Aku anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Aku ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Dulu kakak aku sangat periang tapi berubah sejak abang aku buat hal. Satu hari abang cakap dia kena pindah jauh sampai keluar negeri. Lepas je abang keluar dari rumah, macam – macam orang dari syarikat wang berlesen datang tuntut wang. Kami call abang tak dapat, jadi kakak jadi m4ngsa….
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin untuk perhatian yang sedikit ini. Kisah yang aku nak share ni, mungkin biasa – biasa, tapi konflik ni selalu menganggu kehidupan para wanita sekalian. Jadi, jom mulakan penggembaraan ke dalam dunia aku.
Aku anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Aku ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Lengkaplah kiranya hidup aku ni. Sepatutnya aku bersyukur, yes aku bersyukur sangat. Cuma kat sini aku nak ceritakan kisah akak aku. Yang aku rasa, kisah dia sangat tragis.
Kakak sulung aku tahun ni berusia 33 tahun, belum berumah tangga. Dulu Kakak aku sangat periang, dia rajin bawa kami jalan – jalan sebab dia tak ade kawan sangat untuk travel. Oh ya, Kakak aku kerja sebagai nurse, so nak cuti dengan kawan sama – sama tu susah. So, aku dengan familylah yang untung. Sebab bila dia bawa jalan, dia yang sponsor semua.
Hidup dia macam tu je la, pergi kerja balik kerja, layankan family. Tapi aku masih tengok dia happy. Masa dia putvs cinta pun bar4i, umur 25 tahun first time bercinta, and first time putvs cinta. Memang separuh giIa. Kesian dowhh dengan dia. Asal lah mamat tu. Okey lupakan. Dia banyak spend masa dengan Nenek untuk pulihkan semula semangat dia, dan Alhamdulillah dia kembali ok.
Dia mula berubah bila abang aku buat hal. Abang aku ni dia senyap tak banyak cakap sangat. Dia rapat juga dengan Kakak aku. Tapi satu hari, abang kata dia kena pergi kerja jauh, nak keluar dari negeri yang kami duduk ni. Mak Ayah puas Iarang, tapi memandangkan dia dah besar, Mak Ayah berat hati lepaskan dia pergi. Lepas dia pergi. Macam – macam company pinjaman wang berlesen call. Ayah aku dah naik hantu, Mak aku berambu – rambu air mata hari – hari menangis. Call dia tak angkat.
Jalan penyelesaiannya adalah bayar jugaklah. Kami keluarkan duit simpanan untuk bayar. Kemudian Kakak aku paling banyak bagi sumbangan walau dia m4ki berbakul. Tapi sebab tak sanggup tengok Mak Ayah menangis, dia buat juga. Dia cuba ikhtiar cari abang aku, call tempat kerja kat sana tanya semua.
Dipendekkan cerita, dapat kesan abang aku. Kakak aku menangis teruk kot, aku tak pernah tengok dia menangis sebab dia hati kental, jiwa sado. Dapat tahu abang aku tidur pun tepi kaki lima jer kat sana. Dia usahakan bank in duit suruh abang aku balik rumah.
Sampai rumah, tak ade siapa persoalkan tentang hutang tu. Mak pun diam jer. Terima je la. Redha. Menanggung hutang jer lah lepas ni. Sebab tanya dia kenapa pinjam banyak sangat pun tak nak jawab. Dah malas nak layan.
Lepas kes tu settle beberapa bulan jer, abang aku usulkan nak kahwin. Masa ni la Kakak aku naik giIa dia. Perangai kau yang sudah orang belum lupa lagi, hutang pun belum settle, ni dah cakap nak kahwin.
Hari – hari dia desak Mak aku untuk masuk merisik. Sama jugak dengan budak perempuan tu. Sampai Kakak aku rimas, suruh merisik cepat sebelum diorang buat benda tak senonoh. Yang menaikkan lagi kemarahan Kakak aku bila abang aku belum ada kerja tetap. Dia kerja part time jer. Sedangkan hutang dia semua Ayah dengan Kakak aku yang cover. Kalau aku pun hangginn. Tiberr kau pulak nak kahwin.
Ye la, dah rezeki dia. Jod0h dia. Siapa kita nak menidakkan. Lepas abang aku kahwin, bertambah satu tangga kemurungan Kakak aku. Mak Ayah aku kena la tidur ruang tamu sebab kat rumah ni ada dua bilik jer. Bilik pertama aku dengan Kakak aku. Bilik kedua dia laki bini. Bil rumah semua Kakak aku bayar, dia laki bini hulur duit kat mak je la. Yang mak tak nak cerita berapa jumlahnya.
Segala macam nak repair kat rumah ni Kakak aku hulur duit, memang dia bayar. Mak aku boleh tahan dia demand, tengok Kakak aku dapat gaji lebih sikit dia minat langsir, sofa baru, kabinet la. Hurmm sabo la yeopp.
Kakak ipar aku ni baik jer, cuma dia terIampau nak mengambil hati mak mertua, sampai nampak silap banyak kat Kakak aku. Kadang – kadang Kakak aku baru balik kerja malam, mestilah dia nak rehat, nak tidur. Dia dah ketung ketang kat dapur buat sarapan. Mulalah Mak aku bersuara.
“Anak dar4 tidur jer lah kerjanya.” Eeeii, kang aku jawab nampak berd0sa. Mak memang jenis back up menantu. Sebab bagi dia, kena jaga hati diorang. Kakak aku terpisat bangun tolong buat kerja dulu baru tidur. Aku dah pergi kerja, memang mengelat la.
Kakak aku tak meIawan, dia banyak diam sekarang. Kalau dia rasa semak, dia drive pergi rumah nenek aku. Lepak sana, kadang – kadang tidur sana. Tak ade siapa kacau dia.
Paling tr4gis kalau Kakak aku teringin nak makan something yang mak aku masak, Mak aku masak sedap tau. Ye la, kita punya craving tu kan semacam. Tapi dia tak dapat, nanti Mak aku marah..
“Kena la belajar masak. Macam mana org nak ambik jadi bini macam ni. ” Dan Kakak aku pun terus berlalu pergi dengan sepi. Kadang – kadang aku nampak dia terus keluar. Sebab nak nangis dalam bilik nanti aku keluar masuk mengacau. Aku tak reti nak pujuk orang. Kesian dia.
Aku rasa macam nak bawa Kakak aku jumpa psychi4tric jer sebab dia dah murung tahap meIampau. Dia senyum tapi kosong. Dia tengok maharajalawak, tapi dia diam jer. Takde reaction weii. Apa jadi dengan deria dia? Aku ajak dia pergi cameron, cakap nanti aku belanja. Dia kata simpanlah duit kau nanti untuk kau honeymoon.
Selalu dia cakap, rumah orang tua – tua boleh booking awal? Aku nak booking dulu la untuk aku. Aku pernah suggest, Kak, jomlah kita pergi kerja kat KL. Boleh enjoy. Release str3ss. Kau boleh ada ‘me time’
Dia jawab ‘Tak boleh, appoitment mak, appoitment nenek nanti siapa nak bawa pergi hospitaI. Ubat diorang sape nak tengokkan.’ Aku doakan dia jumpa lelaki yang sempurna untuk dia. Kakak aku baik sangat. Cuma dia terIampau menghamb4kan dia untuk keluarga. Pahala untuk dia tu banyak. Dia tak tau cari bahagia untuk diri dia. Bagi dia bahagia tu datang bila kita bersyukur. Tapi aku kesian kat dia.
Oo btw Kakak aku ada mild epiIepsy tau. Dia kena bila str3ssed overIoad. Tapi so far tak menganggu kerja dia. Sebab str3ss tu macam dah resistant kat otak dia. Doktor pun cakap macam tu, em0si dia celaru.
Korang doakan Kakak aku tau. Semoga dia jumpa jod0h dia tahun ni. Dia memang garang sikit dengan lelaki. Sebab dia sangat 0verpr0tective. Doakan juga em0si dia sembuh dan em0si dia kembali stabil.
P/s: Aku tukar sikit – sikit dalam cerita ni. Sebab nanti dia baca. Aku tahu dia baca. Sebab dia selalu layan kat sini.
Aku sayang kau Kak, aku hold dulu nak kahwin, sebab aku nak kita kahwin sama – sama. Aku nak misi aku bagi kau senyum bahagia dulu tercapai. Untuk pakwe aku, kau tunggu dulu. – Bulan
Komen Warganet :
Wan Nurul Hazlina : Bagusnya kakak awak. Sama dengan kakak saya yang banyak berk0rban. Untuk abang awak, boleh minta maaf la memang tak guna. Harap abang tu cepat keluar dari umah tersebut, berdikari bagi tenang hati kakak.
Omma Zaumar Dan Yusuf : Haha. Kakak je tahu apa perasaan jadi kakak. Dorang kuat. Walaupun kadang – kadang, rasa nak merangkak. Lagi sedih, merangkak sorang – sorang. Kalau ade suami, bolehla merangkak bersama suami. Hilang la sikit rasa di hati. Ko gembirakanla dia. Dah la kerja nurse. Keje str3ss. Family str3ss. Itu jela. Asal ko pun tak jadi cinderella sama?
Zahra Ahmad : Peny4kit merajakan anak lelaki ni memang banyak jadi. Terutamanya mak – mak yang suka sangat usap cium bont0t anak lelaki. Yang perempuan dia layan macam tak berharga je. Hakikatnya anak lelaki tu menyusahkan dia banyak. Tapi mak – mak ni sentiasa husnuzon, cover segala busuk anak lelaki dia tu. Kenapa eh? Benda yang sama jadi juga pada aku. Tak sedar ke wahai mak ayah yang ada sesetengah anak tu menyusahkan. Yang menyumbang kepada keluarga pula, selalu dianak tirikan.
Syazwani Safri : Kalau awak sama – sama dah kerja, apa kata cari rumah yang dekat – dekat rumah mak ayah and pindah keluar dari situ.. Bawa kakak awak. Jadi masih boleh tengok – tengokkan segala appointmnet mak ayah atau bagi cadangan suruh dia beli rumah sendiri… Biarlah abang tu rasa tanggungjawab dia, jangan asyik bersenang – lenang je.. Memang anak – anak, bertanggungjawab dekat mak ayah, tapi kalau sampai depr3ss itu bukan sesuatu yang bagus untuk hidup. Tarik perhatian kakak awak, bawa dia cari apa yang dia minat sebagai hobi… Travel, gardening, hiking, running, banyak benda… Kesian dia, dan tak semestinya kena kahwin baru dapat kehidupan yang bahagia. Yang pening kita dulu yang kena cari kebahagiaan tu… Kalau bahagia tu terletak pada orang, maka bila hilang orang tu hilang la bahagia. Jadi bahagia tu jangan berg4ntung pada manusia. Bantulah kakak awak…
Nor Fadhilah : Satu je nasihat akak dik, nanti kalau sudah berkahwin atau ada anak lelaki, jangan terlalu manjakan lelaki – lelaki itu, hilang rasa tanggungjawab mereka tu nanti. Apa – apa pun, cuba happykan akak kamu dik, nanti takut dia tak tahan. Akak doakan dia dapat jod0h yang baik dan jauh dari kampung halaman, agar dia tak perlu lagi tanggung biawak – biawak hidup di dalam rumah mak ayah kamu. Aminnn.
Ann Diana Nordin : Ntah lah.. Kadang aku bersyukur tak dikurniakan abang or adik lelaki, tak sanggup aku nak bayangkan kalau perangai diorang macam abang si confessor ni. Hidup menyusahkan, m4ti pun masih tinggalkan beban. Tapi aku ada anak lelaki 2 orang.. insyaAllah aku kakikan je nanti kalau naik lemak..