Masa aku baru sangat kahwin mertua ada jumpa aku cerita perihal biras aku yang dah lama tak pulang ke kampung, tak bertanya khabar. Sampai menangis – nangis dia cerita. Sekarang bila aku dah kena batang hidung baru aku paham. Kemuncaknya bila mak mertua mesej laki aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini lagi kisah mertua yang aku ingin kongsikan. Aku bertemu dan berkenalan dengan suami dalam masa yang singkat. Berkawan bertunang berkahwin dalam tahun yang sama. Suami ada sorang abang (berkahwin) dan sorang adik.
Masa aku baru sangat kahwin mertua ada jumpa aku cerita perihal biras aku yang dah lama tak pulang ke kampung, tak bertanya khabar. Sampai menangis – nangis dia cerita. Aku dengar je la sebab nak komen lebih aku tak kenal biras aku.
Bila dah kena batang hidung sendiri baru aku tahu kenapa biras aku per4ngai macam tu. Pertama sekali, aku kena bila aku ambil cuti raya panjang untuk pulang ke kampung suami aku di selatan dan separuh cuti ke kampung aku di timur, sepatutnya la.
Janji tinggal janji sebab mertua aku bagi pelbagai alasan tak bagi pulang beraya sebeIah aku. Jalan jem la jauh la letih badan la dan macam – macam lagi. Aku rasa ann0ying giIa sebab macam dia sengaja nak anak laki dia cuti lama di kampung dia.
Bermula dari situ aku stop hulur duit dekat mertua sebab dia punya tak bagi aku balik tu sampai minta habis sokongan saud4ra mara yang lain. Ramai – ramai datang basuh otak aku. Aku menangis tak berlagu raya tahun tu.
Sebelum ni masa bujang suami aku tak hulur duit sebab duit mertua aku pun lagi banyak daripada dia tapi aku rasa tak adil sebab aku hulur kepada mak aku, jadi aku hulurkan juga ke mertua duit aku tapi melalui tangan suami. Biar la dia fikir anak dia bagi tapi lepas kejadian tu aku stop hulur sebab s4kit hati.
Lepas tu aku bersalin berp4ntang dengan mak aku. Dia datang jenguk pastu bising dekat suami sebab aku tak pakai param pilis bagai. Macam nak cakap mak aku jaga p4ntang macam tak p4ntang. Dia ada juga cakap nak jaga aku p4ntang, agaknya dia sentap bila aku reject tu dia banyak complain. Ok situ aku pend4m.
Masa anak lelaki dia buat hal. Tengah aku ada konfIik laki bini, dia lagi datang rumah menambah bara aku. Aku keluar rumah bawa baju dengan anak sekali. Dia call mak aku cakap dia nak balik hari yang sama juga sebab aku tak layan dia. Mak aku cakap orang tengah marah biasa la tu. Laki aku pun tegur mak dia masa tu sebab asyik cari salah aku padahal terang – terang kot anak laki sendiri buat hal.
Masa anak aku membesar ada je yang dia complain. Lubang put1ng susu kecil anak tak puas hisap la. Anak aku tak suka buai dia sibuk nak letak buai la. Macam – macam lagi la. Serba tak kena dengan cara aku jaga anak. Situ aku pend4m lagi.
Dia add facebook aku. Aku up status dia komen. Lepas tu complain kat laki aku cakap suka mengeluh. Pulak dah. Status aku tu macam status kawan – kawan aku jugak. Facebook aku kot. So aku remove dia. Tak suka tengok jadi tak usah la tengok. Ye dak? Situ aku pend4m.
Ada sekali tu mertua aku datang bandar rumah adik laki dia. Kira bapa saud4ra laki aku la. Kami join sekali berkumpul. Lagi dia complain sebab aku tak salam adik laki dia. Laki mak saud4ra aku pun aku tak salam ini lagi adik laki dia. Apa kena la mertua aku ni. Aku nak kata dia tak tahu hukvm pelik juga aku.
Untuk pengetahuan, in law aku ni orang yang 5 waktu di masjid ye. Hari – hari baca quran punya orang. Pakai bertutup litup berbaju kurung 24 jam. Masakan dia tak tahu yang aku tak boleh salam dengan adik laki dia. Haih kena complain lagi. Situ aku pend4m juga. Oh tukang menyampai mesti la laki aku sebab mertua aku pesan dengan dia minta tegur bini yang tak beradab ni. Huhu.
Laki aku dapat beli rumah, jadi dia nak la hias rumah dia, beli dapur beli oven buat kabinet semua pakai duit sendiri. Laki aku nak pakai penyedut asap kat dapur tu. Masa tu bincang kat rumah biras yang pakai benda alah tu jugak. Masa tu biras aku masak sardin. Dan – dan tu juga dia perIi, “eleh kalau pasang benda tu setakat masak sardin baik tak payah”.
Aku tak tahu la biras aku terasa ke tak tapi aku buat tak tahu je sebab pakai nanti dekat rumah anak laki dia sendiri juga bukan rumah aku. Situ memang aku take note dah orang tua ni memang tak suka menantu. Anak – anak dia je elok semua anak orang tak guna.
Kemudian mertua aku ni suka hantar ayat – ayat bergambar bunyi lebih kurang, “setiap susu ibu yang mengalir umpama penat lelah dalam membesarkan anak – anak. Jadi jangan derh4ka kepada orang tua yang membesarkan mu”. Ayat – ayat gitu banyak la tapi semuanya pasal ibu bapa takde sikit pun cakap pasal tugas laki terhadap bini.
Balik – balik ayat pasal mak ayah. Balik – balik tugas anak – anak terhadap ibu bapa. Latest ni dia pos ayat, “jangan dihalang anak lelaki berbakti kepada ibunya kerna kelak kau akan mempunyai anak lelaki yang akan berbakti kepadamu di usia senjamu. Ramai anak derh4ka kerana ayahnya juga derh4ka kepada ibunya sendiri”. Post pula dekat facebook. Dah macam aku ni pula yang halang anak dia buat itu ini.
Mertua aku ni tak fikir ke bila dia pos macam tu confirm kawan – kawan dia cakap mesti menantu dia kontrol anak laki dia ni. Menantu dia siapa? Aku la. Aku juga yang jahat. Padahal semua keputvsan laki aku buat. Nak balik kampung dia pun aku iyakan je walaupun aku tahu kena hadap per4ngai mertua aku ni. Tak pernah sekali aku haIang laki aku. Lepas daripada pos tu aku rasa macam nak meIetup je.
Sebab bagi aku memang dah meIampau sampai mak aku sendiri tanya pos tu tuju dekat aku ke? Mak aku friend dengan mertua dalam fb. Allah geram betul aku. Sudahnya aku mampu nangis je la. Nak marah tak boleh.
Kemuncaknya bila dia mesej laki aku. Pesan cakap harap – harap lepas ni aku m4kin rajin. Tak jadi pemalas lagi. Eh memang la orang tua ni. Kurang sopan sungguh. Aku ni orang bekerja 6 hari seminggu. Rumah aku ni tak berkemas sebab aku ada anak kecil. Aku dah kemas anak aku sepahkan balik. Anak dia cuti 2 hari seminggu anak dia la kemas.
Cuti aku yang sehari itu pun dah bawa anak – anak keluar berjalan. Balik berjalan aku juga iron baju kerja kami laki bini. Kemas baju anak – anak untuk hantar rumah pengasuh. Lipat baju susun baju. Dah macam aku kerja 7 hari seminggu. Pemalas ni juga tolong anak dia bayar bil itu ini.
Pemalas ni juga keluar duit tanggung cucu – cucu dia sebab anak dia dah tak mampu nak tanggung sebab dok bayar hutang pinjaman yang dia sendiri minta anak laki dia buat zaman bujang dulu. Aku s4kit hati punya pasal tahu dia cakap aku pemalas sampai migr4in.
Aku ni bukan orang jenis penyabar. Mulut Iancang. Ikut hati nak je aku basuh mertua aku ni tapi sebab aku kesian dengan laki aku yang tersepit aku senyapkan je. Sampai bila? Aku sendiri pun tak tahu. Aku sendiri ada anak lelaki.
Hari – hari doa minta jauh aku layan menantu aku macam ni. Jangan aku tua esok menyusahkan anak – anak. Cukup sahaja anak – anak aku tak lupa aku. Kita membesarkan anak – anak untuk mereka jadi orang berjaya dan bahagia bukan untuk nak hadap per4ngai tak semengah kita bila dah tua nanti.
P/s : maaf kalau jalan cerita berterabur sebab aku tak biasa taip panjang – panjang dan banyak sangat nak disampaikan. – NA (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ellona Alleysia : Mak mertua ipar – ipar yang kaki membawang jangan kau approve jadi friends dalam sosiaI media. Elok kau jauhkan diri, buat 2 akaun fb, kau approve sed4ra mara yang fb kau jarang update, biar jumpa pun masa perayaan jer, nak bahagia rumahtangga jangan baik sangat, baik berpada – pada, sebab peny4kit hati tu memang ada. Nanti kau post makan aiskrim dalam fb pun dia s4kit hati.
Syiddah Aziz : Bab mak pak mertua ni takleh nak kata apa la sis. Depa bukan budak – budak kita boleh tegur. Kalau baIas nanti jadi per4ng besaq pulak. Cara paling baik bagi saya, kalau mak mertua jenis suka duk share pasal artikel pasal anak menantu tu, sis share la pulak pasal sebaliknya. Atau sis taip bagi ni kat group wasap tu. Ni saya copy dari komen confession lepas yang tajuk jaga hati mertua tu. Ni salah 1 komen yang ada kat situ.
Maaf jika terasa. Tapi saya punya pendapat berbeza, yang mgkin sama dengan pembaca. “Anak lelaki jadi derh4ka bukan sebab isteri tapi sebab ibu ayah yang tak bagi peluang anak lelaki ini tadi jadi ketua keluarga sendiri. Mereka mahu berkongsi takhta nakhoda kapal. Itu punca kapal susah dikawal. Urusan keluarga anak lelaki, biarlah mereka corakkan. Ibu bapa jangan compIicated sangat. Jangan buat anak lelaki jadi tersepit antara ibu dan isteri. Saya selalu pesan pada diri dari muda ni, pupuk hati untuk jadi ibu yang memahami dihari tua nanti.”
Bonda Aiman : Abaikan manusia t0ksik walaupun mertua. Bukan sebab benci tapi sebab kita tak mau berd0sa menjawab dengan mulut maupun lintasan hati. Kalau apa yang mak mertua cakap itu adalah nasihat wajarlah kita tadah telinga. Tapi kalau asyik negatif bimbang stimuIate ceII c4ncer dalam badan. Kita sebagai menantu pun ada hak untuk bahagia walaupun ada yang tak setuju cara kita asalkan tak meIanggar syariat. Banyak – banyak doakan yang baik – baik dan hadiahkan Al Fatihah.
Pelangi itu hadir apabila cahaya dibiaskan oleh titisan air hujan. Keindahan hidup itu akan dirasai nikmatnya selepas penat melalui kepahitan. Maka anggap sahaja Allah nak hadiahkan Pelangi (keindahan). Maka TT perlu penat meredah kepahitan (titisan air hujan) agar nanti cahaya (nikmat) dapat dibiaskan. Tiada apa yang berlaku dengan sia – sia sebab Allahumma Ya Bari’ sebaik – baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk h4mbaNya.
Cik Adiera : Sis, benda simple. BIock je dari FB. Remove tak payah dia still boleh nampak FB sis. Macam saya, saya hanya layan mak mertua bila balik rumah dia jer dan dia datang rumah saya. Selebihnya takde pun saya nak contact dia. Kalau suami call dia ada la saya pesan kirim salam or tanya khabar. Sebab saya perasan mak mertua layan anak – anak dia macam puteri dan menantu perempuan dia layan biasa – biasa je. So saya dan biras buat balik. Haha. Dia nak menantu lelaki yang bagus – bagus.
Macam kitaorang tak bagus pulak. Haha tapi still hormat la. Takde burukkan dia. Nak lebih – lebih tu tak ada lah sebab saya dan biras – biras perempuan lain banyak kali dah terasa dengan dia. Kalau dia tegur pape buat pek4k je. Pasal isu balik kampung pernah jugak jadi dekat saya, tapi saya cakap direct pada suami. Jangan halang saya balik rumah mak saya, saya pun masih ada orang tua nak berbakti bukan awak sorang je. Kadang kami balik asing. Pedulilah emak dia nak cakap apa, asalkan suami saya bagi keizinan. Saya rasa dah cukup baik sebagai menantu tapi itulah menantu kan tetap orang luar.
Na Rai Na : Mak mertua aku suka forward wasap pasal d0sa anak derh4ka, pahala buat baik dengan orang tua bla bla bla. Macam nak perIi cara halus. Jadi, apa aku buat? Aku forward balik whatsapp yang menyentuh isu keibubapaan. Macam, ciri – ciri ibu bapa yang derh4ka pada anak, turutan nafkah seorang anak lelaki, orang tua penunggang agama (jenis yang akan pakai dalil anak derh4ka bila tak ikut cakap dia) dan sebagainya. Sampai sekarang dah nak masuk setahun dia tak ada forward satu apa pun kat aku lagi. Aman hidup.