Tolong la gais, si bujang jangan la terima lamaran cinta suami orang ni. Kau tu dah meIukakan hati ramai orang, bini dan anak – anak dia. Sama jugak dengan suami orang, kau dah h4ncurkan segala kepercayaan isteri kau dekat ko. Lepas tu kau tak jujur, kahwin tanpa pengetahuan isteri.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan. Kenalkan nama aku Azie. Bila bercerita pasal poIigami, semua isteri mesti tidak suka dengan ni kan. Sebenarnya aku rasa kecewa, marah dan sedih tentang seseorang.
Aku menulis di sini sebab dah lama aku simpan rahsia pasal suami kepada kakak sepupu aku, Kak Za (bukan nama sebenar). Suami Kak Za iaitu Abang Anip (bukan nama sebenar) dah menduakan dia dah dekat 7 bulan. 7 bulan Abang Anip nikah dengan perempuan ***dol tu tanpa diketahui oleh sesiapapun, kecuali keluarga peny0ndol tu.
Okey.. aku namakan perempuan tu sebagai Nabila bukan nama sebenar. Kak Za merupakan kakak sepupu aku yang paling rapat. Kak Za dan Abang Anip dah kahwin hampir 13 tahun. Perbezaan umur dorang pun tak jauh. Kak Za pertengahan 30an, manakala Abang Anip awal 40an.
Dan Nabila baru pertengahan 20an. Kak Za dan Abang Anip ada 4 orang anak, 3 perempuan dan yang bongsu lelaki baru berumur 6 bulan. Ya, Abang Anip nikah dengan Nabila ketika Kak Za tengah sarat mengandung, dan dorang nikah dekat Thailand selepas habis PKP.
Masa tu dah boleh rentas negeri. Cuma aku musykil macam mana dorang boleh lepas sempadan masuk Thailand dan bernikah. Kak Za dan Abang Anip sebenarnya berPJJ. Dorang PJJ sejak 6 atau 7 tahun dah. Lama kan.
Sorang di Lembah Klang dan sorang lagi di selatan tanah air. Kak Za balik kampung dia selepas Abang Anip dapat kerja yang lebih ‘secure’ di Lembah Klang. Abang Anip akan balik jenguk keluarga dia 2 minggu sekali. Jadi kalau dari luaran dorang memang sweet couple.
Dalam media social pun bersayang – sayang. Tu yang aku kesian dengan Kak Za sebab dia telah ditipu hidup – hidup oleh suami dia. Anak – anak dia pun memang rapat dengan suami dia. Tapi kenapa Abang Anip sanggup h4ncurkan hati dorang?
Korang mesti tertanya – tanya kan macam mana aku tahu Abang Anip dah kahwin lagi satu senyap – senyap. Di sebeIah family Kak Za, kisah nikah Abang Anip dengan Nabila ni hanya aku dan suami aku saja yang tahu. Tu pun suami aku secara kebetulan terserempak dengan dorang dekat kedai makan.
Lepas tu baru dia mengaku yang dia dah kahwin dengan Nabila. Balik saja dari kedai tu, suami aku cerita dekat aku. Aku masa tu tengah berpantang anak pertama. Aku apa lagi, meradang marah suami aku macam suami aku pulak yang kahwin lain.
Hihi.. maaf ya encik suami ye. Sis em0. Serius lah, aku rasa macam nak marah saja dorang berdua tu. Rasa perasaan tu macam nak pukuI saja dorang sebab sanggup menduakan kakak aku. Kakak aku percayakan Abang Anip ni sangat – sangat.
Katanya Abang Anip seorang yang setia, sebab aku pernah bergurau tanya Kak Za macam mana kalau Abang Anip ni nikah lagi sebab dorang PJJ lama sangat. Aku pun pernah bagi saranan ke Kak Za supaya ikut Abang Anip balik, duduk sebumbung.
Tapi Kak Za cakap Abang Anip dah janji akan pindah balik sana. Lagipun dorang dah beli rumah dekat sana. Kesian Kak Za aku percaya bulat – bulat apa Abang Anip cakap. Sedangkan Abang anip bagitau suami aku yang dia nak bermastautin dekat Lembah Klang ni sampai tua.
Banyak jugak cerita pasal dorang yang Abang Anip cerita dekat suami aku. Tu pun lepas dah kant0i. Suami aku pulak cerita dekat aku. Tapi suami aku siap pesan dekat aku jangan bagitau Kak Za. Tu yang aku rasa str3ss bila teringat cite ni.
By the way, Abang Anip dan si Nabila dan suami aku ni satu tempat kerja cuma department lain. Suami aku biasa lepak sekali dengan Abang Anip tu. Aku yang paran0id ni ada jugak pesan dekat suami aku jangan rapat sangat dengan Abang Anip tu, takut nanti berjangkit pulak per4ngai. Hahha..
Oh ya, rupanya Abang Anip dan Nabila tu dah couple 3 tahun lepas. Dorang berdua kerja satu department yang sama kan. Macam mentor mentee la kut. Lama – lama jatuh cinta. Uweekkk… nak munt4h aku bila yang suami orang ni bercinta, dengan si bujang yang gedik.
Tapi satu opis tak tau pasal dorang. Pandai giIer dorang sorok. Budak – budak opis pun baru saja tahu dorang dah kahwin baru – baru ni. Tu pun sebab perut si Nabila ni dah memb0yot. Dan macam biasa la, politik opis bila rahsia dorang dah terbongkar memang kaw – kaw la si Nabila tu kena kecam.
Lepas tu elok pulak masa tu kebetulan drama yang Nad Zainal berlakon tu (takdir yang Tertulis) tengah tayang dekat TV3. Apalagi, memang kena kecam la. Masa tu dalam hati aku, memang aku cakap ‘padan muka kau Nabila r4mpas lagi suami kakak aku, kena kecam la ko!’.
Dengar cerita jugak, dorang nikah dekat Thailand tu pun tak tau betul ke tak. Yer lah.. Kan pintu sempadan belum buka, so macam mana dorang boleh lepas nikah sana. Entah – entah guna sindiket. Aku pulak str3ss fikir.
Hahaha.. Bukan apa, nanti nak daftar nikah sini jadi masalah pulak. Anak dalam perut tu pulak dah nak keluar tak lama lagi tu. Jangan dorang buat b0doh tak daftar nikah sini sampai bila – bila sudah la. Yang si laki untung je, yang perempuan kalau jadi apa – apa dia tak dapat hak pun selagi tak ada sijil nikah betul. Banyak saja kes macam ni sekarang ni.
Alamak. Sorry gais, panjang pulak luahan hati aku. Nak buat macam mana, sini saja la tempat aku boleh cerita. Sebab aku tak tau nak luahkan dekat mana lagi. By the way, macam mana ya aku nak buat? Patut ke aku bagitau Kak Za, atau biar saja Kak Za tahu sendiri?
Aku kesian sebenarnya, kalau bagitau konpem aku pulak yang kena marah di Abang Anip. Kalau aku tak bagitau, nanti lagi kesian bila tengok Kak Za dan anak – anak dia kena tipu hidup – hidup. Suami dia dekat sini happy baru, tapi Kak Za struggIe jaga anak – anak seorang diri, tambahan dia pun bekerja jugak.
Tolong la gais, si bujang jangan la terima lamaran cinta suami orang ni. kau tu dah meIukakan hati ramai orang, bini dan anak – anak dia. Dan sama jugak dengan si suami orang, jangan sebab bini tak ada depan mata kau boleh test power ayat – ayat cinta kau dekat pompuan bukan muhrim ko.
Kau dah h4ncurkan segala kepercayaan isteri kau dekat ko. Lepas tu kau tak jujur, kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dan untuk Kak Za, bagi aku dia pun ada khilaf. Asbabnya dia tak ikut suami dia tinggal bersama – sama, pastu menyebabkan banyak ruang – ruang kosong dekat suami dia. Dan suami dia isi ruang – ruang kosong tu dengan pompuan lain. So, harapnya Kak Za tabah bila dah tau kisah ni nanti. – Azie (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aqilah Sohaimi : Kak Za tu perlu tau. Either ko bocorkan sendiri atau p4ksa si jantan tu confess kat bini dia. Sebab apa kena tau? Jadi masalah kalau si jantan tu tetiba m4ti. Ada sorang arw4h ni dia kawen dua dengan indonesian sebab orang business so selalu pergi indonesia.
Banyak ahli keluarga dia tau tapi sama – sama sorok dari bini dan anak – anak dia. Bertahun – tahun dia rahsiakan sampai la dia tetiba m4ti. Dah m4ti, of course la bini kedua tuntut hak faraid dia lagi – lagi dia pun ada anak. So keluarga si arw4h jadi serba salah giIa sebab tak sampai hati nak bagi tau kat balu pertama.
Bagi aku padan muka kat ahli keluarga arw4h tu la sape suruh bersekongkol dengan arw4h. Yang kawen sorok 2 tu kena ingat, ajaI tu rahsia Allah. Esok lusa pun ko boleh m4ti lepas tu menyusahkan orang lain.
نورعىنى : Bagitau dengan kakak tu.. Tapi jangan kant0ikan yang sis bgtau. Atau sis bagi surat layang ke apa ke memandangkan bukan sis sorang je akan dit4rget bocor rahsia sebab kengkawan ofis Nabila pun tau. Macam mana kawan ofis boleh tau alamat kak sepupu tu..
Haih.. Tu senang je.. Orang kalau cuak @ dengki @ mnyampah.. Benda must4hil pun dia boleh cari maklumat. Netizen Malaysia khennn. Tapi baik bagitau je.. Buatnya dijemput ajaI abg anip. Akan menyusahkan semua orang.
Cer fikir jauh sikit. Kalau dah m4ti. Nabila pulak missing in action pastu.. Terbertemu jodoh pulak anak Nabila dengan anak kak sepupu. Tak ke haru? So.. Sila kant0ikan supaya tak menyesal kendian hari.
Asymawi Abd Aziz : PoIigami itu halal. Tiada masalah. Tapi bernikah senyap – senyap kat Siam tu tanda lelaki itu seorang penakut dan tanda awal tidak mampu berlaku adil. Apa pun moga – moga mereka bertiga berbahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.