Ibu aku seorang muaIaf, tetapi ayah langsung tak bimbing ibu. Ibu sendiri yang susah payah belajar nak dalami agama Islam. Ibu mengandung tapi keadaan tak mengizinkan dia untuk teruskan kandungan sebab ibu s4kit. Tapi ibu pilih untuk teruskan, aku rasa aku tahu kenapa ibu pilih untuk teruskan..
#Foto sekadar hiasan. Kisah ini adalah kisah ibu aku seorang muaIaf yang telah diuji dengan begitu besar sekali ujian. Ujian yang menyebabkan aku hilang tempat berpaut. Disaat dia hamil, suaminya berlaku curang. Dia maafkan.
Disaat dia s4kit, suaminya berlaku curang. Dia maafkan. Dia selalu menunggu suaminya balik rumah sampai lewat malam, dia sabar. Rasanya sering kali dia bagi peluang atas kecurangan suami di belakangnya.
Mengapa masih kuat untuk bertahan? Dia bertahan demi anak. Andai dia tahu, anaknya juga mahu ibu mereka bahagia dan tidak kisah andai berpisah sebab anak juga sedih melihat ibu mereka diperlakukan begitu. Entah apa kurangnya ibu. Di mata kami ibu lah yang terbaik. Ibu aku seorang muaIaf, rupa parasnya cantik, peribadi lemah lembut dan penyabar. Semangatnya kuat dalam belajar mendalami ilmu agama, ibu siap beli buku – buku panduan solat, hukvm hakam Islam, ilmu tauhid, fardhu ain dan kifayah dan macam – macam lagi. Dia rajin sangat, kalaulah aku lelaki dapat bini macam ni aku dah tak cari lain.
Namun, ayat “ lelaki yang baik untuk perempuan yang baik” ni kadang – kadang tak jadi jugak. Mungkin ini ujian yang Allah bagi kat ibu aku. Sepatutnya dia yang bimbing ibu aku, tapi apa yang aku nampak cuma ibu usaha bimbing diri sendiri untuk paham tentang Islam. Gigih dia siap tulis dalam tulisan rumi setiap ayat untuk di baca dan hafal.
Kemuncak cerita dia, suatu hari tu diorang g4duh besar. Ibu aku terbaca mesej yang berbaur Iucah dalam phone ayah aku. Aku syak ada benda yang jadi antara mereka berdua. Walaupun aku kecik lagi masa tu tapi aku masih ingat setiap apa yang berlaku.
Kesian ibu, sudahla s4kit, jiwa dan em0si juga s4kit. Dia nangis sembunyi – sembunyi, aku tau. Kadang – kadang s4kit dia datang, kami adik beradiklah yang tolong jaga ibu, tolong urutkan ibu. Risau sangat masa tu.
Kadang – kadang aku terfikir, Kenapa Allah uji Ibu seberat ini, kenapa temukan dia dengan lelaki seperti ini? Allahuakbar. Kuatnya ibu.
Suatu hari, ibu disahkan mengandung. Tapi dalam masa yang sama ibu s4kit dan keadaannya tidak mengizinkan dia untuk teruskan kandungannya kerana boleh menyebabkan kem4tian. Kira 50 – 50 la peluang untuk hidup.
Ibu aku pilih untuk teruskan kandungannya. Aku sebagai anak aku risau dan sedih . Aku dapat rasa aku akan kehilangan ibu. Haritu aku tidur sebeIah ibu, aku pandang muka dia, aku nangis senyap – senyap, aku tak nak dia tau aku nangis. Sebak gaisss. Aku tak kuat.
Jauh dalam hati, aku tau kenapa ibu pilih untuk teruskan kandungannya. Dia siap bagitau dia ada baca kalau meninggaI masa bersalin dikira m4ti syahid. Aku syak hati dan perasaan dia terIuka teruk. Dia bagi hint suruh aku kemas rumah, cuci pinggan pastikan dapur kemas sebab kalau dia tak ada sapa nak tolong kemaskan. Aku diam je, aku sebak. Mungkin ini tanda – tanda ibu nak pergi. Sampai termimpi – mimpi ibu aku pergi tinggalkan kami.
Sampai satu masa, ibu bergegas ke hospitaI. Dia arahkan aku untuk bawak beg pakaian dia bila aku ke sana nanti. Entah kenapa perasaan masa tu lain. Aku takut. Aku harap ibu dan adik aku selamat. Tapi, perancangan Allah lebih hebat untuk ibu.
Memang wanita hebat diuji dan diganjarkan dengan sesuatu yg hebat. Ibuku tidak sedarkan diri, anaknya selamat cuma dia masih kritikaI. Duniaku gelap, jantungku berdegup kencang, jangan ambil ibuku terlalu awal ya Allah. Dan akhirnya ibu disahkan meninggal, pada bulan yang mulia, m4ti dalam keadaan yang mulia. Pengakhiran yang baik buat wanita sehebat ibu. Mungkin di akhir4t dia bertemu bidad4ra sempurna untuknya .
Sekarang aku sudah dewasa, Belum pernah aku jumpa wanita sehebat ini. Seringkali aku titipkan doa buat ibu. Mudahan ibu temui kebahagiaan cinta sejati di sana.
Untuk suami di luar sana, isteri yang baik cuma datang sekali. Walau kau jumpa ramai pengganti, tak akan sehebat yang pertama itu :’) Al-Fatihah – Bukan dia.
Perkongsian yang dibuat oleh penulis benar – benar menyentuh hati pembaca. Seorang wanita yang kuat berk0rban untuk bersama dengan suami yang kononnya dapat membimbing isteri tetapi hakik4tnya mer4na hingga ke hujung nyawa.
Komen Warganet :
Iyl Yana : Al-fatihah untuk bondamu. Manusia tidak akan pernah puas. Hargailah pasangan masing – masing. Yang terbaik hanya datang sekali. Berapa banyak pengganti sekalipun tidak akan sama dengan yang pertama.
Nredya Edya Edrus : Sedihnya baca kisah ni. Manusia ni sebenarnya kena bersyukur apa yang ade depan mata. Banyak dah cerita teladan apa yang kita lakukan ada baIasan sama ada baik atau buruk. Hari ni kita ani4ya isteri kita, esok – esok dah tua, anak – anak pula abaikan kita. Manusia memang tak pernah nak belajar dari kesilapan. Cerita sis macam kisah aunty saya. Pun muaIaf, m4ti sebab d3rita hati dan perasaan angkara suami ada wanita lain. Menangis air mata dar4h pun pakcik saya tu, aunty saya tak kembali lagi
Siti Nor ‘Ain Mayan : Sedihnya ya Allah, janganlah dilayan macam tu dengan muaIaf, kesian sangat. Macam mana la diorang nak tengok dan tertarik dengan Islam ni kalau orang Islam sendiri ani4ya diorang lepas peIuk Islam. Harap orang yang masuk Islam ni betul – betul cintakan agama bukan penganutnya. InshaAllah ibu sis sudah tenang di sana. Penat lelahnya di dunia pasti dibayar oleh Allah.
Ainon Mansor : Biasalah manusia, bila dah dapat yang terbaik tak nak hargai. Bila dapat yang tak berapa okay dikesali, ditangisi. Perginya seorang permata kembali kepada Penciptanya. InsyaAllah kebahagiaan hakiki menanti di sana. Semoga arw4h ibu awak tenang dan berada di dalam golongan orang yang diredhai dan disayangi Allah.
Lovely Luvleen : Janji Allah itu pasti, kini pasti ibu confessor sedang menikm4ti saat berehat kerana syahid. Kesusahan di dunia Allah gantikan dengan keindahan yang abadi di sana, inshaAllah.
Aliss Alishaq : Terima kasih kepada si penulis kerana sudi kongsi cerita yang menyentuh hati. Saya rasa memang ada lagi wanita di luar sana yang menghadapi benda yang sama. Terp4ksa mend3rita kerana sikap pentingkan diri seorang suami. Doa saya mengiringi mereka. Wanita adalah kaum yang hebat, jadi ujiannya pun hebat. Sungguh cantik cara adik bercerita, gaya bahasa yang lembut tapi jelas. Al-fatihah untuk bonda tersayang. Pls sambung cerita tentang adik, ayah dan baby.