Suami saya berpendapatan hampir RM6k sebulan, nafkah saya dicampur anak, RM500 sebulan. Tapi baki yang tinggal untuk dirinya hanyalah RM300 dengan zero simpanan. Ke mana pergi selebihnya gaji beliau? Bayar loan – loan adik dan ibu, bil-bil, belanja kawan, senang cerita semuanya habis untuk keluarganya dan kawan – kawan.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua. Terima kasih kepada admin kerana membenarkan penulisan saya ini. Saya telah berumah tangga selama hampir empat tahun, dikurniakan seorang anak.
Sepanjang perkahwinan ini, kami tinggal di rumah ibu mertua bersama lagi dua adik perempuan suami. Seorang telah bernikah dan seorang lagi masih belajar.
Sebelum berkahwin saya telah maklum dan bersiap sedia untuk tinggal bersama mertua kerana suami anak lelaki tunggal dan ibu mertua seorang diri.
Walaupun h4ncur berk3cai angan – angan mat jenin saya untuk punya rumah sendiri, menghias rumah mengikut cita rasa sendiri, saya sedapkan hati dengan kebaikan ibu mertua saya.
Beliau seorang yang baik, mesra dan sangat sporting. Saya yakinkan diri, saya nak cuba ubah persepsi negatif hidup sebumbung bersama mertua kepada positif.
Seawal sebulan kahwin, sportingnya mertua saya sehingga dia boleh masuk ke dalam bilik kami siap baring dan berselimut di atas katil kami. Bilik kami dijadikan seolah ruang tamu, tempat melepak di malam hari bagi ibu dan adik – adik.
Suami pun seolah membiarkan. Saya pernah menegur suami, tapi suami kata tak pe lah, keluarga kita bukan orang lain. Jadi bila mereka berkumpul di dalam bilik, saya akan keluar. Saya tak sertai mereka.
Saya buat hal saya sendiri, basuh pinggan, mengemas dapur dan sebagainya. Sedih saya, tiada tempat untuk mengadu, meluahkan kesedihan. Waktu itu, anak pun tiada lagi untuk hiburkan hati.
Saya pend4m sesungguhnya sehingga hampir tiap malam saya menangis. Saya tahu suami p4ntang bila saya mengadu perihal keluarganya. Sehinggalah suatu hari, bilik saya diberi guna oleh tetamu untuk bermalam ketika ketiadaan kami.
Begitu banyak bilik, bilik kelamin kami yang diberi. Masih ada tiga bilik kosong. Cuma bilik saya sedikit besar berbanding bilik lain. Bila saya tahu, meng4muk saya, tiga hari tak menegur suami dan ibu mertua.
Saya merayu pada suami tolonglah jangan biarkan sesiapa masuk bilik kita. Saya sedar ini bukan rumah saya. Saya tak pernah suka – suka masuk dan guna bilik atau ruang lain, hanya bilik ini saja saya minta untuk jadikan hak saya bebas buat apa – apa, pr1vasi saya.
Marah saya, sedihnya, tidur saya dengan air mata bayangkan katil yang saya tidur ini, orang luar guna sesuka hati. Akhirnya suami nasihatkan ibunya. Sehingga hari ini, jarang ibu dan adik – adik masuk dan orang luar tak dibenarkan sama sekali.
Selain itu, suami saya juga menanggung semua perbelanjaan termasuk perbelanjaan adiknya yang telah bernikah itu. Loan rumah, loan kereta, perbelanjaan makan dan minum, cuma pakaian je ditanggung sendiri adik.
Saya tiada masalah dengan adik bongsu kerana dia masih lagi belajar. Menjadi masalah apabila janji yang suami taburkan sebelum bernikah sehingga ke hari ini masih belum dapat beliau lunaskan.
Suami saya berpendapatan hampir RM6k sebulan, nafkah saya dicampur anak, RM500 sebulan. Baki RM300 sebulan untuk dirinya dengan zero simpanan. Siap pinjam pula dengan saya bila hujung bulan.
Ke mana pergi selebihnya gaji beliau? Bayar loan – loan adik dan ibu, bil – bil, belanja kawan, senang cerita semuanya habis untuk keluarganya dan kawan – kawan. Sedangkan saya, sedari mengandung hingga anak sudah hampir tiga tahun, tiada sehelai pakaian dibeli untuk kami.
Malah saya pernah minta izin untuk beli kereta dan ingin pinjam RM2K untuk cukupkan bayaran pendahuluan, ansuran saya sendiri akan bayar kerana saya juga bekerja,
Tapi katanya tiada duit dan bermacam – macam dia “basuh” pemikiran saya untuk tidak beli kereta, hingga saya anti dengan iklan kereta baru. Akhirnya diberi kereta lamanya.
Kondisi luar agak buruk, cat tertanggal dan kerap r0sak, m4ti dekat traffc light tu biasa. Tidak malu saya sekadar untuk berulang kerja, masalah besar bagi saya jika bersama dengan anak.
Kesian dia, kereta m4ti, aircond pun m4ti, kepanasan dalam kereta. Aduh.. sabar lah wahai hati.. Mertua selalu pesan pada suami, tanggungjawab suami untuk jaga adik – adik. Dah tu, saya bagaimana? Saya siapa?
Anak saya pula anak saya dengan siapa? Mertua saya baik, kasih pada anak – anak. Mahu yang terbaik untuk anaknya. Bila menantu lelaki berikan hadiah pada anaknya, bukan main happy dia.
Tapi anak lelakinya tak pernah meraikan saya, tak pula terasa. Walhal ibu ayah saya juga mahukan yang terbaik untuk saya. Saya menanggung kesemua kos anak termasuk insurans anak dan simpanan untuk belajar.
Suami hanya berikan nafkah RM500 yang terkadang beliau ambil semula dan juga bayar upah pengasuh. Saya tak akan mengungkit hal ini jika suami tidak mampu, tiada pendapatan, tapi suami saya bergaji agak besar tapi diberikan pada orang lain.
Itu yang saya sangat terkilan. Jika saya tegur, beliau akan ‘basuh’ saya, minta saya fikir secara positive. Padahal hanya nak katakan apa yang dibuatnya itu betul. Suami saya memang tak pernah pukuI dan jarang tinggikan suara tapi beliau cuba pengaruhi saya secara mental, brainwash saya seolah saya yang terlebih fikir dan bersalah.
Sepanjang berkahwin, kami pernah bercuti berdua pun hanya sekali sahaja. Selebihnya dia akan bawa semua ibu dan adik – adik. Kalau nak berdating dekat – dekat pun, kena bagitahu yang kami nak pergi berdua.
Jika tak, semua pasti nak ikut sekali. Walaupun hanya pergi ke kedai dobi. Saya sangat str3ss dan saya bukanlah jenis yang suka menceritakan masalah rumah tangga pada sesiapa. Saya seorang yang ceria awalnya, tapi kini masih cuba untuk ceria walaupun penuh memendam rasa.
Kepada keluarga juga tidak saya ceritakan. Tidak mahu saya keluarga turut bersedih. Antara cara saya menghilangkan str3ss ialah dengan bershopping dan balik berjumpa keluarga saya.
Saya tak pedulikan ibu mertua dan adik yang memerli saya boros, kerana saya guna duit saya sendiri, you all lagi boros dengan duit orang lain tak sedar pula ya. Hidup saya kini hanya untuk anak saya sahaja.
Dunia akhir4t, buah hati saya. Sentiasa ceria, bijak hiburkan hati saya. Berterima kasih saya pada Allah atas anugerah anak, benar – benar penghibur hati and I am strong because of my baby.
Hanya pada Allah tempat saya mengadu dan berg4ntung harap. Maafkan luahan hati saya yang begitu panjang. Doakan saya. Saya sayang keluarga saya. Sayang pada suami dan keluarga mertua, tapi saya mohon pada mertua tolonglah izinkan saya merasai nikmat pernikahan seperti orang lain.
Sudahlah mengawal segala gerak geri kami suami isteri. Janganlah bebani suami saya dengan begitu banyak tanggungjawab sehingga beliau mengabaikan tanggungjawab beliau pada isteri dan anak. Izinkan kami berbahagia di dunia juga di akhir4t. Itu saja. Terima kasih. – Nani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Miza Sanusi : Sewa atau beli rumah sendiri sebab tt berkerja, jadi perempuan dan isteri yang bijak, tempat tinggal yang selesa pun termasuk dalam nafkah, biar suami ulang alik, tak payah bagi kata dua, cakap tak p4ksa ikut, terpulang nak ulang alik macam mana biar husband susun sendiri.
Kalau husband ugvt nak cerai baru awak bagi kata dua, seumur hidup tu lama tau. Tunjuk dekat husband turutan nafkah dan adik beradik tak termasuk bawah tanggungan suami, ingat tau seumur hidup tu lama tau.
Jangan bazirkan hidup dekat orang yang tak hargai kita. Happiness is a choice.. Awak pilih la nak bahagia ke tidak. Jangan jadi watak wanita Iembik dalam cerita sinetron, asal baik kena pij4k.
Semua orang ada pilihan nak hidup bahagia, rugi dah kahwin tapi makan hati. Rugi sebab kahwin tu sepatutnya seronok.
Atie Hayati : Suami awak tu yang kena bertindak. Tapi dia b0doh, macam lembu kena cucuk hidung. Tak salah nak berbakti pada mak, adik beradik, itu memang tanggungjawab dia jugak.
Tapi berpada padalah. Nak bayar semua loan adik beradik apahal pulak? Sampai bahagian isteri pun disemp1tkan.
Nurul Ashikin Ali : Saya boleh komen dengan membakar lagi amarah sis sebab saya pun tak suka per4ngai dia. Tapi sis sayangkan suami dan mak mertua pun baik. Sikit – sikit tu biasa. Jangan difikir sangat duit suami tu, lagi fikir lagi str3ss.
Sungguh, kahwin dengan anak lelaki tunggal atau bongsu, itulah yang perlu hadapi. Banyakkan empati kepada suami, cakap sekali dia tak nak berubah, cukup. Be extra nice and manja, tunjuk puan juga perIukan dia.
Buat dia rasa seronok dan selesa dengan sis. Selesa. Orang lelaki cakap sekali dia tak ikut, tapi otak dia berfikir – fikir hal tu. Sabar sabar sabar untuk sis. Sis akan rasa kemanisan sabar dan pintar tu nanti.
I know u can, dari penulisan sis seorang yang pintar. If u can’t be4t them, join them. Play their game. Good luck.
Izzati Norahimi : Saya doakan tt diberikan ketabahan hati dalam melalui situasi ini. Cuba rujuk kaunselor perkahwinan yang bertauliah. Kaunseling ini bukan hanya bila ada masalah perkahwinan sebenarnya.
Malah lagi elok bila pasangan dapat commit setiap tahun untuk check tahap kesihatan hubungan perlahwinan. Macam kita cek tahap kesihatan tahunan.. Alhamdulillah tt diberi kelebihan untuk bekerja dan mempunyai duit sendiri.
Dari situ tt lebih bebas untuk buat perubahan dalam hidup. Pilihlah untuk menjadi wanita bahagia demi Allah swt.
Auni Dahlan : Kenapa perempuan, lepas kahwin terus jadi selemah – lemah manusia eh? Pend4m rasa, menangis sorang – sorang harap suami perasan ko tengah sedih kononnya. Memang mak ayah ko besarkan ko untuk kena buIi dengan laki dan keluarga dia ke?
Sungguh aku tak faham, bila orang nasihat suruh bertindak mula la cakap sayang suami lah, tak nak a1bkan suami lah. Dah kalau ko pun sanggup kena buIi dengan satu family dia, jangan la mengeluh. Orang yang baca ni jadi em0si, ko masih la melukut kat tepi gantang!!