Jiran suruh aku hantar makanan, sekali bila aku masuk rumah dia, ada lelaki lain tengah bersama isteri dia

Jiran aku tu pakcik, dia selalu mengadu tentang isteri dia. Dia selalu mesej, telefon aku untuk beritahu dah dua hari tak makan, lapar. Dah terketar – ketar. Pernah aku hantar makanan rumah dia, tapi yang ada bini dia dengan lelaki lain tengah berdua – duaan. Aku pelik dan terus jalankan siasatan..

#Foto sekadar hiasan. Sebelum aku cerita panjang – panjang, baik la aku terus bagitahu yang penghujung karangan ni ada soalan. Haha. Aku takut orang ingat drama pukuI 7 pulak. Bismillah. Aku ada jiran yang dah tua, hanya selang beberapa unit yang aku duduk sekarang.

Pak Lan aku panggil dia. Kisahnya dia kerja jadi tukang sapu dekat taman perumahan aku. Taman aku ni kecil je. Jadinya kalau lalu tu jarang la tak terserempak. Bini dia pun kerja jugak lagi. Tapi bukan tukang sapu la. Tak silap aku bini dia siap ada ijazah.

Bukan ijazah sarjana muda, tapi ijazah. Sekarang kerja dengan kerajaan. Kalau hari raya, ada la dia hantar makanan, berbaIas – baIas tipuware gitu. Dulu aku ingat dia tinggal seorang. Ada hari tu sekali dia suruh ambil makanan dalam rumah.

Aku agak dia ada ambil tempahan makanan hari tu.. Masuk je la. Ingatkan tak ada orang, rupanya ada dua orang, seorang lelaki, seorang perempuan tengah borak kat meja. Kiranya ada keluarga la. Pak Lan ni aku pelik sebab asyik kerja je hari – hari, tak tau bila tak kerja.

Hujung minggu kadang – kadang tengok ada la dia dengan penyapu dia tu. Tak pernah nampak beliau pergi meronggeng ke apa. Kereta tak ada motor pun tak ada. Basikal tak payah cakap lah. Lepas tu aku tanya la;

“Pak Lan. Pak Lan kalau pergi beli barang basah, macam mana?” Tanya aku yang kurius amat ni. “Tu – si kawan baik akak awak tu pergi belikan,” sambil muncungkan mulut dia, tapi tak ada siapa pun dia tunjuk tu. Aku pelik jugak kenapa la dia bahasakan diri dia pakcik, bini dia aku kena panggil kakak, bukan makcik. Ok lah.

“Laa.. yeke. Dia duduk rumah yang mana? Bagus betul siap tolong hantar ambil akak”

“Duduk rumah saya la.”

Masa ni aku jem. Sebab apa? Sebab orang tu lelaki. Haha. Selama ni asyik bertembung, sekali rupanya dari rumah Pak Lan. Ingatkan duduk lorong yang sama je. Mana la nak sangkakan. Pastu cerita punya cerita, rupanya mamat yang aku ingat saud4ra dia dalam rumah awal tadi tu, dia la orangnya, kawan baik bini dia.

Lepas tu aku dah mula pelik, mesti korang pun dah mula berfikir kan? Haha, ok lepas tu aku abaikan je la dulu. Terlalu awal untuk menghakimi. Nak dijadikan kisah, dah acap kali jumpa, dia pun cerita yang dia dengan bini dia dah tak sehaluan.

Duduk kat rumah pun tak masak makan sama – sama. Dia ada anak, seorang je, tapi tak dibela sendiri, arw4h nenek kepada anaknya yang jaga. Aku ni malas nak jaga tepi kain orang. Tapi dah orang tu macam nak suruh aku ‘jaga’ je.

Aku tanya la, sejak bila dia ni menumpang, macam mana boleh duduk sekali. Tapi dia kata, dia dengan bini dia tu masih tinggal sebilik la. “Dah lama mat. Kalau beranak, budak tu dah darjah 1 kau bela. Begitulah tempohnya.”

Dia kata dia cuba je halau, tapi orang tu muka tebal benar. Rileks je berleha – leha dekat rumah orang bukan muhrim. Tapi punca utama katanya, bini dia yang ajak duduk dan tak suruh langsung orang tu keluar. Bila disuruh, dia kata kesian tak ada tempat lain.

Orang tu kerja macam Pak Lan juga, kat taman lain. Tapi kerap cuti. Banyak tak kerja dari kerja. Yelah dah kerja jadi tukang hantar ambil bini Pak Lan kan. Pak Lan ni siap dah suruh bini dia pilih, saya atau orang tu? Jawapan dia, “kenapa kena pilih, orang tu tak ada kaitan dengan kita”.

Tapi bila suruh keluarkan, beribu alasan. Pak Lan ni baik. Mungkin la korang nak cakap dia dayus kan. Tapi korang pernah tak jumpa orang yang terlalu baik. Macam tak mampu nak marah nak naik angin, apa lagi nak ter4jang orang.

Pak Lan ni salah seorang manusia yang macam ni. Dia cerita, gaji dia dapat je memang terus dia bayar pinjaman rumah walhal pinjaman tu bini dia yang buat. Nama dalam SPA memang la berdua tapi beli rumah tu pun tak ada tanya pendapat Pak Lan pun katanya. B

ini dia kata, tu kan nafkah dan tanggungjawab seorang suami. Jadi orang yang baik ni, macam tu lah kan, kena tindas. Belakangan ini, baru aku tahu yang dia kerap kelaparan. Disebabkan dah biasa sembang dengan aku, dia pun tak segan mesej atau telefon aku untuk beritahu dah dua hari tak makan, lapar. Dah terketar – ketar.

Aku rasa berd0sa pula sebab rupanya ada jiran kelaparan tapi aku tak tahu. Aku tahu dia perIukan sokongan anak dia, tapi sebab hubungan memang tak erat sebab tak bela sendiri, anak pun macam tak berapa nak layan sangat ayah yang nak sambung balik hubungan.

Yang aku tahu, dia tak rela pun anaknya dibela orang. Tapi dia tak mampu nak Iawan. Dia kata, dia minta anaknya datang tolong cakap dan berdepan dengan orang tu supaya keluar dari rumah mereka. Tapi anaknya tak nak sebab serabut dengan hal – hal macam ni. Kesian kan?

Pak Lan kata dia nak larikan diri dari rumah, tapi aku tahu dia tak ada tempat nak pergi. Duit tak ada. Tersepit. Semalam aku jumpa dia, dia kata kritikal dah sekarang. Dia dah berjaya cakap sendiri dekat orang tu supaya keluar dari rumah dia sebab dia menjadi punca masalah antara dia dengan isteri dia. Lepas tu aku tanya la;

“Orang tu dah bungkus barang – barang dia ke?”

“Belum.”

Tepuk dahi aku dengar. Bayangkan kalau aku terserempak dia. Tak ikhlas betul aku nak senyum. Rajin juga aku cakap kat Pak Lan, “Agaknya kalau dia keluar nanti tak ada orang boleh hantarkan dia pergi kerja kot”.

Pak Lan cakap, “Akak kau boleh memandu la. Dia la selama ni yang bawak kereta kalau kami keluar pergi mana – mana. Dulu saya macam belangkas dengan dia pergi mana – mana. Sekarang dah tak lagi sejak adanya orang tu kat rumah saya.”

Aku kadang – kadang rasa macam, ke aku dengar sebeIah pihak je? Tapi aku rasa tak logik pulak. Sebab pertama, terang dan nyata memang tinggal satu rumah yang sama. Kedua, aku sendiri pernah tolong bayarkan duit rumah tu dekat bank, nama memang nama bini dia.

Aku pernah tolong semak berapa baki akaun Pak Lan tinggal dalam bank. Aku tanya juga, kenapa tak buat laporan polis je? Atau pun pergi pejabat agama. Dia cakap, isteri dia cakap dia tak ada niat nak bercerai dan bukan galak.

Pak Lan siap bagitahu kalau dia orang nak kahwin, dia tak kisah. Asalkan selesai dengan cara baik. Bukan biar je macam ni. Tapi isteri dia memang menafikan dan tak mahu penceraian. Aku tak nak sebut berkenaan jika ada keterlanjuran atau apa – apa.

Aku tak berani tanya dan dia pun tak cerita. Aku pun rasa macam tak ada unsur – unsur begitu. Cuma cerita utama dekat sini, dalam rumah ada ajnabi yang tinggal sekali tapi tak nak keluar dan tidak dikeluarkan. Jadinya kat sini, aku nak tanya, apa cadangan kalian?

Kadang – kadang aku cakap dekat pasangan aku, ke kita buat aduan dekat pejabat agama, depa datang buat operasi, terhalau la orang tu kan? Tapi macam kesian pulak. Nanti tercalar air muka dorang. Sudahlah kerja kerajaan.

Sampai aku rasa, aku bersubahat ke ni eh. Pak Lan tu tak mampu buat apa – apa dah. Dia bertindak tapi lembut – lembut je. Kalau berkasar dah lama settle rasanya. Huhu. Aku hargai cadangan dan komen kalian ya. Terima kasih! – MA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ratna Cokelat Stroberi : Seriously.. macam dah kene nasi kangkang or guna – guna je pakcik tu.. menurut je.. Yang paling teruk sampai takde duit nak makan. Duit gaji bagi kat bini semata – mata tapi bini duk la berhuha dalam rumah dengan jantan keparat lain.

Keje pun lebih kurang macam laki dia kot. Ajak pakcik tu berubat dalam masa sama boleh libatkn ustaz yang rukyah untuk bantu selesaikan masalah pakcik tu. Mesti ustaz pun takmau benda – benda d0sa ni orang lama biar kan. My 2cents.. kalau diri sendiri tak mampu nak bantu tegur dan selesai. Mungkin pihak ke 4 boleh tolong cari penyelesaian terbaik.

Amal Nasir : Kalau betul ni bukan halusinasi, Paklan keluarlah dari perkahwinan tu atau kahwin lagi satu please (kahwin baru). Kahwin dengan orang yang menghorm4ti dan menghargai pak lan dan tak menjadikan paklan suami yang dayus.

After that, move to somewhere else pls dengan isteri baru, cari ketenangan hidup ke. If kes ni ada kaitan dengan mentaI health issues, teman laa pak lan gi berubat (seek professional help / perubatan islam) juga if dia pun rasa something wrong dengan diri dia. Tapi ape ape pun selidiklah dulu both sides and watak – watak yang disebutkan tu sebelum buat apa – apa tindakan. Cerita pelik, tapi tak must4hil ada.

Wan Nurfaiza Syuhada : Speechless jap bila baca cite ni. Disebabkan awak da tahu jadi awak WAJIB mencegah dan cari penyelesaian. Tolong laa buat sesuatu bermula dengan panggil pejabat agama dan panggil Ustaz untuk tengok apa yang perlu dirawat or ubati.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?