Hanya kerana RM30, kakak h1na aku, tapi dia menunjuk duit beribu atas meja dalam group whatsapp

Kakak aku seorang doktor dan dia lah yang paling berjaya dalam adik beradik. Baru-baru ni aku minta bantuan RM30 tapi dia kata aku miskin dan asyik susahkan dia. Aku kumpul duit syiling, malah duit 5 sen nak beli barang dapur. Tapi dalam group WhatsApp dia berlagak tayang duit beribu-ribu atas meja. Sebab itulah aku nekad..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama aku Dewi. Bukan nama sebenar. Aku seorang isteri dan ibu kepada seorang puteri berusia 2 tahun. Pertama sekali , thank you admin kalau luahan kisah aku ni disiarkan. Okay aku cuba straight to the point.

Tentang keluar dari group. Group WhatsApp. Ada ke kat sini yang sejenis dengan aku? Kalau sentap, mesti keluar dari group Whatsapp. Tapi tak semua group lah aku left. Aku masih raisonal. Tapi pokok tak akan bergoyang kalau tak ditiup angin, bukan?

Tak kan aku suka – suka je keluar group kalau hati aku tak terpalit. Hmmm. Adik beradik aku ni ramai.  Ada 10 orang semuanya. 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Untuk 5 orang perempuan ni kami ada tubuhkan satu group WA khas.

Bukan saja untuk membawang, tapi untuk kongsi tentang semuanyalah yang dirasakan perlu. Tapi aku kerap terIuka. Semuanya gara – gara sikap kakak aku. Aku anak perempuan ke-4, dan kakak aku yang ke-3, sangat lah suka meny4kitkan hati aku.

Aku tak tahu itu memang per4ngai semula jadi dia, atau memang dia sengaja. Ya, sengaja men0reh Iuka. Paling perit, keIukaan ini bukan bermula daripada group WA. Tapi sebelum itu lagi, sudah lama, Iuka yang sukar aku nak terjemah.

Dari kecil dulu, kakak aku ni, aku namakan dia Kak S, seolah – olah benci dengan aku. Menyampah. Tak suka. Aku pun tak tahu mana salah aku. Masa kecik dulu, dia p4ntang kalau aku guna barang – barang dia. Sentuh pun tak boleh.

Pernah sekali aku pakai seluar jeans dia. Dia dapat tahu. Dan dia ambil gunting untuk ker4t seluar jeans tu. Walaupun seluar jeans tu seluar paling mahal dia ada. Asalkan aku tak boleh pakai. Tertempias rasa benci dia kat aku. Dia selalu cakap, “ayah sayang aku lebih, ayah tak sayang kau”.

Dan cemuhan “Kecik – kecik tak nak m4mpus, besar – besar menyusahkan orang”. Aku cuba tak percaya kata – kata dia, tapi setiap kali aku atau Kak S minta dibelikan barang (buku, kasut sukan, dan lain-lain), ayah akan selalu dahuIukan Kak S.

Sehingga terkadang, ayah terus tidak belikan apa yang aku minta. Kak S paling utama. Dia membesar dengan mudah. Mak ayah memang selalu mengaku yang kasih sayang mereka terhadap anak – anak sama rata. Tapi aku sukar nak percaya kata – kata itu.

Kak S pandai, sekolah berasrama penuh. Aku lembap, sekolah kelas bawah tapi lepas masuk U. Dia tak struggIe macam mana aku struggIe. Kat U, dia tak pernah tak cukup makan. Bahkan duit biasiswa dia berlebihan sampai boleh beli gajet. Aku?

Pernah sekali berjalan sambil menangis waktu balik dari kelas sebab tapak kasut aku tercabut. Aku terus menelan. Hingga kami dewasa dan bekerjaya. Kak S seorang Dr, untung badan dapat pula suami yang juga seorang Dr. Bercinta dari zaman belajar.

Alhamdulillah. Aku seronok untuk dia. Dan Alhamdulillah, Kak S tak pernah lupa menolong mak ayah. Yang ini aku cukup respect dengan dia. Dia tak pernah culas beri duit belanja mak ayah. Belikan rumah (Walau nama dia, tapi bagi mak ayah duduk. Dia menyewa).

Belikan kereta cash sebiji (ayah memang tak pernah ada kereta sebagus itu). Part ini, Kak S memang terbaik. Aku pun, belum tentu mampu bagi sebaik tu kat mak ayah. Berbanding aku, hanya meniaga kecil – kecilan dan cukup – cukup makan.

Kak S memang banyak tolong adik beradik kami. Boleh cerita dalam family kami, siapa yang tak pernah minta tolong dari dia. Pinjam duit dia terutamanya. Dari anak pertama sampai bongsu semua pernah merasa bantuan kak S. Tapi itulah, aku terus terIuka.

Mungkin dengan sikap dia. Apa yang kami pinjam, hutang dengan dia. Itu lah yang dia suka canangkan dalam group WA. Bising – bising, minta semua bayar balik duit dia. Selalu minta – minta, kadang – kadang sampai mem4ksa.

Padahal dia tahu, dalam dalam adik beradik, dia saja yang paling senang. Satu masa tu aku dah tak tahan dengan sikap kak S. Aku left group. Untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama aku left group. Sebelum ini aku pernah jugak left, atas alasan yang hampir sama.

Kak S selalu meletakkan level aku rendah sangat – sangat daripada dia. Aku cuma minta dia tolong pindahkan duit RM30 ke satu akaun, habis dia ceramah aku dan kata bahawa aku ini miskin dan tak habis – habis mahu menyusahkan dia.

Aku mulai serik. Tapi aku di masukkan semula ke group tersebut. Bila tiba musim cuti sekolah aku tak berniaga. Aku ke kedai runcit dengan mengutip duit – duit syiling yang ada. Duit 5 sen pun aku guna untuk beli barang dapur.

Bayangkanlah macam mana keadaan ekonomi aku sekarang, susah. Tapi kak S terus meraut Iuka yang sudah berd4rah di hati aku. Dia macam saja tayangkan duit dia. Mungkin dia sedang audit akaun. Duit ribu riban atas meja dia. Aku terdiam. Terpaku.

Kenapa dia harus bersikap begitu? Bila tiba hari raya, dia lah yang paling megah dengan jumlah duit raya yang dia bagi. Pasti dia tayang kat dalam group WA. Amount besar – besar Rm50, 20. Memang tak dinafikan dia memang berduit.

Tapi aku tak tahan. Aku rasa terh1na. Baru – baru ni dia cakap nak beli kereta baru. Dengan cerita kereta yang 200k sebiji. Beli lah aku tak kisah. Tapi aku teringat waktu mula – mula aku beli kereta 32k aku (proton), dia datang tengok kereta tu, belek – belek, ketuk – ketuk dan cakap “besi buruk je ni”.

Aku menelan lebih dari kes4kitan. Baru ni dia bersalin dan dapat baby girl yang comel sangat – sangat. Putih gebu gebas. Tapi setiap kali kami berjumpa, Dan dia tengok anak aku, dia akan seIar dan geIar anak aku “budak hitam”.

Ya, anak aku memang kulit gelap. Gelap sangat lah jugak. Ikut bapak dia. Dan aku? Hanya tersenyum kelat. Aku cuma, nak jauhkan diri dari kes4kitan ini. Sikap manusia yang ri4k dan s0mbong. Walau pun orang tu d4rah daging aku sendiri.

Sebab tu aku buat keputvsan untuk keluar group. Biar lah dia cop atau cakap aku adik kurang ajar, aku pemutvs tali silaturrahim sebab keluar group WA. Aku tak peduli kalau keluar group WA keluarga dianggap satu d0sa. Asalkan Tuhan tahu, bertapa lamanya aku tanggung d3rita jadi adik dia. – Dewi

Komen warganet :

Iqien Sukri : Harap – harap kakak awak baca benda ini, hadam dan faham perasaan awak. Sebenarnya penting untuk ibubapa tidak membezakan anak – anak sejak dari kecil lagi. Tak kira dari segi apa pun, kepandaian, rupa paras dan lain – lain.

Kadang – kadang ibubapa ini dia tidak sedar apa yang dia lakukan memberi peranan utama membentuk sikap anak – anak bila dewasa kelak. Semoga confessor tabah dan jadikan ini pengalaman untuk anda mendidik anak anda pula.

Amnah Saayah Ismail : Saya ada seorang kakak yang sangat baik. Dia memang bagi hutang semua kat adik – adik dia dan tak pernah minta. Kami bayar pelan – pelan dia ok. Saya pernah hutang dia dan saya bayar 1 kotak corelle.

Harga corelle tolak hutang. Adik – adik lain pun macam tu. Saya pun ambil sikap macam tu. Adik beradik kan. Kita je tahu dorang susah senang macam mana. Kalau kita tahu dorang susah, kita bagi dia hutang lepas tu ungkit sana sini canang sana sini kalah Ah Long, kita hanya akan dapat rasa takut bukan hormat.

Nik Fauziah Adnan : Makcik ada macam – macam whatsap grup, dari whatsap famili, kawan old school, kawan universiti, kawan tempat kerja yang ada 10 tempat hinggalah kawan pesara. Bermacam aktiviti mereka show off, pergi melancong, menyoping, menghias rumah, menayang ladang dan 1001 perkata.

Paling tak boleh blaa show off cucu sebab makcik belum ada. Jadi nak senang tak payah download, clear chat secara berjemaah, habis citer. Tak perlu marah atau berasa hati. Makcik pun tak berapa minat berbual kisah lampau seolah tak boleh move on. Jadi, abaikan je, tak perlu sampai keluar dari group.

Danie Rinz : Takut dengar kisah macam ni, kesenangan juga salah satu bentuk ujian dunia. Sis sabarlah, saya pon pernah je hidup di roda bawah, sampai orang nak jejak kaki ke rumah pun jijik. Ye, down giIa rasa tapi sampai satu masa nampak la betapa terbaliknya dunia mereka dengan kita.

Syukur sangat merasa susah, sekarang ni tak la senang mana tapi hati bahagia. Teruskan berniaga teruskan berusaha sehingga sis boleh bantu orang lain pulak. Mana yang negatif – negatif tu memang patut pon kita jauhi, jangan biarkan ia mempengaruhi sis. Keep it up. Stay positive, fikir positif. InsyaAllah hati lebih tenang dan senang.

Nur Kasturi : Bila dah tahu akak ko macam mana pe’el dia, ko jangan sesekali mintak bantuan dari dia. Waima bab duit ke, minta tolong hantar ko pergi mana – mana ke. JANGAN! Satu lagi ko kena buat tak tahu ja.

Dah ko kenal kan per4ngai gah dia macam mana. Jadi, lantak ke dia la. Ko layan je mak ayah ko baik – baik. Berbakti je sekadar ikut kemampuan ko. Jangan bandingkan diri ko dengan dia. Sikiiit pun jangan bandingkan. Allah tengah uji dia dan sama jugak dengan ko. Allah tengah uji kita semua. Abaikan bab negative, hanya pandang dari sudut positive.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.