Masa maghrib tu saya nampak suami depan rumah tgh main HP. Adik saya mandi dan saya nampak lepas mandi muka adik pucat dan dia termenung. 2 hari kemudian adik call nak bincang sesuatu. Ketika itulah adik meraung menangis ceritakan segala – galanya. MenggigiI saya dengar…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Mohon admin post ye kisah saya ni sebab saya perlukan pandangan dan nasihat. Saya dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Suami saya seorang yang sangat baik, nafkah tak pernah lupa, kalau ada duit sikit kat tangan memang ada ada aje bahagian saya, maksudnya dia memang tak pernah kedekut lah dengan isteri dan anak – anak.
Cuma kat sini saya nak cerita, tahun lepas suami pernah kant0i intip adik perempuan saya mandi. Benda tu berlaku depan mata saya, kebetulan saya nak ke dapur, saya ternampak dia tengah intip. Saya berdiri belakang dia, pucat lesi habis muka dia bila perasan saya kat belakang.
Banyak kali dia minta maaf dengan saya dan tak akan ulangi lagi perbuatan dia. Suami jugak mintak saya rahsiakan apa yang dia buat dekat adik saya. Saya maafkan jugak sebab memang saya nampak dia sangat – sangat menyesal dengan perbuatan dia.
Tapi perkara yang sama berulang lagi pada raya pertama tahun ni. Masa maghrib tu suami berada dekat luar main fon. Adik saya mandi, sesudah dia mandi muka adik pucat dan dia termenung tapi saya tak tanya. Adik saya balik rumah ayah saya, 2 – 3 hari selepas tu adik call saya nak bagitahu sesuatu sebab dia langsung tak dapat nak tidur.
Dan masa tu perilaku suami sangat pelik, tapi saya buat tak tahu je. Saya pun datang rumah ayah saya, adik cerita kat saya. Pada malam raya waktu dia tengah mandi, dia perasan dekat tingkap bilik mandi ada bayang – bayang tangan.
Memang dia rasa takut sangat masa tu, sampai lah tiba – tiba dia nampak kamera fon suami saya tengah merakam adik saya. Menangis meraung dia cerita dekat saya, menggigiI satu badan saya. Suami rupanya ada whatsapp personal dengan adik mohon ampun maaf, dia bagitahu yang dia langsung tak boleh kawal iman dia.
Balik dari rumah ayah, saya hantar anak – anak ke rumah ayah sebab nak selesai kan hal ni dengan suami. Tapi suami langsung tak tahu yang saya dah tahu semua perbuatan dia. Saya selesaikan perkara ni berdua dengan dia, saya meng4muk dekat suami.
Saya tend4ng kepala dia, saya Iempar semua barang atas kepala dia sampai dia terk3jut tengok saya naik giIa. Saya tuntut cerai dengan dia tapi dia tahan saya. Dia menangis merayu agar jangan tinggalkan dia. Dia melutut dekat saya, tapi hati saya betul – betul s4kit, saya tarik rambut dia, nasib tak tercabut kepala dia min.
Saya suruh dia berubah tapi dia ambil sambil lewa permintaan saya, sikit pun tak terdetik hati saya untuk buat perbuatan yang tak baik belakang dia. Saya sayang dia dunia akhir4t. Saya kahwin dengan dia sebab saya betul – betul sayang dan cintakan dia tapi ini yang dia baIas.
5 tahun dan saya kahwin dengan dia. Banyak kali saya tuntut cerai tapi dia tetap tak nak sebab takut anak – anak berpisah dengan dia dan tak boleh hidup tanpa saya. Saya tetap maafkan dia jugak dan adik saya pun dah maafkan dia, cuma saya dah tak happy macam dulu.
Sekarang setiap kali dia lakukan apa – apa kesalahan walaupun sikit saya akan naik h4ntu. Walaupun kalau dia marah anak pun saya akan jadi em0si. Saya dah bagi tahu dengan dia kalau rase dah gatal sangat nak rasa perempuan lain, silakan.
Saya pun nak cari kehidupan saya dengan anak – anak sendiri. Dia menangis, bila saya cakap macam tu. Saya harap tu bukan lakonan. Saya pernah sengaja berdoa depan dia, jikalau terdetik hati dia atau memang berniat nak berlaku curang atau buat perbuatan b0doh belakang saya, saya mintak Allah tarik nyawa dia. Termenung dia dengar doa saya tu. Saya mohon moga Allah panjangkan j0doh kami, perlihara hubungan kami.
Komen Warganet :
Raja Norkhairani : Suami int4i adik awak mandi. Dah kant0i kali pertama pun dia tak serik, masih jugak buat lagi. Tu yang kant0i, yang tak kant0i entah berapa banyak kali dia int4i adik awak. Dan perbuatan suami tu boleh membawa kepada benda yang lebih buruk lagi (r4ba, cabuI dan rogoI).
Jadi awak pilih la, sama ada awak nak terus hadap per4ngai dia atau awak nak selamatkan adik awak daripada terus menjadi m4ngsa. Fikir – fikirkanlah.
Ain Hafizah Ishak : Kau memang pentingkan diri sendiri, cuma ingat cinta kau je. Kau marah dekat suami bukan sebab dia int4i adik tapi sebab dia khi4nati perasaan kau. Macam mana kau lagi pentingkan perasaan kau dari perasaan adik kandung d4rah daging. maru4h adik kau letak tepi.
Zaki Zack : Lelaki ni kalau dari muda – muda lagi dah biasa duk mengendap orang pompuan ni, yang ni memang payah. Nanti dah kahwin sampai dah ada anak pon memang dia akan ket4gih juga. Ini sampai adik ipar sendiri pon dia nak mengendap.
Esok – esok mak mertua pon dia mengendap mandi, haruuu laki kak ni. Bini ada pun tak puas lagi ke. Rasa kemarok terok sangat laki kak ni. Benda ni melibatkn maru4h, apatah lagi melibatkan family kak. Dah lah mengendap, pastu siap pi rakam pulak, untuk buat modal habuan lepas nafsu.
Siap wasap lagi dengan adik ipar bila dah terkant0i. Itu pun nasib baik adik kak tak pergi buat report. Memang elok pon kak meng4mok dan bagi buah muay thaii, kalau tak dia ingat benda ni kak tak tahu, Sekarang ni kak pon dah malu dengan perbuatan laki kak tu, lepas tu laki kak pun duk merayu siap nangis – nangis bila kak minta cerai.
Tapi kak kena pikir, ni melibat maru4h dan kehormatan adik kak sendiri. Sekarang ni untuk elakkan hal ni berlaku lagi, kak kena bincang dengan family kak dan buatlah keputvsan yang terbaik. Tak boleh pentingkan diri sendiri.
Muahammad Darwis Familykon : Lebih banyak komen yang mengh4ncurkan. Walau macam mana pun sekali pun dia tetap syurga ko. Jadi carilah inisiatif jauhkan benda – benda yang boleh membuatkan suami ko mudah terpesong dulu. Usaha tangga kejayaan. Kalau betul – betul ikhlas, tuhan akan tolong. Inshaallah..
Asmawati Asnawi : Kenapa adik awak duk satu rumah lagi lepas kejadian pertama tu? Elok carikan dia rumah lain. Suami awak dah tentu tak dapat mengint4i dia mandi lagi. Masalah ni timbul sebab ada perempuan lain dalam rumah tu. Tu pun kalau kamu masih sayangkan suami kamu dan mahu mempert4hankan rumahtanggakan
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.