Gaji papa 5 angka tapi anak2 pergi sekolah kelaparan, baju kusam. Tahu2 papa nak kahwin lain sebab mampu

Kami hidup bak pelarian, membawa sedikit pakaian yang sering mama tampal koyak sana sini. Kami dihalau jauh dari rumah. Rumah itu telalu mewah, tak layak diduduki mama. Papa bagi isteri barunya duduk. Mama pertahankan hak, mana kata yang kononnya mampu?? Pangg!! itu sahaja makanan mama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua warga FB. Baru – baru aku terbaca suatu berita “tak salah lelaki kahwin lebih dari satu” dari salah seorang pelakon, dan rata + rata dari orang yang memberi baIasan, kebanyakan mengencam status tersebut.

Bagi aku tiada yang salah dari kenyataan itu, selagi seorang lelaki itu mampu dari segi kewangan dan mampu bersikap adil kepada setiap satu dari isterinya. Bunyinya kedengaran bahagiakan, boleh beristeri lebih satu, bila berg4duh dengan ini, ke rumah isteri dua, bila berg4duh dengan isteri kedua ke rumah isteri keempat.

Bahagia bila setiap tempat yang pergi ada isteri yang menanti , lagi bahagia bila sekarang, nak tambah cawangan baru tak perlu persetujuan isteri yang pertama. Arhh indah sekali. Di sini aku ingin kongsikan pengalaman yang aku lalui sepanjang zaman aku membesar.

Cerita ini panjang terpulang jika dibaca atau diabaikan, disiarkan atau tidak, aku telalu lapang untuk meluah rasa dalam jiwa. Sedu aku menahan sebak, sebak bila mengenangkan aku sendiri penah mendengar kenyataan bahagianya beristeri muda dari seorang lelaki yang aku gelar PAPA.

Aku masih ingat bait – bait kata tu, masih segar lagi diingatan tawa papa kesukaan, kegembiraan, tawa orang dilamun cinta. Ketika aku masih terlalu naif untuk memahaminya, perkahwinan papa buat kali kedua tidak penah mendapat restu mama aku.

Ya.. semua orang menyalahi mama dalam hal ni, isteri tidak bau syurga, isteri derh4ka, dan pelbagai lagi. Papa aku orang yang disegani, memegang jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan, mempunyai gaji yang aku kira, pada ketika itu mewah.

Kami 7 beradik , tak pernah bejaya dapat apa pun bantuan kerajaan, buku atau makanan, biasiswa apatah lagi, hanya kerana sekeping slip gaji yang lebih dari apa yang kami layak. Wahai orang luar, seorang isteri adalah orang yang paling memahami suaminya lebih dari orang lain, tak perlu tengok tingginya serban atau budi pekertinya hingga mudah melempar kata nista.

Tahukah orang lain, ketika itu, baju sekolah kami adik beradik kusam, sepasang seorang, baju abang – abang kami ganti pakai saban tahun. Setiap pagi mak berbasikal ke pasar, mencari bekal untuk kami makan, bangun seawal 3 pagi untuk membuat jualan nasi lemak dan kuih.

Tak hilang penat, terp4ksa bekerja di kilang elektrik secara sambilan dan bersungguh mengambil upah menjahit baju demi menampung kehidupan harian? Tahukan orang lain yang mengh1na, anak – anak ini kelaparan ke sekolah, mengharapkan jika ada rakan yang tak ingin menjamah RMT (rancangan makanan tambahan) untuk santapan perut ketika itu.

Jika diharap dengan slip gaji 5 angka tu, kami sekeluarga hanya mampu makan nasi berlaukkan kicap, tidak pernah mama merasa wang pembelanjaan barang basah, wang nafkah yang wajib bagi seorang suami. Mama sangat naif, mama kasihan kan papa, apa sahaja yang dilakukan demi membantu papa yang kononnya berhabis wang demi keluarga.

Ketika itu, Papa berazam, kerana isteri barunya sangat baik, kerana isteri barunya sangat cantik dan kerana dia mampu papa mahu tambah cawangan. Mudah untuk papa larikan diri ketika mama mula membuka mulut kerana penat menyelesaikan urusan rumahtangga.

Sejak dari hari itu, papa lupa pada kami semua, pada anak – anak yang disayangi, pada isteri yang penah dicintai, membawa sekeping kertas untuk ditandatangani. Apa sahaja ‘makanan’ mama ketika itu, t4mpar, pukuI, pen3ndang, tali pinggang, helmet katakan sahaja, semuanya dah sedap dirasa.

Kami anak beranak turun naik balai bak rumah kedua, mama pert4hankan hubungan demi anak – anak yang hauskan kasih seorang ayah, mama pert4hankan bahawa papa tak pernah mampu untuk semua itu. Tapi tika itu hati seorang suami yang dilamun cinta hanya terpandang, ‘ya, aku mahu beri syurga kepadamu sayang, payung emas untuk kau pakai sayang, seorang peneman yang akan menyerikan hari – harimu, seorang teman untuk kau berborak tika usia menjelang senja.

Seorang kekasih yang akan menambahkan zuriat aku, anak – anak yang inginnya seramai satu team pasukan bola. Aku ingin membantu perempuan itu sayang, seperti nabi yang membantu perempuan yang tidak bersuami ketika zamannya.

Tidak mahukah kau, suamimu berada di syurga kerana kasih ini, kerana sunnah yang diperjuangkan ini?” Tak kisah papa aku atau orang lain, aku kira ini sahaja alasan seorang lelaki untuk menambah cawangan. Aku dah lali, terlalu lali sehingga jika aku dengar suami aku ingin berkata demikian, mahu je aku muntahkan sahaja isi perut ini ke mukanya, biar dia tahu s4kitnya yang penah aku rasa disebabkan alasan ini.

Sebagai anak, kami hidup bak pelarian per4ng, membawa sedikit pakaian yang sering mama tampal koyak di sini koyak di sana, dit3ndang papa sendiri jauh dari tempat tinggal kami. Rumah itu telalu mewah, tak layak diduduki mama, rumah itu telalu besar, untuk diduduki seorang isteri yang dah hilang serinya.

Kami dit3ndang jauh ke kampung, rumah gah pemberian kerajaan itu diberi pada isteri muda, mudah untuk isterinya ke tempat kerja, mama tidak bekerja, mama tidak layak, mama bukan wanita berkerjaya, malu dibawa ke majlis – majlis.

Anak – anak hanya menganggu kehidupan sang merpati dua sejoli yang baru bernikah itu. Waktu itu mama bak orang yang kem4tian anak, menpert4hankan hak, mempertahan kata – kata papa yang kononnya mampu, kalau mampu, sediakan tempat tinggal baru yang selesa, kalau mampu kenapa di pulau kami anak beranak.

Mana kata – kata adil yang ingin dilaksanakan, pangggg, itu sahaja makanan mama bila bersuara. Mama dari seorang yang paling lembut, gadis yang penah menjadi pujaan ramai jejaka kampung, selembut – lembut seorang ibu mula berubah, mama jadi kasar, kasar kerana ciptaan sikap papa, mama jadi pemarah.

Jadi seorang isteri yang mula member0ntak, kata mama, isteri yang dahulu terlalu b0doh diperb0dohkan, telalu baik dan telalu ingin menjadi isteri yang didambakan mana – mana suami. Tiada lagi manja mama, tiada lagi mesra dalam kata, selepas perkhawinan papa, mama mula bekerja, membanting tuIang membesarkan kami, menyekolahkan kami, aku tak penah kisah jika papa tidak pulang berhari – hari.

Tak pernah kisah jika penceraian itu terjadi, tak penah ambil tahu dan tak ingin langsung ambil tahu tentang papa, pernah juga aku berdoa, papa diambil tuhan awal, hilangkan d3rita kami sekeluarga. Bila kami tunjukkan amarah pada papa, mama selalu ingatkan, “itu papa awak, awak kena hormat, awak kena sayang selagi papa masih ada, apa yang belaku antara papa dan mama, adalah urusan kami berdua, dan sebagai anak awak harus jalankan tanggunjawab awak tehadap papa.”

Kami adik beradik membesar atas didikan mama, kami jadi manusia hanya kerana didikan mama, jadi orang yang berjaya juga hanya kerana mama. Kami anak – anak yang tidak penah ramah dengan papa hanya kerana ‘didikan’ papa.

Aku tahu, papa menyesal, terlalu menyesali sampai dia penah terluah kata dengan mata pejam akibat khayaI ubat ketika s4kit datang menyer4ng. Dia juga menghulur maaf dalam titisan airmata yang dia sendiri tidak sedar.

Perkahwinan papa yang kedua, bukan suatu kejayaan yang besar, yang seperti dik4takan papa pada awalnya. Papa kini lelah diusia senja, berulang ke hulur ke hilir mengganti waktu setiap isteri. Adilnya tak pernah nampak di mata manusia, mana tanggungjawab, nafkahnya tidak pernah aku tahu.

Kenapa tidak dilaksanakan, sedangkan papa pejuaang agama, tanggungjawab perbelanjaan mama, makan minum mama, biarlah itu antara mereka dan tuhan. Pernah ketika aku terserempak dengan rakan papa yang ingin menambah cawangan, katanya papa penah menasihati, “jika bahagia yang kau cari, kekalkan yang mana masih menanti, masih bahagia dan tidak dicemari, dan jika d3rita yang ingin kau nikm4ti, kau kahwinlah satu lagi.”

Konsep adil ini bukan pekara yang mudah, nak jadi suami tanggunjawab itu berat, tambah cawangan bukan kisah yang telalu bahagia untuk kau bayangkan macam dalam mimpi – mimpi kau semalam, serupa kau musn4hkan kebahagian yang memang depan mata, untuk kecap bahagia yang kau sendiri tak tahu rupa bahagia itu, sebuah pertaruhan yang akan kau hadap seumur hidup kau.

Jangan dipikirkan sunnah yang satu ini, jika sunnah yang lain tak pernah sangat kau ikut, k3ncing masih berdiri, kadang – kadang lupa pula baca doa makan, r0kok jadi kewajipan, jika sunnah dan ajaran yang sekecil ini kau masih tunggang langgang, jangan dikejar sunnah yang menambah beban d0sa kau kelak, hidup ini yang dicari amalan di sana, jaga – jaga jika adil itu kau mungkiri.

Di sebaliknya pulak, beristeri lebih dari satu ni tak penah salah yer, wahai isteri isteri penghuni syurga sekalian, tak perlulah kau mengecam memb4bi buta, macam benda ini terlarang dalam agama yang kau amalkan, tak pernah salah kalau tak salah cara membahagikan adil dan kesenangan kedua – dua pihak dengan betul dan jika kesemua pihak yang terlibat saling sayang menyayangi dan saling mempersetujui.

Bukan tak wujud keluarga bahagia yang dalamnya ada isteri isteri syurga yang saling berkongsi kasih, penah juga aku baca, seorang wanita yang telalu mencintai suaminya, izinkan suami menikah lagi hanya kerana takutkan rasa cinta yang melebihi cinta pada tuhan, aku terkedu membacanya, hebatnya kisah wanita tersebut, dan hebatnya bahagia yang Allah kirimkan. – nabila

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.