Aku terk3jut bila pihak keluarga isteri minta sampai RM 30k, tapi kerana sayang aku turutkan dan cuba buat pinjaman. Selepas kahwin, bapa mertua cakap dia hanya guna RM 5k sahaja, baki duit ada pada isteriku. Tapi masalah jadi bila isteri mengelak nak tidur sekali sehinggalah dia suarakan keinginannya berbulan madu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca, aku di sini hendak berterima kasih kepada admin jika confession aku ini disiarkan. Harap semua sihat dalam waktu PKP ini. Terus terang, aku adalah seorang lelaki yang telah berusia 33 tahun.
Bekerja sebagai jurutera di sebuah syarik4t perkapalan oil and gas yang agak terkemuka dalam negara. Pernah mendirikan rumah tangga, dan tidak berjaya untuk bertahan lama. Kisahnya bermula pada usiaku 29 tahun, aku dikenalkan oleh sed4ra kepada seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan daerah kerja aku.
Wanita itu sewaktu itu telah pun berusia 31 tahun. Dan ketika itu aku suka melihat dia. Dan kami bertukar no telefon. Macam kebiasaan lelaki, aku yang mesej dia dulu waktu malam selepas habis kerja. Aku ingin mengenali dia. Dia pun memberi layanan agak baik untuk ku ketika itu.
Dan kami mula mengenali hati budi masing – masing. Perkenalan kami dibawa hinggalah 1 tahun dan kami rasa kami dah tak fikir nak terus berhubung sebegini. Kami cuba mendekati hubungan halal dan dia pun bersetuju untuk bawakan aku berjumpa ayah dan ibunya.
Ayah dan ibunya agak lanjut usia, dan amat warak. Ini adalah suatu perkara yang positif kerana aku rasa anaknya mesti juga taat kepada perintah Allah swt. Pabila aku berjumpa dengan keluarganya dan menyatakan hasrat untuk menikahi anaknya, si ayah bersetuju.
Si ibu tak berkata apa. Lantas mereka pun berkata jika serius, sila bawa keluarga ku berjumpa keluarganya untuk berbincang. Dan aku bersetuju. Selang 1 minggu selepas itu, aku pun bawa keluargaku berjumpa dengan mereka. Dan perbincangan berlaku.
Ketika sesi perbincangan itu berlangsung, aku tidak berada dalam rumah tersebut, aku hanya di luar minum air dan berborak bersama sed4raku. Pabila selesai, ibu aku ajak pulang dan selesai kami bersalam, semuanya balik. Ketika di rumah aku, ibu aku berkata, aku mampu ke?
Kerana mereka meminta hantaran 30k. Terk3jut aku tak terkata. Aku pun telefon kekasih aku dan bertanya dia pun mengiyakan, aku pun berkatalah, tak kan sampai 30k untuk sebuah perkahwinan. Dia pun berkata, itu adalah keputvsan ibu bapanya.
Dia hanya menturuti sahaja. Kerana sayang yang muncul dalam diri aku, aku tidak membantah, aku setuju dan aku pun jelaskan kepada ibuku untuk bersetuju sahaja. Dan ibuku pun nyatakan persetujuanku kepada pihak keluarga sana.
Aku pun cuba dapatkan 30k untuk perkahwinan ni dengan bekerja keras, simpan duit dan keluarkan separuh saham dari asb dan buat pinjaman kecil dari koperasi dalam 10k, akhirnya 3 bulan aku usaha, ianya mencukupi. Lalu aku pun nyatakan kepada kekasih aku ianya sudah cukup, dan aku serahkan wang kepada ibu aku untuk dihantar kepada mereka.
Selesai penghantaran wang, 1 tarikh diletakkan untuk kami bernikah, dan kesemua perkara nikah juga ditanggung oleh aku untuk pakaian pengantin, tok kadi, dan lain – lain. Aku agak terkilan, aku dah beri 30k, tapi yang perkara lain – lain masih lagi aku perlu tanggung.
Tapi tak mengapa, kerana sayang aku turutkan lagi. Hinggalah ke hari pernikahan kami, kami telah pun sah bersuami isteri, isteri aku pula tiba – tiba dia berbisik, malam ni aku tak dapat tidur bersama dia. Aku fikirkan dia datang bulan.
Aku senyapkan saje. Kami bersanding dan makan beradab tidak seperti aku jangkakan. Kerana isteri aku langsung tak nak bercakap dengan aku waktu itu. Dan malam tu, memang benar, aku tidur di bilik pengantin, dan isteri aku tidur di bilik lain.
Aku jadi hairan. Apabila selesai majlis semuanya, aku nak bawa isteri keluar dari rumah mertua dan pergi ke rumah yang aku sewa, tetapi sebelum aku nak packing barang – barang ayah mertua aku panggil dan beritahu aku sesuatu.
Dia cakap, yang duit hantaran aku yang aku beri 30k, ada baki 25k lagi untuk kami. Dia gunakan 5k sahaja untuk majlis kami, yang lain – lain dia tanggung dengan wang pencen dia. Dan dia nyatakan dia dah serahkan wang tersebut kepada isteri aku.
Jadi dia minta aku dapatkan rumah sewa atau beli rumah jenis landed. Supaya dia boleh datang menjenguk kami pada masa akan datang. Ayah mertua aku adalah pengguna kerusi roda. Dia tak mampu berjalan sendiri. Jadi dia mohon aku sewa atau beli rumah teres Ianded.
DiIema aku terjadi dan memuncak ketika aku bawa isteri ke rumah sewa aku rumah sewa aku adalah apartment di tingkat 2. Si isteri masih lagi tak nak tidur dengan aku. Dan dia masih nak berasingan. Bila tanya kenapa, dia cakap masih dalam bulan.
Bila aku bertanya tentang 25k yang si ayah dia pulangkan, dia terus cakap jangan tanya pasal wang tu, dan terus marahkan aku. Aku diamkan dulu. Diteruskan cerita seminggu selepas tu aku suruh dia tidur dengan aku. Aku masih lagi teruna dan tidak sentuh dia setelah seminggu berkahwin, dan dia masih lagi tak nak, dia tiba – tiba ubah topik mengajak aku pergi honeymoon, dan tempat honeymoon dia sendiri cakap dia nak ke Maldives.
Aku masih lagi turutkan kerana mungkin di Maldives dia nak tidur dengan ku. Aku selesaikan urusan passport tiket dan booking hotel di Maldives dan duit aku untuk belanja di Maldives memang tak cukup. Dia suruh aku meminjam sedangkan aku cakap, 25k tu ada pada kau, dan gunakanlah sedikit untuk kegunaan di sana.
Dia berkeras tak nak. Lalu aku sediakan duit tambahan dengan meminjam pada sed4ra. Sampai di Maldives aku dimarahi lagi oleh isteri kerana dia cakap hotel panas, aircond hotel tak sejuk. Dan itu menjadi alasan dia tetap tak nak tidur sekatil dengan aku.
Aku disuruh tidur di sofa bilik, manakala dia tidur seorang di atas katil. Selesai honeymoon, kami balik Malaysia dan aku pun kerja seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari, aku balik keje jam 8 malam, aku sampai di rumah isteri aku tiada di rumah.
Makanan untuk aku pun tiada. Bila aku telefon dia, dia cakap dia balik rumah mak dia sekejap, rumah mak ayah dia hanyalah sebelah daerah tempat aku keje. Dan aku pun tunggu la dia balik rumah kami. Sampai ke esok tetap tak balik.
Bila telefon tak diangkat. Aku wassap tak baIas, hanya bluetick sahaja. Esok masih sama dan tak balik – balik, bawalah ke lusa pun sama. Lantas hari ke empat aku pergi ke rumah mak dia. Bila sampai di sana, dia ada di luar rumah terus dia lari masuk dalam bilik bila nampak aku.
Apa dia nampak aku ni h4ntu ke nak lari? Bila aku jumpa mak ayah dia, mak ayahnya minta maaf kepada aku, kerana merka tak tahu kenapa anak mereka tak nak tinggal dengan aku. Aku betul – betul terasa hati. Dia langsung tak keluar bilik untuk jumpa aku.
Hinggalah suatu hari selepas dia tinggalkan aku selama 2 minggu dia call aku dan nyatakan, bahawa dia tak menyayangi aku selama ini. Dia cakap dia cuba sayang aku setelah sah bernikah, tapi dia tetap kata dia tak boleh lakukan dan tak boleh sayangi aku.
Lantas dia ajak aku untuk berpisah dengan baik. Aku mulanya tak nak. Tapi lepas dip4ksa banyak kali, aku cadangkan untuk sama pergi kaunseIing rumah tangga dulu. Dia terus marahkan aku. Dia cakap itu takkan berlaku dia tak nak kaunseIing dia cuma nak berpisah.
Aku pun dah tercab4r banyak kali pun aku bersetuju. Tapi dengan syarat, pulangkan wang aku semula 25k tersebut. Dan kita berpisah cara baik. Dia terus bersetuju, tapi dia cakap dia pulangkan 5k dulu dan kami proceed untuk berpisah.
Malam tu juga dia transfer 5k untuk aku. Dan esoknya dia dah ke pejabat agama daerah untuk berpisah dan buat alasan kepada pejabat agama mengatakan aku yang mengabaikannya. Bila aku tahu alasan itu, aku terus baIas balik ke pejabat agama, aku baru berkahwin dengannya 2 bulan, takIik pun tak berlaku, macam mana aku pula yang mengabaikannya?
Aku teruskan ke episod mahkamah.. Di sana hakim bertanya kami kenapa nak berpisah, aku cakap aku tak ada sebab. Si dia terus cakap aku ni tak sesuai jadi suaminya dan macam – macam fitnah dia tabur demi perpisahan ini berlaku.
Aku terus Iawan hujah dia. Dan aku jelaskan kepada hakim ini adalah fitnah. Dan aku terus tanpa ragu – ragu nak juga berpisah kerana dia dah fitnah aku dalam mahhkamah syari4h ini. Hakim tunda kes dan suruh kami cari jalan berdamai, setelah sebulan menanti, tetap tiada jalan pendamaian.
Kami kembali ke mahkamah dan hakim izinkan aku untuk lafazkan taIak. Aku pun lepaskan dia dengan jatuhan 1 taIak. Setelah selesai proses berpisah aku minta maaf dengan keluarganya. Dan dia langsung tidak meminta maaf dengan aku dan keluarga aku.
Selama ni aku berkahwin dengan orang yang cuma ambil kesempatan terhadapku. 3 bulan perkahwinan yang sia – sia. Duit aku lagi 20k. Dibuat senyap. Nak dituntut mahkamah, aku memang tiada hitam putih. Aku cuma dapat konklusikan, perkahwinan aku hanyalah sia -sia, duit aku 30k dibazirkan begitu sahaja.
Kelakian aku dicab4r dan hidup aku terhadap perkahwinan penuh dengan diIema. Aku jadi takut untuk berkahwin lagi. Walau ibuku pernah nak kenalkan aku dengan orang lain. Bagi aku mungkin ini dug4an aku. Jadi aku terima. Mungkin tiada jod0h lagi buat aku. Biarlah aku keseorangan. Terima kasih dan Assalamualaikum. – Ahmad (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Azie Azem : Tak semua perempuan tu sama, harap awak tak berdend4m dengan isteri. Pernah dengar seorang kawan abang dia kena macam ni, dah 20 tahun dulu. BeIas – beIas ribu jugaklah, alasan bercerai, m4ti pucuk, baru kawin tak sampai sebulan. Teruskan berdoa, baguslah bercerai awal, tak ade anak, buatnya teruskan perkahwinan, sebulan mintak 10k, memang m4mpus jadi laki, kalah artis maintenance dia
Jannatul Aliyyah : Yakinnya dia minta 30k. Ya Allah, janganlah ada lagi perempuan macam ni, buat ani4ya orang. Patutnya bro Ahmad tunggu setel at least RM15k ke baru jatuh taIak. Dalam masa 3 bulan je boleh habis duit banyak tu, i cannot brain. Naudzubillahimindzalik. Be strong bro. Harapnya nanti dipertemukan dengan yang ikhlas sayang bro, sampai tak ingat dah dengan pengalaman ni.
Noniey Carera Pistachio : Aku pernah kenal dengan orang yang rapat dengan aku terkena sebijik macam tt. Aku siap pergi ke mahkamah syariah tengok perbicaraan diorang. Bekas isteri dia memang berlakon depan hakim siap fitnah lagi dia, memang drama habis.
Aku ingat dalam drama tv je ada cerita macam ni, sekali dah tengok depan mata baru ak percaya. Sekarang dengar pulak cerita tt, so memang wujud lagi species perempuan macam ni dekat Malaysia. Semoga tt tabah, lambat laun perempuan tu akan dibayar setimpaI dengan perbuatan dia..
Irnaini Aqna : Wey, sapa buat awak macam nie? Ya Allah.. Sampai hati perempuan itu permainkan perasaan siap dapat pakej difitnah lagi.. Kej4mnya dia.. Asal nampak kerja o&g ja, ingat kaya pastu boleh demand sampai 30k.. Tak ade langsung ke sifat dia untuk menghargai usaha awak bagi halalkan hubungan kalian?
Mudahnya dia cakap tak ade perasaan selepas bernikah.. Geramnya lahaii!! Sabarlah ya.. InsyaAllah, moga selepas ini hati awak beransur sembuh dan dipertemukan dengan seorang gadis yang pandai menghargai, tidak materiaIistik dan yang paling penting ikhlas untuk kenal diri awak dan keluarga..
Tamama Chan : Aku cadangkan dekat ko, ko bagi mesej doa pada bekas isteri ko. Tulis ape yang terbuku kat hati, walaupun kalau ko tak halalkn duit tu pon tulis.. Manusia ni Allah hadirkan rasa bersalah. Ko kena cakap pada bekas isteri ko, baru ko jadi redho dan boleh move on dan biarkan bekas isteri ko rase bersalah supaya dia tahu dia salah apa. Tak payah g4duh bagai, qada dan qadar Allah ada, cepat atau lambat je dibaIas..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.