Kakak aku tak gembira, dia berpantang pun isteri pertama yang jaga. Sebulan dapat nafkah RM20. Baju anak selekeh, botol susu lama. Mak aku dah buang kakak tapi ayah aku tak sanggup…
#Foto sekadar hiasan. Setiap orang ada masalah dan aku rasa masalah aku lebih kurang sama sahaja dengan orang lain. Apa yang aku ceritakan ni sekadar luahan perasaan aku. Aku jarang nak cerita masalah kepada orang luar melainkan kepada orang yang rapat dengan aku.
Cuma akhir – akhir ni aku jadi seorang yang banyak fikir. Itu yang asyik migrain je. Biar aku cerita dari awal bagaimana semua ni terjadi. Kakak aku kahwin lari, kahwin dengan lelaki orang yang dah ada anak dua, tak ada harta dan tak kacak mana pun.
Aku tak tahu kenapa kakak aku boleh terpik4t dengan lelaki tu. Pada mulanya, aku dan keluarga memang tak boleh terima semua ni. Kakak aku tu bukan tak lawa, comel lagi, lemah lembut. Tetapi dah benda nak jadi. Sekarang semua dah okay walaupun aku tahu kakak aku tak bahagia dengan perkahwinan dia.
Itulah, kahwin lari lagi, kahwin tanpa restu keluarga. Semua orang boleh terima hakik4t ni sekarang, kecuali mak aku. Dia dah buang kakak aku. Kalau ada sesiapa tanya, mesti dia cakap anak dia ada tiga orang sahaja, aku, adik lelaki aku nombor tiga, dan yang bongsu juga lelaki.
Sejak jadi macam ni, mak aku suka mengelak nak jumpa sanak saud4ra. Malu katanya, anak d4ra dia buat per4ngai. Ada saud4ra yang faham perasaan mak aku, ada yang marah – marah mak aku sebab tak boleh terima hakik4t, tak boleh terima ketentuan qada dan qadar.
Tetapi aku tahu apa mak aku rasa, bagaimana tergurisnya hati mak aku bila anak sulung dia buat per4ngai begini. Saud4ra yang marah – marah tu tak cakap depan – depan mak aku, mereka cakap depan aku. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata, “BagiIah mak masa untuk terima semua ni, jangan p4ksa dia.”
Ada juga yang tak faham – faham, mereka jawab, “Sampai bila nak buang d4rah daging sendiri?” Kadang – kadang tu, nak sahaja aku jawab, “Korang tak rasa bolehlah cakap begini, konon keturunan baik sangat.” Argghhh! Sangat tension.
Tahun lepas, kami raya dulu di rumah sendiri. Lepas solat sunat raya baru balik kampung nenek. Masa nak bersalam dengan semua saud4ra, ada juga mulut longkang yang nak perli aku dan keluarga sebab balik kampung lambat.
Ayah aku imam, jadi dia kena jadi imam di tempat aku dulu. Dah tiga tahun kami balik selepas solat raya, takkan tak faham – faham lagi. Yang mulut longkang ni sedap sahaja cakap, “Korang ni rumah jauh sangat ke sampai pagi raya baru nak sampai?”
Rumah aku dengan rumah nenek dekat sahaja, lebih kurang 10 – 15 mnit perjalanan. Dia tak tahu aku di rumah dah macam buruh kasar, semua benda aku kena buat. Mak dah tak sihat macam dulu. Cuba bayangkan, mak boleh guna tangan kiri dia sahaja, tangan kanan dia lumpuh. Jadi aku yang banyak kena tolong mak.
Ni sebab mengapa mak aku keras hati dan rajuk hati. Kakak aku itu jenis baik, lembut sahaja. Semua orang tidak percaya kakak aku ikut lelaki orang dan kahwin di Siam sebab keluarga kami pantang dalam mengh4ncurkan rumah tangga orang lain (meruntuhkan masjid orang).
Ayah aku ini ketua kampung merangkap imam di kampung aku, jadi mak aku sedikit sebanyak malu dengan masyarakat. Kakak aku sudah tak suci sebelum kahwin. Kakak aku sudah gugurkan kandungan tiga kali sebelum kahwin.
Kakak aku itu sudah banyak kali minta maaf kepada mak aku selepas dia gugurkan kandungan itu. Tetapi masa itu dia takĀ beritahu sebab apa dia minta maaf. Jadi, mak aku maafkan. Tiga kali dia gugurkan, tiga kali juga dia minta maaf.
Madu kakak aku itu pernah datang rumah marah – marah mak aku sebab tidak pandai jaga anak. Jadi, bila jadi macam ini memang mak aku itu berjauh hati. Aku harap sangat mak aku dengan kakak aku itu berbaik. Sambung masa salam raya tadi, nenek aku menangis – nangis minta mak aku lupakan semua, jangan dibuang d4rah d4ging sendiri.
Yang dah tu, dahlah. Waaa… masa ni mak aku sedang bersalam dengan nenek aku. Aku yang tengok, nangis sekali. Aku pun berdoa mak boleh terima kakak aku balik. Aku nak keluarga aku normal balik. Aku tak mahu jadi anak sulung! Biar kakak yang ambil tempatnya.
Sekarang, aku dah jadi anak yang rapat dengan mak. Aku kena berdiri di belakang mak. Apa – apa pun dia mak aku. Biarlah apa orang nak cakap dekat mak aku, aku tetap sokong dia. Kakak aku tak gembira sebab suami dia tak ada kerja tetap.
Duit belanja makan minum tak pernah cukup. Kakak pernah cerita pada aku, sebulan dalam tangan dia dapat duit belanja RM20 sahaja. Kadang – kadang tak ada langsung. Anak dah nak masuk dua orang dah, sekarang tengah mengandung anak nombor dua.
Yang sedihnya, anak saud4ra aku tu terabai. Baju baru langsung tak ada masa raya. Botol susu pula, yang aku hadiahkan masa dia baru lahir. Aku dengan ayah aku yang gigih pergi belikan baju baru sebab suami dia tak mampu.
Masa mula – mula kantoi dulu, aku m4ki juga abang ipar aku tu. Lelaki tak guna lah, apa lah. Dia pula masa awal – awal kantoi kahwin di Siam dulu, datang rumah aku pakai jubah bagai. Konon dah bertaubat. Padahal dia tu bukan alim pun.
Dia datang dengan kakak aku. Ayah aku marah betul masa tu. Mak pula tak sanggup nak keluar bilik. Nyampah betul dia dengan abang ipar aku tu. Abang ipar aku minta maaf… blaa… blaa… blaa… Masa tu ayah minta kakak tinggal dulu di rumah kami.
Maksudnya kena asingkan dulu dengan suami dia sebab nak sahkan pernikahan mereka. Segala jenis perhubungan disekat. Telefon kakak, ayah ambil dan simpan. Esoknya aku pergi pejabat agama dan berharap pernikahan mereka tak sah dan kami dapat kakak balik.
Tapi hampa, orang pejabat agama cakap pernikahan kakak dengan suami dia sah. Aku menangis masa tu, sedih sebab kakak cetek akal. Rupanya masa aku pergi pejabat agama tu, abang ipar aku buat laporan polis. Katanya kami kurung isteri dia dan tak bagi makan.
Menyirap aku masa tu. Sabar lah, takkan tak reti nak sabar kot. Kau ingat kami ni k3jam sangat ke nak kurung dia, padahal dia yang tak keluar bilik. Polis sampai datang rumah, periksa rumah kami. Suami kakak aku tu masih ada isteri lain.
Maksudnya kakak aku tu status isteri nombor dua. Dan selama ni pun duit belanja makan minum isteri pertama yang tanggung. Dia tak akan lepaskan isteri pertama sebab isteri pertama ada kerja tetap, kerja kerajaan. Kiranya isteri pertama dia tu lubuk emas dia.
Selama ni apa masalah kakak aku, dia pendam seorang diri. Masa berpantang pun, isteri pertama dia yang jaga. Masa ni mereka tinggal serumah. Isteri pertama abang ipar aku ni dah redha dengan apa yang jadi. Dia pernah datang rumah aku menangis – nangis nak bawa kakak aku balik.
Dia cakap dia dah redha dengan apa yang terjadi. Mungkin Allah memang janjikan dia syurga. Nak elak macam mana pun tak boleh dah masa tu. Mak aku pula memang dari mula – mula kahwin dia dah Iumpuh sebeIah tangan.
Masa dia anak d4ra okay lagi. Bayangkan dari kami kecil mak jaga kami dengan sebeIah tangan dia. Besar peng0rbanan mak aku. Dah lah terpisah jauh dengan keluarga dia. Bila jadi begini, tu yang mak terkilan sangat kenapa kakak sanggup kahwin lari dengan suami orang.
Padahal mak ayah dah pesan elakkan berkawan dengan suami orang, tunang orang, duda, dan pakwe orang. Aku pun tak tahu kenapa kakak aku keras hati nak lelaki tu. Yang buat aku buntu, tak lama lagi aku bakal kahwin.
Sekarang ni aku memang rapat dengan keluarga aku, terutama mak ayah aku. Kalau dah kahwin, dah tentulah suami keutamaan aku. Mungkin aku dengan suami yang kena jadi orang tengah untuk betulkan keadaan. Mak aku ni pun jenis keras hati sikit.
Kalau nak pujuk dia, kena ada cara, tak boleh “brainwash” dia dengan cara kasar. Dan dalam adik beradik termasuk ayah, nasihat dari aku sahaja dia dengar, sebab ayah aku ni nasihat kasar sikit. Aku marah juga dengan kakak aku tu, tak ada usaha nak berbaik, pujuk mak.
Dia cakap dia takut mak halau dia lagi, padahal tak pernah cuba pun. Dah buat salah tapi tak nak minta maaf. Sekarang bila jadi macam ni baru nak cari keluarga balik, baru nak mengadu tu ni. Masa nak kahwin dulu ada fikir keluarga? Ada fikir maruah keluarga? Ishhh… geram pula aku.
Aku dah nak kahwin, sanak saud4ra semua sibuk suruh aku pujuk mak dengan kakak berbaik. Takkan masa aku kahwin kakak aku tak ada kan? Tapi masalahnya aku pun ada benda nak kena fikir. Kadang – kadang aku tengok aku ni tak macam pengantin lain, sibuk fikir masalah orang lain, sendiri punya masalah tak settle. Sepatutnya aku kena relakskan kepala otak aku ni, tapi kena pula push dengan saud4ra semua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.