Dari awal lagi abang ipar tahu kakak aku jenis malas masak, tapi dia kata nanti lepas kahwin, pandailah..

Dari dulu lagi mak aku suruh kakak belajar masak, tapi dia degil. Dia selalu bagi alasan nanti dah kerja bagus, gaji tinggi dia boleh beli jer makanan dekat luar. Tiga tahun lepas kahwin kakak masih malas nak masuk dapur akhirnya kami dapat berita yang abang ipar kahwin lain dengan janda..

#Foto sekadar hiasan. Masa aku kecik dulu, mak selalu pesan, jangan jadi pemalas. Nanti lepas kahwin, mak mertua tak suka hang nanti. Dulu aku tak faham kenapa mak aku kerap berkata – kata sedemikian. Namun setelah berlaku beberapa kejadian di hadapan mata aku.

Aku faham kenapa kita harus dan perlu untuk tidak menjadi pemalas. Aku ada seorang kakak. Kakak aku ini dari zaman remajanya, dia telah memasuki asrama. Setelah abis SPM, dia lanjutkan pelajaran ke IPTA. Jadi, jarang – jarang dia akan ada di rumah.

Walaupun ketika cuti semester, dia akan bekerja dan tidak pulang ke kampung. Kakak aku ini cantik orangnya, putih melepak, mata sepet, tinggi dan pandai pula bergaya. Memang aku tak nafikan, dia memang ada ramai peminat sejak di bangku sekolah lagi.

Dia rajin bab – bab mengemas rumah dan membasuh baju – baju kami adik beradik. Namun, seperti orang lain, punya kelemahan, dia tidak pandai memasak. Dia tidak pandai kerana itu adalah kemahuannya sendiri. Puas mak aku pujuk untuk dia belajar memasak, namun dia berdegil.

Antara ayatnya yang aku selalu dengar dulu setiap kali bila mak suruh dia belajar memasak, ‘Alaaa mak ni, sayakan belajar tinggi – tinggi. Nanti mesti dapat kerja bagus – bagus, gaji pun tinggi. Masa tu, beli jer makanan kat luar.

Tak perlu lah nak masak. Aku yang terdengar kata – katanya pun sebenarnya terpengaruh sedikit pada waktu tu. Setelah kakak aku menamatkan pelajarannya, dia bekerja sebagai pegawai di salah sebuah syarik4t terkemuka di KL.

Aku pula di kampung, ketika itu aku tingkatan 5, dah mula terp4ksa belajar memasak kerana kesihatan mak yang merosot. Kakak aku akhirnya mendirikan rumahtangga. Setelah dia melahirkan anak pertamanya, aku mendapat tempat di salah sebuah IPTA di area lembah Klang.

Di hujung minggu atau cuti panjang aku pasti akan tinggal di rumah kakak aku ini. Dan di sinilah aku dapat lihat kesan malas. Ketika di awal perkahwinan kakak aku lagi, abang ipar aku sudah sedia maklum bahawa isterinya sememangnya malas memasak.

Nak membantu di dapur pun, sekadar terp4ksa. Itupun berapa minit sangat dia sanggup duk kat dapur tu. Biasalah bila cinta mengaburi hati, abang ipar aku kata, tak mengapa, dah kahwin nanti, pandailah tu. Harap maklum wahai pembaca, jika sudah hampir 29 tahun hidup dengan malasnya masak atau malas buat kerja rumah sangatlah sukar untuk berubah. Bukan kata semua orang, tapi kebanyakannya.

Abang ipar aku pada mulanya bersabar. Kakak aku seperti biasa, pulang dari kerja akan beli makanan dari tempat kerjanya ataupun singgah di kedai makan sebelum pulang. Apabila abang ipar aku sudah bosan makan di luar, akhirnya dia yang akan masak di rumah sebaik sahaja pulang dari kerja.

Tiga tahun benda ini berlaku. Pujuk? Nasihat? Marah? Merajuk? Meng4muk? Apa yang tak pernah abang ipar aku buat untuk bagi kakak aku jadi rajin memasak atau sekurang – kurangnya mampu masak makanan simple buat keluarga semuanya gagal.

Pernah sekali kakak aku becerita yang ketika di rumah mak mertuanya, dia hanya tolong mengemas rumah, langsung tak mahu membantu di dapur. Jika ada kenduri – kend4ra, dia akan sedaya – upaya untuk mengelak. Benda yang sama dan lebih teruk jika berada di rumah maknya sendiri.

Kakak akan demand pada mak, agar masak makanan kegemarannya, bahan – bahan kakak aku telah belikan. Namun, dia tidak akan mebantu di dapur. Dia akan berikan pelbagai alasan seperti nak keluar dengan anak dan suami untuk beli barang.

Balik rumah pula betul – betul masa kami semua dah siap masak dan dia masuk rumah, dengan segera ke dapur mengambil pinggan dan jemput suaminya untuk masak. Walhal kami yang penat masak ini, tidak menjamah lagi makanan yang disediakan. Akhirnya pada suatu hari…

Kami mendapat tahu bahawa abang ipar kahwin lain di Thailand. Janda pula tu. Aku yang mendapat tahu berita itu juga terdiam. Rasa meluat dengan abang ipar. Kakak aku yang cantik bergaya, berpendidikan tinggi, pandai mengurus rumah, kau senang – senang cari perempuan lain.

Namun bagi ayah aku, silapnya juga pada kakak aku. Benarlah kata orang, nak ambil hati suami, masaklah. Siapa yang tahan kalau hari – hari makan makanan luar. Walaupun di hujung minggu, isteri masih tidak mahu memasak.

Akhirnya diri sendiri yang memasak walaupun penat bekerja di luar. Memang benar si suami yang sepatutnya memasak untuk isteri. Tapi takkanlah sehingga hujung minggu atau hari cuti pun suami yang masak? Bertolak ansurlah dalam rumahtangga.

Kakak aku hampir bercerai ketika itu. Namun hanya kerana anak, kakak aku kuatkan hatinya. Kini, kakak aku sudah mula belajar memasak. Walaupun hanya western food, namun aku masih bersyukur kerana dia sudah berubah.

Jadi, kepada yang rasa si suami patut dipersalahkan hanya kerana si isteri pemalas, suami cari lain. Perlu juga fahami, jangan bagi ruang atau alasan kepada suami untuk curang atau kahwin lain. Jika si isteri telah jadi yang terbaik, buat yang terbaik (dengan menjadi pemalas dan hanya harapkan suami p4ksa atau nasihat utk anda berubah, lupakanlah), bertawakal namun sisuami masih cari lain. Maka, redha. Jika tidak mampu redha, bercerailah.

Kerana malas ini berpunca dari dalam diri kita sendiri. Andai diri tu sendiri telah bertekad untuk tidak berubah, maka datanglah sesiapa pun untuk nasihat atau pujuk atau buat apa sekalipun, anda tetap malas. Jadi, sebelum berkahwin, renung dulu diri itu, mampukah anda bertanggungjawab menjaga isteri / suami anda? Jika hanya kerana cinta, lupakanlah angan – angan itu. – Semak Perut

Komen Warganet :

Mohd Iqbal Sirajudin : Sebagai suami, cantik macam mana pun seorang isteri tu tapi kalau tak pandai masak, memang payah lah. Lauk telur kicap pun kalau isteri masak sendiri lebih sedap dari makanan luar. Air tangan isteri lain dia punya penangan weh! Tak akan nak makan air tangan mamak je tiap hari?

Syahirah Samadun : Sebenarnya tak pandai masak bukanlah topik utama untuk diduakan tapi ‘MALAS’ adalah sifat yang keji.. Allah pon tak suka orang malas, inikan lagi suami yang dah lama bersabar.. Biasakan diri dengan perkara luar biasa, pastinya perkara luar biasa akan menjadi kebiasaan.

Mimi Zaty : No komen. Tapi suami yang baik, yang tahu bini pun sama sama cari duit, penat kerja, InsyaAllah selalu motivate bini dan tak cari alasan tersebut untuk diduakan. Wallahua’lam.

Ummi Izzati : Suami akak awak, orang yang baik sebabnya dia berkahwin lain tanpa menceraikan kakak awak. Ustaz dah cakap, kadang – kadang lelaki kahwin lain, nak bagi isteri pertama belajar ksilapan dia tanpa menceraikannya. Alhamdulillah, sekurang – kurangnya kakak awak sedar silap dia dekat mana.

Syah Syah : Mula – mula kahwin boleh la makan dekat luar hari – hari. Tapi lama – lama bosan jadinya. Tak apa kalau tak pandai masak tapi jangan malas nak belajar memasak. Masak je walaupun hanya nasi putih dengan ikan goreng. Tak perlu yang susah – susah pun. Kalau masak sama – sama lagi bagus.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.