Pengasuh aku ni anak d4ra duduk sebeIah rumah kami je. Depan ibu, pengasuh aku baik sangat tapi belakang ibu per4ngai macam h4ntu. Ibu tau aku selalu dibuIi sebab ibu diam – diam intai dari tingkap masa nak ambil aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Mia, seorang isteri dan ibu kepada seorang bayi lelaki yang diberi nama Ali. Dulu aku seorang wanita berkerjaya tetapi semasa dalam tempoh berpantang aku memutvskan untuk berhenti kerja.
Aku bergaji besar, malah lebih besar dari suami. Simpanan aku juga banyak dan aku memutvskan untuk menjalankan perniagaan dari rumah. Enam bulan berniaga, aku boleh kata perniagaan aku tak ada untung langsung.
Duit simpanan aku pun sem4kin susut. Aku boleh kata hanya mampu bertahan dua tiga bulan je lagi memandangkan komitmen aku tinggi. Suami hanya mampu membayar separuh sahaja kerana gaji dia tidaklah besar mana.
Majikan lama aku ada mengajak aku bekerja semula, tetapi aku tr4uma. Aku tr4uma untuk menghantar anak aku kepada pengasuh kerana dahulu aku pernah mengalami gangguan semasa kecil. Masa aku kecil dulu, keluarga aku sangat susah.
Boleh kata kais pagi makan pagi. Ibu dan ayah terp4ksa menghantar aku ke pengasuh yang paling murah sekali di kawasan perumahan aku. Sebenarnya dia bukan pengasuh pun, dia jiran sebeIah rumah aku. Dia yang tawarkan diri nak jaga aku memandangkan dia pun tau keluarga aku susah masa tu.
Pengasuh tu anak d4ra, aku boleh kata umur dia masa tu baru 20 tahun. Aku panggil dia Kak Anne (bukan nama sebenar). Kak Anne ni tinggal dengan mak dan 5 orang lagi adik beradik dia, semua lelaki. Mak dia selalu tak balik rumah, aku tak pasti mak dia kerja apa.
Ayah dia memang aku tak pernah nampak sepanjang aku duduk rumah dia. Ibu selalu pesan pada aku untuk sentiasa berkelakuan baik di rumah Kak Anne, kalau dia tak nak jaga aku ibu tak tau nak hantar pada siapa lagi.
Aku boleh kata aku ni anak yang baik, aku sentiasa dengar apa yang ibu pesan. Depan ibu dan ayah dia baik, tapi belakang aku boleh kata per4ngai dia macam sy4itan. Aku tak berapa ingat apa yang jadi, tapi memori hitam masih melekat dalam ingatan aku.
Setiap hari aku dibuIi dan dimarahi. Cubit tu aku boleh kata makanan ruji untuk aku. Dulu rambut aku panjang, jadi bila dia marah aku dia akan tarik rambut aku. Tarik sekuat hati sampai aku menangis. Adik beradik dia semua tak bersekolah, ada yang bekerja dan ada yang jadi kutu rayau.
Bekal yang ibu bagi pun kadang – kadang mereka makan, dan hanya bagi aku nasi sahaja. Benda yang paling aku tak boleh lupa ialah perbuatan jijik dan kotor adik dia yang ketiga pada aku. Setiap hari aku ditinggalkan di ruang tamu seorang diri pada waktu tengahari.
Waktu tengahari biasanya Kak Anne suruh aku tidur dan dia masuk ke dalam bilik. Walaupun aku belum tidur, dia biar je aku seorang kat depan tu. Tapi macam aku cakap, aku budak baik. Dia suruh aku baring, aku baring walaupun mata aku terkebil – kebil.
Adik dia yang ketiga yang kami panggil Didi akan datang pada aku pada masa tu, biasanya pada hari dia tak kerja. Dia akan tindih aku dan buat perkara yang tak senonoh dekat aku. Aku tak faham, tapi aku tau benda tu tak baik.
Jadi bila aku tau dia nak datang, aku tutup mata rapat – rapat untuk pura – pura tidur tapi dia buat jugak. Akhirnya benda tu kant0i dekat Kak Anne tapi nak tau apa tindakan Kak Anne? Dia suruh adik dia buat depan dia dan adik beradik dia yang lain.
Mereka bergelak ketawa tengok si Didi ni buat macam tu. Aku takut, sedih dan keliru masa tu. Didi ni berhenti buat bila adik Kak Anne yang kedua ni tegur tak baik buat aku macam tu. Bila aku dah besar, aku ada tanya ibu tentang ni.
Ibu kata masa aku kecil, aku tak pernah ngadu apa – apa pun. Tapi ibu tau aku selalu dibuIi sebab kadang – kadang ibu mengintai dari tingkap masa nak ambil aku. Kali terakhir aku duduk rumah dia masa aku berumur lima tahun.
Aku tak ingat apa yang berlaku, tapi aku ingat Kak Anne tolak aku dan kaki aku tersadung zink karat. Berd4rah – d4rah kaki aku dan nasib baik ayah sampai tak lama kemudian. Kaki aku Iuka dan Iuka tu lama nak baik sampai berkud1s.
Kak Anne bagi tau ayah aku lasak sangat, tapi ayah musykil sebab ayah kata aku bukan anak yang lasak. Masa kaki aku berkud1s tu, ayah hantar aku balik kampung. Nenek yang jaga aku sampai baik. Bila dah baik, aku menangis – nangis tak nak ke rumah Kak Anne.
Ibu dan ayah akur dan tak lama kemudian kami pindah ke rumah nenek memandangkan nenek pun tinggal seorang diri. Cuma jarak perjalanan ke tempat kerja agak jauh, mujur masa tu ayah dah ada motor. Banyak kali ibu minta maaf sambil menangis sebab tak tau mereka perlakukan aku sampai macam tu sekali.
Ayah sampai sekarang tak tau, sebab aku tak nak ayah sedih macam ibu. Aku faham, masa tu hidup kami terdesak dan susah. Sampai sekarang aku masih ingat perbuatan mereka pada aku dan sejujurnya aku belum memaafkan mereka.
Aku pernah cakap pada ibu, selagi parut kud1s ni tak hilang, selagi tu aku tak maafkan dorang. Dan sekarang tr4uma ni menghantui diri aku. Aku takut nak hantar anak pada pengasuh. Walaupun anak aku lelaki, aku takut sebab bayi lelaki pun ramai yang menjadi m4ngsa nafsu songsang sekarang, dah tak kira jantina.
Tapi aku perlu bekerja untuk membantu ekonomi keluarga, dan yang penting untuk beri yang terbaik pada anak aku. Masa aku taip ni pun aku menangis, sebab aku terlalu takut dan tr4uma. Walaupun muka mereka pun aku dah lupa, tapi perbuatan jahat dan terkutuk mereka masih melekat dan kekal dalam ingatan aku. – Mia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Fathiyyah : Saya bersimpati atas apa yang pernah menimpa puan sewaktu kecil. Susahnya menghilangkan tr4uma yang diperoleh sejak kecil sehingga meninggaIkan parut kekal yang lebih dasyat iaitu di hati puan.
Saranan saya, kalau betul puan ingin bekerja semula, hantar anak pada pengasuh yang berdaftar. Bukanlah nak kata tempat macam tu selamat 100%, tapi itu menjadi sebahagian dari usaha untuk memastikan keselamatan anak.
Selebihnya, tawakkal kepada Allah. Memang lah mahal sikit, namun memandangkan puan kata gaji puan lebih tinggi dari gaji suami, saya membayangkan puan lebih dari mampu untuk hantar anak tempat yang lebih baik sikit.
Yang kedua, sekiranya tak mampu juga dari segi kewangan, dan puan sendiri tak mampu untuk menghilangkan tr4uma, lepaskanlah apa yang patut. Kurangkan perbelanjaan bulanan, lepaskan apa yang tak penting, guna sekadar keperluan sahaja dalam rumah.
Dengan cara tu boleh mengurangkan beban hutang yang ada. Ini sekadar cadangan. Puan yang lebih berhak menentukan. Moga dipermudah segala urusan puan dan dibantu hilangkan segala tr4uma yang melanda puan.
Kaslia Ar : Saya berhentikan pengasuh saya sebab macam ni lah. Dia meninggaIkan kesan tr4uma pada anak. Masa tu anak saya baru 2 tahun tapi dah kena mentaI. Berkurung dalam bilik takmau keluar. Bila ajak keluar bilik dia akan nangis dan mata melilau cari pengasuh tu ada ke tak.
Kalau ada dia akan menyorok di belakang badan. Bibik tu kata dia cuma takutkan tapi saya fikir mesti lebih dari itu. Semoga tt sembuh daripada kenangan buruk masa kecik ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.