Isteri hanya ada SPM tp minta hantaran sampai RM20k, bila suruh kerja nak kerja duduk dlm pejabat je

Masa awal – awal kahwin aku ajak isteri duduk rumah sewa, tapi mak mertua desak kami tinggal sekali. Tapi masalah bermula apabila tanggungjawab dalam rumah tu berpindah ke atas bahu aku. Bayangkan sekarang ini nafkah mak mertua, adik – adik ipar semua aku yang tanggung. Bila aku slow talk dengan isteri, ini reaksinya yang buatkan aku menyesal..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, thanks admin sebab approve. Perkahwinan aku dan isteri dah masuk 8 bulan usianya. Berbekalkan simpanan 3 tahun aku bekerja dengan gaji bersih RM 2k sebulan, aku beri 20k hantaran untuk isteri aku untuk perkahwinan impiannya, maklum lah, katanya kahwin hanya sekali seumur hidup.

Sebab dah sayang, telan air liur je lah hantaran banyak tu. Nasib baik ada simpanan. Walaupun isteri aku tidak bekerja dan study time tu, aku tetap menerima dan redha atas j0doh aku dan mengharap dia mampu menjadi suri rumah dan ibu terbaik untuk anak – anak aku.

Isteri aku adalah anak sulong dan mempunyai 5 lagi adik, semuanya perempuan. Pada awal perkahwinan kami, aku mengajak isteri untuk tinggal berasingan dengan familynya, tapi oleh kerana desakan mak mertua ketika itu, aku membuat keputvsan untuk tinggal bersama mertua.

Tapi bermula masalah apabila ayah mertua aku melepaskan semua tanggungjawab ke atas bahu aku. Kos dalam rumah semua ditanggung oleh aku seorang. Dengan keadaan gaji bersih 2k sebulan, aku terp4ksa membayar sewa rumah yang kami tinggal sebanyak RM 800 sebulan.

Bil air, astro, elektrik dan barang dapur semua ditanggung oleh aku. Bukan itu sahaja, yuran sekolah, baju sekolah adik ipar pun aku yang bayar. Semenjak aku kahwin, duit gaji memang akan sentiasa habis dalam minggu kedua atau ketiga lepas dapat gaji.

Aku pernah menyuarakan benda ini kat isteri aku, tapi dituduhnya mengungkit atas semua pemberian sebelum ini. Dia akan merajuk dan aku jadi buntu. Malas nak berg4duh, aku senyapkan je lah. Ayah mertua pulak jenis tak bertanggungjawab, tak balik rumah dua tiga hari dan balik sekejap je.

Ayah mertua ada skandaI dengan janda beranak satu. Semua duit dia habis kat janda tu. Anak sendiri memang tak keluar duit satu sen pun. Bagi pun RM 30 je untuk nafkah sebulan. Pernah aku bagitau isteri, dalam keadaan macam ini, aku tak akan dapat tanggung semuanya.

Aku makan kat ofis pun kadang – kadang ik4t perut sebab takut tak cukup duit. Br3akfast nasi lemak RM 2 dan lunch RM 4. Tu pun memang berjimat giIa dah aku makan. Dengan kos makanan asyik naik. Pergi kerja 40 km dari rumah mertua dengan motor semata – mata nak berjimat tol dan minyak.

Dengan keadaan cuaca sekarang, lagi lah perit rasanya naik motor. Balik rumah pun kadang – kadang lauk dah habis, tinggal nasi dan ikan goreng seekor. Maklum lah, 6 orang makan, semua sedang membesar. Aku pernah mintak isteri bekerja, tapi dia tak nak kerja kat kedai makan, 7 eleven ke, kedai kain ke, dia nak kerja dalam ofis, paling kurang kerani.

Aku cakap kat dia, dia belajar sampai SPM je. Mana nak dapat kerja ofis. Microsoft Excel dan words pun dia terkial – kial nak guna. Macam mana nak kerja kerani. Mulalah merajuk dan tarik muka. Aduh, str3ss den, perempuan memang suka merajuk ke??

Dia ada dua adik umur 17 tahun dan 18 tahun. Dua – dua duk kat rumah tak nak kerja dan tak nak sambung belajar sebab result SPM ke laut. Masing – masing terb0ngkang kat rumah. Aku dah penat sangat memikirkan soal duit.

Pernah aku bagitau isteri, yang nafkah aku kat dia je, bukan mak mertua dan adik ipar. Nafkah diorang masih ayah mertua kena tanggung. Kalau ayah mertua tak nak bagi, pergi lah pejabat agama, tuntut. Tapi mak mertua pulak tak nak bising – bising pasal masalah rumah tangga dia, malu dengan sed4ra.

Kalau bab agama memang keluarga isteri agak lemah, nak baca Al-Quran pun memang tak boleh langsung. Kalau baca merangkak takper lagi. Start kahwin, aku dah start ajar isteri ku mengaji dari Alif ba ta. Dia bagitau time kecik dulu belaja lah kat kampung, lepas tu dah tinggal lama.

Dek kerana ayahnya pun tak pernah ambik berat pasal pelajaran dia dan belajar agama dia. Kat luaran memang nampak keluarga bahagia, tapi dalam p0rak peranda. Ayahnya kerja kontraktor tapi tak pernah cukup duit. Rumah teres dua tingkat tapi menyewa.

Pakai kereta Camry, nampak kaya tapi papa kedana. Tu pun masih lagi nak pasang satu. Patut lah Rasulullah S.A.W, suruh cari keturunan yang baik. Takdelah menyusahkan lepas kita kahwin. Tapi dalam kes aku, lepas kahwin baru tahu situasi keluarga isteri.

Nak menyesal pun tak guna. Sekarang ni aku masih bertahan dengan semua ni. Slow talk pun isteri tak layan. Nak luah kat adik beradik aku, takut buka 4ib keluarga isteri pulak. Nak luah kat isteri, merajuk pulak nanti. Kat sini je lah tempat aku mengadu dan luahkan.

Lesson learnt dekat siapa – siapa yang belum berkahwin, pilih lah isteri dan keluarga mertua betul – betul. Pastikan agama diorang, walau tak alim, at least diorang tahu nafkah, tanggungjawab dan basic agama. Sekarang ni aku nak menyesal pun tak guna.

Aku just mengharapkan doa readers sekalian untuk bagi aku kekuatan dan rezeki lebih. Mungkin ni dug4an Allah nak bagi kat aku. Kadang – kadang rindu nak ke masa silam balik, tinggal kat Mahallah dan study. Tak perlu hadap semua ni. Tapi semua dah sejarah. Apa pun tak boleh buat. Assalamualaikum. – Abang Momo

Komen Warganet :

Redzanur Rahman : This is just too much. Walaupun aku tak hadapi benda mcm ni, aku rasa sangat kep3ritan kau. Nak didik isteri ni bukan mudah, apatah lagi yang kurang foundation agama.

Doalah minta Allah bantu, kemudian kau carilah umah sewa kat tempat yang dekat dengan tempat kerja kau, jadi jimat masa dan kos perjalanan pegi – balik kerja.

At the same time, cuba minta isteri kau explore online business ke, mane tau dia menjadi dengan jual tudung online ke, ada juga pendapatan. Aku tak suruh kau lupakan keluarga mertua, tambahan pula dengan sikap bapa mertua kau yang dah mengabaikan keluarga.

Mungkin kau kekuatan baru keluarga dia. Tapi kau kena cepat – cepat keluar dari situ, bentuk keluarga sendiri. Macam ni dah par4h.

Aribah Aida Johary : Saya nak nasihat ni bang.. bertegas la sikit dengan isteri dan keluarga diorang tu. Kalau diorang tak nak dengar jugak, baik bercerai la saya rasa.

Sebab hidup abang ni macam tak ade enj0y untuk diri sendiri je, duit habis untuk bayar bil hidup famili dia. Nak makan diri sendiri pon kena ik4t perut. Daripada menyiksa diri sendiri, baik bercerai.

Ermmm ni nasihat saya la. Jangan pikir sangat apa orang cakap kalau ni la tu la. Hidup kita kena enjoy. Sori la kalau nasihat saya ni agak kej4m, tapi saya rasa macam tula.

Sarah Syazwani : Berhijrah. Cuba usaha cari tempat kerja di negeri lain yang boleh offer gaji lebih tinggi (sebab dah experienced). Boleh jadikan itu sebagai alasan yang kukuh untuk keluar dari rumah mertua.

Bila berumah sendiri nak didik isteri lagi mudah, tak ada campur tangan keluarga mertua dan isteri takde la duduk dalam comfort zone sangat, kena urus hal ehwal rumah sendiri, mengajar dia untuk lebih independent jugak. Apapun empunya badan lagi faham situasi sebenar. Wallahualam.

Fikri Remli : Sekadar pandangan kesilapan tuan bermula pada langkah pertama apabila tuan ia kan keadaan ibu mertua tuan ajak tinggal sebumbung, sepatutnya tuan perlu tegas bila melangkah ke alam perkahwinan kerana tuan adalah pemimpin pada isteri tuan..

Tuan masih boleh berubah dengan tuan perlu keluar dari kedudukan sekarang dan mula berdiri atau berlayar dengan sendiri.. sekian nasihat saya. Maafkan jika salah, sekadar pandangan.

Mohdhazimin Harun : Boleh jadi s4kit jiwa dia ni kalau tak buat apa2 tindakan yang selesaikan masalah.

1. Keluar dari rumah. Cari rumah sewa dari tempat kerja. Kalau isteri tak nak ikut, ‘hukvm’ isteri dengan PJJ. Menyewa bilik je dengan geng bujang sewa RM 200. Bagi nafkah duit belanja kat isteri RM300-500. Duit minyak motor dah jimat. Makan pun jimat sangat. Buat style student. Malam – malam gi surau masjid, untung – untung ada makan.

2. Simpan siap – siap duit gaji. Simpanan wang itu motivasi. At least, bila tengok simpanan tu meningkat, petanda ada peningkatan pencapaian dalam keputusan yang dibuat. Simpan dalam tabung haji. RM50 dulu. Pastu RM100. Dapat simpan 10% daripada gaji lagi cun. Setahun RM 2400. Ik4t perut selagi komitmen anak dan liabiliti loan bank blom ada.

3. Didik isteri dan keluarga. Mulakan dengan jadi imam di rumah. Alquran antara maghrib dan isyak pasti jadi penguat jiwa. Lepas isyak tido awal. Bangun tahajud. Kadangkala bila tak ade kekuatan suara untuk menegur dan menasihati, denagn akhlak dan tingkah laku akan buat hati orang di sekeliling jadi lembut, dengan izinNya.

Hidup ni pilihan. Jangan rumitkan diri dengan masalah yang sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Allah jua sebaik – baik perg4ntungan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.