Saya guna duit KWSP utk labur saham, untung 33k. Kali ke-2 saya tamak labur semua duit terus muflis

Saya str3ss dipindahkan ke jabatan lain secara tiba2, saya minta ‘cuti tipu’ dua bulan. Bermula dengan cuti tak berkat ni la, saya terper4ngkap dengan langkah ner4ka. Sekarang macam mana saya nak kahwin ni, duit hantaran RM8000 nak beri mas kahwin RM2024. Saya tiada satu sen pun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum sahabat – sahabat semua, saya Kadok bukan nama sebenar dan berasal dari Cheras, KL dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan di KL, berumur 30 tahun. Buat masa ni saya masih duduk dengan family.

Ceritanya bermula pada bulan Mac 2019, di mana dahulunya hidup saya nak kata senang tidak la. Cukup – cukup makan, saya berkhidmat di swasta dari 2014 hingga januari 2019 di sebuah company logistic di mana pendapatan saya agak lumayan, sekitar 4.5 to 5k sebulan.

Jadi selama saya berkhidmat di situ saya happy. Sesudah 2 tahun berkhidmat ibu saya mula bertanya duit gaji selalu buat apa. Jujur saya cakap, saya sangat la boros suka belanja kawan – kawan, anak – anak buah (saya ni memang agak family man dan suka budak – budak).

Di situla ibu saya cuba mer4cuni dan bertanya tidak ingin beli aset ke rumah atau kereta. Sebab hidup saya sebelum ni dengan motor yang arw4h ayah punya. Jadi di sini la bermula kisah hitam saya. Saya pun ikut apa kata ibu saya, tapi yang silap saya membeli kereta bukan beli rumah dalam tempoh 9 tahun dengan bayaran bulanan RM800 pada hujung 2016.

Dalam pada itu ibu saya tidak suka saya bekerja di company swasta ini kerana pergaulan yang bebas dan company ini juga tidak pernah ambil peduli tentang pakaian waktu bekerja. Jadi saya selalu juga la berseluar pendek pergi bekerja dan memakai tshirt company.

Lagi ibu saya tidak berkenan, sebab dia ustazah. Selepas itu nak dijadikan cerita saya lulus jawab exam SPA pada 2018. Kemudian pula surat sampai di rumah untuk panggiIan temuduga pada Oktober 2018. Alhamdulillah dapat email dan surat tawaran bekerja di sektor kerajaan dengan jawatan FT19 sahaja Awal Januari 2019

Jadi di sini la bermula detik hitam hidup saya, walaupun saya dah berfikir banyak kali (setiap malam) sama ada perlu ke saya terima tawaran. Soal gaji memang masalah untuk saya. Dengan kereta RM800 sebulan nak terima atau menolak itu saja bermain dalam fikiran saya.

Boleh ke saya surv1ve. Tapi sebab itu la demi nak bahagiakan seorang ibu dan memuaskan hati beliau yang inginkan saya bekerja di sektor kerajaan macam abang sulung saya. Saya terp4ksa akur walaupun telah berfikir panjang dan terima segala nasihat dari pelbagai kawan.

Kemudian bermula la kegelapan hidup saya dengan gaji yang bermula dengan RM1377 +elaun tetap RM765. Saud4ra bayangkan dari gaji sebesar 4.8k nak menghadapi kerja baharu dengan gaji RM2147 belum tolak epf so berbaki la gaji saya tiap bulan RM273 tapi saya gagahkan sebab dah terima tawaran.

Untuk makluman saya sudah tidak mempunyai ayah pada tahun 2015. Selepas 2 bulan, dapat berita gembira saya berjaya lepas dari tapisan permohonan rumah WIP. Sebelum saya berhenti di company swasta ini saya ada apply rumah WIP mampu milik berharga 198k sekitar bulan Januari 2019 dan bulanan RM874 yang kena bayar kini tambah lagi hutang.

Sempot dah nak civm tanah saja rasa! Ibu saya sekali lagi p4ksa amik saja rumah tu sebab murah. Walaupun loan saya memang tidak lepas sebab waktu ni dah masuk kerajaan (gaji beza tak sama macam saya mohon semasa kerja di swasta),

So, ibu saya p4ksa kakak saya jadi join loan name untuk tolong adik dia. Memang nyawa – nyawa ikan nak surv1ve setiap bulan gaji RM2147 tolak kereta RM800 rumah RM874. EPF lagi sebab belum sah perkhidmatan (3 tahun) tinggal la RM273 wei!

Memang catu la! Pergi kerja naik motor saja (kereta buat showroom dekat rumah bagi kucing caIarkan). Nak dijadikan cerita saya berjaya surv1ve selama setahun sehinggalah Mac tahun 2020. Masa ni saya dah mengenali seorang wanita dan dah bertekad untuk tamatkan zaman bujang saya pada 2021.

Saya jenis yang tidak sebulu dengan penyelia di ofis saya. Memang selalu bertekak sebab benda yang tak betul dia mahu saya buat. Di sini lah bermula segalanya – galanya, saya ditukarkan unit ke sesuatu unit oleh Ketua Cawangan saya tanpa perbincangan saya.

Dengan serta merta, notis 3 / 4 hari sahaja. Nak pengsan dibuatnya sebab tiada angin tiada ribut nak nak saya dah selesa dengan kawan dan kerja. Hidup saya amat murung tertekan la juga. Mampukah saya bermula semula di unit yang baru walaupun saya baru saja berkhidmat satu tahun.

Ramai juga rakan – rakan cuba bantu untuk ke tengahkan isu kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah untuk f1ght tetapi saya tidak mahu berIawan. Saya akur dengan keputvsan. Ini tambahan, saya juga aktif la bersukan badminton dan pernah mengaIami ACL dan Men1scus Te4r di lutut beIah kanan.

Jadi di sini saya ambil kesempatan untuk cuti 2 bulan dengan memberi alasan lutut saya s4kit semula untuk nak bertenang la konon. Jadi saya hubungi doktor yang pernah merawat saya untuk bantu dapatkan cuti s4kit itu. Then dia pun cadangkan buat injection PRP.

Jadi bermula cuti 2 bulan yang tidak berkat ni. Sebab saya tertekan dengan hidup dengan beban hutang dan kesempitan kewangan. Tambah pula hal kerja tetiba kena tend4ng pergi unit lain. Di sini la bermula langkah ner4ka yang tak sepatutnya saya ceburi.

Saya melihat iklan di Facebook ni, di Youtube. Dia macam saham bitcoin tu la. Mula – mula memang tak layan tapi berkali – kali keluar konon jalan penyelesaian. Saya bermodalkan duit I-Sinar 5k yang saya apply tu sebab ingin berkahwin pada tahun ini.

Pada awalnya ianya nampak menarik dan tapi saya jadi rakus tamak walaupun saya sudah berjaya mengaut keuntungan lebih kurang RM33k walaupun baru 2 minggu berjinak. So dah untung besar jadi tamak la sekali kena game da.

Dari modalkan 5k saya tambah ke 25k (yang dapat dari saham yang untung la kononnya masa 2 minggu awal tu). Selama 2 bulan saya bercuti saya bermain saham sahaja. Memang tamak dan rakus. Sehinggakan kesemua saham saya rugi dan saya amat terkesan dan mahu jatuh mufIis bankrup.

Saya amik jalan pintas dengan membuat pinjaman dengan bank (Coop Bank Pertama). Sebab payslip saya masih cantik jadi lepas walaupun ada kereta dan rumah. Sebab rumah join loan dengan Kakak saya. Dapat la pinjaman dari CBP 20k sebulan RM240 selama 10 tahun.

Dan kembali bersaham lagi yang saya join itu sampai habis duit pinjaman dalam 18k. Lagi saya bertambah kusut. Bulan 5 (2020) family ajak pergi merisik dan bertunang dah beli cincin semua planning Bulan 5 2021 tapi tertangguh di sebabkan pandemik.

Selesai tunang itu saya tidak duduk diam. Saya apply lagi nak buat pinjaman – pinjaman sebab inginkan jalan mudah sedangkan kerugian asal saya hanya 5k, now dah bertambah 23k (18k pinjaman CBP). Tapi saya berjaya Iawan nafsu dan saya bertenang seketika dan berjaya tinggalkan saham kurafat y4hudi.

Memang asal hidup saja la mencatu dari hidup boros dulu terus tak pernah beli apa – apa! Masa ni teramatlah kusut sebab tarikh perkahwinan bulan 5. Duit simpanan memang tiada la. Cukup – cukup makan dengan berbaki RM274 setiap bulan nak simpan macam mana.

Then gagah lagi nak buat pinjaman walaupun agak susah. Apply punya apply RHB Bank tawarkan diri boleh lulus sebab dah ada kenaikan gaji setahun (RM100 saja pun kenaikan). Rhb semak – semak lulus RM14k (bulanan RM152 10tahun) tambah lagi satu hutang.

Planning asal duit ni nak buat kahwin tapi itu la iman manusia ni sentiasa diuji. Terjebak lagi konon nak dapatkan untung saham sikit, tetapi diuji lagi sekali melingkup lagi. Hidup sekarang memang dah tak tentu arah. Bakal isteri saya baik dan dia boleh terima dan support saya diawal 2 / 3 tahun selepas kahwin sebab saya cakap memang agak susah sebab faktor kewangan saya.

Awal – awal saya dah warning hidup susah sebab nak habiskan hutang kereta lagi 3 tahun lebih (So dia okay sahaja). Kami tak pernah la berg4duh. setakat merajuk – merajuk tu biasa la orang perempuan kan. Masalah saya di sini hanya bakal isteri tahu faktor kewangan saya (kereta dan rumah) (itupun dia tidak tahu saya terjebak dengan saham jah4nam ni dan mempunyai pinjaman peribadi selama 10 tahun).

Dan tiada seorang ahli keluarga saya mahupun ibu saya tahu betapa bebannya hidup dengan apa yang saya hadapi ini. Ibu saya pula da berkobar – kobar nak menantu lagi sebab saya ada 7 beradik yang berkahwin baru dua. Last kahwin pun abang masa tahun 2010.

Jadi dah 11 tahun family kami tiada majlis perkahwinan. Walaupun kakak saya yang berumur 2 tahun lebih tua masih belum ada j0doh. Jadi saya mohon yang membaca berilah nasihat atau langkah macam mana saya nak berkahwin, atau saya perlu tunda.

Saya buntu sangat. Duit hantaran RM8000 nak beri mas kahwin RM2024. Saya tiada satu sen pun. Majlis tunda akibat pandemik. sepatutnya Mei 2021, tapi kedua family setuju untuk tunda. Sebab saya rasa dayus saya risau tak mampu nak jaga dia maklum la gaji bulanan saya lepas tolak itu ini RM100 lebih sahaja ada hutang kawan pun saya tak bayar lagi, saya simpati nasib bakal isteri saya dapat lelaki macam saya.

Perlu ke saya teruskan majlis ini untuk menjaga hati manusia walaupun diri sendiri tersepit atau berterus terang dengan family yang saya tiada simpanan untuk meneruskan majlis untuk memberi hantaran dan mas kahwin apatalah lagi nafkah untuk bakal isteri.

Di sini walaupun kenduri tidak boleh buat tapi mereka dah berbincang duit hantaran perlu diteruskan seperti yang dibincangkan masa majlis pertunangan (family saya pun setuju sebab takut akan perkara berbangkit akan datang).

Jadi apa perlu saya buat. Saya nak mohon pertolongan adik beradik saya malu, sebab saya kenal adik beradik saya. Saya hanya rapat dengan kakak saja (yang tolong saya join loan rumah nama dia) itu pun saya dah rasa behutang sangat dengan dia.

Yang lain berkira tu tak perlu kata hidup memang sentiasa berkira malah makanan dan kedekut jadi saya pun tak nak susahkan mereka dengan masalah saya. Kakak yang saya rapat pula baru bercerai (anak 5). Jadi saya tidak mahu susahkan dia sebab dia pun dah terbeban.

Saya dengan rendah diri memohon dan bantu saya apa perlu saya buat. Nak ditinggalkan sayang, bertahun berkenalan dengan orang tapi hanya ini saja yang sesuai dan boleh terima saya! Saya dah solat dan sering memohon doa minta petunjuk tapi masih tiada jawapan lagi.

Saya sangat buntu, tertekan, murung. Apa yang perlu saya lakukan wahai sahabat sahabat yang membaca kisah saya ini. Mohon bantu saya langkah yang perlu di ambil, inshaAllah saya harap ads idea dari sahabat sahabat yang boleh saya rujuk dan ikhtiar!

Apa yang terjadi ke atas diri saya ni pun boleh dijadikan iktibar kepada yang lain jangan la tersilap langkah dan ingin amik jalan mudah. Terima kasih kerana sudi membaca perjalanan hidup saya! Assalamualaikum #Staysafeyekorang – Kadok (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Erni Abu Samah : Mula – mula kau kena berterus terang masalah kewangan kau dulu kat tunang kau sebab ini adalah berkenaan masa depan dia. Kalau tak kesian anak orang. Kalau dia still setuju nak teruskan kau kena hargai peng0rbanan dia sampai akhir hayat kau. Jangan nanti ada luahan bini kau plak kat sini.

Kau kena berterus terang dengan mak kau. Jadi dia tau masalah anak dia. Nanti dia akan hargai bini kau sanggup berk0rban untuk kau. Takdalah dia ingat menantu dia cuci kaki masuk umah anak dia lepas kahwin. Akhir sekali, harap – harap kau tak jual lagi bitcoins kau tu masa harga jatuh.

Mana tau tiba – tiba harga dia naik tinggi, baru jual settle hutang kau. Sementara tu tangguh kahwin, 6 bulan ni pandai – pandailah kau buat part time carik duit. Jangan harapkan gaji kerja gomen kau tu. Kalau bakal bini dah ada kereta mungkin kau bolehlah letgo kereta kau tu.

Nanti dah stabil baru kau beli lain kalau perlu. Ingat peng0rbanan bakal bini kau tu sebab takde perempuan sanggup kalau tau dia kena tanggung lelaki hutang sekeliling pinggang.

Siti Aisyah Lokman : Haih. Lelaki. Umur dah patut pandai fikir sendiri. Jangan bagi alasan mak p4ksa itu ini. Sepatutnya bila dah tersilap langkah sekali jangan ulang lagi. Ini masih lagi pi buat hutang. Encik kena belajar dari kesilapan.

Jangan ulang benda yang sama. Saya dulu pon ada buat personal loan untuk tolong parents. Tapi saya tak pernah kata parents p4ksa, sbb itu keputvsan saya. Tapi saya belajar dan memang elak personal loan. Alhamdulillah bila dapat bonus, sikit – sikit settlekan. Biarlah tak melancong asalkan hutang selesai. Alhamdulillah sekarang personal loan dah settle. Learn from your mistakes.

Dhiya N Dhiya : Aku ok je baca keluhan h4ng ni tapi sampai part – Nak ditinggalkan sayang, bertahun berkenalan dengan orang tapi hanya ini saja yang sesuai dan boleh terima saya!- aku jadi risau. Risau h4ng terus kan kahwin semata – mata dia boleh terima h4ng time h4ng jatuh.

Esok lusa h4ng dah bangun dan mendongak ke langit, h4ng cari yang lain pula. Almaklum la, bersepah dah spesis bila dah senang, lupa hat yang sama susah dulu. Jadinya baik h4ng putvs la. Misal kata perempuan tu tetap nak tunggu, h4ng kena usaha la sampai h4ng betul – betul mampu tanggung anak orang.

Asma Habibul : Tolong jangan kahwin. Diri sendiri dah bermasalah. Jangan heret orang lain sekali dalam masalah tu. Dah kawin, nanti beranak pinak. Siapa nak tanggung. Jangan nak harap berg4ntung kat isteri, keluarga, mak ayah!! Tolong. Jangan. Stabil kan diri. Stop main saham. Titik. Duit kalau ada buat modal bisnes lain.

Norly Soleha Dali : Mula – mula stop dulu coin apa tu, nampak anda join tu tanpa ilmu yang mendalam. Stop terus saja. Macam lagi banyak rugi je daripada untung. Kedua, pegi AKPK, minta mereka tolong bagi solution bab hutang – hutang ni.

Ketiga, nak tak nak, memang kena terus terang pada ibu pasal masalah kewangan semua ni. Cuba bagi dia faham. Yang nak kahwin anda, yang nak tanggung anak orang pun anda. Tangguh kahwin lagi. Sebelum kahwin memanglah yang perempuan kata semua okay.

Tapi selagi masalah hutang anda tak selesai, benda ni akan jadi t0ksik dalam rumahtangga nanti. Macam – macam masalah lain pulak timbul nanti. Keempat, jual kereta RM800 sebulan tu. Tak berbaloi, dengan tak pakainya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.