#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca.
Aku nak luah sikit masalah sebab tak tahu nak luah kat siapa. Aku suami umur 23 tahun, baru kahwin 3 tahun, isteri tak kerja, surirumah umur 22 tahun. Sekarang aku buat 2 kerja sebab isteri aku nak jadi surirumah. Aku ikutkan saja. Kerja tetap aku gaji RM 1200 sebulan. Kerja dari pukuI 8 pagi sampai 5.30 petang. Malam dari pukuI 8 malam sampai 12 malam. Aku ambik upah jaga burger. Upah hari 4 jam RM 32- RM 40 ikut sales burger.
Masalahnya bila isteri aku suka marah – marah bila aku kerja balik lewat malam. Aku cuti jaga burger setiap hari Rabu dan Khamis sebab Jumaat hingga Ahad memang orang ramai. Jadi tak adalah 7 hari seminggu aku balik lewat malam. Rabu dan Khamis aku memang tak keluar rumah lepas balik kerja ofis. Bawak dia jalan – jalan Sabtu dan Ahad. Dari pagi sampai petang memang aku bawak dia pergi jalan, kalau ada kenduri mana – mana yang dia plan semua aku bawa. Tapi kalau tak ada apa – apa plan memang aku niagalah. Dapat jugak duit. Kesian jugak bos burger aku asyik nak cari orang backup ganti aku. Aku jaga sorang je burger tu dengan bos sebab kalau jaga 2 orang gaji RM6/jam sorang. So kalau seorang bos bagi RM8/jam. Sales banyak dapat RM10/jam.
Bos memang baik. Memang tak berkira. Dia bagi aku cadangan niaga air kat situ. Share tapak dengan dia. Alang – alang tapak strategik. Dia kata untung 100% aku punya. Just awal – awal ni kena keluar sikit modal la. Aku bincang dengan isteri aku. Aku ajak dia teman aku niaga, jual air tin dengan air kotak, bukan kena bancuh – bancuh, sambil – sambil tu boleh borak – borak. Lagipun kat rumah dia seorang je. Anak belum ada. Menyewa pun memang berdua. Isteri tak nak, kata penat urus rumah.
Isteri aku nie suka bershopping. Aku tak kisah, tapi bila dia tak support aku bekerja, lepas tu bebeI – bebeI panjang macam aku pergi kelab memang angin jugak kadang – kadang. Ajak teman niaga macam – macam bagi alasan. Buat dua kerja gaji aku baru dapat RM 1900 lebih. Komitmen aku rumah sewa, kereta saga, duit petrol, duit dapur, duit bil – bil, nafkah isteri, duit mak ayah. Selamat motor dah abis bayar awal – awal. Kereta saga ambik 2 tahun lepas sebab nak isteri selesa. Tu pon paling basic.
Sekarang dia complain aku tak luang masa kat dia. Nak aku stop niaga malam. Kalau tak kerja macam mana aku nak support kewangan keluarga. Nie asyik post kat FB IG statement penat lelah seorang surirumah. Tertekan aku macam nie. Kalau ada rezeki anak tak tahu lah ragam dia macam mana nanti. Aku sayang dia tapi tu lahh.
Perkongsian yang dibuat oleh lelaki ini telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata kesian dan memberikan kata semangat serta nasihat kepadanya yang mungkin boleh membantu dalam menasihati si isteri. Bukan mudah untuk cari makan dalam keadaan yang sekarang. Sebagai isteri dapat suami yang bertanggungjawab adalah satu rezeki dan perlu turut sama membantu atau sekurang – kurangnya memberikan sokongan.
Komen Warganet :
Leen Aisyleen
Apa dia yang penat duduk rumah anak tak ada pun lagi. Setakat jaga anak tekak ja. Bini hang menyepah rumah ka? Asyik – asyik penat manjang. Kami yang anak – anak bersusun ni pun reIaks ja sambil jaga anak buat business side income. Pagi – pagi uruskan anak – anak sekolah sarapan hantar sekolah, kemas rumah. Tengahari ambik anak balik sekolah, masak tengahari. Petang sekolah agama, uruskan lagi. Lewat petang ambik sekolah lagi. Ada masa sikit yang tu la cvri – cvri untuk jana income tolong suami. Ada anak kecik belum kira Iigatnya lagi. Itu iye penat. Kami jenis yang tak reti duduk diam memang akan cari peluang untuk cari duit.
Eza Kaori
Muda lagikan isteri, anak pon tak ada lagi. Duduk rumah buat apa je yang penat sangat tu. Kita masa – masa umur macam ni lah perlu kaIot nak kerja, nak kumpul duit kumpul aset. Memang ada suami tapi kalau ada duit sendiri lagi senang nak beli apa – apa, tak perlu nak harap kat suami. Suruh je isteri awak kerja kalau dia tak nak awak buat part time. Kalau time sekarang tak ada anak pon mengada esok – esok dah ada anak macam mana la. Ni mesti terpengaruh dengan novel dan drama pukuI 7 ni. Berangan – angan kahwin dengan orang kaya. Awak kena sedarkan dia la.
Vara Aishah
Isteri encik belum mat4ng lagi pemikirannya. Dah kira beruntung dapat suami macam encik. Rajin kerja untuk bagi kesenangan dekat isteri. Encik sabarlah, slow talk dan bertegas sedikit dengan dia. Bagi nasihat, cakap apa yang encik buat tu adalah untuk kesenangan dia jugak. Kalau tak jalan jugak encik cubalah seminggu atau sebulan balik kerja hadap je dia kat rumah. Hujung minggu jangan keluar jalan sebab duit memang tak akan ada untuk keluar jalan – jalan. Kalau duit tak cukup dia merungut jugak, encik cakap lah kan tak bagi buat kerja partime, buat partime tambah pendapatan. Jangan nak merungut kalau duit tak cukup. Diajak berniaga sekali tak nak.
SN Zahidah
Akak pun kawin muda umur 19 tahun. Tapi 10 tahun lepas lah, waktu tu suami akak keja kilang cabuk je sambil partime cari besi dekat tempat sampah. Tapi 10 tahun lepas bezanya zaman tak macam sekarangkan. Awak sangat mat4ng, Alhamdulillah. Akak doakan awak selalu dimurahkan rezeki dan diberi kemudahan dalam setiap urusan kehidupan. Isteri awak tu belum mat4ng itu je, lagipun zaman sekarang faham – fahamlah. Kalau dia macam tu awak jangan sesekali sama sikap macam dia. Akak saIute awak kalau dari cerita kat sini. Doakan lah isteri tu banyak – banyak tu je akak mampu cakap. Dengan usia dan zaman laa ni isteri awak tu nak ditegur memang susah. Faham sangat – sangat.
Sakinah Nor
Mengadalah bini kau ni. Mak cik ni kerja, jaga anak, urus rumah lagi tanpa orang gaji. Penat tak usah cakap, tapi pikir untuk senangkan keluarga ketepikan rasa penat. Kalau penat rehat dulu, tidur lepaskan lelah, lepas bangun sambung balik buat kerja. Kerja kat sekolah memang terp4ksa bawa balik rumah kalau tidak tak siap semak kertas periksa dengan latihan budak – budak tu. Orang muda zaman now mudah Iemau, nak senang tanpa perlu bersusah payah. Harap duit turun dari langit. Elok kau bagi tazkirah kat bini kau tu, beritahu dia ada orang buat 2 ke 3 kerja supaya senang hidup, ni tidak, dah la pemalas, ngada – ngada pula, laki buat 2 kerja nak senangkan kau marah pula bila lambat balik. Tak guna punya bini. Kalau anak aku mau aku sesah dengan r0tan. Dasar pemalas. Harap – harap bini kau baca komen mak cik ni, tak reti nak bersyukur langsung.