Isteri saya kuat tidur, dalam 24 jam sehari hanya 7-8 jam je yang dia celik

Saya kadang balik kerja penat – penat, dia serah anak umur 4 bulan pada saya lepas tu dia tido. Sampailah ke malam buta.1 pagi macam tu baru dia bangun. Tengok tv sampai ke pagi. Kalau saya tak kerja, dia akan tido sampai ke tengahari. Bangun, makan kemudian tu rehat jap lepas tu sambung tidur.

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 :Salam admin, sila hide profile saya. Saya pening macam mana nak buat dengan per4ngai isteri saya. Nasihat dan teguran yang saya bagi pada dia, semua tak jalan. Nak kata dia pekak, tak juga.

Bahasa perantara saya memang gunakan bahasa melayu sebab kami berdua memang orang melayu. Cuma bezanya dia tak pandai jawi, saya fasih jawi.

Ceritanya macam ni admin, bukannya saya nak buka a1b isteri saya, tapi disebabkan tak boleh tahanlah saya nak minta pandangan dari yang berpengalaman.

Mana tahu di luar sana ada orang yang mengaIami masalah yang sama macam saya ni. Isteri saya seorang yang sangat kuat tidur. Dalam masa 24 jam tu, boleh saya katakan hanya 7-8 jam je yang dia celik.

Yang lain tu semua dia lelap tido. Kalau saya k3jut cara baik tak terima, apatah lagi bila saya k3jut cara kasar boleh berg4duh pula rumahtangga kami. Nak kata dia penat masak ke, kemas rumah ke, tak juga.

Masak, makan dan minum di rumah, saya lah chef yang buat semua rumah. Isi rumah dia hanya basuh baju, sidai, dan Iipat. Kemas rumah tu memang jarang sekali. Saya kadang balik kerja penat – penat, dia serah anak umur 4 bulan pada saya lepas tu dia tido.

Sampailah ke malam buta.1 pagi macam tu baru dia bangun. Tengok tv sampai ke pagi. Kalau saya tak kerja, dia akan tido sampai ke tengahari. Bangun, makan kemudian tu rehat jap lepas tu sambung tidur.

Kalau saya kerja keluar pagi, baru lah dia bangun. Itu pun sebab dia tahu saya tak ada dan dia perlu bangun sebab anak nangis. Kecik hati saya sebagai suami tak dapat dik4takan lagi, saya idam juga sebelum pergi kerja isteri buatkan air, balik kerja isteri sambut tapi pada saya itu hanya boleh dapat dlm drama tv1.

Kadang sampai saya fikir, isteri saya ni cac4t ke? S4kit ke? Kena sant4u tidur ke? Risau juga saya, tetiba dia terus pergi dalam tidur. Harap dengan keluhan saya kongsikan ni dapatlah pandangan positif dari pasangan suami isteri kat luar sana tu. Terima kasih.

Komen Warganet :

Farah Wahida Rashid : Cuba bawak ke hospitaI check. Atau mungkin dia ada masalah susah tidur malam. So bila malam tak tidur, siang hari memang akan mengantuklah kan. Saya pernah tak dapat tidur malam.

Ya Allah tak tau nak cerita macam mana. Siang hari ngantuk sangat – sangat tapi bila tak dapat tidur malam, macam – macam peny4kit yang datang. Gangguan. Berubat dan jumpa ustaz. Alhamdulillah lepas tu ok. Campur dengan tir0id, dar4h rendah pulak masa tu.

Memang ke laut la rumah. Nak dukung anak pun tak larat sangat. kalau ada pinggan mangkuk dalam sinki, masa tak larat tu mmg saya biarkan je dulu. Saya tidur. Tahap tak larat tu, orang yang pernah rasa je tahu.

Bukan sesaja nak tidur pun. Tapi tidur sebab badan lemah, perlu rehat. Huhuhu. Alhamdulillah sekarang dah baik. Suami saya bawak ikhtiar berubat sana sini.

Shidah Sarep : Masa awak keluar kerja pukuI 7 am dan sampai rumah dalam pukuI 6 pm. Dia mungkin tak dapat rehat yang cukup.. Mungkin dia tak sempat tidur pun sebab bila ada anak kecil kadang – kadang anak baru tido beberapa minit, dengar bunyi bising sikit dah terjaga.

Dan anak kecik memang sentiasa perlu ditengok. Sebab tu kalau hantar pengasuh., bayaran untuk baby mahal.. Kadang – kadang tido muka tertangkup lah, tersedak susu lah. Sebab tu bila awak ada, dia rasa selamat untuk dia tidur.. Ada orang yang akan tengokkan anak pulak.

Huruun Ai’n Qamar : Pengalaman anak pertama dulu. Lepas suami keluar kerja, saya rasa nak tidur je sampai suami balik keja. Sebab?? Seram seriau semua ada, tinggal berdua dengan anak. Semangat tak berapa kuat.

Tapi saya tak buat macam tu lahh. Makan, minum, kemas semua saya la yang buat. Tapi nak bagitahu pasal perasaan tu.. Mungkin isteri awak perlukan masa sikit kot untuk berubah.

Kekanda Pewaris Salasilah : Ini didikan dari orang tua lagi sebenarnya. Jika dari kecil atau bujang lagi dah diacuankan macam tu, memang macam itu jugalah bentuknya. Sebab tu nak pilih isteri kena tengok 5 perkara, termasuk keturunan bakal isteri.

Jadi suami ni bukan semudah taip komen kat sini. Dalam membentuk anak orang yang telah dididik dengan cara yang salah. Harap isteri tuan diberi hidayah. Doalah banyak – banyak ye semoga dia berubah.

Selain tu boleh ambik pendekatan lain, yang mana boleh ubahkan dia dengan cara berbeza pulak. Jika teguran dan nasihat tak berkesan. Kes – kes macam ni, biasanya akan ambil masa untuk pulih.

Sebab sepatutnya dari awal perkahwinan lagi dah kena ubah. Bila dah terbiasa jadi tabiat, payah dah nak berubah. Lagi – lagi yang suka meIenting.

Kisah 2 : Mohon Hidekan. Saya dan isteri kahwin dah 6 tahun dan ada 3 orang anak. Saya bekerja manakala dia pula seorang surirumah. Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan je apa – apa makanan ringan atau makanan segera.

Kerja – kerja rumah pun jarang – jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar 3 – 4 hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berIipat tu memang tak yah cerita.

Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa – apa. Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak bagitau. Pernah saya tegur, “rasa macam bujang je.

Lapar makan maggi. Kalau teringin, kena masak sendiri”. Lepas tu dia buat muka. Anak – anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik kerja, anak – anak dah mula berkepit. Nak duk dekat riba, mintak dukung, mintak mandikan.

Tidur malam, isteri dengan anak bongsu (baby 4 bulan), lagi dua tidur bilik asing dengan saya. Balik kerja nak kena fikir nak makan apa atau nak masak apa. Kadang – kadang rasa dah penat nak tegur isteri.

Tapi masih kuat untuk sabar insya Allah. Setiap hari, kerja dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100++. Last – last habis dalam masa 1 hari dia buat jamuan masa bergosip.

Ayam, ikan, daging yang saya beli, selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan. Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi Iagak dia nak duk goyang kaki tu, hurmm.

Tak tau nak kongsi dengan siapa masalah ni. Harap ada yang sudi komen bagi nasihat . Terima kasih Admin.

Komen Warganet :

Nurul Zuraida : Ni baru betul – betul goyang kaki lepas tu membawang, pemalas tahap tak boleh bawak bincang. Nasib baik dapat suami yang baik masih boleh bertolak ansur. Tapi sabar – sabar orang ada batasnya. Sekali meIetup tau la nasib bini tu. Suruh buat kerja rumah je pun, apa yang malas sangat akak oiii…

Eijah Ahmad : Carilah maid sorang yang muda dan cantik pastu yang pandai masak, jaga anak, jaga awak. Kiranya pandai buat kerja rumah, boleh jamu selera dan mata sekali baru isteri tu sedar sebab ada persaingan, kalau tak sedar jugak memang dasar pemalas la.

Rafizah Kadir : Malas memang tiada ubatnya. Tak perlu la kata bini penat jaga anak sampai tak sempat nak buat kerja langsung. Berjuta wanita lain yang bekerja pun masih sempat uruskan rumahtangga.

Tak ade la sampai asyik nak makan maggie, baju tak terurus. Ni yang dok rumah surirumah je pun tak boleh nak bahagikan masa secara berhemah., susahlah. Sekurang – kurangnya kalau malas masak, benda lain macam basuh baju lipat kain kemas sikit – sikit, janganlah semua pun malas juga.

Kalau semua benda malas, nampak sangat memang jenis malas. Jangan guna alasan urusan rumahtangga tanggungjawab suami. Kita ni kalau buat kerja rumah secara ikhlas untuk keluarga insyallah dapat pahala. Entah – entah dengan pahala ni la yang bantu kita masuk syurga.

Az Kaqifira : Ada seseorang yang saya kenal, kisahnya pun macam ni. Dapat isteri yang tak nak buat kerja rumah. Bukan tanggungjawab dia katanya. Tapi duit nafkah mintak tiap – tiap bulan. Makan minum suami tak dilayan.

Kain baju suami pun urus sendiri. Sekarang dah bercerai. Alhamdulillah, dapat isteri baru yang pandai masak, buat kerja rumah tip top. Jaga anak tiri pun elok je. Semoga mereka bahagia hingga ke jannah.