Dulu suami miskin tapi lepas kahwin dua dia hidup senang siap pakai vellfire

4 tahun lepas saya keluar dari rumah tanpa izin suami sebab saya kecewa dia kahwin dengan janda anak satu sedangkan dia miskin tak ada harta. Tapi sekarang saya nampak mereka dah ada rumah besar dan pakai kereta vellfire. Saya nak suami saya ceraikan madu saya. Saya pon nak hidup senang bukan perempuan tu sorang sahaja.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca semua. Di sini saya nak meluah tentang sedikit masaalah yang saya hadapi dan minta pandangan dari ahli group ini. Saya merupakan isteri pertama, umur saya 57 tahun.

Suami saya pula berumur 45 tahun. Dan sudah 4 tahun juga saya berjauhan dengan suami. Saya keluar dari rumah tanpa pengetahuan suami saat suami berada di rumah isteri kedua. Saya balik rumah keluarga saya dan saya nekad tak nak pulang lagi pada suami saya selepas dia ambil keputvsan kahwin dua.

Kami mempunyai 3 orang anak. 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Seorang sudah masuk Universiti manakala 2 lagi sudah sekolah menengah. Sejak 4 tahun dulu ayahnya tak balik jengah kami sebab setiap kali dia balik saya akan mem4ki hamun, marah dia.

Saya sindir dia sebab saya marah sangat dan kecewa dia kahwin dengan janda anak 1. Sebenarnya madu saya seorang wanita yang baik, berpurdah. Tapi saya tak boleh terima dia sebab dia dah ambil suami saya.

Selama 4 tahun kami berjauhan saya tidak pernah ambil tahu hal suami dan segala keperluan dia saya tak jaga. Sebelum dia kahwin lain dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Seorang suami dah ayah yang baik.

Tapi saya seorang yang suka Iawan suami, saya h3rdik dia tapi dia hanya sabar je. Tak pernah pun sekali suami marah saya. Mungkin dia dah pend4m lama sebab tu dia nekad untuk kahwin lain. Semua salah saya tapi saya eg0 tak nak mengaku salah.

Saya pernah heret suami ke mahkamah tapi saya kalah. Saya pernah maIukan dia, saya pernah jaja keburukan dia dan madu pada orang tapi dia sabar. Madu saya pon sabar, dia tak pernah ser4ng saya walau apa yang saya dah buat pada mereka.

Sekarang suami dan madu hidup senang ada bisnes bersama. Ada anak bersama. Anak – anak saya tak pernah burukan mak tiri sebab mak tiri mereka ni selalu bagi barang – barang dan duit. Mereka selalu bank in duit belanja tapi suami saya tak pernah bagi saya nafkah.

Hanya pada anak – anak sahaja. Dia kata saya yang keluar rumah. Saya tak uruskan zahir batin dia kenapa perlu dia bagi nafkah pada saya. Betul ke macam tu. Dia tak pernah halau. Saya yang lari ke rumah keluarga saya jadi dia hanya akan tanggung nafkah anak – anak sahaja.

Suami dan madu ada perniagaan yang berjaya. Ada rumah besar dan kereta besar dulu hanya pakai kancil sekarang mereka pakai veilfire. Saya pula masih macam dulu. Malu nak berjumpa suami dan madu. Anak – anak saya selalu sorok – sorok jumpa ayah diorang dengan mak tiri diorang.

Bila saya dapat tau, saya marah anak – anak. Anak – anak hanya diam sahaja. Saya tak suka anak – anak rapat dengan mak tiri diorang. Sebab saya cemburu dan tak suka. Suami pernah ajak majukan keluarga bersama – sama madu.

Tapi saya tak yakin. Sebab saya tau suami saya miskin dan tak ada harta. Tapi sebab dia yakin boleh hidup dengan perempuan tu jadi dia nekad juga untuk kahwin. Saya masih hidup susah macam ni. Apa patut saya buat.

Saya nak suami saya ceraikan madu saya. Saya pon nak hidup senang. Bukan perempuan tu sorang sahaja.

Komen Warganet :

Hayati Hashim : Bagus TT ni , dia cerita benda betul dan dia jujur cerita salah dan keburukan dia. Dia cerita juga kebaikan isteri kedua. Sejahat mana pun manusia pasti ada kebaikan dan sebaik manapun manusia pasti ada jugak yang buruk. TT berubahlah dan balik pada suami, tebus salah dan silap selama ni.

Minta ampun pada suami, buang eg0. Cuba terima dan redha bermadu, nampak kat sini yang madu pun seorang wanita yang baik. Alhamdulillah suami senang dan berjaya lepas berkahwin dengan madu, itu rezeki TT sekeluarga. Saya rasa kalau tt berubah berbaik dengan madu mesti dapat kongsi kebahagiaan dan kesenangan bersama..

NurAz Wan : Cuba berikan alasan kenapa suami awak nak ceraikan madu awak yang baik dan nak balik pada awak, isteri yang busuk hati, cemburu, jauh lebih tua ni? Maaf, saya berterus terang saja, sebab awak yang minta pandangan.

Saya cuma nak cakap, macam awak kata, awak hidup susah sekarang. Saya takut awak juga akan hidup susah akhir4t nanti, sebab nusyuz. Lari dari rumah dan tak taat pada suami. Suami mampu kahwin lain, dah ada anak lagi.

Kenapa nak ani4ya madu awak plak. Baik awak cermin diri dan perbetulkan kesalahan awak. Kalau awak ikut saranan saya, satu hari nanti, sekurang – kurangnya di akhir4t nnti, awak pasti akan berterima kasih atas nasihat ini.

Tanya diri kenapa anak – anak awak sendiri sanggup curi – curi untuk jumpa mak tiri, walau tahu awak tak suka.

Norehan Haji Hassan : Kalau dah tau salah pergi je minta maaf dengan laki ko. Ko lari balik rumah mak bapak ko itu dah salah. Itu nusyuz namanya dan wanita yang nusyuz tu tak layak dapat nafkah dari suami.

Itulah Allah dah berpesan – pesan, JANGAN suka – suka menilai orang lain apatah laki SENDIRI. Memang la nampak miskin dan memang pun miskin TAPI siapa tau Allah nak bagi rezeki tu bila.

Dah 57 tahun kan dan tak tahu kita ni nak m4ti bila, jadi bawa – bawa la minta maaf dengan semua orang yang ko dah buat salah. Semua WANITA akan rasa geram marah benci dengan tindakan laki yang kahwin satu lagi tapi kene ingat bukan kita yang nak macam tu tapi Allah yang bagi ujian itu

Rusdiyah Rus : Tak perlulah kacau kehidupan suami yang sekarang dah bahagia dengan isteri muda dia puan, sebab puan yang keluar dari rumah sendiri kan. Sepatutnya tak perlu dah nak menyesal ke apa di atas perbuatan dan kemahuan puan tak mahu hidup bermadu.

Biarkan je suami bahagia dengan kehidupan dia sekarang dan puan cari kebahagiaan sendiri. Tak perlu nak hasut anak – anak untuk membenci ayahnya. Tak ade istilah ayah dan anak bercerai. Bersihkan hati puan untuk puan lebih tenang.

Eqin Aizza : Elok la berbaik – baik dgn madu tu mane tahu murah rezeki. Ada je orang bermadu yang boleh hidup bahagia. Maafkan diri sendiri sebab suami puan dan madu ajak berdamai mereka dah bersedia maafkan puan. Semoga terbuka hati nak berbaik dengan suami dan madu.

Kalau mereka cerai pon pasti ke puan senang bersama suami. Mungkin asbab madu puan tu suami puan berduit, susah nak dapat madu yang baik boleh layan anak – anak kita macam anak sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Scroll to Top