Jiran selalu mesej suami pagi2, satu malam tu suami call bagitahu jiran masuk rumah

Jiran selalu dtg rumah saya jenguk dekat tingkap nak tengok kami buat apa. Kalau anak saya nangis tengah2 malam, dia mesej suami tanya pasal anak kami tapi tak pernah mesej saya. Satu hari, masa saya kerja shift malam, suami call bagitahu jiran datang rumah, bukak gate terus masuk dalam rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, saya seorang isteri yang jenis buat hal sendiri dan setia dengan pasangan dan dikurniakan seorang anak bersama suami tercinta. Saya tak faham kenapa dan apa masalah jiran saya ni jadi attention seeker kepada suami saya, padahal umur dia dah 40 tahun lebih dah manakala suami saya baru berumur 25 tahun.

Dulu masa berbaik dengan dia, dia kerap jenguk mana mana tingkap rumah saya, semata – mata nak berborak dengan saya. Walaupun suami saya tengah tidur, dia tetap cuba selak langsir dan tingkap untuk bergaul dengan kami.

Kalau saya tengah memasak pun, sanggup dia datang tingkap belakang untuk sibuk tanya kami masak apa. Suami saya jenis dalam rumah pakai seluar pendek tanpa baju. Jadi pernah sekali suami saya baru keluar dari bilik air dan masa tu dia (di luar tingkap dapur) sedang berbual dengan saya (memasak di dapur).

Kemudian dia perhati setiap tubuh badan suami saya sambil bertanya, “Kenapa dengan p4rut kat peha dak abang tu?” Tapi masa tu saya cuba berfikiran possitive mungkin dia mengambil berat tentang hal kami walaupun agak meIampau.

Saya cuma kata “Oh kesan eksiden lama.” Kemudian awal tahun ni, ada berlaku tanah tenggeIam di jalan nak masuk ke rumah kami. Kami tinggal di kawasan kampung. Rumah kami dan jiran semua dekat – dekat. Isteri jiran ni risaukan keselamatan suaminya masuk ke jalan tu dengan kereta kemudian dia sanggup datang rumah saya pagi – pagi semata – mata nak jumpa suami saya.

Dia minta tolong untuk tutupkan lubang tu supaya senang suami dia masuk, katanya suami dia penat jadi tak sempat nak buat tanah tenggeIam tu. Banyak sangat dia cuba pergunakan suami saya. Suami saya jenis sangat menghorm4ti orang, tak pernah langsung saya dengar suami kurang ajar dengan orang.

Tapi m4kin lama, saya sendiri yang tak tahan suami dipergunakan oleh orang macam tu. Juga bila kes pendemik mula – mula dulu, ada buat agihan bantuan daripada ketua kampung. Jiran ni sanggup call suami saya tanpa pengetahuan saya (padahal dia ada no phone saya) untuk meminta suami saya supaya tolong ambilkan bantuannya juga dan hantarkan ke rumahnya.

Alasannya sebab suami dia sibuk bekerja, jadi tak dapat ambilkan. Padahal suami saya pon sibuk kerja juga, keluar sekejap untuk ambilkan bantuan je. Benda ni berlarutan, saya sabar sampailah satu tahap saya kena masuk shift malam.

Suami pula kena jaga anak sementara saya kerja dan masa tu ada cousin suami (lelaki) datang ke rumah untuk lepak. Tiba – tiba saya dapat call dari suami yang isteri jiran ni selamba bukak gate dan masuk ke dalam rumah dengan alasan nak ambil kembali pinggan mangkuk yang baru siang tadi dia bagi lauk.

Masa tu Ya Allah, mendidih sangat hati ni bila dapat tahu. Suami dan cousin tercengang je bila dia masuk ke rumah terus ke dapur tanpa segan silu. 7 pagi saya habis kerja terus balik ke rumah tanpa menegur jiran tersebut.

Sebulan selepas tu saya ingatkan benda ni bakal berakhir tapi saya dik3jutkan pula dengan isteri jiran tersebut chat suami saya pagi buta sebab nak pinjam pengampai baju luar dan sebagainya. Takda langsung dia cuba chat saya untuk pinjam apa – apa.

Kenapa suami saya? Kadang – kadang malam buta anak saya menangis pun, dia chat suami saya tanya keadaan anak saya. Sump4h saya lama sangat makan hati dengan sikap dia. Sampailah satu tahap saya sendiri chat suami jiran untuk bagitahu semua tingkah laku isterinya sendiri.

Tapi paling meng3jutkan suaminya tak tahu apa – apa, malah suaminya pert4hankan isteri dia, konon suami jiran yang minta isterinya chat suami saya. Tapi saya tak mudah percaya. Lepas je daripada kes saya sound suami dia untuk tegur isterinya, sampai ke hari ni mereka tak tegur saya dah.

Mungkin ayat saya pedas agaknya. Tapi tak lama pun isteri jiran tu diamkan diri, lama – lama dia tetap menegur dan mempergunakan suami saya. Sampailah akhirnya, saya sendiri yang bagi amaran suami untuk abaikan setiap ajakan atau pertolongan daripada dia. Suami akur.

Apa pendapat semua ye dengan situasi begini? Betul ke tingkah laku saya? Kadang – kadang saya rasa saya yang 0ver pr0tective dan jealous. Tapi bila fikir balik, memang jarang sangat nampak saya jealous selama ni. Sebab saya tahu suami sangat setia dengan saya.

Keluarga mertua yang memahami hal ini pon nasihatkan saya untuk tetap bersabar. Minta share pendapat yang murni dan doakan hati saya tetap tabah dalam menjalani kejiranan seperti ini sehingga saya dan suami mampu untuk berpindah

Komen Warganet :

Dee Ya : Blok call blok mesej perempuan tu dan suami dia. Jangan bagi mereka dapat contact suami awak. Blok segala media sosiaI yang ada mereka. Pesan pada suami. Pintu dan gril kena sentiasa berkunci. Mana boleh jiran sesuka hati masuk rumah. Nanti dia terbiasa pulak buat rumah awak macam rumah dia sendiri. Cakap kat suami, lepas ni jangan tolong apa – apa lagi. Sekeh kepala suami awak kalau dia degil.

Rohaya Aya : Jaga – jaga dik, sebelum terlambat warning awal – awal. Biarlah orang nak cakap kau jeles ke apa. Yang penting kau jaga rumah tangga kau. Jiran kau tu memang dah sewel sebenarnya. Tak cukup kasih sayang, kalau kerja petang husband kat ruma, kunci gate siap – siap.

Kita tak tahu apa dalam hati orang. Kena pulak suami dia pun b0doh – b0doh alang. So awak dan suami awaklah yang kena berjaga – jaga. Akak doakan kau cepat dapat pindah dari situ.. amin.

Nurush Dhia Khan : Dia masuk lagi rumah, buat report polis. Dah kira mencer0boh. Jiran tak jiran. Block no jiran kat phone suami. Kalau dia datang nak borak, jangan layan. Cakap busy. Kalau dia sibuk jugak, kau buat – buat tak nampak jer dia becakap sorang. Kalau meIampau sangat, cari lah rumah sewa mana – mana pindah jer.

Nur Syaqielah : Tak masuk akal lah bila perempuan tu boleh ada save no hp laki kau dan laki kau pun tak reti nak block. Peliknya masuk rumah orang suka hati. Dah macam per0mpak dah. Aku dan jiran tak pernah lak macam ni. Masing – masing buat hal sendiri. Tak bermusvh dan tak rapat sangat. Ni siap dia ada no hp laki kau. Pelik sangat.

Syee Ha Rejab : Warning suami je dulu bukan jiran tu. Lepas suami sendiri baru jiran tu. Privacy orang pun jiran tu tak tau memang teruk la. Dah macam takde jiran lain. Something wrong sangat la jiran ni. Hidup berjiran ada adabnya. Kalau dah rupa tu elok sound. Siap warning nak report polis. Menggangu ketenteraman awam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.