Mak tanya siapa yg ‘buat’ untuk tutup mulut aku, mak bagi aku air fanta hijau

Mak cakap must4hil saud4ra mara mak nak buat macam itu. Aku dah tak kongsi apa2 dgn mak, sehinggalah aku kahwin. Kisah silam aku dijadikan bahan t4ruhan, dipukuI ketika hamil dan akhirnya aku nekad ambil keputvsan walaupun hanya surirumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berusia awal 40-an. Aku telah bercerai sejak 5 tahun yang lalu dan mempunyai sepasang anak yang aku jaga. Apa yang aku ingin ceritakan bukanlah tentang penceraian aku tapi lebih kepada diri aku sendiri.

Aku sedikit tr1gger membaca post Facebook seseorang berkenaan kanak – kanak m4ngsa gangguan s3ksual. Ini kisah aku. Mudah – mudahan menjadi ped0man buat yang sama situasi seperti aku dan yang lain – lainnya. Aku minta maaf terlebih dahulu sebab kisah aku ini panjang.

Aku berasal dari keluarga bercerai. Mak dan abah berpisah masa aku 7 tahun. Abah menghilangkan diri bersama keluarga baru dan mak akulah yang membesarkan aku 5 beradik dengan susah payah. Abah langsung tidak pedulikan kami apatah lagi nak beri nafkah.

Mak aku buat bermacam – macam jenis kerja dari tukang cuci hinggalah menjadi orang gaji. Mak aku kurang berpendidikan dan sepanjang berkahwin beliau surirumah. Bila abah tiba – tiba menghilang, mak terp4ksa keluar bekerja demi menyara kami adjk beradik yang lahir rapat – rapat dan masih bersekolah.

Kami lebih kepada hidup sendiri sebab mak seawal subuh sudah naik bas ke tempat kerja dan akan pulang malam. Makan apa adanya, urus diri sesama sendiri. Kami hanya belajar agama di sekolah pagi saja dan memang kami semua tidak pandai Al-Quran.

Mak aku sejak abah tinggalkan kami, beliau jadi sem4kin abus1ve. Akulah pvnching bag mak. DipukuI sehingga berd4rah dan berjahit, dim4ki hamun betina siaI, pemalas semua sudah lali di pendengaran aku walaupun ketika itu aku masih sekolah rendah.

Aku dan adik di bawah akulah sering jadi m4ngsa mak. Berbalik kepada kisah aku, aku menjadi m4ngsa pertama kali masa berumur 7 tahun oleh pakcik sepupu aku sendiri. Dia datang ke rumah masa mak aku kerja. Yang ada masa itu aku adik beradik dan arw4h nenek yang uzur.

Masa itu aku tidak tahu ‘benda’ itu salah. Aku dapat jangkitan di bahagian sulit dan aku ingat masa itu mak bawa aku mendapatkan rawatan di kIinik swasta. Aku masih ingat dengan jelas baju apa aku pakai ketika itu dan kIinik mana aku dirawat.

Doktor beritahu mak keadaan aku, masa balik mak ada tanya siapa yang buat dan aku sebut nama si polan. Kemudian mak pesan jangan beritahu sesiapa dan mak belanja aku air Fanta hijau dalam plastik ik4t tepi. Aku menurut saja.

Aku cuma budak yang tidak faham kek3jaman dunia. Sejak itu bila si polan itu datang, aku akan menyorok bawah katil milik arw4h nenek aku. Aku akan tunggu sampai dia balik baru aku keluar. Dia akan gunakan alasan nak bawa aku ke kedailah, nak bagi gula – gula lah.

Aku tetap tidak mahu keluar. Mak aku? Mak tidak ambil apa – apa tindakan pada si polan dan masa itu abah pun sudah jarang balik rumah. Aku tidak pasti kenapa mak aku buat macam itu. Sampai saat ini aku tidak pernah bertanya pada mak soal itu.

Kejadian semacam itu tidak berhenti setakat itu saja, aku turut dicabuI dan diperk0sa beberapa kali lagi oleh 2 lagi orang lain. Sampai umur aku 11 tahun, aku sudah tahu dan faham perkara itu salah maka aku beranikan diri beritahu mak.

Tapi alangkah sedihnya hati aku sebab mak kata aku mereka – reka cerita. Mak kata must4hil saud4ra mara mak nak buat macam itu. Sejak itu aku nekad, aku takkan bercerita lagi pada mak. Aku sudah tidak percaya sesiapa lagi.

Tambahan masa itu mak masih kerap membeIasah aku bila aku tidak menurut kata mak untuk buat kerja – kerja rumah. Kejadian cabuI dan r0g0l masih berlaku sampai aku masuk sekolah menengah. Aku hampir putvs asa kerana jika mak tidak percayakan aku, siapalah yang akan percayakan aku?

Aku menjadi malu nak ceritakan pada sesiapa kerana aku rasa diri aku kotor dan jijik. Mujurlah si polan si polan tu berhenti bila aku sudah boleh meIawan. Masuk usia remaja aku jadi sangat sangat member0ntak pada mak.

Aku sangat panas baran. Mak sudah tidak lagi memukuI aku. Kalau mak marah aku akan Iawan cakap mak. (Astagfirullah al azim jahiInya aku waktu tu). Bila aku marah dengan mak atau adik beradik aku, aku akan keluar dari rumah berjalan kaki untuk ke pantai tak kisahlah jam berapa pun.

Lepas aku lega, aku balik rumah. Alhamdulillah aku tidaklah terjebak ke kancah gejala sosiaI atau berkawan dengan budak – budak nakal. Aku perahsia dan tidak ada ramai kawan. Aku bersyukur aku dikurniakan akal yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran walaupun hidup serba kekurangan dan sangat dhaif.

Kami selalu kelaparan, rumah tiada bekalan elektrik hatta tandas sempurna pun tiada. Kami hanya memakai baju – baju terpakai pemberian orang tapi aku tetap bersyukur. Cuma aku sentiasa mempunyai amarah dalam diri, selalu meIawan cakap mak dan personaliti aku menjadi kasar.

Kelembutan aku hilang. Di sekolah aku menjadi pendiam, aku tidak banyak bercakap dan aku kerap memerhati. Pun begitu, keputvsan peperiksaan aku tidak pernah mengecewakan kerana pada fikiran aku ketika itu, hanya pelajaranlah harapan dan kekuatan aku untuk meneruskan hidup yang terasa kotor dan h1na.

Aku terus cemerlang untuk tahun – tahun tahun berikutnya, aku berjaya menamatkan pengajian di universiti, aku berjaya menjawat pelbagai jawatan di firma multinasional dan kemudian jawatan selesa di sektor kerajaan.

Namun takdir kembali menguji aku. Kekuatan dan kebahagiaan aku tidak lama sehingga aku berkahwin. Di sinilah segalanya bermula. Selepas berkahwin aku akui aku menjadi lemah dan tunduk pada suami kerana ketika itu, aku rasa Allah telah angkat martabat aku yang kotor ini menjadi isteri seseorang.

Maka aku harus berk0rban. Aku belajar jadi penyabar, perlahan – lahan tiada lagi panas baran dalam diri aku. Walaupun aku jahiI, aku masih mahu merasa syurga kononnya. Begitu jahiInya pemikiran aku ketika itu. Aku disuruh berhenti kerja dan menjadi surirumah sebaik sahaja bernikah walaupun komitmen kewangan ketika itu agak tinggi.

Aku yang taat membuta tuIi menurut segala kehendak suami aku. Suami aku seorang yang agak abus1ve physicaIIy dan mentaIIy. Dia tahu kisah – kisah aku dan dia gunakan untuk men3ntang aku bila kami bertengk4r atau ada perselisihan faham.

Segala peng0rbanan aku sia – sia, bukan setakat dipukuI meski waktu sarat hamil, aku turut dih1na bila bertengk4r malah dicurangi berulangkali. Setelah beberapa tahun berkahwin dan mempunyai anak – anak, tekanan demi tekanan yang hebat menyebabkan aku disahkan menghidap beberapa jenis peny4kit mentaI.

Aku disahkan mempunyai PTSD iaitu post traum4tic str3ss dis0rder akibat tr4uma masa lalu did3ra secara mentaI, fizikaI dan s3ksual. Aku juga didiagnos mempunyai kepelbagain personaliti (DID) , general anx1ety dis0rder (GAD) dan major depr3ssion(MDD).

Rupa – rupanya peny4kit – peny4kit ini sudah lama ada pada aku cuma ia meIetus bila aku masuk 30-an. Setelah sedekad berkahwin, akhirnya aku membulatkan tekad untuk failkan penceraian. Aku bercerai secara baik dengan bekas suami.

Aku katakan padanya, aku tidak mampu membahagiakan dia dan aku tidak boleh terus kehilangan diri aku sendiri. Aku tidak sempurna sebagai isteri, aku penuh caca marba. Aku ketika itu jatuh terduduk, segala yang aku bina ranap sepanjang perkahwinan aku.

Namun sedikit pun aku tidak menyesal bercerai. Aku tidak tunjukkan lemahnya aku. Pada aku, Allah telah izinkan aku menjadi ibu. Nikmat terbesar aku. Aku sangat sayangkan anak – anak aku, tidak pernah aku lakukan apa mak aku lakukan pada aku dulu kepada anak – anak aku.

Malah aku dan anak – anak macam kawan baik. Aku pastikan anak – anak aku boleh bercerita semua pada aku. Kami sangat rapat. Demi itu aku sanggup berk0rban apa saja demi anak – anak aku. Tentang mak, aku sudah lama berbaik dengan mak.

Sejak zaman aku di universiti lagi. Seorang ibu tiada d0sa pada anaknya. Malah sekarang aku sangat – sangat rapat dengan mak. Apa yang mak mahukan, aku cuba tunaikan. Aku kini sudah tidak lagi menyalahkan mak, mak jadi macam itu sebab pend3ritaan yang dia alami.

Mak seorang diri menghadapi segala kesulitan hidup. Mak tiada sesiapa untuk meluahkan kesedihan. Mak tiada sesiapa dapat memahami dirinya ketika itu. Mak anak tunggal arw4h nenek. Tak ada adik beradik. Miskin, tak berpendidikan, kurang didikan agama dan sentiasa berhadapan h1naan orang kampung.

Dicaci dih1na sebab menjadi janda miskin. Mak tertekan. Aku faham.. andai tubuh kecil aku mampu melegakan amarah mak pada takdir, aku terima itu sebagai ujian yang Allah beri pada aku. Aku tidak berd3ndam sekelumit pun pada mak dan abah. Demi Allah, aku telah lama redha.

Allah telah beri aku bermacam – macam bakat dan kelebihan yang lain walaupun dugaan pahit aku bermula sejak kecil. Kini, aku bangkit sekali lagi pasca penceraian aku. Aku masih berusaha mencari kesembuhan diri, menguatkan mentaI dan em0si aku.

Aku sudah boleh tegak berdiri. Demi anak – anak aku, aku tidak boleh tewas dengan permainan takdir ini. Aku berjaya mengukir nama dalam kerjaya baru dan Allah permudahkan urusan pekerjaan aku. Ada masa, aku akan ‘s4kit’ tapi tidaklah begitu teruk seperti saat aku masih berkahwin.

Jikalau kalian tertanya – tanya, tidakkah aku pernah marah dengan takdir? Ya aku pernah. Aku pernah hampir putvs asa, aku pernah melakukan cubaan bunvh diri semasa remaja dan ditahan di wad hospitaI. Aku masih berhadapan breakdown berulang kali, aku akan mengasingkan diri (self isolation) apabila aku mula rasa kurang ‘sihat’.

Malah ketika aku baru – baru bercerai aku sukarela mendapatkan rawatan psiki4tri bila aku rasa aku perIukan pertolongan orang yang tepat. Ketika aku ‘lost’, aku akan bercerita pada Allah. Aku akan menangis semahu – mahunya.

Kalau aku uzur dan tidak boleh solat, bila aku str3ss aku akan ke pantai, menangis dalam kereta. Tidak aku pedulikan siapa yang melihat asalkan bukan anak – anak aku. Aku tidak mahu anak – anak nampak aku sedih. Aku manusia biasa. Aku pun ada titik lemah.

Oh ya, aku belajar solat dan mengaji sendiri sejak aku sekolah menengah selepas kes aku hampir bunvh diri tu. Aku beli buku solat dan mengaji pula semasa aku sudah berkahwin. Ada kenalan hadiahkan Al-Quran yang ada pen beraudio tu sempena pernikahan aku.

Aku belajar dari situ sebab aku masih menebal rasa malu nak berguru. Aku belum kuat untuk dipandang rendah lagi, ya aku tahu belajar agama tidak boleh malu. Tapi aku belum cukup kuat menghadapi benda tu sebab aku selalu terkenang disindir ustazah semasa sekolah menengah kerana tidak lancar mengaji.

Aku kini sudah menerima diri aku. Aku sudah belajar mencintai dan menghargai diri aku sendiri. Ya aku akui, aku dam4ged and br0ken, tapi aku positif aku akan sembuh suatu hari nanti. In sha Allah. Jika kalian sudi, doakan aku ya.

Aku mahu menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhir4t. Niat aku adalah untuk menubuhkan yayasan kebajikan untuk anak – anak m4ngsa d3ra mentaI, fizikaI dan s3ksual seperti aku. Yang jiwa mereka rapuh bak sayap sang rama – rama.

Aku ingin membiayai ko s- kos rawatan psiki4tri anak – anak seperti ini pada usia mereka masih muda. Tr4uma seperti ini perlu dirawat dari peringkat awal. Agar nasib mereka kelak lebih baik dari aku. Agar mereka tahu, masih ada jiwa yang berlapang d4da mendengar cerita dan kisah mereka. Agar mereka tahu, mereka tidak bersendirian.

Saat ini aku masih bahagia sendiri dengan anak – anak. Aku akui aku agak skeptikal tentang lelaki – lelaki yang ingin mendekati aku. Pintu hati aku belum terbuka. Doakan aku bertemu j0doh lelaki yang baik – baik suatu hari nanti.

Yang menerima aku apa adanya. Yang boleh membantu membawa aku ke syurga. Aku tidak serik untuk berumahtangga kerana aku mahu m4ti kelak di dalam redha seorang suami. In sha Allah. Terima kasih sudi membaca luahan pengalaman aku.

Untuk yang senasib, jangan putvs asa ya. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu di luar keupayaan kita. Bersangka baik dengan Allah, pasti ada sinar di penghujungnya. Syurga itu bukan percuma, kita perlu usaha untuk membuktikan adakah kita layak menghuninya.

Moga Allah ampunkan d0sa – d0sa aku dan terima taubat aku. Aamiin. Dari aku yang masih jahiI, – Helena (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Asni Abdullah New ” Big hug to you sis.. Tahniah anda dapat mengatasi satu demi satu cab4ran tanpa d3ndam dan dapat memaafkan. Betapa Allah itu Maha Penyayang, diberi ujian dan diberi kekuatan minda untuk mencerakin mana yang betul dan mana yang salah.

Semoga ada bahagia menunggu anda di kemudian hari bersama – sama lelaki kiriman Allah yang mampu memimpin tangan sis ke syurga. Teruskan usaha belajar mengaji dan mendalami agama kerana Syurga itu Mahal dan tidak Mudah. Namun bukan Must4hil.

Norhayati Sulaiman : Allahuakbar. Berat betul d3rita yang puan sudah tanggung dan lalui. Tapi Allah memang sayangkan puan. Dia beri ujian tapi Dia juga beri jalan keluar dan kekuatan untuk puan menghadapi nya. Semoga yang baik – baik untuk puan sekeluarga. Semoga Allah juga sentiasa meIindungi puan sekeluarga.

Mell Mell : TT sebenarnya berjiwa kental. Kesilapan berhenti kerja di awal perkahwinan. Sepatutnya berhenti setelah berjaya membeli rumah, kereta sendiri dan ada sedikit simpann. Tapi benda dah jadi. Semoga tabah dan dipermudahkan urusannya untuk mencapai cita – cita.

Andai ada j0doh satu hari nanti tak perlu ceritakn kisah silam pada bakal suami. Hati orang kita tak tahu. Nanti diambil kesempatan dan dipandang h1na. Biar Allah saja yang tahu.

Arman Kastello : Betul kata kau, bukan mudah untuk masuk syurga, bukan dengan solat tonggang – tonggek tonggang – tonggek terus dijamin ahli syurga. Hisaban Allah swt sangat berat. Moga kau berjaya dunia akhir4t. Insan yang istimewa diberi ujian yang sangat berat. Maybe kaulah insan terpilih itu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.