Dulu kakak yang p4ksa saya kahwin. Sekarang dia menangis meraung tengok keadaan saya balik dari balai polis

Belum sempat saya bagitahu keluarga, rupanya Zaki terlebih dahulu jumpa keluarga saya mengadu saya nak putvs tunang. Ketika itu, kakak saya marah dan h1na saya kononnnya saya ada jantan lain sampai sanggup tinggalkan tunang. Mereka p4ksa saya ikut Zaki balik Kelantan dan kami dinikahkan di Siam. Bermulalah pend3ritaan saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Saya pernah berkahwin dengan orang Kelantan dan dikurniakan dengan 2 orang anak. Kami kenal dekat tempat kerja, saya kerja sambilan masa ambil diploma. Ketika itu umur saya baru je 19 tahun, sekarang dah 26 tahun.

Saya orang Sabah, keluarga saya duduk agak pedalaman. Sepanjang perkenalan kami, saya tak pernah bagitahu keluarga saya tentang sikap lelaki ni, saya namakan Zaki. Hanya salah seorang kakak saya je yang tahu sebab saya duduk dengan dia.

Zaki jenis yang panas baran, cepat sangat naik kaki, tangan dekat saya. Setiap hari, ada je Iebam – Iebam kat badan saya. Mulut, hidung, telingan Iuka berd4rah dah jadi benda biasa. Pernah sampai saya langsung tak boleh bangun, hanya disebabkan hal – hal kecik.

Bila balik kampung, mama akan tanya kenapa sampai macam ni. Saya bagi alasan macam – macam biar mak tak curiga. Tapi demi Allah saya tak tahu disebabkan sikap ini lah semuanya persalahkan saya. Selain memukuI, Zaki ambil bahan terlarang, main jvdi tapi saya tak pernah putvs harap agar dia boleh berubah.

Berubah sekejap je kemudian ulang lagi.. Duit untuk kahwin pun dia tak pernah ingat nak simpan, bahkn duit saya yang dia rembat. Sampai satu tahap kesabaran saya hilang 100%, saya minta putvs tunang. Saya berani buat keputvsan masa tu sebab dia jauh dari saya.

Saya di Kota Kinabalu dan Zaki di Labuan, dia takkan dapat nak apa – apakan saya. Sangkaan saya meleset, keesokan paginya dia muncul depan pintu bilik sewa saya dan kakak. Dia menangis merayu minta maaf dan minta peluang.

Saya cemas, kakak saya lagi lah. Saya takut nanti penghuni bilik lain terganggu, saya malu takpe tapi saya tak nak mengganggu ketenangan orang lain. Kakak suruh saya keluar untuk redakn keadaan tapi m4kin parah jadinya bila Zaki berkasar dengan saya dan saya menjerit.

Saya takut tapi tak mampu buat apa – apa. Sepanjang malam tu saya dan kakak tak boleh tidur, saya buntu nak bagitahu macam mana dekat mama. Macam mana nak jelaskan dekat ahli keluarga yang lain. Saya panik, otak tak boleh pikir apa perancangan nak buat.

Suara Zaki terngiang – ngiang. Akhirnya kakak bagi saya idea supaya saya lari pergi Johor. Abang saya ramai kerja di Johor. Saya call abang minta belikan tiket malam tu jugak. Saya siap ugvt lagi abang, kalau tak belikan tiket malam tu, saya nak t3rjun jambatan.

Abang pun hairan apa masalah saya sampai saya terdesak sangat nak pergi sana. Saya tak jawab dan akan cerita bila sampai sana nanti. Saya masih ingat flight pukuI 11 pagi tapi pukuI 5 pagi lagi saya dah pergi airport takut Zaki datang lagi.

Sampai JB saya terus tukar nombor, hanya kakak sorang je tahu waktu tu. Saya ceritakan segalanya pada abang – abang saya dari A-Z kenapa saya nak putvskan pertunangan. Saya ada alasan yang kukuh bukan sebab saya ada lelaki lain.

Saya memang dah serik malah langsung tak terfikir tentang lelaki lain. Zaki rupanya pergi balik kampung saya, belum sempat saya cakap dengan keluarga, dia dah cakap dulu. Dia bagitahu dekat keluarga saya yang saya nak putvskan pertunangan, keluarga saya terk3jut.

Mama cuba hubungi saya banyak kali tapi tak dapat, dia call kakak. Kakak dah tak dapat nak simpan rahsia akhirnya dia bagitahu yang saya dah lari Johor dan berikan no HP saya yang baru. Di sinilah bermula kes4kitan saya bila keluarga saya sendiri tak percayakan apa yang saya cakap.

Mereka hanya dengar apa yang keluar dari mulut Zaki, dengar dari sebeIah pihak. Apa lagi, mereka meng4muk sakan dekat saya, separuh giIa saya masa tu, tertekan hanya Allah sahaja yang tahu. Kakak sulung saya lagiIah, sampai sekarang saya terngiang – ngiang kata h1naan dia.

Seolah saya ada lelaki lain, “kau perempuan jaIang dah ada jantan lain ko tinggalkan tunang ko. Perempuan murahan!” Semua kata – kata kesat tu saya telan walaupun pahit. Orang lain tak percaya takpe lagi, ini ahli keluarga sendiri tak percaya. Apa saya mampu buat.

Tak mengapa, saya tak salahkan mereka. Mereka tak nampak apa yang saya hadap, mereka tak lalui apa yang saya kena dengan Zaki. Sampai tahap kakak sulung saya sendiri suruh Zaki pergi JB untuk bawa saya pulang dan Zaki pun dah minta izin dengan keluarga saya untuk bawa saya balik ke Kelantan untuk jumpa dengan keluarganya.

Saya masih ingat Zaki minta izin abang sulung saya, “Saya nak ajak adik abang balik Kelantan untuk jumpa keluarga saya dalam 3 – 4 hari je.” 3 – 4 hari je, itu yang abang saya ungkit sampai sekarang. Permulaan yang meny4kitkan, abang tanya saya, saya ok atau tidak.

Saya hanya mampu mengangguk nak jawab ‘tak’ pun dah tak berani sebab kakak saya yang sulung tu dah call abang – abang saya. Akhirnya abang saya setuju, saya menangis, sump4h saya menangis. Sampai Kelantan pun mata saya masih b3ngkak.

Sepanjang perjalanan memang hati saya tak tenteram, sanggup keluarga saya tak percayakan saya, saya kecewa sangat. Saya dah cuba jelaskan pada mereka kenapa saya nak putvskan pertunangan tapi kakak sulung kata saya menipu.

Dia kata saya saje reka cerita sebab nak putvs dengan Zaki. Saya tak mampu meIawan, memang itulah salah saya sebab saya memang antara anak yang tak pandai meIawan cakap mama. Sampai di Kelantan situasi jadi lain.

Rupa – rupanya Zaki dah rancang nak nikah dengan saya di sana. Selepas bermalam di rumah Zaki, keesokan paginya ayah Zaki dah kecoh nak nikahkan kami. Saya betul – betul panik. Saya tak mampu nak tolah sebab saya sorang je dekat situ.

Ayah Zaki bagi alasan dia tak nak orang kampung mengata, nanti jadi fitnah. Sebab dia orang yang dikenali dan disegani. Ayah Zaki cadangkan supaya kami kahwin di Thailand saja, waktu ni saya nampak Zaki senyum kemenangan.

Saya menangis call abang, tapi abang pun jauh dekat Johor, bukan boleh datang terus. Ayah Zaki suruh saya call keluarga saya, tapi masalahnya kampung saya di pedalaman susah nak dapat line. Memang rangkaian telefon agak kurang waktu tu.

Saya call kakak saya yang duduk di Pekan, kakak balik bagitahu mama dekat kampung. Keluarga jadi kecoh, sudah mereka tuduh dan salahkan saya kenapa nak nikah diam – diam di Thailand. Kakak sulung sekali lagi m4ki hamun marah saya.

Saya jawab saya tak tahu, saya hanya ikut apa yang diorang suruh. Diorang yang suruh saya ikut Zaki balik Kelantan. Bila dah jadi macam ni, macam mana saya nak tolak. Saya dalam keadaan yang tertekan, saya sorang diri tak ada keluarga, tak kenal sesiapa pun dekat situ.

Saya takut nak geleng kepala, akhirnya saya pasrah untuk dikahwinkan. S4kit sangat saya rasa, Zaki janji tak akan ulang kesilapan dia yang lalu, dia janji tak akan s4kiti saya lagi. Saya diam je, tapi saya tak percaya langsung apa yang dia cakap.

Bukan sekali dua dia berjanji macam tu, ayat yang sama, saya dah tak mampu nak hitung berapa kali. Semua urusan pernikahan kami ayah Zaki yang tanggung. Bayangkan 10 sen pun Zaki takde, duit mas kahwin RM500 pun ayah Zaki yang sediakan dan duit tu pun Zaki guna semula untuk bayar hutang – hutang dia.

Rupanya duit tiket dari Sabah ke Johor, Johor ke Kelantan semua dia hutang. Sepanjang saya kahwin, selama 2 tahun saya langsung tak balik Sabah, mama s4kit pun saya tak boleh balik sebab takde duit. Jangan kata nak beli tiket, nak beli makanan pun payah.

Zaki kerja pun semata – mata nak bayar hutang ayah dia masa nikahkan kami dulu. Selepas 2 tahun Zaki ajak saya pindah JB, tumpang rumah abang yang paling tua. Abang memang tak kisah tapi isteri abang kurang senang dengan kehadiran kami.

Tambah lagi selepas saya melahirkan anak pertama, banyak tempat yang kami duduk menumpang. Zaki asyik pindah berhenti kerja sana sini, walaupun dah ada anak per4ngai tetap tak berubah macam dulu. Kena pukuI tu dah jadi perkara biasa, dari mula mengandung sampai dalam pantang baru 4 hari pun saya kena pukuI dengan dia.

Saya sampai mengalami pend4rahan tapi Zaki tak hantar pun saya ke hospitaI, saya sembuh sendiri je. Untung ketika itu duduk di kawasan yang ramai rakan – rakan, mak – mak yang bagi nasihat saya makan ubat tertentu, bagi ubat kampung supaya saya sihat.

S4kitnya sampai hari ni saya masih terbayang bila ingat semula. Setahun saya duduk di JB, saya pujuk Zaki balik Sabah dan duduk sana pun kami menumpang rumah kakak. Saya str3ss, macam – macam yang tak kena biasalah bila duduk rumah orang ni kita tak selesa, tuan rumah pun sama.

Zaki tak pernah sewakan rumah untuk keselesaan saya dan anak. Anak kedua pun lahir di Sabah. Masa tu pun sama, nasib saya, baru bangun dari bersalin dah kena beIasah. Tambah lagi dia biarkan saya balik jalan kaki dari hospitaI sampai jahitan terbuka dan kena jahit semula.

Anak pulak kena kuning yang agak teruk, akak saya sorang lagi datang nak bantu jaga saya dalam pantang tapi Zaki tak suka ada orang lain dalam rumah tu. Waktu tu kami duduk rumah pekerja, adalah dalam beberapa bulan sebelum Zaki buat hal dan berhenti kerja.

Sampai satu tahap Zaki beIasah saya sampai saya langsung tak boleh bangun dan ketika itu jiran yang call polis. Polis datang ambil saya dan waktu tu Zaki dah takde. Abang saya datang dan bawa saya ke balik untuk buat report.

Itulah kali pertama saya buat laporan atas Zaki. Itupun sebab polis datang sampai ke rumah kalau tak munkin saya diamkan je. Abang terus hantar saya balik kampung, ketika itu kakak sulung saya menangis meraung tengok keadaan saya yang teruk dan penuh dengan kesan Iebam.

Kakak datang nak peIuk saya, saya tepis kakak. Saya tanya kakak, “sekarang dah percaya ke belum?? Sekarang dah puas hati belum? Hari ni akak tengoklah segala bukti apa yang saya cakap dulu. Akak takyah nangis la, akak berlakon je kan!”

Kakak nangis – nangis minta maaf. Sebenarnya saya dah lama pun maafkan kakak cuma sampai sekarang saya tak mampu nak berdepan dengan dia lepas apa yang jadi. Malam tu semua ahli keluarga saya berbincang supaya saya bercerai dengan Zaki tapi saya taknak sebab bagi saya perkahwinan ni adalah untuk selamanya bukan sekejap – sekejap.

Lagipun saya nak tunjukkan apa yang keluarga saya percaya sangat dulu dengan Zaki. Jadi mereka akur dengan keputvsan saya. 2 tahun di Sabah, Zaki ajak pindah JB lagi, kali ni tumpang rumah abang lagi sorang. Zaki tak pernah nak hulur duit dapur atau duit sewa.

Abang memang tak merungut mungkin sebab saya ni adik dia tapi saya malu. Sudahlah menumpang, takkan tak fikir langsung duit makan minum, bil semua. Sampai makanan pun kami makan yang disediakan oleh abang, Zaki memang takde duit pun padahal kerja.

Akhirnya saya fikir yang saya lah yang kena keluar bekerja. Zaki bagi saya kerja tapi saya tahu dia tak ikhlas pun. Saya kerja mall je masa tu dan Zaki pun mula cari kesalahan saya. Suka – suka je dia suruh saya cuti, kadang – kadang saya baru masuk kerja pagi, tengahari dia datang bising – bising suruh say balik.

Kecoh satu mall dengan suara Zaki. Ada satu hari, Zaki datang dan pukuI saya dekat parking motor, orang sekeliling hanya tengok je, mungkin takut nak masuk campur. Akhirnya ada sorang budak banglades datang tolong saya.

“Abang tolong lepaskan kakak, jangan pukuI kakak, jangan pukuI nanti m4ti.” Saya ingat lagi ayat tu. Hidung saya dah berd4rah, tudung entah ke mana. Berd0sa rasa orang nampak aur4t saya. Saya tengok semula rakaman cctv masa saya kena pukuI, habis terkangkang tertungging saya kena pukuI. CeIaka punya Zaki.

Lama – lama kesabaran saya m4kin berkurang, saya dah pandai meIawan. Tapi Zaki pandai dia mula gunakan anak – anak untuk ugvt saya. Satu hari lepas balik kerja, saya nak pergi ambik anak – anak dekat rumah pengasuh tapi anak – anak dah takde.

Zaki dah ambil dulu, dia bawa baju anak – anak semua. Terduduk saya, jantung berdebar – debar. Entah kemana Zaki bawa lari anak – anak. Saya tak tahu nak cari dekat mana, saya call Zaki tapi dia tak angkat. Esoknya saya pergi kerja macam biasa, Zaki datang ser4ng lagi tapi kali ni dia bawa anak – anak.

Dia p4ksa saya berhenti kerja kalau tak saya akan kehilangan anak – anak. Saya call boss minta cuti em3rgency beberapa hari untuk berbincang dengan Zaki tapi dia tetap dengan em0si dia. Dia ugvt nak lepaskan saya, saya takut bukan sebab apa tapi sebab dia akan pisahkan saya dengan anak – anak.

Selama ni saya yang jaga anak – anak, saya yang bayar pengasuh tapi dia senang – senang je nak bawa lari. Lama dia larikan anak saya, selama sebulan, sebulan saya macam orang giIa. Saya cari merata tempat tapi tak jumpa.

Kadang – kadang Zaki ada datang bawa anak – anak jumpa saya tapi sekejap je lepas tu dia bawa lari balik. Saya s4kit sangat rindukan anak – anak. Lama kelamaan saya kuatkan diri tanpa anak – anak di sisi. Untung ada kakak yang memahami, yang selama ni sentiasa mmberi sokongan.

Saya nekad akan teruskan je hidup biarpun sorang diri. Kini dah bertahun tanpa anak – anak, saya tetap berusaha kuat. Biarlah, bukan rezeki saya untuk bahagia bersama anak – anak dari kejauhan saya berdoa, semoga anak – anak saya diIindungi Allah swt. Lambat laun akan ketemu jua.

Saya terlalu sayangkan anak – anak, tapi tohmaham masyarakat paling pedih pada saya, seolah – olah saya enjoy tak perlu jaga anak – anak. Nak hidup bebas dan relax je. Saya redha. Cuma masalah saya sekarang, macam mana saya nak selesaikan hal perceraian kami.

Saya takut nak ke pejabat agama sebab saya kahwin pun di Siam dengan sijil nikah Siam. Zaki tak pernah uruskan pun dengan pejabat agama Malaysia. Dulu saya pernah suarakan pada Zaki, tapi dia akan marah dan bagi alasan macam – macam.

Sekarang dia dah g4ntung saya tak bertali bertahun – tahun. Masa awal kami ‘berpisah’ saya pernah suruh dia selesaikan hal cerai, tapi dia suruh saya selesaikan sendiri. Sampai bila saya nak terg4ntung macam ni. Saya dah bertanya pada ramai orang, ada yang kata perkahwinan kami ni tak sah, dan saya kena kahwin semula dengan Zaki.

Itu yang menakutkan saya, kalau saya kahwin balik, mesti Zaki takkan lepaskan saya semula. Saya dah tak sanggup sebab Zaki masih mengganggu kadang – kadang. Dia akan datang ke tempat kerja dan menangis meraung depan orang ramai panggil saya.

Saya pernah takut sangat sampai terk3ncing. Zaki kalau merayu macam kena r4suk, pernah sampai seminggu saya tak keluar rumah, saya malu, f0bia. Tolonglah saya. ada tak cara untuk saya bercerai selain kena nikah balik dengan Zaki. Saya takut, saya dah tak nak hidup dengan dia. Saya serik, saya tak nak dah badan saya penuh dengan Iebam – Iebam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.