3 tahun Timah duduk menumpang rumah mak. Bila jari mak kena potong sebab k3ncing manis, mak call kakak nangis2

Kalaulah takde orang kat rumah, mak aku hajatnya taknak masak dah. Tapi hati seorang emak takut anaknya lapar bila bangun. Jadi masak la mak aku ni walaupun s4kit pakai tongkat, jalan tak stabil. Jari mak aku tak sempurna, tak boleh gerak, keras..

#Foto sekadar hiasan. Cerita macam ni.. 1 kak ipar aku ni seorang pemalas, aku gelarkan dia sebagai Timah. Cerita ni bermula sejak dia mula – mula kahwin dengan abang aku dan sehingga sekarang, dah kahwin 3 tahun dan tinggal bersama ahli keluarga aku (mak mertua dia la)..

Timah ni sangatlah pemalas bangun lambat pukuI 12 tu kadang – kadang tak bangun lagi. Mak aku dah tua, tahun ni dah umur 61 baru je ker4t 2 jari kaki sebab k3ncing manis. Akuseorang pelajar politeknik. Back to story sister in law.

Dia pemalas tak pernah tolong mak atau aku masak dekat dapur. Makan nak, masak tak nak. Kalau lah pagi tu dia bangun untuk mandi. Bila dia nampak mak dan aku tengah masak dia buat tak tahu jer. Dia mandi dan naik masuk bilik.

Yes dia tak pandai memasak langsung.. Orang kampung jerr.. Kadang kala bila aku tengok dia berada di dapur aku akan suruh dia basuh pinggan. Lepas jer aku suruh terus dia tarik muka. Dia buat tu buat tapi dengan marah la.

Bunyi pinggan tu macam nak pecah jer dia basuh. Timah ni tak boleh tegur. Bila kita tegur dia tarik muka dan tak bercakap. Pada satu hari ni aku tak mampu nak tahan dah dengan per4ngai pemalas nak m4mpus dia. Aku  tegur dia and cakap kat dia macam ni,

“Kak Timah nanti petang nanti turun la dapur tolong masak dengan mak, kalau tak pandai belajar tak kan lah nak makan jer” pastu petang tu dia tak turun geram aku. And then malam tu aku nampak yang abang aku tak nak bercakap and aku.

Aku rasakan dia ni cakap buruk pasal aku ni kat abang aku. Aku tak kesah sangat pun sebab tu bukan salah aku. Timah tu yang pemalas nak mati. Ingat dia cantik ehh tak cantik pun. Badan pun makin membesar la sebab makan tidur je, tak tolong orang. Terperap dalam bilik.

Timah ni dia tak malu dengan adik beradik aku untuk tunjuk yang dia ni pemalas tapi dia ni malu tunjuk yang dia ni pemalas depan kakak ipar aku yang lain. Bila kak ipar aku yang lain pulang ke rumah tolong masak dekat dapur dia akan tolong dia kak ipar aku yang lain nak tunjuk dia tu rajin la.

Tapi Timah ni tak tahu kak ipar aku ni tahu per4ngai malas dia tu macam mana. Abang aku pun tahu per4ngai Timah ni macam mana dan pernah cerita kat bini dia. Pada satu hari ni kak ipar aku balik rumah mak aku untuk bermalam. Hujung minggu la..

Pada petang tu kak ipar aku ni tengah masak tiba – tiba Timah ni datang dan tipu kak ipar aku ni. Dia cakap yang anak saud4ra aku tu nak makan tomyam. Kak ipar aku ni pelik la sebab anak saud4ra aku tu keluar dengan laki dia (abang aku).

Pastu anak saud4ra aku ni jenis tak makan benda berkuah n pedas. So kak ipar aku ni bijak dan dia tak buat. Bila anak saud4ra aku ni balik. Kak ipar aku tanya ada cakap nak makan tomyam tak. Anak saud4ra aku cakap tak.

Tomyam pun dia tak tahu apa benda.. Hahahaha.. Bila kak ipar aku ni tanya Timah ni petang – petang siapa masak. Timah ni pun cakap dia la yang masak tolong mak masak pagi n petang. Kak ipar aku ni dah tahu yang per4ngai dia macam mana so kak ipar aku ni senyap la.

Pernah hari tu terkant0i n kak ipar aku ni.. Yang dia bangun lewat dalam pukuI 1 petang. Masa tu kak ipar aku datang pagi jadi dia tak tahu la kak ipar aku ni ada. Time tu aku mak n kak ipar aku tengah masak petang. Dan Timah ni turun ke dapur untuk mandi.

Pastu kak ipar aku ni pun tanya baru bangun. Timah terk3jut mat hahaha.. Pastu dia pun cakap haah migrain semalam tu bangun lambat. Tapi aku tahu tu hanya lah alasan sebab semalam aku nampak dia melantak tengah malam sambil tengok tv.

Lepas tu kak ipar aku pun bagi ayat deep kat Timah. Kak ipar aku cakap, “Ehh bukan selalunya bangun lewat ke selalu masak pun tak tolong kan” Timah ni terdiam and naik ke atas semula.. Tak jadi mandi wehhhh.. Hahaha…

Bukan tu sahaja kak ipar aku ni juga jarang pulang ke rumah ibu bapa dia. Alasannya adik beradik dia tak suka dia. Dan mak dia jenis suka suruh menyuruh dia dan lebihkan adik dia. Pernah dia cakap yang ummi dia tak boleh jalan sebab jatuh dalam bilik air.

Dia cerita kat kami sekeluarga tapi bila mak aku suruh dia pulang, dia boleh cakap takpe Siti ada (budak umur 13 tahun.. Adik angkat). Tak guna sungguh anak macam ni. Balik la bukannya jauh pun 40 minit pun dah sampai dah rumah dia.

Bukan dia tak pandai bawak motor or kereta pun. Sumpah aku dan kakak aku tak boleh pikir Timah ni orang betul ke tidak terencat akal ke. Kami ni adik beradik bila dengar mak ayah s4kit terus pulang dari yang jauh luar negeri pulang ke rumah ambil cuti tanpa gaji tinggal suami dekat rumah.

Nak jaga mak yang s4kit mak ayah dah tua. Takut sangat kalau dia s4kit takut la dia tinggalkan kami dan tak sempat jumpa mintak maaf. Tapi Timah ni buat tak tahu jer. Satu hari ayah dia kena bedah jantung kami tahu cerita tu dari mulut dia.

Timah suruh kami doa kan ayah dia dipermudah operasi jantung ke esok kan hari. Ok kak doa kan. Tapi kami terkejut esok ayah dia dan operation tapi dia boleh suka – suka tengok tv melantak makan dahla tak tolong masak.

Esok tu kami sekeluarga ingatkan dia pulang ke rumah atau pergi melawat ayah dia yang akan buat operation petang tu. Tapi tidak dia elok sahaja ada dalam rumah, bangun lewat. Selepas seminggu 2 – 3 hari ayah dia pulang baru la dia pergi jenguk ayah dia.

Ingatkan nak bermalam kat rumah dia tak tidak, dia pulang ke rumah. Dia balik sana hanya beberapa jam sahaja. Dia tinggalkan mak ayah dia kepada adik dia umur 13 dan 24 tahun di rumah. Kau bayangkan macam mana adik dia tu nak jaga nak ayah dia yang sakit dan tenat.

Makan kena disuap dan dihantar, nak pakai pampers lagi.. Ya Allah sedih aku bila jadi mak ayah dia. Tapi tulah dia macam anak tak kenang budi. Bila mak aku bagi dia duit untuk beli barang dapur dia ambil belinya tidak.

Contoh bagi 100 Timah ni beli sayur sikit dan sardin ok tu jerr. Duit baki yang puluh puluh tu diambil dah tak bagi balik. Ehh teruklah! Dia buat macam mak aku ni kerja plak. Timah ni tak pernah lagi aku nampak dia beli laut pauk beras atau barang keperluan dapur guna duit dia sekali pun.

Dia hanya tunggu mak aku suruh aku atau abang aku beli. Atau kakak dan abang – abang aku beli. Dia hanya melantak makan.. bagaikan ratu. Banyak kali mak aku menangis dan ayah aku jarang bercakap dengan Timah ni.. ye lah sapa nak menantu macam tu.

Kalau lah tak ada orang kat rumah mak aku hajatnya taknak masak. Makan tak pernah kak ipar aku yang dekat tepi rumah tu ada boleh bawa makanan untuk mak dan ayah aku. Tapi hati seorang emak takut anaknya lapar bila bangun sikit. Laki Timah la..

Jadi masak la mak aku ni walaupun s4kit pakai tongkat. Jalan tak stabil, ker4t jari kan. Jari mak aku juga ada yang tak sempurna. 2 jari tangan mak aku tak boleh gerak dan keras lepas dikikis. Tapi Timah ni tak ada perasaan langsung untuk tolong mak aku masak.

Mak aku pernah menangis depan kami anak beranak sebab kan Timah ni tak pernah tolong dia. Dengan dia s4kit demam. Bila mak aku memang tak boleh nak gerak or bangun dia akan call kakak aku untuk pulang tolong jaga dia.

Kadang – kadang setiap hujung minggu mak aku akan call aku untuk pulang ke rumah, aku pulang hujung minggu sahaja maklum lah pelajar poli ada kelas. Dah 3 tahun perkahwinan Timah ni tapi dia masih tak boleh ubah per4ngai dia tu.

Nasib la dia tak ada anak lagi. Aku rasakan bagus lah dia tak ada anak lagi dari ada. Dia nak jaga anak dia macam mana, bangun pun lambat. Tolong orang pun. Tidak.. Aku pernah masuk dalam bilik dia allahuakbar macam sarang tikus.

Pakaian yang bersepah. Pinggan mangkuk pun ada dalam bilik.. Ehh water heater pun ada tau dalam bilik dia buat air milo la tuu… Bab milo cepat habis aku dah tau siapa ambil. GiIa rasanya duduk dengan seorang pemalas.. So, kalau korang ditempat aku, apa yang korang lakukan? Sekian dari saya.. – Sya, si banyak mulut (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nabilla Adrina : 1st aku nak tanya ko… mana abang ko aka laki si Timah. Dalam cerita ko ni.. terang lagi bersuluh abang ko la manusia paling tak guna dalam dunia ni. Dah la tak mampu nak sediakan rumah untuk bini.. merempat umah mak bapa.

Pastu yang mak ko nak salahkan si timah tu kenapa sebab sekarang aku rasa abang ko ni anak lelaki yang semua mak sediakan A sampai Z. Hakikatnya dalam cerita ni abang ko yang pemalas tapi of coz la buruk macam mana pun tu abang ko. Ko takkan nampak yang ko nampak tu buruk si timah sebab dia orang luar tapi ko sibuk suh rumah jaga mak ko.

Shehatepin : Dah pernah jadi dulu dekat saya. Anak abang dan kakak ipar ramai pulak tu, sampai habis simpanan mak ayah keluar untuk belanja rumah. Bil api air sume ayah bayar. Kak ipar tak tolong masak atas alasan tak sihat, tapi time makan boleh sihat plak.

Banyak kali ambil makanan tanpa izin dan habiskan anak beranak dia. Bila anak buat sepah, mak aku plak yang tolong kemas. At last kami dituduh busuk hati dan dengki sebab tegur salah diorang. Mak aku paling teruk kena kata dengan kak ipar.

Dia siap hasut anak – anak dia benci mak aku. Kadang – kadang dia bukak aib mak aku dekat kawan – kawan mak aku. Mak aku tak pernah bukak aib dia kat orang ramai even dengan adik beradik mak aku sendiri. Sampai sekarang dia masih tak move on dengan cerita lama ni dan masih mengungkit. Moga Allah bagi kat dia hidayah. Rasa macam diri dia tu terpaling ters4kiti dan suci sangat sampai tak bole ditegur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.