Terima kasih ye abang kongsi cerita..
Marina Majalan : Kalau begitu, jagalah isteri bro sebaiknya sampai dia dah tua nanti. Moga dengan asbab menjaga isteri syurga itu baik – baik, Allah memberi ganjaran tidak terhingga buat bro kelak. Jarang jumpa suami yang menghargai isteri sebaiknya. Moga kalian tetap bersama sampai syurga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.