Lepas isteri tahu aku kahwin lain dekat sempadan, dia minta diceraikan dengan taIak 3

Aku sayang giIa dekat isteri pertama, dah la cantik, putih, pandai, jaga solat. Kalau nak bandingkan dengan yang kedua macam matahari dengan bulan. Selama ni isteri pertama aku yang tolong p0tong kuku, k0rek telinga aku, bila aku suruh isteri kedua buat, dia kata..

#Foto sekadar hiasan. Aku bagitahu awal – awal, kisah ni panjang tapi korang hadapla pasal pengakhiran tu ada pengajaran untuk semua. Aku mulakan dengan sejarah perkahwinan aku. Aku nikah dengan isteri aku ni, aku sebut P la ya senang, masa tu dia baru 25 tahun dan aku pulak dah 30 tahun.

Kira macam bujang terlajak jugakla. Aku graduate 0versea, P pulak lepasan diploma domestik. P ni jenis peramah, putih genit, suka gelak, positive thinker, extr0vert, jenis kalau dia cakap sesuatu memang confirm dia buat, jenis ‘don’t buIIshit me’ la senang cakap.

Suara memang mantap, tak payah suruh menyanyi, cakap biasa pun suara dia dah lemak bro. Kalau kau dengar suara dia kat telefon, kalau kau tak cair, memang bukan lelaki la. Beza sangatlah dengan aku yang pendiam dan intr0vert ni.

Persamaan ketara antara kami, dua – dua career minded dan membaca tu terapi jiwa kami. Pendek cerita, kami bernikah dan P resign dan mula bekerja pulak dengan company Jepun, kemudian kami dapat anak pertama. Dugaan anak pertama aku ni, dia selalu s4kit, asma la demam la ch0lic la setiap bulan.

Jadi P berk0rban dan resign gaji 6k dia tapi rezeki dia murah, tak sampai setahun dia dapat kerja kerajaan pulak. Kebetulan masa tu jugak kami dapat cahaya mata kedua. Bila dapat anak no 2 ni, P mintak izin dengan aku nak sambung degree, dengan diploma ni dia tak boleh pergi jauh dalam kerajaan.

Aku bagitahu la aku tak ada duit nak support. Dia kata tak apa, duit dia akan usaha sendiri, janji aku izin je dia belajar. Memanglah aku bagi, P ni jenis yang berdikari, sepanjang kami nikah, dia tak pernah mintak apa – apa. Mintak beli sofa ke baju ke barang kemas ke, dia akan guna duit dia sendiri.

Duit aku dia suruh salur kat family aku pasal adik beradik aku ramai dan aku je pun yang graduate 0versea masa tu. Malah anak sed4ra aku pun ada yang P support dan dia sp0nsor haji untuk arw4h mak aku. Begitu sekali dia tak menyusahkan aku.

Bermula rutin dia kerja dan belajar, aku pulak hanya tumpu pada karier aku. Anak – anak ni aku cakap terus teranglah, aku kurang sikit dengan budak – budak. Kalau umur lebih dua tahun aku ok sebab dah boleh cakap nak apa. Kalau masih bawah dari dua tahun memang isteri aku je la yang layan.

Bila P dapat degree, dia dapat kerja lain dalam kerajaan gak tapi pangkat tinggi sikitla. Aku pun sebenarnya dah nampak, isteri aku ni boleh pergi jauh. Kalau aku sendiri, aku nak dia dalam team aku pasal dia jenis kalau bagi komitment memang 110%.

Tambahan pulak isteri aku ni triIangual, banding aku yang belajar luar negara ni, English aku dengan isteri aku macam langit dan bumi. Kalau dia cakap mat salleh, kalau kau pejam mata mesti ko ingat mat salleh, bukak mata rupanya perempuan melayu.

Dia memang dilatih bercakap bi dengan bapak mertua aku. Samalah kalau dia cakap cina, pejam mata korang sure ingat am0i, rupanya awek melayu bro!. Bila karier isteri aku dah mula nak melonjak, aku pulak rasa str3ss, cemburu bro.

Isteri aku ni dahla putih, talented, triIangual, kalau aku masih dekat takuk lama, aku takut isteri aku kena sauk pulak. Dahla dia banyak berurusan ngan lelaki berpangkat. Jadi aku mula rasa kerja kat level state ni tak bawak aku ke mana – mana, aku mintak dia berk0rban, berhijrah dengan aku ke KL.

Dia ikut, maka kami pun berhijrah ke KL tinggalkan kawan – kawan dan keluarga. Sampai KL, Allah duga aku. Aku mula berkenalan dengan N, janda satu company ngan aku. Jangan salah faham ya, aku tak kata status janda ni buruk ya, aku cuma cerita balik pada korang kisah aku.

Mula – mula tu hanya untuk suka – suka je, buat gedik – gedik kata orang. Lepas tu s3tan mula masuk jarum. Bila dah masuk jarum, N ni siap ajak nikah kat sempadan, aku tak payah keluar duit, semua dia support, kereta pun dia yang bawak pi.

Senang cakap aku bawak badan je. Aku pulak dah macam manusia dvngu, ikutkan je. Senang cerita aku bernikah kat sempadan, maka bermula kehidupan berpura – pura dan pemb0hongan aku. Hidup aku dah mula kelam kabut, pasal bukan pada P je aku bohong, kat anak – anak dengan mak bapak aku pun aku berb0hong.

Hidup aku sepanjang berkahwin dua tu memang huru hara la pada aku. Memang Allah baIas balik cash la pada aku. Karier aku pun dah macam kapal nak tenggeIam dah, semua str4tegi aku plan, semua tak menjadi. LagiIah serabut hidup aku.

Bila karier aku dah n4zak, aku mengadu dengan P. Isteri pertama aku ni memang seorang pendengar yang baik, satu lagi skill dia, dia boleh bagi idea yang bernas kalau kau tengah ada masalah. Bila aku cerita kat dia, aku cerita sekali pasal strategi – strategi yang aku plan tapi gagal, isteri aku bagi lembut je.

Dia kata, kalau kita dah usaha tapi Allah tak izinkan menjadi hasil, kita kena muhasabah diri balik. Mesti ada khilaf, mesti ada orang yang tak redha. Aku ada buat d0sa ke dengan sesiapa ke, buat d0sa dengan dia ke, dengan mak ayah ke.

Ayat last dia tu memang aku sentap. Makan dalam bro ayat tu. Lepas tu isteri aku bagi dua ayat ni, dia kata dia dapat dari ustaz dan mintak aku amal lepas solat subuh dan maghrib. Aku tanyala ayat apa ni, dia senyum je. Jadi aku pun carila ayat apa, rupanya ayat Yunus 81:82.

Korang cari sendirila fadhilat dia. Bila aku amal ayat – ayat tu, mata hati aku mula terbuka. Aku mula banding isteri – isteri aku. Isteri pertama aku si P ni dia jenis ‘mengisi kekosongan’. Contohnya la kan, aku ni memang ke laut kalau suruh tukar tayar ke tukar mentol ke atau bertukang, bab – bab macam ni memang isteri pertama aku buat sendiri.

Kalau aku tolong, setakat bagikan spanar atau pegangkan tangga. Isteri kedua aku si N ni pulak, benda – benda ni bukan level dia nak buat. Aku memang kena buat, banyak kali la aku kena herdik m4ki pasal tak reti buat. Nak buat macam mana, selama aku kawin dua dekad pun memang P buat semua benda – benda tu.

Kedua aku ni jenis manja la sikit, tolong ya bro, kuku aku dengan telinga aku memang P yang p0tong dan k0rekkan. Dua dekad bro dia buat, aku cuma perlu cakap je. N pulak, kalau aku suruh p0tong kuku atau k0rek telinga, dia geIi, bukan level dia.

Pernah dia suruh aku balik rumah isteri pertama yang kerja kerajaan untuk p0tong kuku dan k0rek telinga, Eh.. memangla isteri pertama aku kerja kerajaan tapi bukan macai bukan kerja h4ram pun, ada pangkat tu, boleh je tolong p0tong kuku atau k0rek telinga, perlu ke h1na dia?

Yang paling ketara bab solat, isteri pertama aku si P nih, kalau aku balik surau dia masih mengadap telefon, aku tak perlu bersuara, berdehem sikit je, dia dah gelak – gelak terus solat (P ni memang suka gelak). Tapi kalau si N memang aku makan herdiklah.

Silap – silap dia buat tak tahu je terus tidur balik kalau solat subuh tu, solat lain jangan cakaplah, maghrib mengadap tv tengok citer. Kemuncak cerita aku ni bila cuti sekolah, aku macam lupa aku ada anak – anak yang tengah bercuti, leka dengan bini no 2 aku.

Sampai P call cakap, ‘anak – anak tengah tunggu abah dia, kalau u rasa kami penting baliklah tengok anak, kalau tidak, kita selesaila cara baik’. Ayat dia ni memang aku dah seriau, isteri pertama aku dah tahu ke? Siapa bagitahu?

Macam mana dia tahu? Tapi aku tak berani lagi balik rumah, aku tunggu cuti sekolah habis, aku tak berani nak pandang muka anak – anak apatah lagi muka P pasal aku tahu aku salah. Sampai je rumah, anak aku dah pergi sekolah.

Aku bagitahu P semuanya, pasal aku kahwin kat sempadan dengan N, semua sekali. P tenang je dengar, lepas tu dia gugur b0m pertama kat aku. Dia kata kalau aku dah sanggup kahwin lain, kahwin pulak dekat sempadan, memang dia dan anak – anak dah tak penting dalam hidup aku.

B0m kedua dia gugur, dia minat aku lepaskan dia taIak tiga, memang dia tak akan jumpa aku lagi dan anak – anak dia bawak sekali. Dia suruh aku jadi imam dan khalifah untuk keluarga baru aku. Tak perlu risaukan dia, selama ni pun dia yang jaga anak – anak tanpa aku.

GiIa ke apa kau?.Aku tahu dah, kalau P kata tak akan jumpa aku lagi, memang sampai aku m4ti pun aku memang tak ada harapan nak tengok dia lagi pasal dia jenis buat apa dia cakap. Cuba kau fikir bro, isteri pertama kau cantik, putih, talented, triIangual dan yang penting sangat menjaga solatnya, lelaki b4ngang tahap dewa je yang akan lepas perempuan macam ni.

Aku sayang giIa kot dekat dia, takkan aku nak lepas. Dah sah per4ngai dia banding bini no 2 macam matahari dengan bulan. Manusia mereng pun boleh beza la. Pendek cerita, aku lepaskan N dan aku memang bersyukur sangat bila isteri pertama aku P sudi terima aku balik.

Bila dah reda, baru aku tahu yang P ni buat jual online la, buat kerja – kerja menjahit dan ambil job emcee untuk support hidup bila duit kering (dah aku tak bagi duit). Dia pernah pergi sendiri ke hospitaI warded untuk 0perate malah pernah depr3ssed sampai kena masuk wad.

Masa aku tengah leka dengan dunia aku dan abaikan tanggungjawab aku sebagai suami dan bapa.  Bila aku tahu semua ni, aku rasa diri aku kecik sangat berbanding isteri aku. Aku lelaki yang ada 9 akal ni tak mampu duduk sekufu dengan isteri aku seorang perempuan yang katanya cuma ada satu akal.

Lepas tu aku tanya pulak pasal ayat yang dia minta aku amal tu. Dia cakap, masa aku leka dan lupa tanggungjawab aku tu, dia selalu solat hajat, solat istikharah pohon petunjuk Allah. Kemudian satu hari dia mimpi, ada lelaki ni suruh dia cari ustaz dari DarusSyifa ni.

Lama gak la dia usaha cari ustaz ni pasal dia cuma nampak muka ustaz tu tapi tak tahu nama. Bila dia jumpa, ustaz tu bagi dia ayat ni kemudian pesan suruh dia dan suami (aku la tu) amal setiap subuh dan maghrib.

Yang pelik tu dia cakap, dia tak cerita apa – apa pun lagi kat ustaz tu tapi ustaz tu dah bagi ayat tu terus bila nampak dia (masa dia cerita ni aku memang dah meremang bulu roma, sampai macam tu Allah bantu isteri aku).

Kat sini gak aku nak kena bagitahu la, aku tak kata aku kena buat ke orang buat aku ke apa ya, yang penting aku cuma nak cerita lepas aku amal ayat tu memang mata hati aku mula ‘celik’ untuk melihat perkara yang aku ‘buta’ selama ni.
Jadi apa pengajaran dari cerita aku? Pertama kau jangan lupa solat, Allah tak duga kita apa yang kita tak mampu. Bab ni memang aku saIute isteri aku P, dalam besar dugaan Allah, dia tetap dirikan solat dan tak pernah putvs mohon bantuan.

Kedua, jangan fikir kau solat, Allah tak duga kau, jangan fikir kau solat tak culas, kau kebaI dengan g0daan. Ni akulah contoh terbaik. Pengajaran lain korang fikirla sendiri. Aku mintak korang doakan kebahagiaan aku dengan P dan moga aku mampu menjadi imam dan khalifah P sampai akhir hayat aku. Amiin. – Maizudin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.