Dua minggu tu menu kami NASI GORENG t0gel hari-hari. Beras tinggal ngam-ngam. Peti ais memang KOSONG tak ada apa. Aku tengah menyusu badan, bila tak makan, susu tak cukup. Aku minum air masak banyak, konon nak banyakkan susu. Tiba-tiba bapak mertua datang, terduduk aku bila dengar dia cakap..
#Foto sekadar hiasan. Salam satu Malaysia, terima kasih admin sebab sudi published artikel aku. Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi serba sedikit kemanisan yang aku kecapi di sebalik apa yang aku buat. Tapi sebelum tu, terlebih dahulu aku mohon maaf pada semua reader jangan dikecam NIAT aku. Sesungguhnya hati kita Allah yang PEGANG, Dialah yang membolak – balikkan hati ini atas kehendakNya.
** Intro (memula Allah bukakkan pintu hati). Aku isteri kepada seorang jurutera. Selepas nikah, aku jadi surirumah sepenuh masa duduk rumah dan jaga anak. Tahun 2013, adalah tahun pertama kahwin, kalau cerita bab duit memang tak pernah cukup walaupun gaji suami 3k.
Banyak komitmen yang suami nak kena bayar, termasuk kereta dan motor aku (aset masa zaman anak d4ra). Jadi bertimpa – timpa itu ini nak kena bayar. Sampai tahap aku kesian dengan suami sebab dia terp4ksa catch-up OT hari – hari untuk tampung bayar segala bagai komitmen yang ada.
Dia keluar gelap tanah lepas Subuh dan balik pun gelap tanah waktu Magrib. Bab diri sendiri masa tu jangan cakap la, semuanya tolak ketepi dan kami dahuIukan mana yang penting. Pernah, time hujung – hujung bulan dekat nak gaji barang dapur dah berkurang.
Beras tinggal ngam – ngam. Peti ais memang KOSONG tak ada apa. 2 minggu tu menu kami NASI GORENG t0gel hari – hari. Aku pulak time tu tengah menyusu badan anak sulong. Bila tak makan, susu tak cukup. Masa ni la aku banyak minum air masak, konon – konon nak banyakkan balik susu sementara nak tunggu gaji suami masuk dan boleh makan sedap – sedap untuk cover balik susu badan.
Bila aku mintak izin suami nak kerja, dia tak bagi. Dia kata dia mampu lagi. Jadi, aku diam malas nak bertekak soal duit. Nak dijadikan cerita aku mula buat Dhuha? Bila suami aku asyik OT hari – hari maka jadilah aku str3ss mengurus anak sulong yang masih baby masa tu.
Suami keluar kerja awal Subuh, masa tu anak kami bangun tidur pun belum. Kemudian balik kerja dah malam, anak pulak dah lena tidur masa tu. Memang tak sempat la diorang dua beranak nak bonding ke apa sebab masing – masing tak sempat nak BERJUMPA, padahal duduk satu bumbung.
Apa yg aku perasan, anak aku macam MEMERAP meragam siang hari. Buat la apa pun ada je yang tak kena pada dia. Tapi, bila cuti weekend kalau Abahnya ada, elok je per4ngai dia. Tak paham betul aku. Ha, dari sinilah Allah mula gerakkan hati aku untuk buat solat Dhuha.
Bermula dengan “pertemuan” aku ada terbaca keratan pasal solat Dhuha yang berbunyi – “Wahai anak Adam! janganlah sekali – kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan Aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”
Keratan ayat tu je dah MEMBUKA hati aku untuk start buat Dhuha, supaya Allah mudahkan urusan aku jaga anak dan supaya dia tak meragam. Itu saja yang aku pohon tersangat – sangat pada Allah. Yela, pengalaman pertama ada anak sulong, aku pun masih kekok lagi masa tu, zero parenthood.
Kerja duduk psik0 per4ngai anak sulong supaya dia tak meragam. Hah, baru la tahu bukan senang rupanya nak jaga anak. Besar kesabaran seorang Mak sebenarnya kan? Aku perlahan – lahan buat solat Dhuha setiap hari. Aku buat sorang – sorang, dan suami tak pernah tahu pun semua ni.
Aku tak nak kongsi dengan dia lagi selagi aku tak merasa NIKMATNYA Dhuha. Seingat aku, dalam masa 3 bulan aku buat Dhuha dan bermohon pada Allah senang dan permudahkanlah aku jaga anak. Sikit demi sedikit, aku perasan anak sulong aku dah mula SOFT per4ngai.
Jarang dia nak t4ntrum teruk macam sebelum ni. Bila aku dah betul – betul rasa yang Dhuha tu HIDUP dan memang betul keratan ayat yang aku terbaca tu, “maka akan Aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”
Aku pun share dengan suami. Aku cerita dengan dia dari A-Z sebab musabab aku buat Dhuha. Dia mintak maaf sebab biarkan aku sorang – sorang struggIe jaga anak meragam. Sebab memulun duduk cari duit gara – gara nak settle bayar komitmen bulan – bulan, hal family terabai.
Aku kata, aku ok je mungkin semua ni kifarah d0sa kita mana nak tahu kan? Kadang – kadang Allah datangkan anak t4ntrum mungkin dia nak uji sejauh mana kita sabar dan amanah dalam menjaga dan didik anak. Masa kami bincang dari hati ke hati ni la aku guna peluang untuk TARIK suami dekatkan diri dengan Dhuha.
Bila dah jadi suami isteri, semua benda kita nak share sama – samakan? Walaupun benda tu kadang – kadang payah nak kita huraikan dengan kata – kata, jadi kita cuba suruh suami try buat. Aku ajar dia niat dan cara solat Dhuha tu macam mana.
Masa ni, boleh nampak suami macam dalam keadaan terp4ksa. Dia buat hanya sekadar isteri suruh. Sebelum tu, kat sini aku nak selit sedikit TWIST rumahtangga. Kita suami isteri serumpun jiwa dan raga. Kalau korang perasan, kita dengan pasangan mesti ada pro and kontra kan?
Bab nak MENYATU jiwa raga tu macam payah. Tapi percayalah, Allah ciptakan pasangan kita saling melengkapi. Yang mana kurang, yang sorang lagi tu mesti akan TOPUP bagi complete. Sentiasa la brainwash pasangan memasing, sebab rumahtangga kita hanya kita berdua.
Allah pun tak pandang isteri je tapi Allah pandang 2 – 2. Allah nak tengok sejauh mana kita dan pasangan MERANGKAK cari Dia utk mendapatkan keredhaan dan keberkatan rumahtangga. Di atas, nampak macam aku p4ksa suami untuk buat Dhuha.
TAK, tak sebenarnya. Aku nak kami sama – sama DIPANDANG Allah. Biarlah kita mula dengan p4ksaan, tapi lama kelamaan ianya akan jadi sesuatu kesukaan dan kebiasaan. Sampailah satu masa, Allah perlahan – lahan PERKALIH mendung gelap dalam hidup kami.
Dia datangkan bapak mertua untuk selesaikan bayar kereta dan motor aku. Terduduk aku masa tu, bila tetiba bapak mertua kata dia nak settle bayar semua tu. Besar hati aku dan bersyukur sangat, masa tu rasa macam satu beban dah diangkat dari bahu kami suami isteri.
Jadi komitmen kami bulan – bulan dah jimat sedikit sebab motor kereta dah tak payah bayar. Kemudian, suami pulak dapat naik pangkat jadi Senior engineer. Naik la gaji sedikit. Plus, dia lulus kelas bahasa Jepun jadi dapat lagi elaun bahasa setiap bulan (company bagi).
Bila sedikit demi sedikit Allah bukak hijab rezeki kami, yang paling best bila suami dapat intransfer company di Jepun selama 3 tahun di sana. Boleh bawak anak bini semua menetap duduk di Jepun selama 3 tahun tu. Bestkan?
Bagi aku inilah kemanisan Dhuha yang TERBESAR aku rasai. Aku tanya suami (hanya sekadar nak mengingati kembali siapa dia masa memula start buat Dhuha), “Berbaloi tak Dhuha yang kita mula amalkan ni? Abang nampak tak Dhuha tu hidup?”
Dia diam tak cakap apa, aku paham lelaki payah sikit nak exp0sed em0si tapi dari raut wajah dia aku nampak sesuatu KELEGAAN bila mana kami tak macam dulu awal – awal perkahwinan. Nasi goreng t0gel dalam memori…
Dhuha, jangan pernah jadi manusia yang alpa. Bila Allah dah bagi nikmat jangan pernah kufur. Dhuha kami tetap amal buat sampai ke hari ni. Kadang – kadang tu ada jugak tak sempat nak buat, tapi diri sendiri akan rasa bersalah giIa.
Terbit perasaan dah TEWAS dengan hasutan s3tan. Tapi esoknya dan seterusnya MAKE SURE Iawan s3tan sampai kita menang buat Dhuha untuk hari tu (kuatkan diri). Dhuha sekarang bagi aku dah macam sesuatu SEDEKAH tuIang belulang pada penciptaan Allah.
Berharap aku dan suami akan terus istiqamah sampai bila – bila dan semoga Allah memberikan aku suatu RUMAH di taman syurga. – SYURGA ALLAH MAHAL – Selepas aku amal buat Dhuha, terbukak pulak hati aku untuk baca Al-Waqiah.
Tahun 2015, suami aku dah ke Jepun (intransfer company). Syarat pergi Jepun, awal 6 bulan ni TAK BOLEH BAWAK ANAK ISTERI. Jadi bila dia dah ke Jepun, dalam tempoh 6 bulan dia tak ada ni aku pun balik kampung duduk dengan Mak Ayah.
Suami tak bagi aku duduk sorg diri dengan anak – anak di rumah. Bah4ya! Masa di kampung, Dhuha aku lagi jadi best sebab Mak selalu buat Dhuha jugak. Seronok buat Dhuha ni tau kalau ada geng! Kadang – kadang dia peringatkan aku dah buat Dhuha ke belum?
Kadang -kadang aku yang akan ingatkan dia balik. Bila aku Dhuha, Mak tolong jagakan anak – anak aku sebab diorang suka kacau. Normallah kan? Tapi aku dah biasa kalau anak – anak kacau time solat. Surah Al-Waqiah ni aku baca dia melalui 1 buku yg bertajuk 7 SURAH PILIHAN SEBAGAI AMALAN HARIAN.
Allah boleh lorongkan hati aku untuk capai ambik buku ni dan baca Al-Waqiah. Ala buku ni kalau orang kenduri kahwin / tahliI diorang akan bagi sebagai DOOR GIFT. Ayah aku dapat dekat kenduri mana entah then dia simpan molek dekat rak almari dalam rumah tu.
Dalam buku ni, dia tak ada tulis pun fadhilat ke semua 7 surah pilihan tu. Aku pun ambik la baca sebab cover depan dia lawa sangat, terus aku jatuh cinta dan aku tak tahu menahu langsung kelebihan kalau selalu baca Al-Waqiah.
Aku start baca lepas Magrib, kebiasaannya time buaikan anak bongsu aku. Sambil buai anak, aku pun baca. Ngam – ngam sudah habis Al-Waqiah, anak bongsu aku dah lena pun tidur. Hampir 3 bulan aku amal baca Al-Waqiah selepas Magrib sampailah satu kejadian tu berlaku malam tu.
Rumah Mak kena pecah masuk pukuI 4 pagi. Masa tu aku dengan anak – anak tidur dalam bilik. Mak dengan Tok tidur depan tv dekat ruang tamu. Orang jahat tu dia padamkan lampu depan hall, sebab nak bagi gelap satu rumah, jadi dia boleh la buat kerja jahat dia, (lampu hall memang kami bukak tiap – tiap malam).
Kebetulan masa tu, Ayah aku pulang lewat. Jadi, kami syak orang jahat ni memang dah t4rget rumah kami ni bila lewat malam tinggal kami je orang perempuan. Orang jahat ni dia boleh pergi kopek bukak tingkap tepi tv.
Betul – betul atas kepala Mak, tapi Mak tak sedar langsung masa tingkap tu dikopek dituil. Mak kata dia macam TAK SEDAR DIRI pun ada sebab malam kejadian tu je Mak tak berapa nak lelap mata sangat. Dekat pukuI 3:30 pagi baru mata rasa mengantuk.
Kiranya, macam BARU lagi la org jahat tu buat kerja. Dia tuil tingkap dekat tv tu sebab nak ngendap tengok sama ada Mak dah betul – betul tidur lena ke tak. Bila dia rasa semua dah lena, dia kopek tombol pintu belakang rumah.
Dia masuk melalui pintu belakang (pintu dapur). Yang ini pun Mak tak sedar jugak kot bunyi apa – apa di dapur. Tahu – tahu je aku dengar suara Mak dah menjerit melolong mintak tolong. Dengar macam Mak bergelut di luar.
Tok pulak dia kurang pendengaran dan dah uzur. Aku entah dari mana datang tenaga kekonon bertenaga giIa, bingkas bangun bukak pintu bilik. Bila bukak pintu, gelap tak nampak apa sebab orang jahat tu dia dah tutup lampu.
Kemudian terasa macam ada bayang – bayang lintas depan aku. Aku syak orang jahat tu lalu depan bilik aku nak menuju lari ikut pintu dapur tadi tu. Ish, sebab tak nampak je kalau tak aku dah tahan kaki masa dia lari tu. Biar tersungkur jatuh baru aku pikir nak ketuk dengan apa untuk pr0tect diri sendiri dan keluarga masa tu.
Tangan ni dah menggeletar memikirkan ajaI m4ut semuanya aku ready bagai dah. Akhirnya orang jahat tu tak dapat kami nak cam /tak ada langsung barang bukti yang tercicir. Mak aku dah la ada asma, semput sekejap dia masa tu.
Tok aku pulak masih lagi lena tidur. Bila bukak lampu baru Tok terjaga. Dia tanya kenapa? Sebab dia tengok Mak aku dah terduduk tercungap – cungap asma, aku pulak kelam kelibut pergi dapur tutup balik pintu dapur tu.
Bimbang kejap lagi kot dia datang balik ke apa sebab tak puas hati KERJA JAHAT dia tergendala. Aku terus check duit dalam wallet, check barang kemas. Semuanya ada. Mak pun sama, duit dia semua ada. Gelang emas dekat tangan pun masih ada lagi.
Tok pulak lagi penuh barang kemas dekat badan, pun masih duduk elok lagi. Bila aku tanya Mak ok ke? Dia kata orang jahat tu cuba nak c4bul Mak. Dia cuba nak sentuh kemaIuan Mak, dan masa tu la Mak terjaga dari tidur.
Bila celik mata, dia nampak bayang – bayang hitam cuba nak tindih Mak. Terus Mak jerit mintak tolong. Tok menyelit cakap, dia kata masa dia tidur buah d4da macam disentuh – sentuh. Tapi Tok still pejam mata lagi sebab dia ingatkan anak – anak aku bangun kacau dia tidur.
Anak – anak aku nun di bilik masih lena tidur masa tu, tapi bila dengar suara kami duduk gegar di luar diorang pun bangun. Jiran? Rumah Mak rumah kampung. Jiran selang jauh nun beIah sana. Rumah jauh – jauh. Memang tak dengar la kalau kami terjerit ke apa.
Esoknya tu kami buat polis report. Aku inform suami apa yang jadi pagi nak dekat subuh tu. Dia duduk jauh, bertambah risau akan kami anak beranak di kampung. Bila polis datang siasat, cap jari pun tak jumpa. Polis tanya dekat kawasan kampung ada ke kes cabul – cabul orang ni?
Memang tak ada, dan tak pernah lagi la dengar. Ini baru pertama kali terjadi. Ada sorang pakcik tu bagitahu instinct dia kuat kata kejadian malam tu seolah – olah macam NAK TRY ILMU HITAM – orang minyak. Aku tanya Mak, masa Mak bergelut ter4jang orang jahat tu kaki tanya rasa minyak tak?
Mak kata tak ada, susuk badan penjahat tu pendek dan pendek lagi dari Mak. Sampailah sekarang, tak dapat dikesan siapa punya kerja pecah masuk rumah kami pagi tu. Atas tujuan apa dia pecah masuk, dia nak apa?? (semoga akhir4t kita bersua dan Allah tunjukkan dekat aku siapakah dia)
Sejak kejadian tu, aku selalu tertanya – tanya kenapa orang jahat tu dia ser4ng Mak dulu? Mesti dia dah aim aku dengan anak – anak di bilik. Pintu bilik masa tu memang tak berkunci. Kalau yang tua dengan yang 30-an ni mesti NAFSU lebih kepada yg muda.
Tapi kenapa Mak? Mak dah tua kot. Ish entah la, tak terpikir aku. Bila puas pikir, seolah – olah aku rasa macam malam tu bilik aku DISEMBUNYI / DITUTUP PANDANGAN. Ke sebab Al-Waqiah? Ke sebab doa anak sulong aku?
” Kami berIindung dengan kalimah Allah yang sempurna, dari g0daan semua sy4itan, dan daripada binatang berbisa, dan daripada pandangan mata yang jahat.” – Ni doa yang aku ajar anak sulong umur 3-tahun. Dia akan baca setiap malam sebelum nak tidur.
Antara doa dan Al-Waqiah, Allah JAGA kami malam tu. Aku dan anak – anak TAK DISENTUH dan Mak serta Tok di luar tak diapa – apakan. Bersyukur sungguh. Mulalah aku tergerak hati pergi Google apa kelebihan amalan baca Al-Waqiah.
Aku terbaca salah satu antaranya adalah ALLAH TAK MELETAKKAN KITA DALAM KESUSAHAN UNTUK SELAMANYA. Terduduk jelepek masa tu. Susah?? Ye la, andai malam tu orang jahat ada bawak pis4u ke apa? Di tusuknya perut Mak sebab menjerit meronta mintak tolong, tidak ke jadi kes lain pulak nanti.
Aku pulak Allah sengaja tak bagi nampak kelibat penjahat. Kalau nampak, aku tak pikir lain dah memang aku capai pis4u dekat dapur tu je sebab bilik aku dekat yang amat dgn dapur. Demi keselamatan anak- anak aku dan semua orang, aku sanggup redah.
Jadilah nak jadi apa pun masa tu, asalkan semua orang yang aku sayang selamat. Tapi gerak hati aku silap masa tu, Allah lebih sayangkan aku. Dia mungkin tak nak apa – apa jadi dekat aku sebab nanti MENYUSAHKAN anak – anak aku dan suami.
Sungguh, Allah tak izinkan semua tu terjadi. Allahuakbar… Setelah aku rasa manisnya Dhuha dan Al-Waqiah, aku jadi seorang yang suka nak muhasabah diri sendiri dengan apa yang terjadi. Sebab yang aku NAMPAK, Allah akan selalu ada untuk aku.
Aku pun bukan baik mana. Kifarah d0sa lampau pun duduk TAK BAYAR habis lagi ni. Aku cuba untuk mengubah diri jadi yang lebih baik dari sebelum ni, sebab sekarang hidup aku alhamdulillah dah tak macam dulu. Hati lebih tenang bila meletakkan Allah no satu di depan.
Aku start hafal surah Al-Mulk masa era kemunculan POKEMON-GO. Huhuhu… Sebab apa? Sebab aku nak challenge suami aku. Aku tak berkenan benar bila suami menghabiskan masa mengadap benda alah tu. Jadi aku ambik masa untuk bercakap dengan dia.
Aku kata benda tu semua lagha. Melalaikan, sampai satu kerja apa tak jadi kalau asyik mengadap main Pokemon-Go tu. Aku bias suami, dari mengadap main tu baik mengaji Quran ke apa sungguh berfaedah. Suami aku ni alhamdulillah, hati dan minda dia cepat terbukak kalau aku BRAINWASh benda – benda macam ni.
Selagi ada reason logik aku akan pertikai bagi supaya dia NAMPAK dan kami sama – sama NAMPAK. Ye la, nak masuk syurga Allah takkan la aku sorang je kot? Aku nak dia untuk selamanya sampai syurga. Jadi aku terp4ksa PIMPIN tangan dia di dunia ni dahulu sebelum kami berpimpin tangan dia syurga. Amiiinnn…
Terbukak pintu hati suami aku untuk uninstall games tu dan dia kembali untuk tidak kejar nikmat dunia sangat. Bukan niat aku nak cantas semua kemahuan suami, tapi ketahuilah isteri benar – benar berniat sesuatu yang baik untuk dunia dan akhir4t KITA BERSAMA.
Aku pun tunjukkanlah effort aku pada suami, dengan menghafal 30-ayat Al-Mulk secara slow dan steady. Aku nak buktikan pada dia, beza banyak main Pokemon-Go dengan hafal Al-Mulk. Antara dunia dan akhir4t, jauh beza nilai dia.
Aku ambik masa setahun lebih berjaya hafal surah Al-Mulk. Sengaja aku mintak suami tolong update bacaan aku dari masa ke semasa. Sebab aku nak timbulkan rasa cemburu dia di hati supaya dia pun rasa terc4bar jugak.
Kalau aku boleh hafal, kenapa dia tak boleh?? Tak ada alasan, sebab kita serupa dan satu ACUAN yang sama dari tangan Allah. Suami tak tunjuk obvious rasa cemburu dia, tapi yang aku perasan masa aku berjaya hafal semua ayat Al-Mulk tu suami kerap bukak youtube dengar ceramah pasal Al-Mulk, “surah peneman alam kubvr”.
Ke dia terbayang saat aku dalam kubvr dah ada Al-Mulk datang temankan aku. Hihihi… Sungguh, saja – saja suka mendekatkan diri pada Allah dengan tak sengaja maka Allah akan hadirkan suatu perasaan yang manis sangat.
Pada 30-ayat Al-Mulk disaat aku nak BENAMKAN dia betul – betul dalam kepala dan hati ni, menitik airmata aku. Seakan tak percaya aku dah merangkak sejauh setahun lebih ni berusaha utk menghafal “SI PENEMAN ALAM KUBVR” tu.
Hati berbunga – bunga, itu baru pertama kali dalam hidup hafal surah ayat Al-Quran. Macam ni la kot penghafaz Al-Quran rasa sepertimana aku rasa. Aku sangat takut kalau semua yang aku DAPAT ni akan hilang sekelip mata hanya kerana g0daan sy4itan.
Maka aku nak kena kuat setiap hari, semoga Allah beri aku kekuatan iman untu terus istiqamah. Doakan aku. Banyak kali jugak aku ajak suami jom hafal Al-Mulk, tapi hidayah dia belum sampai. Allah belum memberi hidayah Dia lagi pada suami.
Yang aku tahu, suami berjaya hafal sampai ayat ke-5 je. Dan hari ni aku nak dia tahu come-on teruslah maju ke ayat seterusnya sampai habis. Hati kau pada Allah, Dia saja layak membolak balikkan hati kau untuk jatuh cinta dengan Al-Mulk sepertimana kau cintakan Dhuha sehingga ke hari ini.
Aku isteri, hanya mampu berdoa semoga hati kita sentiasa dibalut hidayahNya. Amiinnn…– sekian – ” Sesunguhnya Al-Quran ini dan ayatnya memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal – amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yg besar. ” – (surah Al-Israk : ayat-9) :: kita tahu niat untuk jadi apa dan apa, tapi hati kita Allah lebih mengetahui :: – H4mba Allah
Tips hafal Al-Mulk cara aku :
1. Dengar bacaan surah Al-Mulk dan klik “repeat 9x”.
3. Repeat la baca 1-ayat sampai 9-kali ulang. Ulang sampai lekat di mulut. Pejam mata pun boleh dengar sayu – sayu alunannya.
(sila guna earphones sebab lebih jelas cara bacaan dia, kalau dapat ikut rentak alunan “HAFIZ” tu lagi best)
4. JAUHKAN diri dari dengar muzik – musik yang lagha sebab sedikit sebanyak akan ganggu hafalan kita. (ini g0daan s3tan nak kita HANYUT dengan lagu yang tak berfaedah).
5. Mintak tolong Mak, Ayah, suami, adik, abang, atau, kakak semak hafalan kita. Bila tang part kita silap tu diorang tegur, kita akan jadi geram kenapalah boleh lupa tak ingat. Hehehehe…