Aku sudah mula tak duduk diam aku usaha mencari kerja yang tetap sebab nak meminang dia. Aku kadang – kadang kerja di workshop motor. Aku part time sebagai pelayan di kedai makan. Kalau takde pekerja, aku akan p0tong sayur, ayam, menyiang ikan. Selain itu aku ambil upah jadi siak, cuci masjid. Semua aku buat..
#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan anak sulong dari 4 beradik. Aku merupakan graduan lepasan ijazah. Kerja aku sekarang pelbagai. Kadang – kadang mengambil upah melukis kadang – kadang sebagai kerja di workshop motor.
Untuk menjana pendapatan lain aku berkerja sebagai pelayan di kedai makan. Kalau tenaga kerja kurang aku akan menolong p0tong sayur, ayam dan menyiang ikan. Selain itu aku juga mengambil upah sebagai siak masjid cuci masjid.
Dipendekkan cerita aku berkenan seorang wanita. Keinginan nak berumah tangga itu ada. Dan aku ada kenal seorang wanita ini ketika aku melukis mural di bangunan bandar. Satu hari dia meminta no telefon untuk hubungi.
Katanya dia ingin meminta untuk aku melukis mural di tempat kerjanya. Sejak dari itu hubungan kami baik tapi aku tak berani nak berWhatsApp selalu sebab aku ini nak menjaga ikhtilat. Pada mulanya aku tidak tahu beliau ini cikgu.
Semasa dia datang melihat aku sedang melakar mural dia adalah tanya latar belakang aku, tinggal di mana umur berapa status sudah kahwin atau belum belajar dari mana melukis ni. Dalam masa beberapa bulan mural pun siap dan dia berpuas hati hasil aku. Alhamdullilah.
Dia nak bayar, aku masa itu menolak sebab sebelum ini karya aku tidak pernah diterima. Bila beliau terima karya aku, ia menjadi kepuasan diri aku untuk melukis. Kami selalu jumpa kedai makan dan dia selalu tanya tentang kaedah melukis.
Pada masa itu aku pelik kenapa dia selalu obses dan selalu bertanya tentang seni ini. Setelah dikorek akhirnya baru aku tahu rupanya beliau adalah seorang cikgu seni di sekolah itu. Dia merupakan janda anak 2. Aku mulanya malu sebab dia orang yang bekerjaya sedangkan aku hanya lah biasa – biasa sahaja.
Pada masa yang sama aku bertanya soalan yang agak cliche, bila puan nak berumah tangga lagi. Katanya dia sedang menunggu dan mencari jodoh hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun timbul perasaan cinta itu.
Aku sudah mula tidak duduk diam aku berusaha mencari kerja yang tetap sebab nak meminang dia. Macam – macam kerja aku meminta tapi tak dapat. Hanya sekadar kerja di DIY sahaja sebagai part time. Selain itu aku juga mengambil upah mengajar mengaji di kampung.
Selain itu aku juga ambil upah buat karligrafi khat dan jual sebagai cerd3rahati dan kadang kala aku jadi tukang masak di warung sarapan pagi. Nampak macam giIakan semua aku pulun sebab sudah sayang punya pasal.
Lama itu mula beranikan diri untuk pinang dia. Simpanan sudah cukup untuk belanja kahwin dan rumah sewa sudah ada tapi kecil sahaja lah. Bila aku mula beranikan diri bertanya pada dia sudi tak nak jadi isteri aku. Dia ada tanya sudah bersediakah untuk menjadi suami. Adakah sekadar ingin test market?
Aku pun berkatalah. Selama ini aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah zaman remaja sampai sekarang sebab takut. Sejak kenal beliau rasa semangat untuk kukuhkan ekonomi. Selain itu selalu meminta pekerjaan tetap untuk nafkah hidup. Selagi hayat umur 30 an ini aku akan berusaha.
Dia suruh tunggu untuk dia berfikir. Aku tetap akan tunggu pada masa yang sama aku tidak duduk diam mencari pekerjaan dan cuba lagi. Ditakdirkan 3 hari lepas, selepas membuat masak makan tengah hari untuk ibu dan ayah serta kemas rumah.
Aku sedang menuju ke tempat kerja aku di workshop, aku dapat panggiIan dari beliau dan ingin berjumpa di kedai makan. Aku terus pergi dan tunggu beliau. Nasib baik taukey memberi perlepasan sebab customer tak ramai. Sampai sahaja beliau..
Terus aku dikhabarkan dia menolak pinangan aku. Aku hanya terk3jut seketika. Dia memberi penjelasan bahawa zaman sekarang sangat gawat. Kalau tak ada kewangan yang kukuh macam mana kehidupan selepas kahwin?
Dia menjanda sebelum ini kerana bekas suami dia buat hal. Katanya kalau memiliki pekerjaan tetap boleh dipertimbangkan. Aku ingat lagi ayat beliau. “Perempuan mana nak hidup susah sebab itu saya nak cari pasangan yang sekufu” dan sekarang dia sedang berkenalan dengan seorang lelaki bekerja uniform. Katanya lelaki itu muda darinya.
Aku hanya diam dan tidak respon apa – apa. Cuma aku rasa malu sangat. Dia meminta maaf dekat aku kerana terp4ksa tolak pinangan. Aku tak salahkan dia aku faham zaman sekarang semua harga mahal. Aku pun meminta maaf sebab dalam diam sudah jatuh cinta dekat dia.
Aku akur keputusan dia. Selepas itu aku pergi. Tiba – tiba air mata jantan aku mengalir. Macam – macam perasaan ada. Sedih, malu, macam – macam lagi. Tapi tak apa lah mungkin aku ini tidak perlu berkahwin kot. Rumah yang aku minta sewa tu aku batal kan.
Simpanan yang buat selama ni aku biarkan. Boleh lah untuk aku buat bayaran pinjaman PTPTN secara ansuran. Baru aku faham ramai orang seperti aku menghadapi tekanan dalam hidup. Sudah berumur tapi tiada masa depan.
Tapi tak apa lah kecewa tu ada malu itu pun masih ada lagi. Dan aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh hati dengan dia. Walau apa pun hidup kena teruskan. Harap ada sinar lah selepas ini untuk dapatkann kerja tetap yang jamin masa depan.
Mengharapkan dengan lukisan aku rasakan susah untuk mencari makan masa kini. Aku tak boleh menangis bebanan yang aku hadap sebab aku lelaki aku anak sulong. Aku kena kuat. Doakan aku ya semua.. – Amy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aini Abdullah : Ada saya tengok dalam majaIah 3 pasal buat mural. Harga satu mural tu cecah ribuan ringgit. Untuk confessor jika minat bidang nie boleh ambil kemahiran lebih lagi. Jangan buat kerja free. Dekat terowong pejalan kaki dengan motosikal penuh dengan lukisan mural. Dah jadi trend sekarang macam kt Jepun dan negara lain. Dekat sekolah, pihak sekolah suka lah cikgu yang pandai buat mural nie, tak payah bayar upah. Hihi
Bintang Hati : Jodoh yang lain mungkin lebih baik. Jangan pertikaikan pilihan dia sebab dia pun nak secure hidup dia sendiri sebab pengalaman mematangkan dia untuk memilih yang terbaik buat diri dia. Teruskan mencari jodoh yang lebih baik yang boleh terima awak seadanya. Insyallah masa akan mengubat perasaan yang Iuka tu.
Abdul Adzim : Mengalir air mata saya baca cerita awak bang. Sebab ia mengingatkan saya peritnya rasa patah hati bila tak dapat memiliki wanita yang kita sayang. Saya faham sungguh perasaan tu. Stay strong and keep on working hard bang. InshaAllah Allah akan kurniakan jodoh yang terbaik untuk abang. Jangan berhenti berdoa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.