Lapan tahun perkahwinan saya berikan segala – galanya untuk isteri walaupun terp4ksa ik4t perut. Dia nak rumah dengan dekorasi ratusan ribu, kereta mahal semua saya bagi. Saya terbaca isteri nak tebus taIak 2 juta pada saya, tapi belum sempat dia buat saya mulakan langkah dulu..
Assalamualaikum, saya terpanggil bercerita yang terbuku di hati sekian lama. Saya Adam (bukan nama sebenar) berkahwin selama 8 tahun. Perkahwinan mana yang tak di landa badai, susah pada permulaan kahwin tapi masih tetap usahakan permintaan bekas isteri walaupun terp4ksa untuk ik4t perut.
Saya bercerai kerana bekas isteri TIDUR serta bercuti bersama bosnya di tempat kerja pada ketika itu bosnya berjawatan hanya timbalan ketua pegawai eksekutif. Berapa lama mereka skandal saya tak pasti berapa lama, mungkin bertahun?
Bekas isteri, saya namakan Salina (bukan nama sebenar) bekerja dalam agensi kerajaan. Sepanjang berkahwin saya usaha sediakan rumah yang selesa, minta dekorasi sehingga habis ratusan ribu serta kereta mewah untuk dia pakai pergi kerja.
Dibeli ketika saya mempunyai rezeki lebih, saya berkerja sendiri. Duit gajinya saya tak pernah sentuh. Kepercayaan yang saya beri dibaIas dengan kekecewaan, perkahwinan kami tidak dikurniakan cahaya mata.
Mungkin dalam diam dia mengambil pencengah kehamilan (mungkin) sebab Salina seorang yang jenis suka make up tebal bergaya untuk menunjuk kepada orang ramai.
Dia gemar akan pujian, tayang kemewahan pada orang lain, berIumba – Iumba dengan kawan – kawan baiknya siapa kaya siapa mewah, siapa up to date. Nafkah zahir batin memang sudah lama tak diberi kerana dia menolak (mungkin sebab dah dapat dengan skandaI iaitu bosnya ketika itu).
Saya seorang yang berkerja untuk senangkan family dan isteri. Jadi saya tidak sangka perkahwinan kami jadi macam ni. Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu hari dia tertinggal Handphone yang biasanya dia bawa ke mana – mana, entah macam mana bayangan no password Handphone berlegar di mata.
Saya tidak tahu password handphonenya, saya cuba buka, boleh buka pula, mungkin ALLAH nak tunjuk agaknya. Saya terus mengunakan whatsap cl0ne untuk copy QR code, luluh hati bila baca text bekas isteri bersama lelaki lain bercerita soal kejadian dalam hotel, bers3tubuh pagi sebelum pergi kerja, cerita macam sepasang suami isteri.
Mereka check in sudah banyak kali, belum lagi hura hura dengar dia main dalam kereta yang saya beri pinjam untuk bawa kerja. Masa ni saya dengar orang bercerita tapi saya tak ambil serius.
Sepanjang jadi isteri dia tidak pernah melakukan tanggungjawab seorang isteri, buat kerja rumah bila dia rasa nak buat sahaja. Masak kalau dia rasa nak makan sahaja, setiap hari kami makan di luar begitulah rutin selama berkahwin.
Saya bawa dia bercuti ke mana saya dia mahu bahkan ke Eropah, apa saja dia minta saya beri tetapi tiada layan batin diberi, saya husnuzon tidak pula saya mencari wanita lain kerana saya sudah ada isteri, tidak pernah terfikir untuk ada perempuan lain.
Selepas kes kant0i saya forward semua c0nversation whatapps dia bersama skandaI iaitu bossnya, dia melutut nangis teresak – esak. Dia tipu saya, kata pergi outstation tetapi check in HOTEL depan rumah, dari rumah dah nampak gah hotel.
Siap ambil cuti beli MC kIinik berdekatan rumah. Kant0i saya jumpa resit tarikh pada dia kata outstation. Masa ni saya buat macam tak tahu apa – apa. Saya still baca whatapps clone, dia tak tahu yang saya boleh baca.
Saya buat perancangan, saya kata pada dia saya akan kerja luar daerah, dia terus beritahu skandaI dia bahawa suaminya (saya) akan kerja luar mereka terus BOOK HOTEL.
Sepanjang saya kata saya kerja luar mereka tidur di hotel, saya pergi ke hotel yang mereka book (dapat tahu dari perbualan whatsapp yang sudah di clone). Kereta saya yang dipakai oleh bekas isteri dan skandaInya itu ada parking di basemen saya tunggu sampai tengah malam.
Sebenarnya saya cakap saja pergi outstation tapi ada saja tidur di rumah. Sebab tahu dia akan check in. Saya buat laporan polis tetapi hotel tersebut tidak membenarkan mengganggu guest, HOTEL PUNYA S0P kerana PR1VACY.
Saya whatsapp dia macam biasa, katanya penat. Paling saya tak boleh terima dia siap ajak skandaInya datang di rumah terbuka. Masa ni mak dia ada tidur di rumah, siap jantan tu hantar mesej pada bekas janda saya,
“macam mana la satu hari nanti I ganti husband u pula. Husband u dah la ada rumah..” Ketika ini saya dah tahu kecurangan dia. Tapi dia tak tahu lagi saya tahu, pedih simpan lama – lama ni.
Dalam whatsapp mereka siap nak tebus taIak lagi 2 juta, tapi saya dah ceraikan sebelum tu lagi. Buat pengetahuan pembaca, bekas isteri saya ni janda juga sebelum saya kahwin dengan dia.
Family dia macam seolah olah tutup mata anak tidur dengan jantan lain walaupun ada suami, siap suruh saya bertenang. Oh lupa family dia banyak juga saya berabis buat rumah family dia, saya rasa dia tak nak bercerai takut nanti susah pula nak show off dengan orang kampung,
Sebelum tu adik beradik dia semua sama saja per4ngai, tinggal bini lain, bercerai lain, mungkin keturunan dia asal usul begitu. Dia macam play v1ctim, tak mengaku curang, sampai dia g0da saya ajak main.
Ini silap saya tergaoda dengan dia. Ye la dan berbulan – bulan menahan. Selepas itu skandaI dia boleh call, pergi la cek air m4ni siapa yang. Owh itu perancangan dia, sebab tu lah dia g0da saya.
Tak sangka sekeji itu, masa tu saya dah failkan penceraian. Banyak sangat drama dia buat. Padahal bukti dah ada, dia mengaku dia curang katanya CURANG TU TAKDIR, TAK KAN JADI KALAU ALLAH TAK IZINKAN, saya tak tahu la b0doh dia tahap apa tentang agama.
Semua video pengakuan dia curang, whatsapp dia semua saya simpan. Selepas bercerai dalam EDDAH dia cuba untuk pujuk, g0da saya tak layan sebab dah tahu taktik dia. Habis tempoh eddah, dia tuntut harta sepencarian.
Buat pengetahuan semua, dia tiada sumbangan apa – apa dalam harta saya mahupun rumah atau kereta, segala muka rumah, dekorasi dan kereta saya beli cash menguna duit saya.
Saya tahu dia layak tuntut tapi masih keadaan tak sedar diri tiada sumbang langsung atau tak langsung. Tidak layan saya selayaknya suami, masak untuk skandaI bawa ke office, saya suami ketika itu, makan lebihan yang di masak untuk skandaInya, tapi untuk suaminya tidak.
Saya laporkan kepada pihak intergirity tempat mereka berkerja, tapi mereka memilih untuk tidak diadakan soal siasat dalaman. Mereka meletakan jawatan kerana pekara ini heboh di pejabat mereka.
Tapi saya pelik janda saya ni memang jenis tak tahu malu, boleh buat macam tak da apa berlaku. Mungkin dah biasa dari dulu kot dengan laki dulu sebelum saya. Mungkin?
Dia menafikan dia curang sekeras kerasnya, mungkin dia lupa semua pengakuan dia masa nangis teresak – esak, whatsap saya, video merayu siap tayang d4da suruh saya balik. Masa tu dalam process penceraian.
Dia siap cakap tak kan tuntut apa – apa. Tapi sebab saya ceraikan dia sebelum waktu yang dia rancang dengan skandaI dia, mungkin dia jadi dend4m. Mungkin? Tapi ambil la 2 juta kata nak tebus taIak tu. Nak harta saya buat apa.
Saya lepaskan free dah tu, jangan ganggu saya lagi dan pulangkan hak saya duit, kereta semua la yang dia ambil. Semua barang saya beli, dia curi dan ambil masa masuk rumah. Selamat saya balik awal kalau tidak semua dia punggah.
Barang dalam rumah saya beli cash semua duit saya sendiri, oh lupa facebooknya pun masih tak delete gambar saya. Mungkin nak orang tahu dan nampak macam saya curang. Mungkin kot?
Saya tak kisah dia nak jual badan dengan siapa pun sekarang, saya cuma nak hak saya sahaja, dia kan selalu cakap, dia ramai orang puji cantik, bijak. Saya rasa dia boleh saja cari lelaki kaya.
Tu pun kalau ada memandangkan umur pun bukan muda lagi. Dia rasa diri boleh jual lagi. Jadi pulang saja semua apa yang bukan hak dia. Dia rasa dia terlalu cantik kot tapi hakik4t perkahwinan lebih dari tu, tapi ye la kan dari kahwin perempuan dah nak monopos baik orang kaya ni cari muda muda bergetah.
Untuk lelaki luar sana kalau nak kahwin, selidik latar belakang keluarga, pasangan kita macam mana, ini silap saya, dia janda pun saya tak pernah tanya sebab apa bercerai, sebab fikir tu masa Iampau dia. Rupanya tu la.. per4ngai macam jaIang sapa saja tahan.
SAYA TIDAK HALALKAN DUNIA AKHIR4T APA YANG DIA DAN KELUARGA DIA MAKAN DARI DUIT SAYA. TITIK PELUH SAYA SELAMA INI. Dengan orang kampung mungkin la dia boleh tipu, tapi bukan ALLAH, dia boleh buat cerita berkenaan saya, tapi kebenaran tu ada.
Inshaa Allah kebenaran akan menenggeIamkan kebatilan. Pelik orang sebegini, curang, mengaku ada jantan lain duduk dalam satu bilik hotel (ni ada pengakuan dari dia melalui text) tapi bila dalam mahkamah semua tak mengaku.
Mohon pembaca doakan urusan saya dipermudahkan nanti, di beri kebahagian dunia dan akhir4t. Terima kasih. Yang benar, Jejaka Bukan Dambaan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zatie Zetty : Begitulah kehidupan, bila isteri baik, jalankan tanggungjawab sebagai isteri, jaga makan pakai suami, jaga rumah, serba serbi buat sendiri, tak pergi mana – mana sentiasa tunggu kepulangan suami, suami plak buat hal. tak hargai isteri.
Lelaki sebegitu sepatutnya berj0doh dengan perempuan – perempuan macam ex wife tt ni baru tahu langit tinggi rendah. Buat tt, be strong. Lelaki yang baik, untuk perempuan baik. Allah tak akan ambil sesuatu melainkan untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InshaaAllah
Rosjusuziana Jumaat Ali : Untuk lelaki yang selalu mengeluh ditinggalkan kerana bekas kekasih kejar lelaki yang lebih kaya. Nampak tak harta tu pun tak boleh beli kesetiaan. Ni kalau kena tinggal dengan awek mata duitan bersyukurlah sebelum korang dijadikan lembu dan mesin ATM.
Lebih s4kit kalau dah jadi macam confesser ni. Untuk Perempuan pis4u cukvr pulak, umur m4kin meningkat. Bumi ni bulat. Kifarah tu bukan dibuat. D0sa pahala tu kena ingat.
Ummu Abihah : Saya simpati dengan perkongsian saud4ra saya yakin saud4ra berhadapan dengan S0ci0p4th Narc1ssist (Salah satu peny4kit mentaI). Saud4ra boleh buat pembacaan tentang peny4kit mentaI ini.
Jika perIukan pendapat atau info lebih lanjut boleh PM saya. saya bantu beri info lebih lanjut untuk faham taktik mereka. Memang mereka kuat m4nipulate dan play v1ctim dan akan h4ncurkan hidup awak bila memilih untuk keluar dari hubungan.
Kenapa dia sanggup lakukan begitu kerana mereka Iack of empathy dan giIakan attention, they love to create drama.
Fiza Za : Salam confessor. Semoga cepat bertemu j0doh dgn orang baik – baik. Kes curang ni memang s4kit hati sebaab melibatkan kepercayaan. Saya percaya memang ramai kena macam ni tetapi tak ramai orang tahu sebab orang lelaki ni suka simpan.
Yang lebih s4kit hati bila dah la muka pun tak lawa per4ngai curang pulak, memang tak padan dengan rupa la kata orang. Lepastu family dia boleh pulak menyer4ng keluarga lelaki seolah – olah menyokong anak perempuan dan adik perempuan dorang tidur dengan jantan lain.
Boleh pulak satu family salahkan pihak lelaki dengan alasan lelaki tak pandai jaga isteri sebab tu anak dia curang (tepuk dahi). Satu family narc1ss1st. Jadikan pengajaran dalam hidup kita. Semoga setiap langkah confessor dipertemukan dengan manusia baik – baik, j0doh yang baik, yang kekal hingga ke jannah. Aamiin.
Asiahani Saari : Ayat takdir Allah tu memang tak boleh bIah dengar. Dari pengalaman hadap kawan – kawan yang selalu salahkan laki ni memang suka guna ayat tu. Memang realiti perempuan acah inn0cent, macam tak pernah buat salah dalam hidup dia akan gunakan ayat ni.
Dia skandaI pun pasal laki dia jahat konon, kalau laki jahat kau mintak cerai jelah. Yang kau b0do sangat pi skandaI apehal. Kesian lelaki baik kena macam ni, bila dapat laki baik tak bersyukur. Kalau dapat laki jahat salahkan tuhan, buat jahat pun salahkan tuhan. Adoi!