Sebelum aku beli mee goreng, aku dah tanya suami dia nak apa – apa tak. Aku pun memang tersilap bawak duit RM10 je. Tapi suami jawab dia tak nak. Bila sampai rumah aku dan anak makan sikit dan tinggalkan dekat suami. Dia terus marah kata aku makan fikir perut sendiri je, bawak duit pun RM10…
#Foto sekadar hiasan. Salam sahabat semua, saya seorang ibu dan mempunyai seorang anak. Saya dah berkahwin selama 8 tahun. Umur saya 27 tahun manakala anak pula berumur 7 tahun dan suami pula 30 tahun.
Saya merupakan seorang suri rumah. Suami bekerja biasa. Sekarang saya dalam proses ingin ke pejabat agama untuk buat aduan dengan masalah saya sekarang ni. Sebelum tu saya nak luahkan sedikit. Saya tak tau macam mana nak mulakan hati pun sangat sedih dan sayu je..
12 hari lepas saya teringin nak makan sesuatu jadi saya beli la mee goreng mamak. Kebetulan saya bawak duit tak berapa cukup. Suami dan anak dah beli burger dan dia ada beli untuk saya juga sebelum saya beli mee goreng.
Saya ada bertanya dia dalam kereta, dia nak makan apa? Dia cakap tak nak kalau saya nak beli apa, beli jelah, dia nak makan burger tu je dah kenyang. Saya pun beli mee goreng kongsi la dengan anak tapi kalau dia nak, makan je la sebab saya nak makan sikit je hanya 2 3 suap.
Selepas saya beli, nak sampai ke rumah saya makan sikit je anak pun makan sikit saya tinggal la untuk dia. Tiba – tiba dia marah saya, dia cakap saya hanya makan fikir perut saya je, duit bawak RM10.
Sump4h saya tak perasan sebab saya ingat duit saya bawak tu RM20, dia m4ki hamun saya sedangkan tadi ok je, bukannya saya makan banyak. Kalau betul la saya tak cukup duit, dia boleh pakai duit dia dulu nanti saya ganti je. Dia buat tak reti berhenti kedai beli rok0k boleh plak.
Kat rumah mula la macam – macam dia m4ki cakap saya ni fikir tekak sendiri, perangai macam hannaat, macam – macam lagi hanya tuhan je tau apa yang saya rasa. Salah ke saya makan mee goreng sampai kena m4ki.
Bukan saya tak tanya dia sebelum beli tu tapi dia yang tak nak. Lagi pun saya memang cakap saya silap bawak duit hanya RM10 salah ke dia pakai duit dia, nanti saya gantilah. Patut ke saya di layan macam ni?
Hari ni dia cari lagi pasal dengan saya dia cakap saya ni boleh pulak pergi eco untuk beli penyapu banyak plak duit tapi saya diam je malas nak layan, dia cakap saya pekak. Saya malas nak layan sebab malas nak g4duh depan anak.
Anak saya pun dah darjah 1 kesian pada dia. Saya yang ibu pun kesian tengok anak sendiri tengok bapak dia tak habis – habis cari pasal dengan saya. Dia p4ksa – p4ksa saya, cakap saya ni banyak plak duit.
Saya cakap la, “kenapa dengan awak? Ada masalah lagi ke? Mula la dia m4ki saya siap cakap lepas ni makan pakai la duit sendiri, dia tak akan keluar duit dah untuk saya. Saya pun cakap, tak apa la saya redha.
Dia pun mula la kutuk h1na keluarga saya macam – macam benda hanya kerana mee goreng habis keluarga saya dan perkara lain – lain pun dia ungkit sekali. Memang saya pun tak faham. Sampai Saya cakap kat anak, “jangan dengar, mama ada,” sebab anak saya dah takut sangat.
Dia pun macam orang giIa, siap cakap kat anak saya, “kau tak dengar.” Dia ambik kain baju anak dan cakap, pergi ber4mbus dengan mama kau. Dia cakap kat anak lagi, “Mak kau ni bukan ada apa pun, kalau aku sep4k, tak keluar apa, 1 sen pun tak ada”.
Anak saya muka berubah macam nak nangis dah, saya cuba tenangkan dia. Ya Allah apa ujian yang cuba kau uji ku, Ya Allah. Sampai anak aku pun kena macam ni perlu ke aku sabar.. Dia cakap saya ni hanya menumpang, pergi la keluar ber4mbus.
Duduk rumah dia pakai api, air macam – macamlah yang saya kena. Hanya saya je melaluinya dengan anak. Saya tak sanggup tengok anak saya str3ss lalui semua ni. Apa patut saya buat? Hanya sebab saya makan mee goreng, saya dilayan macam ni patut ke?
Komen Warganet :
Siti Fatimah Huza : Ya Allah. Sedihnya awak, saya yang baca ni pon sedih sangat macam mana awak yang mengaIaminya.. Mintak jauh – jauh la dari dapat suami macam ni. Dia lupa ke masa mula – mula kahwin dulu, masa baca takIik tu?
Ya Allah, sanggup m4ki bini macam tu hanya sebab mee goreng je pun. Kalau ada masalah sekali pun agak – agak la, bini awak sendiri kan. Yang selama ni bersama dengan awak, tolong awak. Sampai hati m4ki – m4ki sampai macam tu sekali dengan anak – anak pon terpaIit sekali.
Awak ada duit nak makan belilah sendiri dah bini tak kerja harap duit awak je la. Kalau tak kedekut dengan bini rezeki pon senang masuk bro. Dunia dah akhir zaman.. Kesian kat anak bini, hargailah mereka bila ada di depan mata.
Nanti bila dah takde nak menyesal pun dah takde gunanya. Seposen pon takde guna dah. Jadilah suami yang baik. Takpela awak, fikirlah yang mana baik untuk awak dan anak. Tapi kalau dah laki cakap macam tu, halau awak keluar tu awak dah boleh pergi pejabat agama buat report..
Nurjumah Abdullah : Makcik pernah kena halau waktu malam lagi tu, masa tu makcik tak keluar dari rumah tu. Makcik minta tunggu sampai pagi. Paginya masa suami masih tidur, makcik keluar dari rumah bersama anak.
Masa tu makcik tak ada duit! Makcik pinjam duit jiran, jiran tu sepupu suami. Tiga hari kemudian, suami menyusul di kampung makcik. Suami ajak balik rumahnya tapi makcik tak nak.
Sampai sekarang makcik tak balik rumah suami. Sekarang dah ramai cucu, perangai suami pun berubah, dah jadi baik. Alhamdullah..
Mak O Leha Ramlee : Sepatutnya rakam segala m4kian dan h1naan termasuk percakapannya menghalau tt dan anak utk membuktikan perbuatan dia mend3ra em0si dan mengh1na.
Kemas baju – baju pergi balai dan buat laporan. Jika tiada duit minta jasa polis hantar ke rumah orang tua atau sed4ra yang boleh kita menumpang. Buat laporan ke pejabat agama dan tunggu perbicaraan.
Fazlinah Razali : Sedih betul baca luahan puan ni. Jadi suami biarlah ikhlas untuk setiap perkara untuk isteri, barulah rezeki luas. Sangat sedih bila suami ambil kesempatan situasi isteri tidak bekerja. Bila g4duh je terus niat menghalau anak bini, hidup tak berkat, Allah pun tak redha..
Rashid Malik : Aku paling suka tengok bini dan anak aku makan. Makan je la, diorang order aku bayar sebab aku ni bukan hobi makan. Jadi bila anak bini aku makan aku jadi seronok tengok diorang berselera.
Tak pernah aku ungkit apatah lagi nak m4ki, selama ni tak pernah lagi aku kurang dana untuk sediakan makanan buat anak bini walaupun gaji aku tak besar mana tapi sentiasa cukup nak tampung keluarga.