Sejak abang kahwin, rezeki abang bertambah jadi mak memang bangga dengan abang. Satu hari masa kak ipar masuk rumah ibu, dia terdengar perbualan antara ibu, menantu ke-3 dan adik. Mereka mengatakan bahawa kak ipar manduI, tak beri jasa apa – apa kepada keluarga tambah lagi dengan kerja kilang. Akibat kecil hati kak ipar nekad untuk lari..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang aku nak cerita ni bukan kisah aku, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar aku.
Kami dari keluarga biasa – biasa, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kahwin dan tinggal berdekatan. Abang aku, Ali kira – kira 4 tahun dah kahwin tapi masih belum mendapat cahaya mata. Abang yang ketiga dan aku masing – masing sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin.
Ali merupakan seorang yang biasa – biasa sahaja, semua ahli keluarga aku bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keIiling kampung. Selepas kahwin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebeIahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain – lain. Kiranya ada pr1vasi untuk dia dan isteri, Mawar.
Rezeki Ali, selepas kahwin sem4kin murah. Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak – jinak menjual nasi bungkus tengahari. Dari van buruk kepada axia, kemudian beli mpv, dan sekarang ada sebuah pacuan 4 roda untuk bisnes dia.
Kadang – kadang isteri aku cemburu, dan membandingkn rezeki kami. Aku cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa. Aku cuma pek4kkan telinga bila isteri aku meminta aku usaha lebih, kerana bagi aku, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap dapur kami.
Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.
Aku memang lihat Mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia dari negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak – anak saud4ra dan tidak berkira berkenaan duit.
Suatu hari, ibu meminta Ali serahkn axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan mpv untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya mpv itu untuk kegunaan keluarga jika mahu ke mana – mana.
Baru – baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja. Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari. Sedang kami berkira – kira untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah – marah. Aku yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah.
Rupa – rupanya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke-3 dan adik. “Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar manduI, Mawar tak pernah bagi jasa apa – apa kepada keluarga, itu kata mereka.” Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.
Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta – kereta semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.
Ibu ketika itu kaku, tidak berkata apa – apa. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berIagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam – macam. Ali cuma membaIas, pandai – pandailah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur. Aku cuma menjeIing isteriku, yang ternyata terk3jut juga.
Sebelum keluar kerja aku sempat bisikkan pada isteriku, nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga. Aku cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu. Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni.
Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana – mana. Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar, meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik. Semua yang mengutuk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegur.
Ibu juga mengatakan wang bulanannya m4kin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh. Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor.
Aku berharap, mereka boleh berbaik semula. Aku pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma aku juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang ters4kiti. – Am (Bukan nama sebenar)
Antara komen ntizen :
Tee Zatee : Peng0rbanan yg tidak dihargai. Selalunya camtulah, kadang – kadang seorang isteri niatnya nak membantu dan memenuhi keperluan kehidupan tapi orang salah tafsirkan. Kononnya semuanya hasil titik peluh si suami tanpa mengetahui sebaliknya. Tetiba dok bayangkan kawan saya, dia sorang yang nampak muka cam sIamber cakap pun macam kasar tapi sebenarnya baik hati.
Dari suami business kecil dah buka kedai, hasil support dari dia hingga gadaikan barang kemas dan loan dengan mak bapaknya. Tapi yang tak tahu cerita menuduh dia banyak beli barang itu ini, berjalan sana sini habiskan duit suami. Hmmm…realitinya duit gaji dia sendiri. Alhamdulillah, mak mertua bukanlah macam cerita ni.
Wahai suami, jika kau punya isteri begitu bersyukur lah banyak – banyak ada yang support dari zero. Jika kau adik ipar / biras berusahalah tanpa menggunakan harta benda orang lain. Jika kau mertua, jangan pilih kasih dan selidiklah terlebih dahulu. Sabarlah Mawar, suatu hari mereka akan tersedar. Kekalkan kebaikan awak, bukan senang nak jumpa orang macam awak yang bukan setakat support suami tapi semua keliling awak. Tahniah, moga bertambah rezeki untuk lebih memberi dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah
Enn Choh : Kesian mawar. Aku membayangkan mawar seorang yang low profile tapi bijak bertindak, padan muka mereka yg mengutuk mawar tu. Kerana mulut badan binasa. Akhirnya terb0ngkar siapa mawar yang sebenar. Ali sekeluarga tanpa sedar menumpang kesenangan mawar. Maafkan aku duhai penulis tanpa sengaja menyokong Mawar. Harap anda tak kecil hati.
Azimah Rahim : Kesian Mawar. Tapi nak cakap, well done Mawar, wanita bijak tak lemah biar diri dipij4k. Tak guna buat baik kat orang mulut jahat dan tak sedar diri. Dahla menumpang senang orang, Mawar dah selalu bawak jalan – jalan hujung minggu pun dik4tanya takde jasa pada family, perabis duit suami. Haa kan dah malu sendiri bila tau harta tu banyaknya dari Mawar.
Lagipun kalau Mawar tak keje sekalipun, tak boleh cakap seorang isteri tu perabis duit suami sebab memang hak dia. Ali tu pun satu patut ceritalah awal – awal jangan buat orang salah anggap tu harta Ali sorang. Cerita tu usaha bersama. Kalau isteri tak kerja sekalipun, ceritalah sebab isteri banyak membantu uruskan rumah anak dan sebagainya, maka dapatlah beli harta sikit.
Suami kene bijaklah main peranan untuk UP kan isteri di mata keluarga suami. Kesian Mawar belum ada anak, dia mesti rasa down giIe. Bila orang sampai hati kutuk cakap manduI memang terIuka sangatlah sampai bawak diri. So Ali kenelah UP kan Mawar selalu. Harap Mawar lepas berbaik dengan diorang pun, Mawar teruskan tak tanggung diorang lagi. Cukuplah Mawar bantu suami, tu pun dah lebih sangat dah Mawar bantu. Nak bagi duit kat Mertua baguslah, tapi takyahla smpai kene tanggung adik beradik ipar. Dah macam bela biawak hidup pulak.
Wan Amiasyazlia Meor : Well done Mawar. Bagus. Perempuan macam ni yang kita nak contohi. Dalam diam dia, dalam lembut dia, membantu orang sekeliling. Tapi bila sampai masa. Tak diberi peluang kepala dipij4k. She stand for her right and she is better off from this t0xic family.
Radin Arishah : Cerita macam ni baru suka baca. Perempuan yang hebat dan tegas, tak merintih – rintih dibuIi orang tapi berani bertindak untuk kesejahteraan diri sendiri. Ni asik takut derh4ka je, biar orang buIi kita, serabut baca kisah mcm tu. Apa pun, well done Mawar!!!