Bertahun – tahun aku meratapi kehilangan isteri, mak abah p4ksa aku kahwin dengan anak kenalannya yang gemuk. Dah la bagaikan langit dan bumi dari arw4h isteriku yang cantik. Memasak pun tak pandai. Aku lebih rela tidur di pejabat dari balik ke rumah. Satu hari aku nampak gambar arw4h isteri dalam HP isteri baru..
Isteri Obes, #Foto sekadar hiasan, Salam..Terima kasih admin sudi publish kisah aku ni. Tiba – tiba diri ini rasa nak bercerita tentang isteri aku. Atau lebih tepat lagi, isteri kedua aku. Lebih 4 tahun yang lalu aku dah pernah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hati aku.
Kami bercinta sejak dari sekolah menengah lagi. Aku gelarkan dia Wani la ye. Wani ni seorang gadis pemalu, cantik dan menarik. Tapi umur dia tak panjang. Aku masih ingat lagi kejadian yang dah mer4gut ny4wa Wani. Waktu tu perkahwinan kami tak sampai 4 bulan pun lagi.
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Petang bila balik aku ambil dia dari kolej. Tak tahu kenapa aku terlalu mengantuk time drive petang tu. Wani ajak tukar seat biar dia yang drive tapi aku tak bagi sebab dia baru disahkan hamil dan selalu pening kepala. Entah macam mana kereta kami terbabas.
Aku tak ingat apa yang berlaku, sedar – sedar aku dah kat hospitaI. Aku dapat tahu aku k0ma hampir sebulan. Wani? Dia meninggaI di tempat kejadian. Dia bukan setakat pergi seorang, tapi dia pergi bersama bakal anak aku juga.
Bayangkanlah perasaan aku macam mana bila orang pertama yang aku cari saat sedar dari k0ma tu rupa – rupanya dah tinggalkan aku hampir sebulan yang lalu. Waktu tu aku tak ingat berapa lama aku menangis. Aku tak dapat maafkan diri aku sebab aku punca kemaIangan tu berlaku.
Aku asyik tertanya – tanya kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku sekali?? Kenapa aku perlu hadapi semua ni?? Bertahun – tahun aku meratapi apa yang berlaku. Sehinggalah dua tahun lepas mak abah aku buat keputvsan untuk carikan calon isteri untuk aku.
Kata diorang selagi aku tak kahwin, selagi tu hidup aku serabut dan tak dapat lupa apa yang dah jadi dulu. Mula – mula aku tak setuju, bagi aku isteri aku hanya satu tiada yang lain. Tapi bila melihatkan kepada mak abah aku yang sangat risaukan aku, aku akur.
Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa serba salah pada wanita yang akan aku kahwini nanti sebab aku tahu aku tak akan dapat mencintai dia. Hati aku dah terkunci m4ti untuk arw4h Wani. Selang beberapa bulan, aku pun selamat menikah dengan seorang gadis, anak kenalan mak abah aku.
Senang cerita aku gelarkan dia Ana je lah. Ana ni kalau nak dibandingkan dari segi fizikal dengan Wani memang jauh beza. Dia tak secantik Wani. Yang paling ketara adalah badannya yang berisi atau tak keterlaluan kalau aku katakan gemuk.
Tapi kadang – kadang tengok comel jugak. Haha. Sepanjang awal perkahwinan aku memang tak layan dia baik. Kadang – kadang aku lagi suka tidur office daripada aku balik menghadap dia dalam keadaan aku serba salah. Ana ni walaupun tak cantik, tapi hati dia baik.
Dia tak pernah mengeIuh pun dengan cara aku melayan dia. Segala – galanya tentang aku dia jaga, makan minum pakaian aku semua dia jaga. Cuma satu je aku tak tahan mula – mula tu, dia banyak cakap. Ada je benda nak cerita. Aku? Dengar macam tak dengar je.
Sejujurnya mula – mula aku memang malas nak layan dia. Tapi kadang – kadang aku tertarik jugak dengan cara dia bercerita. Kelakar pun ada. Cikgu tadika la katakan, memang suka bercerita agaknya. Kalau sehari tak bercerita memang tak sah.
Lagi satu Ana ni jenis kepoh dan peramah. Bayangkanlah saud4ra mara aku lagi rapat dengan dia berbanding aku. Semua orang dia nak tegur. Jiran – jiran aku pun semua dia kenal dah. Aku sendiri pun tak kenal jiran aku sangat.
Ana ni jugak tak berapa pandai masak. Beza dengan Wani dulu. Tapi Ana suka mencuba. Setiap kali dia masak, dia akan p4ksa aku makan dan bagi komen. Kalau sedap, dia akan buat lagi dan bagi kat jiran – jiran. Aku pulak naik tersipu – sipu bila jiran – jiran aku puji isteri aku macam – macam.
Lama – lama aku rasa hati aku terbuka untuk terima Ana. Sikap dia yang bersahaja dan suka ketawa tu sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan aku yang dulu. Hari – hari aku jadi sem4kin ceria. Dia pun memang jenis yang sangat memahami.
Pendek kata Ana ni memang ada ciri – ciri isteri yang perfect cuma ada masalah dengan obesiti saja. Itu bagi aku. Kemudian ada satu hari tu dia menyatakan hasrat nak kurus dan p4ksa aku jadi coach dia.. Ya, p4ksa. Dan aku pun terp4ksa melayan karenah dia sebab aku dah mula sayangkan dia.
Tiap – tiap petang aku rushing balik rumah semata – mata nak temankan dia jogging kat taman. Disebabkan selalu melayan karenah dia, hubungan aku dengan dia m4kin rapat. Satu hari tu aku perasan gambar arw4h Wani dalam gallery phone Ana.
Aku pelik so aku pun tanya dia apa tujuan dia simpan gambar Wani ni? Rupa – rupanya gambar tu penyebab dia berusaha nak kuruskan badan. Dia nak aku tertarik dengan dia sama macam aku tertarik dengan arw4h Wani dulu.
Dia tahu aku mungkin takkan boleh cintakan dia sama macam aku cintakan Wani, tapi sekurang – kurangnya dia tak nak nampak hod0h dan seIekeh depan aku. Dia tak nak kalah dengan arw4h Wani. Waktu tu aku rasa kesian dan serba salah pun ada.
Jujur aku katakan, memang aku tertarik dan jatuh cinta dengan arw4h Wani dulu sebab kecantikan dia. Tapi dengan Ana, sikap dia yang sabar dan baik hati tu yang buat aku tertarik dan jatuh cinta pada dia. Rupa, lama – lama akan luput jua.
Tapi peribadi yang baik, sampai bila – bila tak akan luput dari ingatan. Aku tahu perkahwinan kedua ni memang satu hikmah buat aku. Selama ni aku tak berlaku adil pada Ana. Hampir setahun kot tapi Ana langsung tak pernah mengungkit walaupun sekali. Kej4mnya aku!
Aku suruh Ana buang gambar arw4h Wani dan aku pun buat perkara yang sama. Segala kenangan dengan arw4h aku simpan jauh – jauh. Tapi azam nak kurus tetap diteruskan jugak. Bukan sebab aku nak Ana jadi cantik macam model, tapi aku nak Ana sihat.
Sejak haritu aku memang nekad nak jaga Ana baik – baik. Bila aku sedar yang obesiti tu boleh mengancam ny4wa, aku sedaya upaya bantu apa yang patut. Aku jaga pemakanan Ana, support dia untuk jadi sihat. Aku tak nak Ana s4kit.
Cukuplah aku pernah kehilangan Wani dulu disebabkan kecuaian aku. Aku tak nak rasa lagi perasaan kehilangan untuk kali keduanya. Sekarang lepas dah beberapa bulan jalani reg1m diet cara aku, Ana dah dapat berat badan yang ideal.
Dia pun dah sem4kin sihat. Kalau dulu dia ada dar4h tinggi, kolestrol tinggi segala – galanya tinggi, sekarang tak ada lagi dah semua tu. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni bila dah hamil pun aku tak perlu risau sangat sebab dia pun dah terbiasa dengan healthy lifestyle yang aku terapkan selama ni.
Aku harap semuanya berjalan lancar dan anak kami nanti dapat lahir dengan sihat. Amiin. Kadang – kadang kita terlalu hidup dalam kenangan sehingga kita lupa pada anugerah yang Allah berikan di hadapan kita. Hargai dan syukurilah mereka selagi mereka masih bernyawa.. – Man
Komen Warganet :
Ummie Adib : Alhamdulillah syukur pada Allah, semoga kamu berdua dan keluarga kamu berbahagia hingga ke Jannah
Sharifah Asiah : Bila ada arw4h isteri dalam hp isteri baru bererti mereka kemungkinan mengenali antara satu sama lain. Tak semua isteri sanggup simpan gambar bekas isteri suami. Kita tak tahu apa dalam hati isteri baru.
Bukan senang isteri baru nak memiliki hati suami yang pernah berkahwin. Perlu peng0rbanan juga. Si suami jika tak suka penampilan p0tongan badan isteri baru anda perlu berterus terang dan buat perbincangan bersemuka dari anda siksa jiwa pendam rasa.
Tak must4hil isteri baru akan ikut kata suami dan akan berubah secara perlahan demi memik4t hati suami. Insyakallah ia akan berubah kebahagiaan demi sekeping hati. Aamiinn.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.