Aku tak dapat lepaskan marah, aku tertekan menangis sorang diri. Depan ibu aku normal cuma ada masa aku nangis sambil cakap, “ibu tak sayang Esah eh, kenapa ibu tak baik lagi, hidup Esah tersiksa tau. Kalau ibu takde usaha nak baik, Esah lari tak nak jaga ibu”…
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Elly. Umur aku genap 21 tahun. Aku salah seorang pembaca setia ruangan ni macam korang semua juga. Aku nak luahkan kisah hidup aku yang bagi aku terlalu “complicated” untuk aku harungi sendiri sebagai seorang “young adult”.
Hidup aku tiada permulaan indah kerana sejak aku lahir keluarga aku sudah berpecah beIah. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Jarak umur kami memang jauh. Ibu lahirkan aku disaat rumah tangganya bergolak dengan seorang lelaki yang aku gelar abah.
Ketika itu ibu berusia 41 tahun abah pula 47 tahun. Aku nak cerita panjang tapi aku ringkaskan takut korang bosan nak baca. Aku tahu setiap kehidupan di muka bumi ni ada susah payah jerih perih sendiri yang akan ALLAH hadirkan sebuah rezeki nanti.
Aku mula sedar hidup aku, keluarga aku tak sama seperti orang sekeliling semasa usia aku 12 tahun. Situasi yang sentiasa bingit dengan jeritan dan tangisan hampir setiap hari. Ibu selalu jerit, “Kalau kau tak nak hidup dengan aku lepaskan aku! Anak nak sekolah perlu duit, setiap bulan aku mengemis pada kau duit nafkah.. sendiri pikir lah!”
BAMMM!! Bunyi pintu bilik bagai dihempas oleh amvkkan raks4sa. Dengar kereta abah berlalu pergi. Suara tangisan ibu mendayu kedengaran dari dalam bilik. Aku? Lari keluar sorok di belakang hujung rumah celahan pokok pandan bersama perasaan yang berdebar, takut dan sedih.
Saat itu terdetik di hati kenapa keluarga aku begini? Mungkin kewujudan aku menyusahkan mereka? Semenjak itu abah pergi dan pulang sebulan sekali, dua bulan sekali atau bila ibu telefon sebab abah kahwin lain dan ada keluarga lain.
Ada suatu ketika tu tak taulah apa yang berlaku ibu dan abah datang bersama ambil report card dan keputvsan ujian aku di sekolah menengah tapi abah yang berurusan dengan cikgu. Cikgu tanya nama aku, abah terpinga. Dia toleh dan panggil aku,
“nama panjang kakak ape?” “Nur Elisah lah abah” (bukan nama sebenar). What seriouslah orang tua ni ? Untuk makluman korang aku pelajar cemerlang dari sekolah rendah sampai lah SPM. Rezeki yang ALLAH anugerah kat aku.
Tapi aku tak sambung belajar mana – mana atas sebab tak mahu berjauhan dari ibu. Aku ada dua orang abang dan dua orang kakak. Semuanya dah berkahwin. Aku ni dah jadi baby sitter tahap PRO dari umur 15 tahun sebab semua anak sed4ra aku, aku jaga.
Masa sekolah macam part time ah, ponteng kelas tambahan lari pergi umah kakak aku jaga anak dia sebab rumah dia dekat dengan sekolah. Kakak ngan abang aku semua duduk dekat – dekat dengan rumah ibu dan sekolah aku.
Jadi pahamlah situasi ini. Kini anak sed4ra aku ada 11 orang. Jap.. aku tak sambung belajar bukan sebab anak manja atau nak jadi baby sitter sepenuh masa. Tapi lepas sebulan aku habis SPM ibu kena str0k. Nasib masa tu aku ada di rumah.
Dia jatuh di dapur tangan kanan dia terkena air panas, dia tak boleh bercakap dan kaku. Aku cuba bercakap, “ibu, kenapa ni?”. Ibu jawab pelat tapi aku paham ,“Esah.. tolong ibu, kenapa ibu tak boleh gerak, panas..” Aku call abang dan kakak aku. Tiada yang angkat.
Aku panggil jiran dan lari pergi rumah Abg Long aku. Mujur Abg Long ada di rumah tengah cuci kereta. Sambil nangis aku cakap “tolong mamaaaaaa !” Abg Long start kereta waja dia yang basah tu berdesup terus ke rumah ambil ibu bawa ke hospitaI.
Adik beradik kami semua berkumpul di em3rgency hospitaI. Ibu ditahan selama seminggu sebab str0k dan salur d4rah pecah di kepala serta ada kesan d4rah beku lama seperti terhentak kuat. Aku teringat dulu kalau abah balik.. bila berg4duh, ibu suka hentak kepala sendiri di dinding.
Sepanjang tempoh ibu kena str0k aku yang jaga ibu, semua tawaran sambung belajar aku tolak. Surat menyurat dari universiti aku abaikan tak buka, tak baca. Sambil jaga ibu sambil jadi baby sitter kepada anak Abg Long dan Kak Ngah.
Abang kakak aku semua laki bini bekerja disebabkan zaman kini duit itu sangat diperIukan. Sebulan dua aku redha ikhlas jaga ibu. Tapi tak tau kenapa dengan sendirinya aku m4kin str3ss. Aku ada cakap kat makcik pakcik aku.
Aku str3ss kenapa aku tak macam remaja lain hidup senang bahagia. Makcik pakcik aku cakap ini Allah nak tambah pahala ganjaran ke syurga. Kalau rasa nak sambung belajar dorang tolong uruskan. Cuma aku tak tau kenapa berbeIah bagi sangat hati aku.
Antara takut nak tinggal ibu dan takut nak kasi orang jaga ibu. Akhirnya aku tak sambung belajar dan aku berlayar dalam dunia str3ss aku sendiri. Sepanjang ibu s4kit, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik sed4ra mara lain ada tolong.
Tapi sepenuhnya aku uruskan sendiri. Abah datang tolong bila perlu check up ke hospitaI sahaja. Itupun sampai hospitaI dia turunkan aku dan ibu di pintu utama, dia terus tinggalkan aku terkontang kanting bersama ibu.
Bayangkanlah belum genap 18 tahun aku uruskan semua hal orang dewasa. Abang kakak aku sekali dua je datang. Seterusnya krik krik. Adalah tolong tapi masih aku yang urus segalanya. Alasan, sebab aku yang bersama mama dari awal jumpa doktor.
Bila sampai hospitaI je aku kecut perut nak munt4h semua ada. Nak tunggu doktor panggil memang lambat, pahamkan hospitaI kerajaan ramai orang. Ibu pula bila terlalu lama menunggu mesti d4rah tinggi melambung, kena tahan di zon kuning satu hari atau dua hari.
Acap kali ke hospitaI mesti masuk zon kuning. Doktar pun dah kenal. Aku bila str3ss mesti aku marah – marah tak tentu pasal lepas tu menangis sambil nyanyi lagu suriram. Sejak tu aku ada kawan imaginasi nama dia seri.
Tapi sekejap je. Cuma bila aku tak dapat lepaskan marah atau nak nangis tak dapat aku akan lompat, ketap bibir sampai berd4rah, t4mpar dan pukuI muka sendiri. Aku pun tak tau kenapa. Tapi aku tak buat depan ibu. Depan ibu aku normal cuma ada masa aku nangis lah sambil cakap, “ibu tak sayang esah eh, kenapa ibu tak baik lagi, hidup esah tersiksa tau” “kalau ibu takde usaha nak baik, esah lari taknak jaga ibu”.
Sebabkan penat angkat ibu, jaga ibu, masak, urus rumah dan jaga budak, aku str3ss rambut aku gugur banyak tak tumbuh balik, berat aku dari 78 kg menurun ke 52 kg. Muka aku kusam tak ceria macam dulu. Aku sedar ni bila aku amik gambar dengan ibu.
Lepas setahun, ibu pergi menghadap illahi tinggalkan aku buat selamanya. Masa 3 bulan pertama aku macam kena short term memory lost sebab aku tak banyak ingat momen bersama ibu. Yang aku ingat ibu s4kit dan ibu meninggaI.
Aku tak ingat hari – hari aku suap dia makan, tukar pampers, mandikan dia, suara dia, or aku jaga budak. Aku tak ingat. Sekarang dah 3 tahun ibu pergi. Aku masih belum ingat sepenuhnya memori aku bersama ibu. Lepas ibu meninggaI, abah terus hilang, pindah dan tukar no telefon.
Sampai sekarang tiada khabar dari keluarga abah mahupun abah sendiri. Tentang masalah str3ss aku, aku dapatkan bantuan doktor di hospitaI. Sampai sekarang aku tak tau kenapa kalau marah, aku tak luahkan. Aku masih pukuI muka aku sendiri, tak sempat dikawal.
Aku sudah bekerja, ada satu hari tu member sekerja buat aku rasa geram. Aku secara spontan jerit, lompat dan t4mpar kepala aku sendiri sampai pengsan depan dorang. Aku berhenti kerja. Sekarang aku masih jaga budak – budak sambil meniaga gorengan untuk budak sekolah depan rumah.
Ahli keluarga aku tak tau aku ada masalah mentaI ni. Sebab aku takut dorang akan salahkan aku atau tinggalkan aku. Hanya seorang sahabat aku yang selalu temankan aku ke hospitaI untuk kaunseling. Nama dia Seri. Sekian dari aku. Doakan yang baik – baik untuk aku ya.. – Elly (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fa’haz Fatin Hamieza : Elly manusia sebaik seperti awak. InsyaAllah ade baIasan yang baik Allah gantikan. Awak kuat. Awak dah lalui bermacam – macam ujian dari kecil. Dan awak terus kene kuat untuk pulihkn diri awak.
Jika awak tak boleh meluah pada sesape cuba awak tulis dalam buku ape yang awak rase. Sekurang – kurang biar perasaan tuh keluar jangan dipendam. Awak muda lagi, awak cerdik, awak kuat itu kelebihan awak. So teruskan hidup dengan semangat yang positif ye.
Julia Ab Rahman : Elly awak ni baik, awak ni anak soleh. Awak jaga ibu sampai akhir hayatnya. Awak kena teruskan hidup dengan tabah dan tenang. Allah akan bantu awak inshaAllah. Yakinlah bahawa Allah itu ada dan Allah pasti akan bagi awak bahagia jua akhirnya.
Elly awak perIukan kawan yang real yang nyata. Bukan seri. Awak tahukan seri tu tak wujud sebenarnya. Saya doakan awak dapat seorang kawan baik yang ikhlas berkawan dengan awak kerana Allah.
Peah Peah : Sedih baca pengalaman yang Elly lalui. Kesian awak. Awak terlalu str3ss dan awak lalui seorang diri. Kena ada tempat atau sesiapa yang boleh dipercayai untuk awak kongsi dan luahkan atau mungkin tulis dan luahkan di kertas setiap hari atau setiap benda yang buat awak rasa sedih awak rasa marah.
Lepaskan segala yang terbuku dan menangis sepuasnya. Bukan dengan men4mpar atau menced3rakan diri sendiri. Berdoa semoga Allah bantu Elly keluar dari masalah ini dan kembali sihat dan ceria untuk hadapi hidup seterusnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.