95% kawan suami, isteri diorang surirumah dan jenis rela suami buat macam h4mba atas alasan semua suami yang sediakan. Jadi kena layan suami macam raja. Basuh pinggan pun jangan, kalau boleh suami b3rak pun kena isteri basuhkan.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Post ini speciaI sh0ut out to wife – wife kepada pemandu lori yang outstation. Saya nak minta sekalian share dengan saya macam mana cara kalian handIe rumahtangga. Saya cuma nak tahu apa yang saya rasa sekarang ni normal ke ataupun sebenarnya suami saya sedang ambil kesempatan ataupun saya belum cukup memahami, redha dan menerima.
Saya pun tak sangka saya se-Ioser ini sampai kena minta pendapat orang lain macam mana cara nak handIe rumahtangga bila suami seorang pemandu lori yang outstation. Sekarang ni saya rasa totally bvrn out sangat dengan sikap suami.
Tolonglah jangan cakap saya yang pilih suami macam ni, bekerja macam ni, saya kena redha lah apa pun yang datang, kebaikan atau keburukan.
Saya bekerja dari pukuI 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat, sibuk di pejabat, perah otak, kadang – kadang balik lewat juga bila ada yang nak kena hantar. Anak Alhamdulillah Allah bagi 2 orang dan membesarkan mereka dalam situasi saya sekarang sangat tak mudah ya.
Usia perkahwinan kurang 5 tahun, masih awal tapi saya rasa terlalu lama. Rasa macam tengah exam SPM atau final year exam ke apa, tak sabar nak habis masa, tapi sebenarnya exam ni tak akan habis selagi nyawa dikandung badan. Hari ini saya baru tersedar selama ni saya terlalu berlembut dan manjakan suami.
Rutin saya sepanjang hari selepas kahwin, dan selepas ada anak – anak (3 tahun dan 1 tahun), bila bekerja, bangun awal pagi siapkan bekal untuk anak – anak. Saya tak minta pengasuh sediakan makanan sebab saya sangat paran0id dengan pemakanan anak – anak. Saya hanya nakkan yang terbaik untuk mereka.
Biasalah, bukan hari – hari bahagia, bila sampai hari yang berduka, anak – anak bangun awal sama masa dengan time saya nak memasak pulak, dah cIash, kena ambik masa pujuk dulu. Suami? Bila mood dia ok, dia akan tolong pujuk anak – anak supaya tak kacau saya memasak.
Bila mood suami tak ok macam hari ni, dia marah saya kenapa saya tak pujuk anak dulu baru sambung masak, dia cakap saya sengaja tak bagi dia tidur, saya sengaja biar anak nangis kuat – kuat untuk ganggu dia tidur. Dia ugvt saya, nak sampai dia jadi hilang akal ke, nak tunggu sampai dia baIing camp4k anak keluar ke baru saya reti nak diamkan diorang?
Jadi, untuk mengelakkan saya sendiri terus str3ss, sekarang saya masak malamnya, pagi saya tinggal panaskan je. Bila anak terjaga dan nangis cari saya, saya ada gap masa nak pujuk, nak mandi dan bersiap, nak tukar pampers, nak buat susu, dan hantar ke rumah pengasuh
Pernah bila anak sulung t4ntrum, dia tanya h4ntu mana yang dah r4suk kamu ni sampai nangis kuat – kuat pagi – pagi macam ni? Kebetulan anak pertama tengah in terribIe-two. Dah nak masuk 3 tahun tapi sekarang tiap pagi dia bangun menangis cari saya, suami pula tak boleh dengar anak menangis, terus dia hilang pedoman.
Cakap anak degil sangat, tak boleh biarkan je nanti dia pij4k kepala. Masalahnya anak tu 3 tahun pun belum lagi. Hari Isnin yang lepas, suami ada kat rumah dan sama – sama hantar anak ke pengasuh, tapi yang sulung tu menangis lagi, Saya dah sibuk ke hulu ke hilir siapkan adik dia, packing itu ini, suami saya terus tarik telinga anak sambil cakap kamu ni degil sangat, mengada sangat pagi – pagi hari – hari nak nangis.
Saya tak perasan dia tarik kuat ke tidak. Bila sampai rumah pengasuh saya tengok telinga anak habis merah. Mesti suami saya tarik sekuat hati sampai merah macam tu. Allah. Saya betul – betul kesian kat anak. Sekarang ni saya rasa ter4ncam dengan sikap suami. Anak baru 3 tahun baru nak pandai bercakap dia dah buat macam ni.
Macam mana dia nak kawal em0si bila anak dah besar nanti dan confirm lah m4kin besar m4kin banyak akal dan ragam. Saya takut lama – lama nanti anak jadi m4ngsa d3ra pula. Saya selalu minta tolong suami buat kerja rumah ya. SELALU. Tapi suami tak nak kompr0mi dan dia eg0 sebab circles dia semua tak buat kerja rumah, dia rasa eg0 dia terc4bar.
Mungkin salah saya kot sebab tak tengok dia tengah penat ke apa kan? Tapi saya balik kerja pun saya letih, saya ada pilihan ke nak rehat dan tinggalkan anak – anak macam tu je? 95% kawan – kawan suami, isteri diorang suri rumah dan jenis rela suami buat macam h4mba atas alasan semua suami sediakan, jadi kena layan suami macam raja. Basuh pinggan pun jangan, kalau boleh suami b3rak pun kena isteri basuhkan.
Suami saya tak dibesarkan dengan mengenali cara – cara urus rumah termasuklah basuh pinggan sendiri. Masa awal kahwin, tak basuh pinggan makan sendiri, letak comel elok je sebulat piring kat sinki. Saya tegur dan minta elok – elok, sekarang bolehla basuh sendiri tapi memang pinggan dia je la dia basuh.
Yang satu tu je. Bila minta tolong basuhkan yang lain, meIenting sebab eg0. Jadi saya banyak mengalah sebab saya faham dia letih kerja. Waktu kerja tak tentu, tengok order yang dapat. Kadan – kadang banyak order, 2-3 hari baru balik. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi.
Hujung minggu pun suami kerja bila ada order, weekend akan jadi masalah untuk saya sebab saya kena deal dengan suami untuk tolak 1 order dan bantu saya pergi re-stock barang rumah. Saya tak boleh ke kedai dengan bimbit 1 toddler 1 tahun baby sambil pilih ikan. Saya tak sekuat itu ya.
Bila keluar cari barang weekend, saya yang cari, dia tak offer pun nak tolong, alasan dia tak tahu nak cari. Ok saya mengalah lagi. Dah habis shopping nanti, saya lah jugak yang kena kemas – kemas barang, susun sana – sini, lepas tu sambung masak lagi, anak pulak b3rak, tunggu sampai saya habis masak semata – mata tak nak basuh b3rak anak, geIi.
Sampai naj1s anak tu dah kering. Bila saya minta tolong, dihent4k – hent4k barang yang ada kat tangannya. Kalau telefon, telefon lah dia hent4k, camp4k. Saya tahu dia letih bekerja tak cukup tidur, sehari tidur 3-4 jam je, tak tentu masa, makan pun tak tentu masa,
Kalau stuck kat jem, bising kat saya, c4ci m4ki jem, perkataan b4bi, siaI, anak h4ram semua keluar bila jem. Saya terus letak call sebab semak jiwa nak dengar dia menc4rut. Sebelum kahwin semua indah. Jarang sekali saya dengar dia menc4rut sikit punya teruk macam ni. Saya faham kerja dia teruk, dia cakap dia pun tak suka pekerjaan tu tapi dia terp4ksa, dia tak nak makan gaji sebab dia tak boleh cari lebih.
Saya bersyukur dia rajin bekerja, tapi isu sekarang ni bukan masalah dia rajin kerja atau tak. Ini lebih kepada masalah dia kawal em0si dia sebagai seorang suami. Saya rasa suami pun bvrn-out juga sebab dia rasa down tak dapat nak sediakan 100% perbelanjaan keluarga, dia rasa eg0 terc4bar sebab kewangan dibantu isteri kot. Entahlah labu.
Saya cuba toleransi dan berkompr0mi dengan dia, saya cuba bantu financial dia, saya share bil – bil rumah, pengasuh saya bayar penuh, saya cuba faham, saya cuba setelkan hal rumahtangga sendiri,
Saya beli keperluan anak, keperluan dapur, beli bahan mentah, masak, sediakan makanan, layan anak makan, kemas sepah, sapu rumah, mop rumah, saya basuh baju, saya sidai baju, saya lipat baju, segala macam hal rumahtangga saya buat sendiri.
Bila dia balik tengok bakul baju penuh, dia meIenting marah kenapa tak basuh baju, tinggal masukkan dalam mesin je. Saya terkilan. Suami balik kerja, tinggal siapkan diri, main dengan anak – anak sekejap, dan tidur. Bila balik malam, dia tidur lewat dalam pukuI 1 – 2 pagi alasan tengok shopee.
Bangun lewat, tiap pagi saya berpeluh sediakan diri sendiri dan anak – anak. Saya tak boleh ganggu dia tidur kalau tak dia hilang pedoman sebab tak cukup tidur alasannya. Solat subuh tak pernah. Weekend bila ada kat rumah pun dia bangun lewat. Bangun pukuI 10, 11 pagi. Anak – anak dah siap mandi, sarapan, dia tinggal bangun, makan dan rehat dan sambung tidur semula jam 2pm.
Saya kelam kabut sediakan lunch pula. Allahuakbar. Rutin ni berterusan hingga hari ini. Bila job yang suami dapat sikit, gaji dia kurang, saya akan advancekan duit gaji saya untuk dia bayar rumah dan loan. Pinjam. Tapi entah bila dia boleh pulang semula.
Paling saya terkilan, 80% duit bonus saya bagi dia pinjam sebab job dia bulan tu sangat sikit dan cuma lepas untuk bayar loan kereta. Saya ikhlas tolong dia tapi bila dia layan saya macam ni, saya rasa terkilan. Dia macam tak pandai nak jaga em0si isteri, tak pandai nak berterima kasih. Entahlah. Saya betul – betul rasa sangat tak dihargai.
Bila berg4duh, 99% saya yang mengalah sampai saya rasa saya ni seorang lelaki dan suami. Kami pernah bercerai sebelum ni. Salah dua – dua sebab jahiI agama dan tak sabar. Saya keluar rumah tanpa izin dia sebab kami berg4duh besar, dia terc4bar dan bila saya balik rumah, terus dia jatuhkan taIak tanpa tanya sebab apa saya keluar rumah.
Solat? Ada la 3 4 kali suami solat sepanjang perkahwinan ni. Salah saya. Semua salah saya. Saya melulu nak kahwin walaupun dah tahu suami tak jaga solat. Tiang rumah dah runtvh, macam mana nak bina rumah? Suami saya pun tak puasa sebab alasan kerja dia yang letih dan tengah panas adjust lori sana sini, dan tak pernah ganti pun.
Dan saya rasa dia tak tahu pun puasa kena ganti. Bila saya tegur dia cakap tahu – tahu tapi tak pernah buat. Bila tak puasa, macam mana nak raya? Dia tak raya pun, bagi dia raya tu membazir, bidaah. Masa tahun pertama perkahwinan, saya p4ksa dia balik raya, tapi baju raya, kuih raya, semua dia tak sediakan alasan dia, sebab dia tak sambut raya, baju raya pun dia pakai baju kahwin.
Bagus tak membazir. Ok, saya beli sendiri semuanya. Tak nampak macam masalah besar pun kan tak sambut raya, tapi selama berpuluh tahun saya hidup, saya sambut raya dengan keluarga, bila dah kahwin, dapat tahu suami macam ni, saya perIukan masa untuk adapt.
I cannot brain this. Saya berbelanja ikut kemampuan saya bila raya, tak 0verbudget pun. Tapi bila suami berkeras macam ni, nampaknya keperluan raya anak – anak pun saya yang kena sediakan. Ok, saya mengalah lagi, saya cuma tak nak rasa kebahagiaan saya dir4mpas dengan follow cara dia. Saya dah m4ti kutu macam mana saya nak minta tolong suami saya buat hal rumahtangga.
Saya rasa saya dah bagi 100% toleransi pada dia tapi dia tetap eg0, suka marah – marah, em0si tak tentu pasal. Saya nak besarkan anak – anak dalam suasana yang aman, memang mana ada suami isteri tak berg4duh. Tapi bila asik saya yang mengalah, saya rasa fedup. Saya rasa Cuma saya yang beriya nak pert4hankan rumahtangga ni. Bila saya cuba nak berbincang elok – elok, suami akan m4tikan perbincangan dengan cakap, suka hati lah, malas nak fikir. Lepas tu dia tidur.
Saya rasa sampai satu tahap, suami saya belum bersedia untuk berkahwin dan ada tanggungjawab. Dia tak faham tanggungjawab seorang suami dan ayah bukan hanya untuk sediakan keperluan fizikal keluarga (yang belum lagi sepenuhnya dia sediakan) tapi juga kena tahu serba – serbi cara menyantuni isteri dan anak – anak.
Saya bukan nak suami yang sempurna, ini sangat must4hil. Saya Cuma nak suami yang memahami, peka dan kurang eg0. Saya cuba nak memahami masalah suami tapi selalu berakhir dengan perg4duhan. Saya cuba nak nasihat suami rezeki dia ada dalam rezeki saya, dan vice versa.
Saya cuba nak fahamkan suami, Allah bantu kurangkan beban kewangan dia melalui saya. Allah lebihkan rezeki saya untuk bantu dia. Tapi dia tak faham. Akhirnya dia marah – marah sebab letih kerja penat tapi duit masih tak cukup. Bila dia marah dan letih, saya dan anak – anak jadi m4ngsa.
Dan kesimpulan yang saya dah nampak dari awal dulu, kami sebenarnya sedang membina rumah tanpa tiang. Masing – masing jahiI agama dan tak faham tujuan perkahwinan. Bila saya rasa terlalu geram dan marah, saya rasa fedap nak doakan suami, rasa macam dia tak layak.. Allah.
Di mata suami, perkahwinan adalah tentang memastikan anak – anak cukup serba – serbi. Selain daripada tu, tanggungjawab isteri. Solat entah ke mana, bila solat ditolak tepi, takkan ada apa yang betul – betul di landasan. Semua mesti serba tak kena. Bila g4duh, tak ada penyelesaian.
Sampai satu tahap, bila apa yang saya nasihat suami, dia tak nak terima, saya rasa suami saya ni pag4nt. Tak percaya Tuhan, tak ada arah tuju. Bila berg4duh, suami mesti akan salahkan pihak ketiga iaitu jiran dia yang hantar s1hir kat rumah pusaka suami di kampung.
Sedikit info, jiran sebeIah rumah pusaka suami saya ni ada hantar s1hir untuk halau family suami saya keluar dari rumah tu untuk dapatkan tanah tapak rumah tu. Suami suspek bila kami berg4duh besar, mesti jiran dia ada hantar s1hir pemisah kat kami. Bila anak – anak nangis kuat – kuat pun suami cakap sebab s1hir pemisah nak bagi rumahtangga kami h4ncur kali kedua.
Bila suami tak ada order pun dia cakap mesti s1hir punya hal ni sebab sempitkan rezeki dia. Walhal salah satu sebab yang obvi0us rezeki tak masuk ialah dia tak solat dan tak jaga keluarga dengan baik, tak jaga em0si anak bini. Bila saya nasihat, dia mesti tak setuju. Suami saya selalu cakap solat la doa la macam mana pun, jumpa lah ustaz mana pun, s1hir yang ada kat rumah kampung dia tu kuat, mesti tak boleh Iawan punya.
Saya tak tahu lah statement dia ni membawa kepada sy1rik ke apa. Seolah tak percaya langsung dengan bantuan Allah. Saya pula yang lama – lama rasa sesat. Entahlah, sebagai orang Islam, kita wajib percaya benda – benda ghaib macam ni cuma saya rasa punca masalah ni lebih kepada keperibadian diri dia sendiri, yang saya nampak gagal jadi pemimpin keluarga.
Hari ini masuk hari ketiga suami outstation, kami berg4duh besar sebab kes dia piat telinga anak sampai merah tu. Dan suami langsung tak ada contact saya pun untuk minta maaf atau apa. Saya decide saya takkan make a start, bukan tak nak berbaik tapi entahlah kali ni saya rasa terIuka sangat sebab dah libatkan hati perasaan anak sekali.
Ada masa saya akan cari bantuan perubatan Islam untuk cek. Bantu nasihat saya untuk langkah seterusnya yang adil bagi semua pihak. – Tun (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Abidatul Akmaliah : Kata – kata yang akan terbayang bila saya baca kisah macam ni, “hidup ini terlalu panjang untuk dihabiskan dengan orang yang salah”. Andai kata rasa dah macam tu, boleh lah ambil nasihat – nasihat orang lain. Dah banyak yang dah bagi nasihat dan cadangan tu. Cuma puan renungkan balik, hidup ini terlalu lama untuk dihabiskan dengan orang yang salah.
Kalau sisa hidup kita dihabiskan dengan orang yang betul, kita akan rasa terlalu cepat masa berlalu apabila nyawa dia atau nyawa kita yang diambil dahulu. Sy1rik itu d0sa besar. Sebagai seorang Islam, aqidah kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi adalah atas izin Allah dan tiada yang lebih berkuasa daripada Allah. You can walk away puan kalau you rasa exam ni tanpa kesudahan. You have your right to be happy.
Siti Isha : Sebagai wanita saya bersimpati dengan puan. Doa, doa, doa.. Buat solat hajat semoga Allah buka kan hati suami puan untuk solat.. Banyakkan sedekah kemudian niatkan untuk suami.. Semoga lembut hatinya. Cuma bab kewangan, kalau puan boleh hidup sorang – sorang jaga anak bayar itu ini keperluan anak.. Puan berhak bahagia dengan anak tanpa lelaki bergeIar suami..
Zarina Zack : Nak kata suami sediakan semua tak jugak sebab confessor ada bantu suami. Ini jenis tipikal lelaki melayu yang nak dilayan macam raja, yang jenis bila balik rumah dia nak semua tersedia dan teratur. Anak tak boleh bising atau kacau sebab dia nak berehat.. Jadi sekarang ni aku tak tau suami confessor ni kahwin untuk apa sebenarnya.
Nor Liyana Ramli : Saya yang baca ni pun boleh bayangkan betapa penat sis melalui hari – hari tanpa bantuan suami. Pertama – Suami sis tu eg0 tahap langit ke- 7, kerja rumah tak pernah tolong buat sebab kawan – kawan dia pun tak buat, sedangkan Rasulullah pun tolong isteri – isteri baginda. Kedua – Suami tak solat. Ya, betul bila berumah tanpa tiang, mungkin ni salah satu sebab kenapa asyik berg4duh dan menyalahkan takdir. Ketiga – Kalau dah tahu sikap dia macam tu kenapa rujuk balik ye?
Daripada cerita sis ni, saya simpati dengan sis dan anak – anak yang sedang membesar. Takut nanti bila besar, anak – anak tak suka dengan si ayah, atau terikut – ikut dengan per4ngai si ayah. Positif suggestion, sis bangun malam buat solat tahajud, solat hajat mintak Allah lembutkan hati suami sis untuk solat dan semoga dia rajin bantu sis uruskan rumahtangga dan anak – anak.
Negative suggestion, tuntut je la fasakh, buat apa hidup sebagai suami isteri kalau tak boleh kongsi kerja rumah bersama, urus anak sama – sama. Sis boleh buat semua tanpa dia, bermakna, tanpa suami sis boleh hidup. Hidup ni cuma sekali, jadilah orang yang bahagia dengan cara masing – masing. Semoga ada jalan bahagia untuk sis..
Huda Bariah Sarkowi : Tak payah la kasi alasan sebab keja kasar jadi per4ngai pun kena kasar. Arw4h abah saya dulu buruh binaan je, hitam legam sebab berjemur, elok je tak penah la marah atau m4ki – m4ki anak bini. Bukan salah puan, tapi salah laki puan tu. Ko dah tau panas baran, tak tahan dengar anak nangis, solat tak cukup, tak payahla pegi pinang anak orang.